Assalammualaikum and happy tuesday. Maka dengan itu secara tak langsung memang laa aku tengah tak buat kerja. Ada ke office hour update blog? Boss relax je duk belakang aku ni. Hehe. Tahu je laa kan, akhir tahun macam ni, semua orang bercuti main snow kat Zurich (sengaja nak perli Rehan), Korea, Beijing dan banyak tempat lagi. Aku je laa yang main snow dengan aircond office yang bersuhu 16 darjah celcius.
Sebenarnye setiap hari aku berangan nak share tempat-tempat makan yang baru and of course vacation trip yang aku pergi tapi tu laa, kekangan masa dan tahap kesungguhan nak update cerita amat tipis (tipis ke nipis? confused mak). Maka yang diangan-angan kan semuanya hancur berkecai begitu sahaja. Kiranya aku sekarang ni lebih suka balik kerja, lepak dalam bilik dan mata pun layu terus tidur. Boring kan life macamni. Hidup aku jauh dengan family dan aku tinggal sorang je kot kat umah Cheras tu. Lulu pun dah hantar balik JB sebab kesian kat dia yang keboringan duduk umah tu. At least kat JB tu die boleh memaen cak cak baa dengan kucing adik yang pondan tu. Aku takut jugak Lulu akan mengalami masalah kecelaruan identiti berkawan dengan kucing pondan tu. Maaf Lulu, kakak tak sempurna untuk Lulu :((
Lepas tu plak hari-hari jugak aku berangan nak pegi makan wondermilk laa, nak pegi makan cupcakes bijoux laa tapi last sekali lepak rumah paling win sekali. Jiwa aku mungkin dah tak macam dulu, plus badan aku lemah jadi lembik dan cepat penat. Aku baru je lepas berurut sebab sakit pinggang mengangkut almari mak yang besar tu (yelaa mak beli almari baru kan, haruslaa kena tukar position almari yang lama. ada adik lelaki tapi 24/7 pergi maen Dota, stress mak!). Makcik urut yang berjiran dengan kedai mak tu kata, aku ni lemah kat bahagian jantung sebab tu cepat penat. Seram aku dengar. Jadi minggu depan ni aku nak pergi check up semua benda yang patut. Sebab lately ni memang dada pun rasa sakit.
Lepas tu lagi, setiap hari berangan jugak nak bisness something. Apa yang something tu pun tak tahu laa. Tengok trend sekarang, apa pun barang yang dijual kat online confirm laa laku sebab aku laa salah sorang penyumbang terbesarnya pun. Kiranya lepas dah fikir punya fikir, end up nya aku pun bukak instagram, tengok gambar sana sini lepas tu mata pun layu dan terus tidur.
Jadi kesimpulannya, memang betul laa setiap hari aku berangan. Bosan kan hidup aku ni. Rutin setiap hari yang sama. Tapi takpe , lagi beberapa bulan Insyallah hari-hari tu akan dipenuhi dengan rutin-rutin yang baru. Hehe.
Hehe ok, boss dah ajak sembang plak. Bye :)
No comments:
Post a Comment