Aug 22, 2010

Puasa dan malas angkut kamera .

Apsal eh , sejak dua menjak ni kan , rasa nak berblog tapi takde idea nak tulis pasal apa . Mungkin sebab takut dapat dosa kot . Hihi . Isk memaen pulak aku ni kan . Yela takut jugak segala perkataan boleh menyakitkan hati  orang yang membaca . Cettt padahal memang tengah takde idea nak tulis apa kan . Oh actually kan , lately ni keluar jarang bawak kamera , so macam tak best pulak nak cerita pasal buka puasa ke shopping ke tapi takde gambar nak di-attach kan . Sebab bulan puasa ni tak larat nak angkut kamera yang sama berat dengan aku tu . Tapi mari laa lihat gambar-gambar sempena bulan ramadhan yang ada dalam kamera handphone ye :)


Puasa - day 1 ; Memandangkan bulan Ramadhan , aku buat keputusan drastik ambil bantal bintang dalam si putih untuk dijadikan teman ketika waktu lunch kat office . Faham-faham je la uolls~ Dengan bantal bintang ni laa , aku tidur nyenyak dalam surau dan dapat menghilangkan rasa haus mahupun lapar :)


Puasa - day 2 ; Dah berjanji dengan si mok Amer (nama samaran baru) nak berbuka sama tapi tak tahu nak buka puasa kat mana . Tetiba je dapat idea buka puasa dengan mok lagi sorang (Chuck). Maka dengan itu , pukul 7.00pm masih dalam kereta dan stuck dalam jammed . Memang heaven gila sebab dalam si puteh takde makanan mahupun air ok! Ada 2 biji eclipse je kot . 


Puasa - day 3 ; Scary oh tengok accident ni . Masa ni aku drive alone balik JB . Hujan lebat sangat dan jalan licin . Bila tengok accident ni , terus bawak slow . Takut sangat . Yelaa sensorang pulak tu . Oh ye , accident ni berlaku dekat Melaka (highway menuju ke JB) .



Puasa - day 4 ; Dua gambar di atas di hari yang sama . Aku teringin nak makan Nando's , so berbuka puasa laa dengan Nando's . Yeahh ini dah sebulan lebih tak balik JB tau !



Puasa - day 6 ; Dua gambar di atas pula , haaa nampak tak Mu'az pakai baju kerja? Hahaha . Masa ni dia yang paksa aku tau! Paksa ambil gambar dengan dia pakai baju kerja . Sebelum balik ke KL hari esoknya , Mu'az bawak aku buka puasa makan ayam penyet yang sedap dekat Kg. Pasir , Pasir Gudang . (Sila abaikan muka yang berminyak dan mata lebam ye~)

Puasa - day 6 ; Haa lepas balik berbuka dengan Mu'az dekat Pasir Gudang , aku singgah kedai kat SS untuk packing kuih raya yang kengkawan order . Hehe sorry laa tak update kat blog pasal jual kuih raya sebab dah upload dekat facebook je .


Puasa - day 10 ; Oh yeah dua gambar di atas ialah shopping di Jalan TAR waktu lunch . Wah best gila ok , murah-murah pulak tu . Tapi dah penat shopping rasa haus sesangat . Macam nak buka je tapi tak boleh buka sebab umur dah 24 tahun kena belajar bertahan :)


Puasa - day 11 ; Ini juadah berbuka puasa kami . Siapa kami ? Erin , Muna , Anne dan Aina . Rasa seronok sangat dapat berbuka puasa sesama . Teringat zaman masa kat UTHM . Dan yang paling kelakar , memasing pakai baju yang sama colour . Chemistry memang kuat!


Ok , itu saja gambar yang ada dalam handphone . Sekian , terima kasih :)


[Noted : Tengah merajuk! ]

No comments: