Ok , kepada sesiapa yang pakai Lancer macam aku ni kan , for sure kereta kita memang laju laa kan ? Fuhh riak betul bunyinya . Sedangkan jalan Cheras yang hari-hari jammed pun boleh pergi 120km/j , apatah lagi highway plus yang sememangnya tempat untuk menunjukkan bakat kereta masing-masing , memang dah tentu-tentu laa laju kan . Bila dah laju , mana laa perasan yang ada speed trapped kan ? Haa padan muka kan . Kata orang biar perlahan , asalkan selamat . Tapi bagi aku pulak , biar laju , asalkan cepat sampai . Miahaha .
Ok berbalik pasal speed trapped oleh Encik Polis yang handsome kat Malaysia ni kan ... Bila dah laju , mesti korang tak perasaan ada polis tengah dok amek gambar kereta korang yang mahal tu kan , pastu korang mula laa menggelabah semacam sebab tak tahu sebenarnya korang kena saman ke tak kan ?? Ecehhh dah laju , tanggung laa padan muka sendiri kan . Tapi tak apa , kita kena belajar dari kesilapan . Ayah pernah cakap , kalau bawak kereta kat highway atau mana-mana jalan , korang perlu berhati-hati kalau ada pokok besar , kawasan bukit dan bawah bridge .
Cara nak cek saman senang saja . Yang penting korang ada kredit dan takde bil telefon yang tertunggang untuk membolehkan korang cek saman guna sms yang berharga RM0.50 .
Caranya;
2. Type POLIS SAMAN (No plat kereta tanpa jarak) SEMUA ke 32728
ex: POLIS SAMAN JLV5470 SEMUA ke 32728
Ok , setakat 16 Mac 2010 , kereta Lancer aku masih belum ada apa-apa saman . Kiranya aku ni hebat laa kan . Ingat kan dah simpan 2 saman laju . Muahahaha . Tapi , aku dah kumpul RM600 saman parking DBKL . Terima kasih DBKL .
No comments:
Post a Comment