Ok sambungan dari naik feri. Macam aku cerita dalam Part 1, dalam feri tu, kitorang bantai tidur saja, bila bangun pun still tak sampai lagi, boleh tahan lama jugak nak sampai Pulau Tioman, lebih kurang 1 jam 30 minit. Hentian yang ketiga baru sampai Tekek. Masa kat jeti, orang kat kaunter tiket dah siap pesan, nanti turun kat hentian Tekek, lepas tu kena naik shutter bas, wowww masa mula-mula dengar jauhnyaaa laa resort aku tu haa.
Jadi gini laa gamaknya rupa hentian kat Tekek tu, untuk pengetahuan semua, sesiapa yang stay kat Tekek, memang sangat beruntung sebab boleh dikatakan Tekek tu adalah pusat bandar bagi Pulau Tioman, sebab ada airport, bank, kompleks bebas cukai, taman air laut negara, pejabat pos, balai polis, sekolah dan tak lupa juga pusat mengundi, hahaha. Seronok bukan? Tak cukup duit je, boleh pergi bank. Eh tak lupa jugak, ada salun gunting rambut. Hahaha.
#ootd #wiwt untuk haritu, hahaha pakai jumpsuit ala-ala fisherman yang dah bertahun tu, tshirt pun dah buruk beli online (paling win sekali memang suka beli online), shawl RM5.00 (beli kat Muaz Textile Jalan Tar), sandal yang aku guna pergi pulau ke gunung ke bukit (ala kekadang aku pakai jugak pergi site, oh yeah nak bagi tips, memang digalakkan pun pakai sandals, tak payah laa nak bawak heels bagai, ini paling recommended dan selesa), sunglass (pakai yang murah punya, kalau jatuh ke hilang takdelaa sedih sangat, tak payah laa nak pakai rayban sangat huhu), bagpack (isi baju yang ringan, tak payah laa nak bawak seluar jeans bagai), handbag (lerrr tersalah beg nye, aku ada sling bag untuk pergi tempat camni tapi tersalahhhhhhhhhh), bag 100% vegetarian tu haha isi makanan je pun. Ok nak pesan jugak ni, tak perlu laa korang bawak luggage, susah nanti nak tarik dan sangat tak sesuai!
Backpack Mu'az? Haaa dia kan ala ala maskulin kan, setelah aku observe, beg yang dia bawak lagi banyak dari aku, baju pun banyak gila haaa dia bawak. Setiap kali masuk bilik tukar baju ngan seluar. Hahaha. Itu sangat lol. Aku bukan tak nak kemaskan baju-baju dia, tapi memang style dia akan kemas sendiri sebab mmmmm dia tak macam ayah aku kot? Hahaha.
Backpack Mu'az? Haaa dia kan ala ala maskulin kan, setelah aku observe, beg yang dia bawak lagi banyak dari aku, baju pun banyak gila haaa dia bawak. Setiap kali masuk bilik tukar baju ngan seluar. Hahaha. Itu sangat lol. Aku bukan tak nak kemaskan baju-baju dia, tapi memang style dia akan kemas sendiri sebab mmmmm dia tak macam ayah aku kot? Hahaha.
Jadi bila dah sampai tu, aku pun tanya je orang kat situ, nak pergi Berjaya Tioman camne, terus orang tu tunjuk shutter bus yang ada. Aku memang jenis tak tahu then tanya je, jadi mudahkan? Shutter bus ni free je, memang untuk guest yang stay kat situ. Pakcik yang bawak bas tu memang hebat, semua bahasa pun dia pandai cakap, kebetulan masa naek bas tu, cuma ada kitorang ngan couple from Sweeden. Jadi dia bantai cakap Sweeden. Aku? Menikmati je laa perbualan tu.
(Lima) gambar kat atas ni ialah pemandangan kiri dan kanan jalan menuju ke Berjaya Tioman. Berbukit bukau jugak nak sampai sana haa. Kat tepi jalan tu ada jugak monyet berkeliaran tapi diorang tak kacau orang. Agaknya diorang pun ingat kita ni kaum keluarga dia. Hahaha.
Jadi ini laa lobi Berjaya Tioman. Hamboih kemaen cantik haa, patutlaa mahal. Urusan check-in semuanya aku yang buat sebab aku kan terror bab ni. Jadi, kita bagi je voucher yang dah siap print dari JB. So dah setel untuk check-in, staff resort bawakkan beg kitorang naek van dan hantar ke bilik. Masa check-in tu memang aku noticed guest yang datang semuanya dari oversea. Kitorang je yang Malaysian. Kelasss gitu. Jadi memang sepanjang 3 hari tu, seronok laa tengok diorang berbikini kehulur kehilir. Hahaha.
Belah kiri tu laa bilik kitorang. Satu building ada 4 pintu, kebetulan yang kitorang punya building tu, cuma kitorang je yang ada, jadi nak jerit ke nak apa ke tak heran sangat. Hehe. So lepas check-in, lepak jap tengok apa yang ada kat bilik lepas tu fikir nak buat apa lepas tu. Kebetulan masa staff tu hantar dia ada mention kalau nak sewa motor ke basikal boleh laa roger dia sebab kalau sewa kat luar mahal. Kenapa perlu sewa motor ke basikal? Sebab kat Tekek ni banyak tempat boleh kita jenjalan sendiri tapi kalau kau mampu nak jalan kaki, haha sila kan. So, Mu'az yang setelkan sewa motor ni, kitorang dapat sewa untuk 3 hari RM70, minyak pun dia bagi free. Nasib laa baek free, sebab minyak mahal kat situ, yelaa mana datangnya pam minyak kat pulau? Hahaha.
Ini sling bag yang berjaya aku beli, haha. Lepas ni nak pergi tempat-tempat gini jangan lupa bawak! Sebab senang nak letak beg duit, handphone, sunblock, kunci bilik, oh yeah tak lupe jugak, ubat-ubatan kecil macam minyak panas, handyplast. Sebab kite kan pegi tempat-tempat yang berhutan dan banyak je serangan serangga secara tiba-tiba kan. Jadi harus bersedia.
Memandangkan hari pertama ni memang nak buat aktiviti yang light saja, jadi kitorang banyak lepak-lepak gitu sambil menikmati pemandangan yang mengasyikkan. Actually petang tu, aku nak terjun swimming pool tu, tapi sebab malas nak balik salin baju, jadi duduk laa situ sambil makan banana split dengan harga RM19. Haha.
(Hahaha gigi kitorang memang tak cantek. Tapi bukan gigi yang menjadi penghalang cinta kami. Hahaha puiii. Tapi gigi aku lagi rata sikitlaa)
Ini pulak tempat makan, Restoran Nelayan ke ape ntah. Perghhh the foods memang awesome, makan sampai tamak macam orang tak pernah makan semua tu. Nak makan je, bagi kupon yang kita dapat masa check-in. Basically, semua ni dah masuk dalam pakej fullboard tu. Jadi tak sia-sia laa amek fullboard, kalau nak beli ala carte, mati laa mahal kot. Makanan semua standard first class. Almaklumlaa yang jadi guest semua mat saleh kan, dah bayar mahal, kualiti kena laa jaga.
Tengah makan tu, siap ada live band, seriously suara diorang sedap gila. Aku rasa diorang ni orang Filipino, dia akan datang dari meja ke meja nyanyi (ikut request lagu apa), so malam pertama tu kitorang keluar makan dalam pukul 9.00pm jadi tak dapat laa nak request lagu. Agaknya dia dah penat nyanyi dari pukul 7.00pm kan.
Lepas makan, kitorang jalan-jalan je mana-mana tempat yang patut dan terjumpa tempat main game. Jadi kitorang maen laa game. Mana-mana pulau yang korang pergi pun, memalam camni memang takde aktiviti sangat melainkan resort tu ada sediakan tempat karaoke, cybercafe, tempat maen game, gym, spa dan tempat lepak baca magazine (macam gambar suami ku itu). Syukur sesangat Berjaya Tioman ni semua benda ada, tu pasal laa mahal. Haha ntah bape kali aku mention mahal kan.
#ootd #wiwt untuk malam tu, aku rasa aku macam perempuan mengandung. palazo the poplook, cardigan cotton on, topless downtown cheras dan hihi shawl Jalan Tar.
Untuk itu, nantikan pula aktiviti hari kedua di Part 3. Tak sangka banyak sangat aku update trip kali ni.
5 comments:
Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Byk koleksi shawl dan tudung2 menarik dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog shop ini juga sedang diadakan. Jangan lupa follow juga ye.. =)
Terima Kasih
http://hijab-valley.blogspot.com
bestnye.. dah lame mengidam nk g pulau ni.. tapi asek tak kesampaian aje. masalah pada cuti.. huhuhu
Nanti pm aku total cost bole.. hehehe
Liza : Hahahaha best g pulau. Beli pakej je kat agent, senang sesangat. Yg ni untuk stay kat berjaya tioman je dalam 1700 + 70 feri
Salam sis, you ada number orang sewa motor tu?
Salam sis, you ada contact number orang sewa motor tu tak?
Post a Comment