Jun 24, 2010

Makan-makan kat PAK ANJANG BARIANI JOHORE


Ok , entry kedua program makan-makan untuk hari ni . Cerita ni pun dah lama jugak dah . Tak silap aku laa kan bulan Disember tahun lepas . Basi ke tak basi , itu tak penting . Yang penting korang dapat menikmati makanan yang sedap . Kali ni aku nak update makan nasi bariani pulak ye kengkawan . Nasi Bariani Johor memang laa sedap sehingga menjilat jari ok . Kat mana yang sedap??? Haruslaaa kat Bukit Soga , Batu Pahat . Pehhhhh memang sedaplaa wei . Dulu masa belajar kat UTHM , memang selalu ke sana . Memang ramai student dan parents student UTHM yang selalu datang makan kat situ . Tak kira laa yang datang ambil anak ke datang konvo ke , mesti nak singgah makan kat Bukit Soga . Eh eh eh jap , dalam entry ni aku bukan nak cerita pasal Nasi Bariani kat Bukit Soga tu tapi Pak Anjang Nasi Bariani Johore . Tapi ada kaitan jugak laa . 

Kepada peminat Nasi Bariani Johore dan tinggal di KL ke Shah Alam ke Klang , korang boleh laa makan kat Pak Anjang Nasi Bariani Johore . Kat mana lokasinya ? Ni alamat No. 44 , Jalan Rugby 13/30, Seksyen 13, Shah Alam . Kenapa aku syorkan kat korang untuk ke sini ? Sebab nya , anak tuan kedai  tu jiran sebelah i kat opis . Haruslaa support business jiran sebelah . Selain daripada tu jugak , kedai ni sama jugak dengan yang kat Bukit Soga tu haa . Tak sangka laa kan , rupanya diorang ni sedara-mara . What a small world ;p .

Menu yang ada ; Nasi Bariani Ayam / Kambing , Nasi Bariani Gum Ayam / Kambing , mee bandung , telur pindang dan rojak petis . Ni menu yang aku ingat laa . Sebab masa kitorang pergi kat situ , semuanya order yang tu je . Lain-lain menu , boleh laa korang tengok kat kedai tu nanti . Ooo ye , kedai ni dibuka dari pukul 10.30 am sampai 9.30 pm , kedai ni akan tutup setiap hari Isnin minggu pertama dan minggu ketiga (details kan ? Al-maklumlah , tengah type updates ni , aku tanya je laa jiran sebelah tanpa segan silu ;p)



Alamak sorry laa eh , gambar nasi bariani takde , 
yang ada tinggal pinggan kosong je ;p

Sesi perbualan haruslaa ada walaupun teman sepejabat ;p

Dah kenyang dah boleh peace ;p

Ada telur pindang jugak ye .
Memang betul Johor laa .

Ooopppsss , jangan salah faham ye , ini bukan hidangan tambahan .
Tapi ini peraduan baby-baby gebu .

Haaa kalau korang nak order booking pun boleh 
(tengoklaa no phone kat signboard tu ;p) 



[Noted : Next updates makan-makan kat Bagan Lalang]

No comments: