"Eh , Amer masuk kiri laa" Anne bercakap . Tapi aku tengok signboard tu tulis Kampung Bukit Tinggi dan masa tu memang aku sangat confused sebab apsal exit nak ke Bukit Tinggi macam tu punya rupa jalan masuknya ? Sebab tengok signboard ke Bukit Tinggi exit 803 . Cessss macam dah sesat . So pot pet pot pet pot pet dalam kereta , oooo ok kitorang dah salah jalan . Apa daa , dah nak sampai Janda Baik dah wei . Tapi kan kat situ ada air terjun , peh kalau kitorang bawak baju masa tu , memang confirm laa good bye Bukit Tinggi and welcome to Janda Baik . Huhu .
Cess tengok mukadimah je , korang dah tahu kan aku sesat ke Bukit Tinggi . Sila salahkan si Amer dengan Anne tu . Aku cakap tak mahu dengar . Kan dah salah jalan . So , kepada pembaca The Erin , kalau nak ke Bukit Tinggi , sila ambil exit 803 , Berjaya Hills , signboard colour coklat . Hamboi details gitu . Oooo lupa pulak nak bagitahu korang . Ni cerita 2 miggu lepas . Hehe . Tak sempat laa nak updates . Mak busy nyah . Lagipun Amer request kasi lambat sikit upload gambar ni sebabnya masa ke sana dia cabut kerja . Hahaha . Ini laa contoh pekerja yang sangat tak beretika . Sila jangan ikut perangai buruk dia ;p .
Kepada sesiapa yang bosan macam aku bila hujung minggu tak balik rumah mak kat JB , boleh laa menghabiskan masa jenjalan ke Bukit Tinggi . Lagipun kos ke sana sangat laa murah ye . Tiket masuk hanya RM12 , itupun Amer yang bayarkan . So , bagi aku , memanglaa murah kan kan kan ? Biasa laa kan , kalau dah nama Erin ni , kalau duit ada ke takde ke haruslaa jenjalan supaya tak nampak looser kalau duduk rumah sensorang dan meratap kesedihan tak dapat balik JB . Ni dah kira ayat merepek ni . Eh jap , lepas tu kan kalau dah kat KL ni , lebih baik jalan je semua tempat sebab nanti kalau dah balik JB , dah jauh dah . Ni dari KL-Bukit Tinggi 30minit je . Serius shit wei tak sempat aku nak tidur ;p .
Ni kiranya kali kedua jugak laa aku ke sana . Dulu zaman sekolah kot aku pergi , maknanya dah berbelas tahun ke belakang laa kan . Dah tua dah aku ni . Tapi kira ok laa kan , pernah jugak datang sana tapi si Amer baru first time nak pergi . Tu pasal dia teruja gila nak pergi . Hehe . Lepas tu kan , apsal eh kat sana dah tak sejuk macam dulu ? Berpeluh ketiak wei , beria-ia aku menutup segala bagai yang kununnya macam sejuk tu . Cessss betul laa . Tapi ok jugak boleh menutup aurat . *Insaf* (memainkan aku ? Kena panah petir baru tahu kang) .
Mari-mari tengok gambar aku . Aku sempat pergi Japanese Tea House , Botanical Garden & Colmar Tropicale . Rabbit park dengan house trails tak pergi pun haa sebab masa tu macam dah penat sangat pulak . Kat sana memang best ambil gambar sebab tempat dia ala-ala over the sea gitu .
Tiket RM12 .
Ini ialah Anne .
Ini ialah Amer .
(buncit dowh perut kau!)
Penat mendaki bukit-bukau .
Siapa nak kurus digalakkan datang ;p
Rumah Teh Jepun .
Cuba cari mana kitorang ?
Jenjalan kat sini macam dalam zoo sebab bunyi beruk kot .
Apsal bibir terjuir?
Macam penyagak pulak korang ni posing ;p
Rumah jepun . Comel je .
Ok , sila tengok peta ni dengan betul .
Rasa macam pergi oversea laa pulak .
Jam tak bergerak .
Panas gila kot masa ni .
Ok , jom balik .
[Noted : Penat wei main ice-skating semalam]
No comments:
Post a Comment