Jun 15, 2010

Cerita Kahwin - Kak Etty dan Ayie

Hai bestnya tengok gambar-gambar kahwin kat Facebook . Serious shit memang banyak gila kengkawan masa sekolah , matrik ngan universiti kahwin bulan ni . Tension je aku tengok . Kenkadang tak paham laa macam mana korang boleh kumpul duit riban-riban . Sakit jiwa aku . (emo tak dapat kahwin ke?) .

Sebelum tu , aku nak ucapkan tahniah sangat-sangat serta pakej minta maaf sangat-sangat pada best friend aku , Fizz sebab tak dapat pergi Sarawak untuk wedding kau . Aku sedih sampai takut nak call kau tapi aku curi-curi tengok gambar wedding kau . Sangat cantik . Nanti kan , kalau aku kahwin , jangan laa balas dendam tak nak datang eh . Hihi . Ok , tak lupa jugak special congratulations untuk Syikin (classmate masa belajar kat U) dan Amrina (jiran tetangga masa duduk rumah sewa zaman U jugak) . Maaf sesangat sebab tak dapat datang . Aku doakan korang bertiga dan pasangan masing-masing bahagia hingga akhir hayat . Amin :) Korang bayangkan laa eh dalam masa satu hari aku ada empat wedding nak kena pergi . Dah tu pulak tempat masing-masing tak macam jauh pulak kan , Kuching - Baling - Alor Setar - Endau . Haa pening wei kepala aku memikirkannya . Tapi akhirnya aku pilih pergi Alor Setar . Hehe .

Oooo perjalanan ke Kedah memang best gila sampai aku hampir hilang ingatan sebab terhantuk sana sini dalam Avanza . zzzzz . Nanti aku review pasal ni eh dalam entry yang akan datang . Meh tengok dulu siapa yang kahwin dalam entry ni . Jeng jeng jeng .

Ini laa Kak Etty :)


Nak tahu siapa Kak Etty dengan aku? Hehe . Perlu ke aku jelaskan? Aku rasa perlu kot sebab nak bagi korang tahu jugak dari mana aku kenal dia . Kak Etty ni aku kenal dah setahun sejak masuk SGEDT (alaa ni projek 3.45 billion tu haa yang keretapi tu laaa) . Haa aku kenal kat tempat kerja laa . Eheee . Tapi dia dah tukar kerja sekarang ni , dah dua bulan meninggalkan SGEDT . Apa-apa pun tahniah ye Kak Etty , semoga berbahagia hingga akhir hayat . Oooo ye , kami ber-enam ke wedding Kak Etty yang kat nun jauh di Alor Setar . Kak Etty sangat cantik gitu dengan tema 'gold' . Cuma kenapa langsir dengan tabir kat pentas kugiran tu warna merah ? Tension tau , sebab warna sama dengan baju i . Dah laa diorang gelak-gelak kan . Jahat betul kakak-kakak dengan abang-abang tu .


Kitorang ber-enam tu siapa lagi kalau bukan geng AIFFA (Azura , Ill , Fazi , Fuad , Azral - ni semua pangkat kakak dengan abang ni wei) lepas tu tambah dengan aku dengan Kak N . Mmmm tapi kan Kak Ill tak dapat pergi sebab dia ada kelas . Sob sob sob . Kitorang sampai kat Rumah Rehat Penjara Alor Setar (ni tempat majlis Kak Etty) dalam pukul 1.30 petang . Uuu mak aiii panas gila ok . Cair semua make-up tapi i tetap jalan maintain dengan heels 2 1/2 inch tu . Tapi tak boleh nak lawan dengan Kak N yang 3 inch . Wooo tak padan dengan kaki yang dah operate ye . Sampai je , terus cari Kak Etty dan bergambar sakan sampai siap geledah almari tengok baju nikah . Part ni memang tak boleh blaaaa . Haha . Lepas borak-borak , kitorang pun bersantap macam orang kebulur laa kan . Tapi aku sorang je yang macam kebulur , orang lain relax je makan . Cettt diet laa kununnya . Tak boleh blaaa lagi sekali . ;p

Tengah duduk makan-makan , Kak Ross pun sampai . Jadi sambil-sambil tunggu pengantin lelaki dan Kak Etty bersanding , sempat jugak bergossip dengan Kak Ross . Dalam pukul 2.30 pm , pengantin lelaki pun sampai terus pak pak kebooommm dan bersanding . Cuaca masa tu boleh tahan panas dan menanti hari hujan . Lepas Kak Etty bersanding , kitorang semua pun minta gerak dulu sebab ada agenda penting . Nantikan update seterusnya . Weeeeee~ Oooo ye , Menteri Besar Kedah pun ada datang jugak tapi tak sempat nak tunggu dia . Kalau tak , aku dah upload dah gambar dengan dia . Hihi. Tak malu betul 

Haa tak boleh blaa kan sunglass 
tak reti nak bukak :(

The two poyos photographer in the mirror . 
Hahaha .

Photographer in action .

Bila saya nak kahwin ?

Saya pulak tengah cari calon .

"Dia dah kahwin , kami belum :( "

Kami ber-enam bersama pengantin baru :)

Haa berselirat tangan . Takleh blaaaa T_T


Thanx Fuad sebab bagi pinjam cable USB , kalau tak , dah tak boleh nak transfer gambar ni . Tak lupa jugak pada Kak Fazi , i ada curi gambar u sikit ;p Mana taknya , dalam kamera kita banyak gila gambar Kak Fazi . Hadoiiiii ;p



[Noted : Nak kurangkan bercakap benda yang tak elok :) ]

No comments: