Jul 1, 2010

Makan-makan kat HM SRI BAGAN

Hai kengkawan semua , rancangan makan-makan The Erin disambung semula . Maaf laa ye uolls , i busy body sikit . Ingat uolls je boleh busy body , i pun sama jugak . Ecehhhh korang ingat ni rancangan bual bicara yang sopan-sopan ke apa? Haha . Seperti biasa cerita makan-makan aku ni memang yang dah basi . Selagi tak basi , selagi tu laa aku tak updates . Yelaa , i kan orang penting projek landasan keretapi tutttt tutttt (ni bunyi keretapi ke eh?) . Ni cerita ni bulan Mei punya cerita wei . Hahaha . Gelak guling-guling .

Makan-makan kali ni , diketuai oleh Abang Azral . Siapa Abang Azral ? Alaaa yang paling handsome kat office tu laa ;p . Haaa sila abaikan ayat tadi . Weeeeeeee~ Kali ni , Azral bawak kawan-kawan office dia yang kuat makan tu kan , pergi makan seafood . Nak tahu kat mana dia bawak kitorang ? Haaaaaamekkkkk kau , kat Sepang Gold Coast sana tu . Korang bayangkan laa eh , dari KL nak ke situ berapa jam . Mahu berjam-jam . Lepas tu pulak , keluar office pukul 5.30 pm kan , haa sila bayangkan laa lagi jalan kat KL semua dah jammed . Ok , dah habis dah ke bayangkan semua tu ? Harap korang boleh rancang perjalanan dengan begitu baik sekali . Apa-apa pun , terima kasih laa kat Azral sebab sedap wei . Tak sia-sia perjalanan kitorang yang jauh berkilo-kilometer dan berjam-jam tu .

Nak tahu kat mana kitorang makan ? Lokasi ? Nama kedai ? Haaa nama kedai , HM Sri Bagan Sdn Bhd . Lokasinya pulak kat Bagan Lalang atau nama orang putihnya Sepang Gold Coast . Alaa kedai ni betul-betul tepi pantai tu haa . Senang gila nak cari . Kalau tak jumpa jugak , sila dail no kedai ni 03-31412895 tapi korang jangan laa asyik miss called je pulak nak kacau awek kedai tu . Hahaha tetiba kan nak usha awek . Tak pasal-pasal je kan . Ok , di malam kejadian tu , ecehhhhh kejadian laa sangat  kitorang sampai-sampai je kat sana , pekerja kedai dah bersedia untuk hidangkan makanan . Fuhhh lega rasanya sebab kitorang dah order awal-awal dari office . Kalau tak , mahu kebulur laa kakak-kakak dan abang-abang office aku tuh . Mahu jugak kang , diorang terbalikkan meja sebab lapar sangat . Eheeee . 

Menu yang kitorang order malam tu of course laa makan ketam , udang , sotong , pepahat , kerang , lalah dan  aaaaaa ahaaa aku dah lupa . Serius shitt wei memang sedap dan berbaloi-baloi bayar RM40 . Tak rugi datang dari jauh yang berkilo-kilometer tu . Oooo ye tak lupa jugak , kedai tu menyediakan makanan pencuci mulut iaitu kerepek ubi yang sedap dan buah-buahan yang yummmy yummmy . Hahaha . Ok laa korang , selamat mencuba makan di HM SRI BAGAN . Senang je nak ke sana dan aku pasti korang tak kan kecewa ;)

HM Sri Bagan .
Business hour 6.00 pm - 1.00 am .

Cantik kan view kat belakang tu . 
(Sila abaikan mereka yang sedang berebut tempat duduk)

Ini sotong .

Tomyam , pepahat , udang , sotong .

Ini udang .

Hamboi-hamboi boss bukan main lagi posing ye .



[Noted : Hangin satu badan harini ]

2 comments:

mamaelly said...

salam kenal.. saya pun baru p makan kat HM Bagan lalang tu...mmg terbaik kan tempat n makanan dia..

http://isyaputry.blogspot.com/2011/11/hm-sri-bagan-seafood-bagan-lalang.html

dapat tau pasal tempat ni pun sbb google2 n jumpa blog awak nie..hihi

Erin said...

hye. hikhik bestkan makan kat situ? dah setahun dah pegi sana. entah bila agaknya nak pegi lagi