Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Oct 3, 2011

Isnin yang urghhhhhh

"urghhhhhh"
"nasib tak menyebelahi aku"

Sep 27, 2011

Phewwwwww!

Hai korang ! Sorry lama gila tak update cerita and share anything info about food or vacation. Broadband aku hilang dari bulan Julai, paling best sekali bil pun jalan dan duit pun mengalir dengan derasnya! Lupa nak temporary terminate tapi sekarang semua dah settled! Aku dah beli broadband baru. Thank you to Ame yang sudi jadi penangung beban bayar bil ni. Haha. Oh actually aku kan buat terminate temporary, so celcom kata after 2months baru boleh aktifkan balik dengan sim card baru. Kiranya bulan 12 nanti baru boleh guna broadband balik. Wah ini boleh jadi gila kalau takde broadband. Memang laaa galaxy tab (GT) boleh guna tapi kalau nak update blog tak best langsung ok! Mesti nak kena guna laptop baru laaa laju sikit nak type. Kalau GT tu aku guna untuk main game, twitter ngan FB je laa . 

So banyak jugak cerita aku nak update, saja nak upload gambar-gambar yang ada dalam laptop ni. Serious rindu nak bercerita. Cerita tentang kehidupan yang semakin haru biru. Tapi wa relax je! Bak kata orang, life to the fullest. Ok nampak macam dah tersimpang jauh je entry ni kan? Ni just short entry nak inform korang yang aku baru je beli broadband. Peh modem dapat free wei , just pay only RM150=RM100 for registration + RM50 for monthly payment yang akan deduct next month. Aku amek package RM68 dengan speed 1GB. Ok laa tu kan, bukan nak download movie. Lagipun package ni sama macam yang aku amek dulu. Hehe. Tak mampu laa nak menanggung beban bayar bil bebanyak. 

Ok, itu je entry untuk harini! Next update nak cerita apa entah eh. Sebab banyak sangat laaa pulak cerita.




[Noted : Harini last raya?]

May 19, 2011

Short update .

Ok , dah lama tak update cerita kat sini kan , sebab sekarang ni aku rajin menulis kat notebook je . So notebook tu akan sentiasa ada dalam handbag , rasa nak tulis aku terus je tulis . Haha Erin dah berubah . Oh actually pendekatan baru dalam kehidupan aku . Banyak laa jugak aku menulis . 

Kehidupan aku kebelakangan ni agak haru biru . Tapi aku suka take it easy and live to the fullest ! Makin korang fikir masalah makin serabut jadinya . Jadi tiru laa macam wa . Haha . Banyak benda yang jadi dalam hidup ni yang tak dijangkakan . Contohnya , berat aku naik 3kg :) tu memang satu perubahan yang paling ketara sekali . Mungkin happy sangat kot , pastu kuat makan .

Ok laa , aku pun macam blurghhh tak tahu nak tulis apa , saja nak menyinggah sebab aku tahu ada yang suka baca blog ni kan . Ekekeke . Nanti laa ada masa yang betul-betul free , wa update untuk lu orang . 







[Noted : I feel so bad today ! ]

Apr 8, 2011

Haha asyik save as draft je

Wuwuwuwu rasa bersalah gila dengan blog sendiri . Lama dah tak update cerita-cerita best kan . Tak tahu nak bagi alasan apa , tapi memang hampir lupa kot ada blog . Yela kat office pun blog dah kene blocked , so i don't know when i can spend time to updates some story . Bahaha nampak sangat wa selalu update blog kat office kan? Kalau dah balik rumah , tilam air tu lagi sedap dowww untuk aku baring-baring wei . Haha . Insyallah ye , aku update one by one . Tehehehe . Ok mari tengok gambar apa yang tetiba aku rasa nak upload kali ni . Eh haa tahukah korang aku dah lama tak pegang kamera ! Oh kejam kan?

Me and Anne . Ce teka kat mana?



[Noted :  i'm in love and i'm terrified !]

Apr 1, 2011

eriezreen.blogspot.com tercemar

oh my ... tak tahu laa siapa punya angkara ni kan , kalau korang search eriezreen.blogspot.com kat google kan , nanti tetiba google ni ada search result for eriezreen+blogspot+com free sex video . Haaa terkejut aku wei , patutlaa aku banyak dapat chat mengarut kat chat box aku lately ni . Rupanye ade something wrong . Peh siapa laa guna nama aku kan . So macam mana aku nak buang bende tu semua eh? Cam haaaareeemmmmmmmm!






[Noted : Harini dah April!]

Jan 23, 2011

Blog pun kene blocked?

Haha nak bagitahu korang ni , sekarang kat office .....BLOG PUN DAH KENE BLOCKED jugak . Sobs sobs sobs . Sedih gila kan , facebook , youtube , and semua sosial network semua dah lama kene blocked . Wuarghhhh kenapa kejam sangat . Memang laa waktu kerja kena buat kerja tapi tak kan nak baca blog sikit pun tak boleh? Dunia hari ni semakin kejam (ceh kene blocked pun nak kata kejam) . So lepas ni , makin jarang laa aku berblog . Huh mana taknya , balik rumah dah penat dah , tak sempat nak online dowh . Lepas isyak je , memang confirm mata aku dah separuh tutup dan tak sampai 5 minit , terus hanyut dengan FT . Kahkahkah . Tapi takpe laa , korang blocked laa semua , aku boleh main foursquare pulak . Kahkahkah . Berlumba-lumba nak check-in plus nak kumpul badges . Eleh main foursquare guna handphone bhai , tak kacau line internet office pun . Elehhhhh kecoh !! Haha . Sekian , terima kasih boss sebab blocked semuanya . Tak sporting langsung .




[Noted : Nak cabut 3 gigi !!]

Jan 20, 2011

Kekadang aku menyampah dengan orang jenis bajet macam bagus .

Hamek kau panjang kan tajuk . Mesti ada sebab kenapa aku tulis tajuk macam tu . Haish adalah seorang hamba Allah ni , aku bukan apa ..... sebab dia suka kondem orang (maksudnya suka nak judge orang sesuka hati dan aku tak rasa dia baik sangat pun dan aku nak beristighfar supaya entry ni takde makian ke apa kan, astaghfirullahalazim) . 

Kenapa aku boleh cakap macam ni? Sebab kekadang aku rasa annoying gila dengan status dia yang suka mengkondem sana sini . Cukup baik kah kita nak kondem orang dan rasa macam entah pape je nak buat status macam tu . Ok yang terbaru ni aku ada terbaca status dia pasal dia menyampah dengan blog-blog yang ada sekarang ni sebab nya dia susah nak cari fakta ke apa yang di-google sebab bila google je mesti jumpa kat blog-blog orang then bila terbaca , dia rasa macam entah pape je orang yang ada blog cerita pasal personal . Ok fine , maybe aku salah sorang kot yang baca status tu dan akan terasa . Tapi ingat sikit , kau kawen dulu ada buat blog jugak kan? Haha . Malas nak cakap . Kau siapa nak banyak cakap sangat eh? Nak kata hebat? Biasa je aku tengok . Eh dah laa tak nak cakap lagi dah . Bye .





[Noted : Aku berblog bersebab :)) ]

Dec 26, 2010

25?

Omg omg omg !! Lagi bape hari je nak 25 tahun? Oh risaunya , serious ni . Banyak gila tak update cerita dalam ni . Bersawang gila kot blog ni .Camne ahh? Jap aku recall balik cerita ape je tak update .....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Arghhhhh shitt banyaknye tak update ! Tunggu jap lagi eh korang . Nak cari kamera jap , nak transfer gambar . Oh please jangan marah :))) Merry christmast hoho ! It's boxing day today ! Kenapa laa Malaysia takde eh boxing day ? Kejam gila .




[Noted : Semalam pergi lookout point ! Dating !]

Oct 26, 2010

Perempuan cantik !

Tahukah korang , lately ni aku jadi stalker tengok perempuan-perempuan cantik bermake up dan berdress up . Oh especially yang bertudung gitu . Kesian kan sebab ada perangai macam ni? Oh yeah sebab aku nak cantik jugak macam diorang . Muahaha . So aku pun kunun-kunun macam tiru je laa gaya diorang walaupun tahap confident tu macam ala-ala je kan . Sebab diorang punya confident semua tinggi-tinggi belaka , tu pasal laa diorang berani berdress up sebegitu rupa . Cuma aku tension sikit laa kan , sebab semuanya umur bawah aku wei . Haishhh macam mana laa korang pandai bermake up , berdress up bagai . Patut laa bebudak sekarang cantik-cantik belaka especially yang bertudung . Baru aku sedar sekarang ni , walaupun bertudung , kita pun boleh bergaya dengan bermacam-macam gaya . Wah menang gaya nampak ? Ok jom tengok perempuan-perempuan cantik bertudung dan bergaya .


Shea .  


 Nurul .


 Yuna .



Ha dah puas dah tengok perempuan-perempuan cantik . Kalau korang nak belajar cara pakai shawl ke make up ke kan , boleh je korang klik kat nama memasing tu . Sebab memasing pun ada blog . Aku pun banyak belajar dari blog diorang ni semua . Apa yang penting confident tu mesti ada , kalau tak , sampai kesudah laa korang berada di takuk yang sama . Haha . Pandai je cakap orang lain , padahal aku pun sama je . Opssss sebelum aku habiskan entry ni , aku nak bagitahu yang gambar-gambar perempuan cantik di atas di ambil di blog memasing . Mintak maaf kepada owner blog yang berkenaan sebab ambil gambar tanpa izin . :))))



[Noted : Aircond si puteh bau busuk sey !! ]

Aug 22, 2010

Puasa dan malas angkut kamera .

Apsal eh , sejak dua menjak ni kan , rasa nak berblog tapi takde idea nak tulis pasal apa . Mungkin sebab takut dapat dosa kot . Hihi . Isk memaen pulak aku ni kan . Yela takut jugak segala perkataan boleh menyakitkan hati  orang yang membaca . Cettt padahal memang tengah takde idea nak tulis apa kan . Oh actually kan , lately ni keluar jarang bawak kamera , so macam tak best pulak nak cerita pasal buka puasa ke shopping ke tapi takde gambar nak di-attach kan . Sebab bulan puasa ni tak larat nak angkut kamera yang sama berat dengan aku tu . Tapi mari laa lihat gambar-gambar sempena bulan ramadhan yang ada dalam kamera handphone ye :)


Puasa - day 1 ; Memandangkan bulan Ramadhan , aku buat keputusan drastik ambil bantal bintang dalam si putih untuk dijadikan teman ketika waktu lunch kat office . Faham-faham je la uolls~ Dengan bantal bintang ni laa , aku tidur nyenyak dalam surau dan dapat menghilangkan rasa haus mahupun lapar :)


Puasa - day 2 ; Dah berjanji dengan si mok Amer (nama samaran baru) nak berbuka sama tapi tak tahu nak buka puasa kat mana . Tetiba je dapat idea buka puasa dengan mok lagi sorang (Chuck). Maka dengan itu , pukul 7.00pm masih dalam kereta dan stuck dalam jammed . Memang heaven gila sebab dalam si puteh takde makanan mahupun air ok! Ada 2 biji eclipse je kot . 


Puasa - day 3 ; Scary oh tengok accident ni . Masa ni aku drive alone balik JB . Hujan lebat sangat dan jalan licin . Bila tengok accident ni , terus bawak slow . Takut sangat . Yelaa sensorang pulak tu . Oh ye , accident ni berlaku dekat Melaka (highway menuju ke JB) .



Puasa - day 4 ; Dua gambar di atas di hari yang sama . Aku teringin nak makan Nando's , so berbuka puasa laa dengan Nando's . Yeahh ini dah sebulan lebih tak balik JB tau !



Puasa - day 6 ; Dua gambar di atas pula , haaa nampak tak Mu'az pakai baju kerja? Hahaha . Masa ni dia yang paksa aku tau! Paksa ambil gambar dengan dia pakai baju kerja . Sebelum balik ke KL hari esoknya , Mu'az bawak aku buka puasa makan ayam penyet yang sedap dekat Kg. Pasir , Pasir Gudang . (Sila abaikan muka yang berminyak dan mata lebam ye~)

Puasa - day 6 ; Haa lepas balik berbuka dengan Mu'az dekat Pasir Gudang , aku singgah kedai kat SS untuk packing kuih raya yang kengkawan order . Hehe sorry laa tak update kat blog pasal jual kuih raya sebab dah upload dekat facebook je .


Puasa - day 10 ; Oh yeah dua gambar di atas ialah shopping di Jalan TAR waktu lunch . Wah best gila ok , murah-murah pulak tu . Tapi dah penat shopping rasa haus sesangat . Macam nak buka je tapi tak boleh buka sebab umur dah 24 tahun kena belajar bertahan :)


Puasa - day 11 ; Ini juadah berbuka puasa kami . Siapa kami ? Erin , Muna , Anne dan Aina . Rasa seronok sangat dapat berbuka puasa sesama . Teringat zaman masa kat UTHM . Dan yang paling kelakar , memasing pakai baju yang sama colour . Chemistry memang kuat!


Ok , itu saja gambar yang ada dalam handphone . Sekian , terima kasih :)


[Noted : Tengah merajuk! ]

Jul 24, 2010

Wah , sudah ada header laa sey !

The Erin dah ada header wei . Cantik bukan? Kan kan kan kan ?





[Noted : Tak sabar nak main layang-layang]