Woweeee updates blog kat office lagi ye kengkawan . Hari ni , boss takde lagi dan lagipun hari ni puasa . Macam tak larat nak buat kerja ok (cettt ! bukannya kerja angkat pasir kot . Haha ;p) . Isk takpe laa , kang jap lagi i buat laa kerja . I bukan apa , dari membazir masa tidur dalam surau , lebih baik kita berblogging kan kan kan , ok ni ayat sedapkan hati .
Ok , jom tengok siapa orang Liverpool yang balik Malaysia tu , eh actually bukan orang Liverpool tapi orang Malaysia laa . So , ayat tu kena tukar sikit ye , aaaaa tapi malas nak betulkan title post tu balik , boleh kan ? Phew , melalut panjang sangat ni . Straight to the point please . Ok , Encik Nazali laa yang balik Malaysia . Siapa dia ni eh ? Huh panjang ceritanya dan ringkasan ceritanya , dia ni lecturer masa kat UTHM dulu . Ye , kitorang memang sangat rapat dengan dia masa dulu dan sekarang pun sama jugak ye . Bagi aku , dia ni seorang lecturer yang paling cool laa di abad ni wei . Orangnya tegas , baik hati , penyayang , ambil berat (caring ayat orang putihnya) , tak berkira dan paling ketara sekali dia memang akan rapat pada students yang degil , pemalas dan yang bermasalah macam Erin and the gangs . Ini memang diakui oleh semua lecturer fakulti aku ok ? Setiap lecturer mesti ada yang komen kata students BPD (ni kod kelas aku masa belajar dulu) datang kelas lambat , berbual masa lecturer tengah pot pet pot pet bagi ilmu , hantar assigment lambat dan macam-macam perangai lagi laa . Pendek kata , budak perempuan dengan lelaki sama je perangainya (buruk sungguh perangai aku dulu eh?) .
Dipendekkan cerita , Encik Nazali dapat sambung PHD kat Liverpool , universiti apa tu aku tak pasti laa eh . Ehehehehe . Masih segar dalam ingatan aku (cehwah ayat nak skema kan) , aku dengan budak-budak yang degil ni hantar pergi KLIA . Memang sedih jugak laa masa tu , sebab aku rasa masih ramai lagi yang perlukan dia kat UTHM untuk dijadikan panduan . Serius shit wei dia banyak ubah kitorang , bukan ubah dari kurus ke gemuk ataupun sebaliknya tapi ubah kitorang jadi manusia yang berguna dan tengok laa apa yang jadi pada kengkawan aku hari ni . Peh memang aku salute kat diorang semua , berjaya babe ! Dan yang paling aku bangga sekali , kengkawan yang degil gila dalam kelas atau secara ringkasnya budak lelaki yang pemalas , semuanya dapat kerja lagi awal daripada budak-budak yang pandai dalam kelas yang 'Dean List' setiap sem tu haa . Dasyat bukan ? Hehe . Eh sorry laa kalau kengkawan i yang pandai-pandai ni terbaca blog ni . Tapi sukati laa , ni kan blog i . Uolls nak kutuk i , guna blog sendiri ok ?
Oooo ye setelah 2 1/2 tahun Encik Nazali kat sana , akhirnya kitorang dapat jumpa dia lagi . Dia balik Malaysia bulan Julai sampailaa hari Raya nanti . Tapi bukan laa balik selama-lamanya , balik sekejap nak uruskan kerja-kerja PHD dan macam-macam lagi . Plan punya plan , akhirnya jadi jugak kitorang jumpa dia . Dan seperti biasa , aku laa official organizer bebudak ni semua . Aku memang jadi penunggak utama setiap event (gila riak ni) . Aku ajak semua orang yang kerja kat KL ni tapi seperti biasa laa kan , muka yang sama jugak laa yang bagi respond baik . Hummmm , ni satu lagi masalah budak kelas aku ni . Perangai pelik yang kalau ajak jumpa , minum-minum , makan-makan mesti tak mahu join sebab dah janji dengan kawan lain dan sebagainya . Haha . Ok , ni entry yang paling panjang dan paling beremosi sekali . So , baik aku stop daripada mengundang segala gejala gaduh-gaduh dari jarak jauh . So lagi sekali , sila laa lihat gambar-gambar kitorang jumpa dengan Encik Nazali . Oooo ye lupa pulak nak bagitahu , kitorang ajak dia makan kat Tupai-Tupai , seperti yang diminta oleh dia (apakah ayat ni , teruk gila BM aku !) .
Encik Nazali Noor , pensyarah favourite kami !
Tupai-tupai .
Harga semuanya RM370.40 .
Harga semuanya RM370.40 .
Aina .
Padel .
Kak Zie (tunang Padel) .
Firdaus .
Qurattu Ain (bakal tunang Firdaus)
Hehe , ini assumption aku je ni ;p
Anne .
Hadi (bakal menantu Encik Nazali tapi Najwa kecik lagi )
Muna .
Blueberry Cheese Cake .
Celebrates birthday sesama .
38 , 24 & 24 .
Chuck (maskot ayam KFC) .
Sesi lucky draw !
Cesss ! Amer yang 'maju ke depan' yang dapat lucky draw tu .
Mari-mari ambil gambar kepala senget .
Comel eh senyum macam tu ?
Ok , kat belakang Encik Nazali tu ada bakal pengantin ye .
Nampak tak ?
Nampak tak ?
Hummm nasib baik ada gambar photographer !
Btw , thanks Chuck for the blur pic of me . Damn u !
Btw , thanks Chuck for the blur pic of me . Damn u !
Diorang paksa aku snap gambar ni .
Semua pun dah kurus!
Sesi salam-salam , hugs dan gambar sebelum balik .
Ok , jom balik .
[Noted : Confuse nak buka puasa apa harini .
Pizza Hut ke McD?]
2 comments:
Coool!
Muslih - Kalau ko ade mesti lagi best kan?
Post a Comment