Jul 31, 2010

Apa lagi hadiah yang saya dapat?

Hai , selamat hari Sabtu . Wohoaaaa! Hari ni adalah hari terakhir dalam bulan Julai . Cepatnya masa berlalu dan kita semakin hampir ke bulan Ramadhan yang mulia . Haishhh dah habis ke menggantikan puasa tahun lepas ? Kalau belum , cepat-cepatlaa ganti ye . Sebab masa dah suntuk sangat ni . Hihi . 

Ok laa , hari ni nak sambung upload gambar hadiah yang aku dapat minggu lepas . Mungkin minggu ni akan menyusul lagi hadiah-hadiah lain . Cet , berangan saja ! Tapi kalau sesiapa nak bagi lagi , aku terima je tanpa banyak soal dan didahulukan dengan ucapan terima kasih :)




Korang dah tengok kan apa yang aku dapat ? Hihi . Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada pemberi-pemberi hadiah tersebut . Rasa terharu gitu . Semua hadiah yang aku dapat sungguh bermakna sebabnya semuanya benda aku suka . Yeay !

Gambar pertama dalam entry ni ;
Korang nampak tak itu apa ? Mug kan ? Nampak tak bentuk apa ? Moo kan ? Haaa aku suka gila dengan moo ! Dan orang yang bagi tu memang tahu sangat aku suka moo . Sebab aku ada bela dua ekor moo dalam kereta . Hihi . Mug ni besar gila ok kalau nak compare dengan mug aku kat office tu . So , lepas ni kalau buat air boleh laa share satu department . Hihi . Thanks Kak N ! Oooo ye , dalam moo tu korang perasan tak ada wrapping paper polka dots ? Itu pulak hadiah Kak Marina yang bagi . Nak tahu apa ? Jeng jeng jeng ! Sepasang brooch yang blink-blink macam emas habib jewels ok ! Aku memang nak sangat brooch tu sebab Kak Marina banyak gila kot brooch macam tu sampai jeles dan siap pesan suruh belikan . Dan tiba-tiba je , Kak Marina bagi hadiah brooch yang aku nak tu . Yahuuuuuuuuuu , suka sangat-sangat . Thanks Kak Marina :)

Gambar kedua dalam entry ni ;
Hihi . Jumaat dua minggu lepas , aku kunun-kunun demam kus-kus laa kan , so tak datang laa kerja . Lepas tu kan , hari Isnin masuk je office sampai je kat meja , tengok-tengok itik aku ada kawan baru . Hahaha . Dah tu pulak kawan dengan tiga ekor arnab pink . Berdekah-dekah aku ketawa ok . Sebab tiga ekor arnab ni buat aksi akrobatik bukan main lagi . Comel gila . Masa tengok magnetic tu je , memang aku dah tahu dah siapa yang hadiahkan . Sebab masa aku beli itik tu , dia suka usik itik tu tukar aksi akrobatik lain . Anyway , thanks Kak Fazi . Rasa ceria rak meja i kat atas tu walaupun kertas entah apa-apa bersepah-sepah kat atas tu .

Gambar ketiga dalam entry ni ;
Omg ! Tetiba je rasa nak nangis . Haha . Gedik gila laa kan nak nangis . Sebenarnya , aku sangat terharu dengan ucapan dia . Tak sangka wei , sebab dalam masa lima tahun ni tak pernah laa pulak dia bagi ucapan macam tu . Walaupun dia main tulis je kat atas sampul hadiah dan dakwat pen tu macam takde , aku tetap rasa wow ! Betul ke dia yang tulis ni ? Hihi . Dan untuk pengetahuan semua , nak tahu tak macam mana cara dia bagi hadiah ni ? Kalau nak tahu , sila laa baca dengan tenang ye . Ok , hari Rabu lepas , dia ada interview dekat KL (company apa tu perlu dirahsiakan , haha) , so masa tu laa dia bagi hadiah sebab dia kan datang KL . Kalau tak , lambat lagi laa aku dapat hadiah dari dia . Eh , ini belum klimaks ceritanya . Ok , memandangkan aku memang kerja kat KL , dia pun datang KL naik bas je dan aku laa yang tukang ambil dia kat terminal bas Bukit Jalil , pukul 11.30 p.m hari Selasa (perlu ke cerita?) , mata pun dah mengantuk gila ! Malam tu lepak minum kejap , yela kalau lepak lama , ada jugak yang tak pergi interview kang . Kalau aku tak pergi kerja takpe laa kan . Hihi . Tapi kan masa malam tu , dia langsung takde menunjukkan ke arah nak bagi hadiah kat aku sebab dia pernah cakap hadiah aku tu dia nak bagi lambat lagi , so masa jumpa tu takde laa teruja apa pun cuma dia yang teruja jumpa aku , rindu kunun . Tapi dia laa yang rindu , bukan aku ok ? Hari Rabu pagi , hihihi dia hantar aku pergi kerja . Auwwwww , first time tau . Yela , kitorang kan kerja jauh-jauh , then bila dia hantar pagi tu rasa sangat best walaupun aku sangat mengantuk . Pukul 7.00 am dah siap nak pergi kerja . Haha . Tak pernah aku siap seawal pagi tu . Then bila dalam kereta tu , dia tiba-tiba cakap dan tuduh aku dah berapa lama keluar dengan ....... alamak aku lupa nama lelaki yang dia sebut tu . Damn , cuak gila dan rasa eh apsal pulak laa mamat ni kan . Lepas tu aku cakap laa kan siapa pulak laki tu dan dia jawab apa entah tapi aku macam ingat-ingat lupa , dia kata "tu dalam dashboard tu ada kertas nama dia" . Aku pun menggelabah gila laa bukak dan jeng jeng jeng .................... eh itu hadiah aku laa . Hihi pandainya nak kena kan aku tapi sumpah aku cuak gila masa tu . Tiap-tiap tahun pun mesti aku terkena dengan dia . Cesss betul laa . Apa-apa pun ,  I love you sayang ! 


[Noted : Eh sorry laa kualiti gambar kurang memuaskan sebab pakai kamera hp je ]

No comments: