Jun 28, 2010

Anak ketiga emak ;)





Wuarghhhh letihnya badan . Penat balik dari Jengka , Pahang tak hilang lagi ni . Perjalanan yang sungguh memenatkan dan adventure ok . Jalan dia uuuu maakkkk aiiiii , setiap berapa kilometer entah mesti ada "awas kawasan kemalangan" "awas selekoh merbahaya" . Dah laa macam tu , boleh pulak kan takde lampu jalan . Haishh kalau laa jadi pape , ish ish ish . Emo tak pasal-pasal jek ni .

Hehe . Siapa anak ketiga emak ? For sure laa adik aku kan , Redha Fahmi . Kihkihkih . Ok , jumaat lepas bersamaan 25 Jun  2010 bersamaan jugak aku cuti . Sebab apa aku cuti ? Tu haa sebab anak ketiga mak masuk universiti laa . So , sebagai kakak sulung yang bertanggungjawab dan berwibawa , haruslaa turut serta beramai-ramai  hantar adik walaupun universiti dia dalam hutan . Haha . Alhamdullillah , ini kali ketiga mak ayah aku hantar anak-anak dia sambung belajar ke universiti . Tak sangka kan masa dah berlalu dengan begitu pantas . Dan aku berharap adik aku yang paling kecik dan manja tu akan ikut jejak langkah kakak dan abang dia . Ya , memang kitorang adik-beradik paling nakal , paling pemalas , paling tak reti hormat orang tua , paling suka gaduh sesama sendiri dan paling iskkkkk banyak pulak perangai tak senonoh yang nak kena bagitahu kat semua orang . Tapi .... jangan pandang kitorang sebelah mata wei (emo tak boleh dikawal) . Walaupun mak kitorang jual bahulu dan kitorang selalu terpaksa tolong buat bahulu , tapi kitorang belajar rajin-rajin tau . Kalau tak percaya , maka tidaklaa kitorang semua masuk universiti . Maka dengan itu , sila tolong mak masing-masing berniaga walupun terpaksa . Ni saje je kasi mukadimah .

Ok laa , sebenarnya aku sedih jugak tengok Fahmi masuk UiTM Jengka tu haaa . Bukan apa , dah laa jauh , lepas tu kan aku macam tak confident je dia boleh survive hidup kat sana . Mana tak nya , sampai sekarang pun mak aku yang gosokkan baju dia wei . Aku sekarang tengah bayangkan , berapa helai baju dia yang akan hangus dalam masa sebulan ni . Haha . Aku risau barang-barang dia entah kemana sebabnya dia suka letak sepah-sepah , duit , baju , seluar pun mesti nak sepah-sepah kalau kat rumah tu haa. Hadoiiiii , risau laa kan kalau ada orang ambil kesempatan pada barang-barang yang sepah tu . Dulu , kalau kat rumah , kalau aku yang kemas , jawabnya barang-barang dia semua dalam bakul sampah tapi dia pandai kutip balik (garang kan ??) . Lepas tu pulak , pandai ke dia nak bangun pagi tanpa suara mak ?? Alahai makin sedih pulak nak type . Tapi kan , takpe laaa eh , biarlaa dia belajar berdikari kat sana . Lagipun , ada sorang adik sedara aku kat situ jugak dan rumah pak uda pun kat Jerantut . Harap-harap dia ok kat sana . (Aku tak tahu apsal aku yang nak sedih . Maybe sebab dia kan adik lelaki aku . Huhu)

Masa hantar dia kesana , memang dia yang paling excited . Yelaaa orang dapat masuk unviersiti kan , siapa tak happy wei . Dia yang tak menyabar nak pergi , tapi aku pulak yang hangin sebab asyik nak cepat je . Haha . Tapi alhamdullillah perjalanan pergi dan balik , semuanya selamat . Masa pendaftaran pun sama , semuanya cepat . Bagus jugak sistem pendaftaran pelajar baru kat situ . Takde laa nak kena beratur panjang-panjang dalam keadaan yang panas kan . Salute laa kat UiTM Jengka . Ahli keluarga yang datang pun tak perlu nak tunggu lama-lama masa sesi pendaftaran sebab masa nak parking tu laa diorang bagi fail siap dengan kunci bilik . Pehhhh senang je kan . Terus angkut barang-barang naik ke bilik A3-015 . Cepat gila wei . Seingat aku dulu , aku daftar kat UTHM punya laaa lama sebab kena beratur panjang gila ok !! 

Daftar terus masuk bilik .


Kolej Kediaman Siswa ye , yang siswi jangan gatal ke sini ;p

Bilik Redha Fahmi .

Kawan baru 1 , orang Triang , Pahang .
(korang tengok laa dinding dia , kreatif kan??)

Kawan baru 2 , orang Kuantan , Pahang .

Kawan baru 3 , orang Setiu , Terengganu .
(yang pakai baju colour maroon , pemalu sikit orangnya)
Haruslaa posing bersama orang yang dapat masuk U laa kan . :))

Penjual bahulu , budak masuk U , penjaga masterlist sgedt 
(jawatan masa kini yang disandang)

Ok , bye !! 
(masa ni aku tengah tunggu dia nangis tapi aku yang nak nangis)

"Jalan elok-elok tau" ni ayat dia cakap laa ;p


[Noted : Ok , dah upload dah ;0 ]

No comments: