Yeay , akhirnya merasa jugak aku duit MMHE kau Dilla . Haha . Anyway , thanks a lot for the dinner . Kat Banafee Village gitu . ooo ye , tak lupa jugak kat Cikgu Yam yang superb garang yang belanja karoke malam tu . Peh , bila nak return balik ni ? Walaupun suara aku tak sesedap kau Dilla , tapi aku nak nyanyi lagi .
Ok , kitorang ber-karaoke kat Diva Seri Alam yang mana ni memang first time aku pergi . Dah ada dua Diva kat JB ni , satu lagi kat Taman Suria (kat extra) . Tempatnya pun ok dan yang paling best RM5 seorang sebelum pukul 9.00pm . Haa best kan . Bilik pun ok , sound system ok , layanan pun ok (semua mesra alam gitu , penat aku nak sengih balik bila diorang senyum).Kitorang ber-karoke berlima , aku , Mu'az , Dilla , Yam & Apis . Walaupun berlima , berebut-rebut jugak nak menyanyi . Macam-macam gaya nyanyi pun ada , gaya orang mati laki pun ada , gaya baring-baring sebab tak dapat nak tarik lagu kan . Apa-apa pun gayanya dua jam nyanyi rasa macam dua minit . Haha . Habis ber-karaoke pukul 10.15 pm . Cukup laa nyanyi dua jam . Kalau lama-lama kang boleh takde suara plak kang .
Dah nyanyi , melepak pulak . Masing-masing parking kereta kat McD Seri Alam . Plan melepak kat Banafee Village . Si Dilla ngan Yam tak pernah sampai lagi kat sini . Sian diorang . Haha . Ok , paling kelakar sekali , gerak ke sana naik Citra si Yam . Peh dah rasa macam family pulak gayanya . Dalam Citra , mulut si Dilla ni tak reti senyap , macam mulut murai sey . Hehe .
Masing-masing kebulur , tapi tak tahu nak order apa . Menu dia banyak sangat . Last sekali , aku order je Nasi Ayam Penyet (peh dah dua malam aku makan penyet ni) . Yang lain-lain punya order aku lupa laa . Haha . Lepas tu , shisha pulak . Shisha flavour Grape-mint . Peh dia salah letak arang kot , sampai Mu'az tak de suara . Haa , tengok status FB dia ni ;
Ok , berbalik cerita kita tadi ye kawan-kawan . Berbual punya bual , tak sedar dah pukul 4.00am dan aku pun dah terbaring jugaklaa kat atas meja . Tenaga dah habis laa kot . Tapi ok laa kan sebab Ahad tak kerja laa kata kan . Cuma cikgu Yam je yang kerja . Dia ada meeting PIBG . Haha . Sian kau Yam . Btw , bagus jugak kau ada meeting tu , kalau tak , mahu sampai breakfast kita duduk situ . Miahahaha .
Korang tengok je laa gambar kat bawah ni . Penat dah nak menaip . Ada cerita lain jugak ni nak di-update .
Jalinan Silaturahim Seisi Keluarga
Si mulut kepoh ;)
Apis , Mu'az , Maryam , Dilla , Erin
Huiii bila nak return lagi ni?
Orang-orang yang belanja malam tu ;)
[Noted : Nak pakai baju apa eh masa Zana & Mam tunang?]
No comments:
Post a Comment