Jun 22, 2010

Haa diorang nak lawan kitorang??


Wah entry ni bunyi macam nak gaduh ke apa kan . Tapi relax laa uolls . i bukan apa , i nak bagi diorang berjaga-jaga sikit dengan team weolls ni . Haha . Mesti korang tak paham kan apa yang aku cakap ni . Haaa meh sini orang kampung , dengar aku nak cerita ni . 

Sebenarnya kan , team SGEDT kat Tampin ajak lawan futsal tapi boss kata nak lawan main badminton pulak . Ooooomaiiiigadddd! Korang tak takut kalah ke ? (ayat ni sungguh kurang sopan kalau Hazwan Tampin baca ;p) . Ala aku saja je nak publish kat The Erin ni . Mesti diorang pun tengah risik-risik apa rahsia kehebatan team KL . Weeehuuu~ Untuk pengetahuan, team KL sedang giat berlatih dari hari ke hari , minggu ke minggu . Ni aku saja je kasi team Tampin tengok dan perhatikan segala skills yang ada . Ooo ye , kalau team Tampin nak tahu , team kitorang ni hampir kesemuanya jaguh-jaguh badminton . Diorang ni semua hampir wakil Malaysia tapi apakan daya , memasing banyak commitment lain , kalau tak , diorang laa yang pegang Piala Thomas haritu . Hihi ;p .

Eh cukuplaa aku terangkan sikit je eh kehebatan team KL , selainnya tunggu laa hari perlawanan ye . Jom tengok jaguh-jaguh badminton beraksi . Jangan laa korang menangis pulak tengok diorang main macamana . Apa-apa pun , satu je yang aku nak cakap ni , nanti kalau kalah , jangan laa nangis guling-guling ye .


Coach berbaju biru .

Pemain-pemain telatih .
Yang baju putih tu main memang dasyat woo .

(Haru-biru aku tengok gambar ni)
Baju hijau = pukulan dia sangat perghhh .
Baju hitam free hair = jaguh smash walaupun kaki kurang upaya .
Baju hitam bertudung = main sangat sopan tapi dasyat wei

Ni gaya tunggu bola tangkis sampai ye .

Baju purple = haa tengok tu dia boleh menari ballet masa main badminton .
Baju hitam = senyuman dia boleh buat pihak lawan tak jadi nak smash :)

Air tenaga ;)

Alatan tambahan untuk latihan badminton ;p


Untuk pembaca The Erin , ini laa aktiviti aku setiap hari Rabu lepas waktu kerja . Walaupun aku ni kurus , bersenam tu perlu wei untuk keluarkan peluh . Hihi .

No comments: