Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Oct 22, 2010

Al-Fatihah Arwah Inani Zalikha

AMPANG: “Adik sering mengadu sakit belakang setiap hari dalam Facebook hingga tidak mampu menahannya setiap hari sejak seminggu lalu,” kata abang kepada seorang pelajar perubatan Malaysia yang ditemui meninggal dunia di rumahnya di Bandung, Indonesia pagi semalam.
Malah, dia tidak menyangka rungutan adiknya itu tujuh hari berturut-turut membawa petanda adiknya akan meninggalkan mereka. Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, atau mesra dengan panggilan Ika dan anak kedua daripada lima beradik itu ditemui terbaring atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakan serumahnya kira-kira jam 5 pagi (waktu Malaysia) selepas solat Subuh. Abang mangsa, Izzuddin Zainal Abidin, 24, berkata, sebelum ini, dia tidak tahu adiknya menghidap sebarang penyakit kecuali sering mengadu sakit belakang.

“Bila saya menanyakan hal itu, dia hanya memberitahu mungkin kerana tekanan ketika menjalani latihan amali di sebuah hospital di Bandung membuatkan dia kerap kali sakit, itupun saya ketahui ketika berbual di laman sem bang dengannya kira-kira jam 11 malam tadi (kelmarin),” katanya yang ditemui di rumahnya di Bukit Antarabangsa, di sini, semalam.

Katanya, adiknya yang mengambil jurusan asas kedoktoran di Universiti Padjadjaran (Unpad) itu tidak menunjukkan sebarang keganjilan.

“Ibu menerima panggilan telefon daripada rakan serumah adiknya itu kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam ) mengatakan Ika sudah meninggal dunia kerana sesak nafas. “Kami memang terkejut dan sukar mempercayainya, tetapi selepas dihubungi pihak penaja adiknya iaitu Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengenai kematiannya, barulah ibu bertolak ke Bandung bersama dua saudara lain kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi (semalam) untuk menuntut jenazahnya.

“Ika pendiam dan tidak banyak ragam, dia memang budak baik dan paling rapat dengan saya serta ibu, tidak sangka dia pergi dalam keadaan yang mengejutkan kami,” katanya. Apa yang menyedihkan, adiknya itu tidak sempat menemui bapanya, Zainal Abidin Ismail yang terpaksa bertugas di Papua New Guinea sebagai jurutera telekomunikasi ketika pulang berhari raya baru-baru ini. “Raya tahun ini, Ika sempat menghabiskan dua bulan cutinya bersama keluarga termasuk berpuasa sebulan di sini. “Bagaimanapun, agak terkilan kerana tidak sempat berjumpa ayah untuk beraya bersama-sama,” katanya.



Sumber berita : Metro Online 22 Oktober 2010 .


Assalammualaikum . Salam jumaat . Kalau korang dah baca , sedekahkan Al-fatihah kepada arwah adik Inani Zalikha yang telah pulang ke rahmatullah pagi semalam di Bandung . Arwah merupakan adik kepada salah seorang kawan aku . Semoga arwah adik Inani Zalikha ditempatkan dikalangan orang yang beriman . Amin . Al-Fatihah .





[Noted : Aku pun tak berapa sihat jugak :(( ]





Oct 11, 2010

101010

Hai korang , apa macam 101010 korang semalam ? Tarikh memang cantik dan confirm laa ramai yang pilih 101010 tarikh berkahwin , begitu jugak dengan seorang kawan aku semalam , Radh & EJ dah pun sah jadi suami isteri dan mungkin tak lama lagi aku pulak kot . Eh nanti aku buat special entry pasal wedding Radh eh , sebab gambar tak transfer lagi laa . Esok laa kot aku updates cuma nak bagitahu korang , Radh super cantik dan EJ pulak super handsome , haha keji gila puji laki orang sampai macam tu sekali kan . Tapi diorang memang bagai pinang dibelah dua laa . Ok cukup-cukup , nanti aku cerita eh .

Ok laa dipendekkan cerita 101010 adalah hari yang memenatkan bagi aku . Sebabnya aku sampai rumah Cheras pukul 1.22 am . Memang awesome kan ! Dan hari ni masih mampu bekerja dengan hebatnya , eh tapi tadi tidur kat surau kejap , sanggup wei tak makan tengahari semata-mata nak tidur , eh eh eh lepas tu bangun terus lapar ok . Rasa macam looser pulak lapar dan terus minum air milo . Haha .


Oh gambar ni takde kaitan dengan 101010 tapi ni gambar raya yang ke 30 :)))

Tahukah korang , perjalanan aku dari JOHO-KL semalam mengambil masa 7 jam , dah rasa macam JOHO- Jengka pulak kan . Oh lupa nak bagitahu korang , aku balik JOHO hari sabtu 091010 naik bas transnasional  (first time naik bas ni direct ke Pasir Gudang) dan sampai pukul 3.00 pm , memang terbaik laa kan sebab 6 jam perjalanan dalam bas , tak bawak si putih pun sebab malas nak drive . Lepas tu pulak balik ke KL pun hampir 7 jam . Kiranya memang awesome laa balik JOHO kali ni , memang aku tak sempat nak jumpa mak dengan ayah . Fuhhhh lagi laaa awesome kan ??? Oh biasa laa tu , mak ayah i memang busy mengalahkan menteri pertahanan , hihi apakah ? 

Eh apa yang cuba aku sampaikan ni , semalam ada kemalangan ngeri , bas mengahala ke KL terbang ke lane menghala ke JOHO di KM224 . Subhanallah ! Memang mengerikan bila dapat tahu 12 orang meninggal dunia dan 40 orang cedera . Cuba korang bayangkan kalau aku yang ada dalam bas tu (ini kira contoh laa eh) . Mesti korang dah tak dapat nak baca blog ni kan . Wah tetiba terus jadi takut . Aku bukan apa , sekarang ni nyawa manusia dah macam tak bernilai je kan , sekali pergi bukan seorang tapi jumlah yang banyak . Perkara yang macam ni bila dah terjadi baru laa nak sedar dan insaf , yang mana kematian tu boleh berlaku pada bila-bila masa . Cuma bersediakah kita menghadapi saat kematian tu? Cukup kah amalan kita? Subhanallah . Mari laa sama-sama kita menginsafi setiap apa yang berlaku . Al-fatihah kepada mangsa-mangsa yang terlibat .




[Noted :  Kemalangan berlaku mungkin berlaku disebabkan kecuaian orang lain]

Aug 9, 2010

Kenapa perlu ada perkataan hina?

Hai selamat hari "Monday blues" kepada korang semua yang bekerja . Haha . Kepada yang masih belajar , korang tak kan pernah mengerti apa itu Monday blues . Saje je kasi korang panas ! Yelaa korang ingat kerja tu best ke ? Tak best wei . Hihi . Tapi saat paling best bila dapat gaji tiap-tiap bulan . :))

Oh , sorry laa ye kengkawan kalau The Erin semakin kurang menarik . Maksud menarik di sini ialah takde cerita menarik bukannya tuan The Erin tak menarik ye uolls . Seperti biasa alasan yang sama , i busy laa uolls . Banyak kerja di office . Tension mak ! Lagipun dah nak puasa ni , jadi kena laa siapkan kerja secepat mungkin sebabnya kalau buat masa bulan puasa mungkin kerja tu macam lambat nak siap sebabnya jugak emosi terganggu dan mungkin jugak ada scene merungut dan sekaligus pahala puasa pun berkurang . Panjang bukan penerangan aku ni ? 

Sebelum aku ucapkan selamat berpuasa pada korang semua , aku nak kongsi cerita yang agak boleh tahan panas laa jugak . Lagi pulak , tentang Johor .  Haha confirm laa aku akan cerita , mana laa tahu kan , korang tak tahu pasal ni . Ok , memula sekali aku nak ingatkan pada korang semua , entry ni cuma nak mengingatkan sesama kita je dan bak kata orang telajak perahu boleh diundur , telajak kata haishhhhh masuk surat khabar laa jawabnya . Hihi . Mesti korang ni blurr kan ? Meh sini dengar aku cerita ye . 

Tapi sebelum tu klik sini . Dah habis baca ke belum ? Hehe . Aku ni penakut orangnya so , tak nak laa komen lebih-lebih , nanti kang tak pasal-pasal je The Erin kena blacklist . Tak sempat nak rasa duit nuffnang bagi kang . Hihi . Ok , teruslaa aku simpulkan ye . Kepada orang-orang di luar sana yang ada facebook , janganlaa anda mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan , sebab sekarang ni senang je nak tersebar diseluruh dunia . Lepas tu jugak , harus jugak diingatkan , ruangan "what's on your mind" tu bukan laa tempat nak melepaskan marah ye . Haha . Cettt padahal aku pun sama je kan tapi takdelaa nak tulis perkataan yang kurang sopan . Hihi . So , itu saja .

Selamat berpuasa :))) Jangan lupa tengok facebook i ok , i jual kuih raya !



[Noted : Next week nak cuti !]

Mar 17, 2010

Kereta korang laju ke?

Ok , kepada sesiapa yang pakai Lancer macam aku ni kan , for sure kereta kita memang laju laa kan ? Fuhh riak betul bunyinya . Sedangkan jalan Cheras yang hari-hari jammed pun boleh pergi 120km/j , apatah lagi highway plus yang sememangnya tempat untuk menunjukkan bakat kereta masing-masing , memang dah tentu-tentu laa laju kan . Bila dah laju , mana laa perasan yang ada speed trapped kan ? Haa padan muka kan . Kata orang biar perlahan , asalkan selamat . Tapi bagi aku pulak , biar laju , asalkan cepat sampai . Miahaha .

Ok berbalik pasal speed trapped oleh Encik Polis yang handsome kat Malaysia ni kan ... Bila dah laju , mesti korang tak perasaan ada polis tengah dok amek gambar kereta korang yang mahal tu kan , pastu korang mula laa menggelabah semacam sebab tak tahu sebenarnya korang kena saman ke tak kan ?? Ecehhh dah laju , tanggung laa padan muka sendiri kan . Tapi tak apa , kita kena belajar dari kesilapan . Ayah pernah cakap , kalau bawak kereta kat highway atau mana-mana jalan , korang perlu berhati-hati kalau ada pokok besar , kawasan bukit dan bawah bridge .

Cara nak cek saman senang saja . Yang penting korang ada kredit dan takde bil telefon yang tertunggang untuk membolehkan korang cek saman guna sms yang berharga RM0.50 .

Caranya;

2. Type POLIS SAMAN (No plat kereta tanpa jarak) SEMUA ke 32728
ex: POLIS SAMAN JLV5470 SEMUA ke 32728


Ok , setakat 16 Mac 2010 , kereta Lancer aku masih belum ada apa-apa saman . Kiranya aku ni hebat laa kan . Ingat kan dah simpan 2 saman laju . Muahahaha . Tapi , aku dah kumpul RM600 saman parking DBKL . Terima kasih DBKL .