- Berdoa pada tuhan . Sesungguhnya , apa yang jadi pada kita hari ini , adalah ketentuanNya dan ada perkara yang lebih baik yang akan kita dapat selepas dugaan ini . Amin .
- Nangis laa sepuas-puasnya . Dah abis nangis , sure korang akan tidur dengan nyenyak . Lepas tu bangun tidur , mata bengkak dan pergi kerja / sekolah / kelas , semua orang tak berani nak tegur punya laa . Kalau kat negara China , orang yang putus cinta / cerai dapat cuti seminggu .
Harap Malaysia pun begitu ;p - Sesiapa yang ada Facebook , sila laa tukar status In relationship with ..... kepada Single , sure ramai kengkawan akan comment "sabarlaa" , "be strong" , "betul ke ni" , "semoga dapat kekasih baru" dan macam-macam lagi . Bila korang baca semua comment ni , sure jugak korang tak berapa nak sedih sangat sebab dok tengok inbox email asyik masuk je notification tu . Dan tak lupa jugak, ramai pakwe-pakwe ngan awek-awek kat Facebook yang dah lama usha korang akan terus ajak kahwin takpun couple . ooo ye lagi satu , tukarlaa gambar profile yang cantik sikit .
Kalau ada jerawat , kasi buang , kalau gemuk , kasi kurus , kalau kurus , kasi gemuk . - Cuba ajak kengkawan rapat keluar jenjalan . Kalau perempuan , ajak laa pergi shopping ke tengok movie ke kan . Sure punya korang takkan bersedih lagi . Kalau lelaki , ajak laa pergi main snooker ke futsal ke climbing ke atau apa-apa jenis sukan laa .
Jangan ajak pergi skodeng sudah laa . - Buanglaa segala gambar dalam handphone ke laptop ke almari ke . Ni pun kalau korang dah confirm putus cinta dan potensi untuk berbaik balik tu dah takde laa . Ehee~
- Sila laa booking Air Asia untuk pergi bercuti . Everyone can fly kan , so nak hilangkan rasa sedih tu , pergilaa bercuti tenangkan fifkiran . Mana laa tahu kan , boleh jumpa yang baru . Kalau tak nak naik Air Asia pun boleh , korang sila laa naik kereta sendiri tapi janganlaa sampai accident pulak .
- Janganlaa cuba untuk merosakkan diri . Contohnya makan panadol sampai dua papan = 18biji
(haishh ni macam cakap diri sendiri pulak), toreh tangan dengan pisau , tak makan berminggu-minggu , tak tidur berminggu-minggu dan macam-macam lagi . - Orang kata makan coklat boleh menenangkan fikiran . Jadi , apa salahnya kalau korang pergi kilang Beryl's yang baru bukak kat Bangi tu , belilaa coklat bebanyak . Gemuk ke tak gemuk ke , itu belakang cerita .
- Habiskan laa duit dengan membeli barang-barang yang korang suka, contoh ipod ke iPhone ke dslr ke .
Ciisss ni macam cakap pasal barang yang aku nak beli je . Iskk ;p - Dan akhir sekali , cubalaa contact boyfriend / girlfriend yang dulu-dulu punya . Mana laa tahu kan , diorang pun masih single . Jadi ada laa peluang . Hehe .
[Noted : Harini tengok Lagenda Budak Setan]
No comments:
Post a Comment