Dec 31, 2012

This is the end of year 2012

Aku pasti dan yakin, harini ramai yang bercuti, memandangkan esok pun cuti, jadi apa laa salahnya semua orang pun larung amek cuti sampai selasa kan tak pun sampai rabu sebab nak hantar anak sekolah. Begitu laa dengan officemates aku sekarang ni. Jadi eh banyak betul jadi, tinggal laa 8 orang je kat office ni dengan 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Tapi itu tak termasuk hantu kat office ni. Hehehe. Yang tu malas nak kira ;)

Eh jadi harini adalah hari terakhir aku attached kat projek SGEDT ni, jadi eh jadi lagi, esok sepatutnya kena masuk office kat JB tapi rasanya memang tak boleh sebab boss kat KL masih bercuti dan terpaksa tunggu diorang dan semua officemates naek 3 Jan nanti. Yela takkan nak maen tinggal macam tu je, nak kena hand over bebetul dan salam peluk cium dengan semua orang.

Kalau nak diikutkan hampir 4 tahun jugak aku dengan projek ni. Banyak pengalaman dan ilmu yang aku timba. Kalau setakat term engineer yang entah pape aku tak pernah belajar pun aku boleh tahu. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. Dan sesungguhnya, resume akan jadi cantik sebab involved dalam mega projek. Hikhik. Lagi satu, environment keje kat office ni sangatlaa best walaupun project manager garang gilo macam singa. Perkataan bloody hell tu dah biasa dengar, kena marah dengan boss depan orang ramai pun aku pernah kena. This is the best moment kot. Singa bertemu singa jadi, menjawab je laa aku ni tapi menjawab benda yang betul. Officemates plak , perghhh terbaek didunia, sebab? Aku berjaya gain weight dengan jayanya. Hari-hari ada je makanan free dapat. Hikhik. Haishhh tengah type air mata bergenang plak sedih haaaa.

Aku sebenarnya sedih nak tinggalkan kehidupan KL ni. Hahaha sebab banyak shopping mall dan tempat makan yang best. Tak sedar diri kan? Mana taknya, 4 tahun laa aku duk kaya kan KLCC, jalan TAR, sogo, wangsa walk and many more. And lepas ni susah laa nak ke KL melainkan kengkawan beranak ke kawen. Hihi.

Jadi rugi rasanya kalau dah update blog tak letak gambar kan. Ni semua geng SGEDT aku. Wuarghhhh 3 Jan ni baru jumpa semua orang dan confirm akan menangis. Anyway, thanks a lot SGEDT!























[Note :  Sedih ! ]

No comments: