Jul 28, 2010

Flying kites and it's my birthday!

Oooo yeah ! Mari sini lihat gambar-gambar birthday celebration i kat Taman Metropolitan , Kepong . I was like macam nak menangis dan terharu dengan sambutan birthday hari Sabtu lepas . Kepada gang gemuk yang comel , thanks a lot and XOXO ! Apa itu XOXO ? Itu macam kiss . Hihi . Malu laaa pulak .

Macam mana eh nak start cerita . Hummmm mula-mula nak picnic kunun-kunun nak main layang-layang laa kan . So , biasa laa kan event manager contact semua gang ajak main layang-layang . Dan semua pun set ok je . Yelaa sebab ada makan-makan si Anne jadi tukang masak . Semua orang pun tahu kalau dia yang masak memang boleh buat orang terliur beb ! So seperti yang dijanjikan , pukul 4.00 petang jumpa kat tempat yang sepatutnya tapi biasalaa kan tak semua orang datang cepat termasuklaa aku . Huhu . Traffic jammed woo ! Nama pun KL kan , semua tempat pun akan jammed sampai otak pun boleh mereng nak mengharung jammed . zzzzzzzzzz~! Sampai je sana , Hadi dah pun sampai , Encik Nazali pun dah sampai jugak . Lepas tu aku dengan Amer pulak sampai . Eh tapi Muna , Aie dan Aina pun dah sampai jugak . Jalan tergopoh-gapah sebab tak sabar dah nak main layang-layang tu .

Sesampai je kat bawah pokok besar yang Hadi dah booking tu kan , terus je bentang tikar dan susun segala makanan yang ada . Uuuu makkkk aiii banyak gila makanan yang ada . Macam juadah berbuka puasa pun ye jugak . Makanan yang sangat banyak . Tapi tu laa junk food laa kan . Yang main menu masih on the way lagi dari Sungai Buloh . Tak sabar nak makan . Yummmmy ! Ok , mari kita teruskan dengan event petang tu .

First round activities ;

Membeli-belah layang-layang .Harga amat berpatutan dari RM4-RM20
bergantung kepada size si pemain . Hahaha . Ini tipu je ok ;p

Ok , ini abang Hadi yang gagah bersama layang-layang
Budin yang gagah juga .

Comel jugak brother ni posing !

Si warna-warni dan si pari-pari .

Yeah itu dia , berlari mengempiskan perut . Go go go Amir!

Wah wah wah 5km berlari dan boleh kurus .

Haaa ini dia si Anne yang terror gila main layang-layang .

Haaa yang baju merah tu menggelabah je lebih .

Hehe , si gemuk dibelakang bertungkus-lumus naikkan layang-layang .

Ini Muna ;)

Ini Amir si tonggek !

Ok , korang ingat main layang-layang ni tak penat ke wei ? Peluh-peluh masam aku tengok diorang berlari macam Watson Nyambek (eh betul ke eja nama dia? Haha . Aku hentam je ni!). So kitorang pun break laa sekejap . Break for awhile and jeng jeng jeng ....Happy birthday to me ! Happy birthday to me ! Happy birthday to me! Ehe~ Malu ok . Tersipu-sipu gitu . Rasa sungguh terharu dan tak terkata-kata (apakah betul ayat ini?) . Nak tiup lilin pun malu tau sebab semua orang pun tengok i . Ecehhhhh . Tengoklaa muka kat bawah tu , gedik semacam je . Cettt padahal suka gila kan dapat makan kek . Sedap pulak tu ! Thanks tau ! Next year nak wondermilk please , tak nak dah secret recipe , cett demand!


Ok , masa sibuk potong-potong dan agihkan kek pada geng gemuk tu , si Amer beria-ia suruh bukak hadiah . Iskk ini bungkusan yang dalam kereta aku tadi . Cessss ! Rupa-rupanya bungkusan yang dalam beg yang aku ingat pinggan ke apa kan , rupanya hadiah gua beb ! Hahaha . Padahal Amer masa tu dah risau gila takut aku bukak ke kan . Wakakakakaka . So disebabkan diorang duk bising-bising suruh bukak hadiah , aku pun bukak laa (dalam hati berbisik , teruk gila bungkus hadiah guna surat khabar , tu pasal laa aku ingat pinggan ke kan) . Then bila dah bukak , haaa jerit laaa kan . Terkejut ok !! Nak tengok aku dapat apa ? Sila lihat gambar dibawah ! Cepatlaaa tengok , cepatlaaa !

Status facebook 19July2010 ; ok wishlist untuk birthday tahun ni , lomo fisheye please ;))))

Dan tak sangka dapat jugak ! Thanks a lot kat geng gemuk tu . Love you bebeh ! Diorang semua membuatkan aku rasa dihargai dan disayangi . Yelaa , diorang memang kena sayang aku kalau tak , takde maknanya aku nak arrange semua aktiviti untuk korang . Hahaha . Keji gila (ayat encik Nazali) .
Ini Amer , ketua geng gemuk .

Ini Muna , penolong geng gemuk .

Second round activities;

Lepas dah potong-potong kek dan melantak , kitorang pun sambung laa balik main layang-layang . Gila bukan ? Dengan perut yang penuh dengan makanan , lepas tu berlari-lari , mahu nak terbelahak tekak ni wei . Tapi kitorang peduli hape , teruskan jugak . Hahaha . Jom tengok gambar-gambar berikutnya . Penat dah nak menaip .

Ini Ijam , si kurus .

Ini Chuck , maskot geng gemuk . Haha .

Ini Encik Nazali , haaa ini laaa president persatuan gemuk :D

Si pari .

I like !

Si kurus-kurus ;)

Acara lompatan perlu ada , kalau tak rosak laa kamera .

Lomo fisheye 2 .

Family box toblerone , mungkin boleh jadi gemuk kalau habiskan sensorang !



[Noted : Nanti i updates lagi hadiah yang i dapat]

No comments: