Sep 30, 2010

Bila boss marah .

Heh , boss takde mood kot harini , menci i . I pun jadi takde mood nak tengok muka dia ooo . Harap boss jangan kecik hati . Saje je nak updates kat blog sebab ni kan macam diari aku .Memandangkan boss marah , mengamuk dan takde mood harini , aku nak bagi korang tips merepek untuk menghadapi masalah seperti ini .

Kalau boss marah , korang perlu ;
1. Istighfar banyak-banyak dalam hati jangan pulak korang memaki .
2. Genggam pen atau kertas sebab itu adalah salah satu cara untuk melepaskan tekanan kena marah . Nanti cuba korang tengok samaada kertas tu renyuk takpun pen tu patah . Lepas tu tunjuk pen yang patah kat boss , tengok laa nanti , mesti boss rasa gerun gila dengan korang . 
3. Buat muka 10 sen je , jangan buat muka 10 ringgit pulak , nanti boss rasa nak sepak pulak kang . Kenapa muka 10 sen? Sebab aku rasa muka 10 sen ni muka paling kesian sekali yang aku pernah nampak . Dalam erti kata lain , muka yang macam takde perasaan je . Jadi , boss mesti sakit hati . Haha .
4. Bagitahu satu office yang boss tengah marah , so mesti kawan-kawan korang akan rasa sama-sama nak salahkan boss sebab marah korang . Yela nama pun kawan sekerja , haruslaaa menyokong sesama kita kan .
5. Kemas barang kat meja , lepas tu ambil beg dan terus balik . Haha . Lepas tu esok dapat surat cinta kena buang kerja . :))

Eh korang jangan ikut pulak tips ni . Ni tips orang tengah protes boss sebab macam tak logik je dia nak marah aku . Yela dia tanya benda yang aku tak tahu . Maksud tak tahu kat sini , aku belum kerja lagi masa tu , so haruslaaa aku tak tahu kan . Cessss . Tapi aku cari jugak apa yang dia nak tu . Geram betul . Ok itu je .



[Noted : Sakit gigi ]

Sep 29, 2010

S.H.R.Aidilfitri : 6

Ok , raya keenam takde aktiviti yang menarik selain daripada tidur sampai tengahari . Lagipun tak berapa nak sihatkan . Jadinya relax saja kat rumah sampaikan mak pergi beraya kat Singapore pun tak tahu ok . Jahat oooo . Kalau tak dah dapat sing dollar ke kan . So , duduk kat rumah dah tentulaa seharian tak mandi , begitu jugak dengan makan , makan je laa apa je yang ada kat rumah . Tapi rasanya , ada makanan cuma malas je haa nak makan . Belagak !

Dari tengahari sampai laa ke petang , aku duduk rumah diam-diam main facebook . Oh yeah kitorang memang tak dapat dipisahkan walaupun beberapa saat . Sikit-sikit nak facebook . Adeh , i ketagih uolls ~ Kan tengah musim orang upload gambar raya , jadi aku pun tak nak kalah jugak , harus upload gambar laju-laju . Bila dah upload , banyak laa komen dan penuhlaa notification . So melayan laa komen-komen sampai ke petang .

Dalam pukul 6.30 pm baru terhegeh-hegeh mandi laju-laju dan siap sembahyang semua , aku angkut Faid pergi rumah Mu'az . Hihi ada makan free laa . BBQ pulak tu . Tak boleh lepaskan peluang , nanti menyesal tak sudah . So korang tengok jelaa gambar yang ada . Ni pun dari kamera sony aku yang dah jadi hak milik sementara Mu'az .

Masa ni aku belum sampai lagi , rajinkan Mu'az hidupkan bara?


Fuhhhh tetiba je terliur tengok .

Haa berasap-asap kan , ini laa baru BBQ namanya .




[Noted : Dilemma ]


Sep 28, 2010

S.H.R.Aidilfitri : 5

Raya kelima diteruskan dengan beraya di rumah kawan-kawan di JB . Dapat laa beraya tujuh buah rumah dalam masa lima jam beraya . Projek jalan-jalan raya ni diketuai oleh Mu'az . So sebagai seorang kekasih hati yang baik hati haruslaa menyokong projek yang dianjurkan ! Ok merepek ni . Sila abaikan . Projek ni start sepatutnya pukul 2.00 pm tapi terpaksa ditunda sehingga pukul 2.45 pm sebab hujan rahmat turun selebat-lebatnya di Taman Universiti . Ini mungkin bukan alasan lambat tapi memang lebat wei , nak keluar rumah pun basah , kalau basah dah tak vogue , kalau dah tak vogue , tak cantiklaa dalam gambar . Ok enough Erin . Jom tengok rumah siapa yang kitorang pergi . Hihi .

Alaa rumah pertama tak sempat nak snap gambar . Sorry Mayus , terlupa laa . Tapi upload gambar tuan rumah je laa eh , boleh kan . Raya tahun depan ingatkan aku akan pastikan aku snap gambar kat rumah Mayus . Korang tolong pun ingatkan laa eh .

Rumah pertama ; Mayus 

Rumah kedua ; Cikgu Aida

Rumah ketiga ; future wife Radh .

Rumah keempat ; Ir. Ib 

Rumah kelima ; bakal suami i .

Rumah keenam ; Wanshah .

Rumah ketujuh ; rumah i laa . Motif gambar terbalik? Seni kot .

Haha , adilkan bila semua rumah aku letak gambar tuan rumah je . Sebabnya bila dah lambat update cerita macamni , nak susun gambar pun jadi malas . Harap korang terhibur dengan gambar tuan rumah je . Sila lihat gambar-gambar lain dibawah .






Yeay ! Ini saja cerita raya kelima . Adeh ada lagi lima hari lagi nak kena updates . Weeeee~



[Noted : Mood raya still on ]


S.H.R.Aidilfitri : 4

Eh sorry laa kengkawan cerita raya keempat lambat sikit nak updates . I busy beraya kat KL pulak ni . Nanti i update ye . Harap bersabar !

Pagi raya keempat , aku drive balik ke JB dari kampung Pontian sensorang . Yela sebab yang lain-lain kan balik semula kampung Layang-layang . So , tinggal laa aku sensorang . Tapi sebenarnya , family aku dah balik JB malam raya ketiga . Masa aku on the way balik JB tu , tetiba je mak call bagitahu diorang dah on the way ke Muar . Isk kecik hati ok , dah kenal tinggal . Dah lama dah aku tak beraya kat kampung Muar . Oh actually Muar ni kampung atuk sedara dan nenek sedara sebelah ayah . 

Memandangkan dah kena tinggal , terus call Mu'az mengadu . So , dia kata bila dah sampai bagitahu dan dia ambil aku kat rumah . Sampai je kat rumah terus campak beg , cari baju dan tukar baju . Yela aku pakai selekeh je kan masa tu , nak dating haruslaa tukar baju cantik sikit . Kunun nak nampak cantik depan boyfriend sendiri laa kan . Hihi .

So , ini laa hasilnya siap kelam kabut sangat tu kan . 
Abaikan lelaki disebelah itu , dia bukan boyfriend i .

Dah jangan merepek lagi , mari teruskan sesi penceritaan . Mu'az kata nak pergi Pekan Rabu dulu . Eh korang jangan ingat Pekan Rabu kat Kedah tu ye , ni Pekan Rabu versi JB punya . Aku pun macam pelik laa kan bila dia kata dia tengah buat IC baru . Sebab setahu aku kat situ cuma ada Jabatan Imigresyen (ala aku tak reti eja dalam bahasa melayu laa , in english Immigration) . Aku pun percaya je laa yang dia pergi buat IC baru . Sampai je kat sana , aku tunggu dalam kereta je sebab dia nak tengok nombor giliran dah lepas ke belum . No giliran dia 429 . Tapi kan masa dia naik atas tu , baru 200++ . Omg ! Lama lagi sey nak tunggu . So , dia ajak aku duduk minum kat foodcourt yang ada . Tengah duduk tu aku pun tengoklaa borang yang dia pegang , eh eh eh ini borang isi passport . Cesss betul laa aku kena tipu . Jahat oooo dia nak tipu . Alasan dia , kalau bagitahu awal-awal nanti aku tak nak ikut tunggu kat situ . Damn ! Memang betul pun , dari pukul 11.00 sampai pukul 5.00 pm baru settled . Menci i !

Muka kena tipu T_T

Muka si penipu yang belagak .

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi , walaupun berjam-jam tunggu passport Mu'az siap , aku masih tak buat perangai sebab biasanya kalau aku penat , macam-macam perangai yang aku buat . Mungkin agaknya bila dah 24 tahun ni , aku dah matang sikit kot . Yela takde merengek-rengek nak tu laa nak ni laa seperti sebelum-sebelum ni . Hihi . Kantoi . Sebenarnya , Mu'az dah sogok aku makan McD , minum air coke lagi pulak , lepas tu belanja makan ice-cream , minum air sejuk-sejuk , peh macam ni laa baru best . Baru laa cool    dapat boyfriend macamni .

Kuruskan?? Ops tiada motif pun nak bagi korang jeles . :))

Jeng jeng jeng . Ini dia passport Mu'az .

Fuh , penat ok tunggu buat passport dia . Peluh-peluh ketiak ni tau . Nasib Mu'az sangat baik haritu , dapat tempat duduk je , dia terus suruh aku duduk , yela nanti kang tak pasal-pasal je ada budak nangis ke pitam ke kan . Hihi . Ok , meh sini aku review pasal passport ni . Korang haruslaa bersyukur sebab Kerajaan Malaysia dah turunkan harga passport yang mana semua orang mampu ada . Bagus jugak turunkan harga walaupun sebenarnya korang macam agak tertipu . Hihihi . (jeles sebenarnya sebab banyak kelebihan passport ni) .

Kelebihan ;
1. Harga passport hanya RM100 (2 tahun) , aku punya laa buat RM300 (5 tahun) .
2. Ada 48 muka surat jika nak dibandingkan dengan dulu hanya 32 muka surat .
3. Background muka surat cantik wei , siap ada gambar KLCC , muzium , tugu dan macam-macam lagi bangunan yang melambangkan Malaysia sedangkan passport dulu , cissss takde background apa pun . Menci tau !!

Kekurangan ;
1. Tarikh renew passport tak continous . Hahaha . Padan muka korang . Sebabnya , ok macamni , korang tahukan 6 bulan sebelum passport expired atau bahasa yang lebih mudah passport mati laa kan , tarikh passport yang baru untuk expired adalah tarikh korang renew passport . Adeh , faham tak ek . Ok , aku bagi contoh , passport expired 21 Julai 2011 , kena renew Januari 2011 , masa korang renew passport tu , date expired yang baru adalah jatuh pada Januari jugak . Faham kan? Eh tapi kan ini aku dengar kawan aku cerita je . Tak tahu betul ke tak . Haha .

Ok , laa sampai sini je cerita raya keempat .



[Noted : Kalau korang baru umur 24 tahun , korang rasa dah patut kahwin ke?]


Sep 25, 2010

S.H.Raya Aidilfitri : 3

Cerita raya ketiga pulak , wah badan macam panas . Pegang dahi , pegang leher , eh panas laa . Ini macam kena tidur balik je ni :p . Aku bangun sembahyang subuh pukul 5.30 am ok! Sebab dah dengar atuk mengaji . Lepas tu rasa tak sedap badan . Bila nak tidur balik memang dah takde feel dah . Terus cari panadol nenek punya . Lepas tu sambung tidur balik . Hihi . Sedar-sedar je , atuk tengah menggegarkan seluruh isi rumah yang lena tidur dengan berita Datuk Sosilawati dah dijumpai tapi dikatakan dah mati . Haa kelam kabut masa tu semua orang gosok-gosok mata tengok berita TV1 pukul 7.30 am . Ok family aku ada pertalian saudara dengan Datuk Sosilawati tapi agak jauh laa tapi masih tetap ada pertalian persaudaraan . Ah malas nak cerita pasal ni sebab kes pembunuhan ni masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya . Apa-apa pun aku berharap , yang bersalah tu dikenakan hukuman mati . Al-fatihah .

Ok , sambung cerita . Pagi tu nenek masak nasi lemak! Wah terbaik laa nasi lemak nenek . Dulu nenek berniaga sarapan pagi tau , tu pasal nasi lemak nenek sedap wooo . Terubat jugak laa rindu dengan nasi lemak tu . 

Tengok aaa budak kecik ni , berjam-jam duduk kat meja makan 
sebab nasi lemak nenek sangat sedap woo .

Abang budak kecik diatas hampir tak dapat makan nasi lemak 
tapi nenek masak lagi satu periuk nasi lemak! 
Tu aa siapa suruh bangun lambat .

Lepas dah kenyang mak pun terjerit-jerit lagi kejut Fahmi (ini adik aku) . Sebabnya nak balik kampung Layang-layang semula . Harini ada sukaneka kat sana . Memang setiap tahun pun ada sukaneka . Aku sorang je tak pergi sebab rasa tak sihat , lagipun saja nak duduk rumah atuk nenek Pontian lama-lama sikit . Yela aku kan  pernah duduk dengan atuk nenek tiga tahun woo . Rasa rindu sangat kat kampung ni . 

Tengahari tu pulak , no.7 ajak buat kuih . Haha . Actually dia tak ajak pun , aku je yang rajin nak tolong . Ni haa no.8 suka gila makan cornflake honey yang no.7 tu buat . Jadi kitorang pun projek laa buat kuih tu . Senang je wei . Tapi serius , aku suka makan kuih ni bila no.7 yang buat . Sebab memang betul-betul sedap . Eh untuk korang yang tak tahu no.7 dan no.8 , sila laa rujuk entry sebelum ni . 


Petang pulak , aku dengan makcik dan pakcik yang ada kat rumah pergi beraya kat rumah no.3 . Rumah no. 3 dekat jugak dengan rumah atuk nenek . Kiranya kalau naik kereta 10 minit memang dah sampailaa . Jom tengok apa yang no.3 hidangkan untuk kitorang yang datang .

 Fullamak sup tulang ok!!! Sedap gilossss!

Pehhh no.9 ni makan tak henti babe!

Siap tambah air lagi , sian makcik ni kena tuang air . Hehe .
Ni cousin aku yang sama umur !

Kesian ek , tuan rumah kena duduk tengok tetamu datang . Ish rugi-rugi!

Ok, laa itu saja cerita raya ketiga! Jom ke entry raya keempat pulak .



[Noted : Esok jalan-jalan raya kat KL}




S.H.Raya Aidilfitri : 2

Pepagi raya kedua , kitorang digegarkan dengan suara mak suruh bangun dan pergi mandi sekarang!!!!! Ingatkan kat rumah je mak berkuasa bersuara macam tu , tapi dengan hebatnya mak mampu menjerit dimana-mana sahaja walaupun anak yang paling tua dah berumur 24 tahun dan paling muda 12 tahun . Adeh , malu ok kena jerit begitu . Dah laaa sedara mara ramai ketika itu . Tapi ada laa yang mengelat sebab adik perempuan aku yang gemuk tu tidur kat rumah makcik aku (sebelah je rumah nenek) . So dia terselamat . Haish bukan apa , aku dah sembahyang subuh dah tapi tidur balik sebab macam best je tidur balik kan . Dah laa kat kampung tu sejuk kan .

Ok , berbalik kepada jeritan mak tu , aku pun automatik terus bangun dan terus kemas tempat tidur . Hihi . Takut kena bantai pulak kang dengan mak . Memandangkan ramai kat rumah nenek , maka aku pun menolong-nolong buat breakfast . Rajin kan? Huhu . Dah siap breakfast semua-semua tu , kitorang gerak balik kampung atuk nenek sebelah mak pulak . Haha . Mesti korang pelik kan sebab sekejapnya kat kampung Layang-layang . Memang setiap tahun pun macam tu , disebabkan jarak kampung mak dengan ayah dekat , maka raya pertama rumah nenek Layang-layang , raya kedua rumah nenek Pontian , raya ketiga rumah nenek Layang-layang , raya keempat rumah nenek Pontian , raya kelima haaa terus balik JB . Hihi . Ala jarak kampung dekat je , lebih kurang 40minit dah boleh sampai . Kan seronok macam tu .

Kitorang balik kampung Pontian pagi-pagi sebab abang mak yang sulung , dah nak balik rumah mak mertua dia kat Melaka , jadi kena laa jumpa kan . Kalau tak , entah bila nak jumpa mintak maaf semua . Kan hari raya ni . Dah laa Wak Rahim tu super busy . Ecehhh sama je macam mak . Oh yeah , sebelum bertolak balik ke kampung Pontian , sempat lagi bergambar depan rumah nenek . Sila scroll ke bawah .






Ok , dah habis bergambar , kitorang gerak ke rumah atuk dan nenek Pontian pulak . Gerak pukul 10.00 am dan sampai pukul 10.40 am . Haa sekejap je kan . Memang best kalau kampung dekat . Tak payah nak gaduh-gaduh kalau balik kampung . Hahaha . Harus laa aku menjejak langkah mak dengan ayah . Bercinta dengan orang dekat-dekat je . 

Sampai je kat sana , tengok Wak Rahim dah siap kemas-kemas barang masuk dalam kereta . Kiranya memang dia tunggu kitorang sampai dulu sebelum bertolak balik ke Melaka . 

Haa yang korang nampak seluar sebelah kiri ni laa Wak Rahim . Haha . Dia tengah kelam kabut nak salam semua orang masa ni . Aku pulak main snap je gambar . Tak kisah laa angle mana pun . Janji snap sudey .


Meh sini aku cerita adik-beradik mak pulak . Mak ada sembilan orang adik-beradik . Mak anak yang keempat . Ada lima orang lelaki dan empat orang perempuan . Masa aku sampai kat rumah nenek , adik-beradik mak yang ada , no.1 (Wak Rahim), no.3 (Wak Ipah), no.4 (Mak Ani), no.6 (Cik Rin), no.7 (Cik Mimi), no.8 (Cik Alem), no.9 (Cik Aled) .Yang takde masa tu mestilaa no.2 (Wak Imah) dengan no.5 (Cik Ran) kan . No.2 rumah sebelah rumah nenek je pun . Masa tu no.2 ada kat rumah dia laa kan . No.5 pulak masih bekerja . Haha . Padan muka . Bangla je kerja masa hari raya . Sian dia . Wakakaka . Lupa nak bagitahu korang , no.6 bagi duit raya tiga sampul ok!!! Jangan jeles uolls . 

Atuk Hj. Busno . Dia comelkan???

Edisi kumpul duit raya .

Kaya gila budak kecik ni! Semua pun nak bagi duit raya kat dia .

Lepas no.1 bertolak balik ke Melaka , kitorang pun borak-borak sambil makan-makan sampai jadi gemuk . Lepas makan masak ramai-ramai untuk makan tengahari pulak . Gila kan lepas makan , masak pulak . Nama pun raya kan . Haruslaa makan , makan , makan dan terus makan . 

Rumah atuk dan nenek memang tak putus-putus tetamu yang datang . Sebabnya adik-beradik diorang semua duduk kat JB dan Singapore . Jadinya setiap kali raya , memanglaa atuk sedara dan nenek sedara akan datang rumah atuk dan nenek . Memang tak menang tangan nak melayan . Cehwah macam aku pulak je yang layan kan . 

Oh tak lupa jugak , Mu'az dan adik-beradik pun datang beraya tau! Mu'az dengan family sebelah mak memang dah lama kenal . Setiap tahun , Mu'az akan datang beraya kat kampung Pontian . Hihi . Tapi lupa nak snap gambar! Almaklumlaa i busy masa tu . Eh jap , nak bagitahu ni . Mu'az bagi duit raya . Weeee~ suka sangat tau .

Adeh macam panjang pulak cerita raya kedua ni kan . Haa sikit je lagi nak habis ni . Malam pulak , pergi beraya rumah no.2 . Yelaa kan sebelah rumah nenek je kan . Lepas tu pergi raya rumah atuk sedara dan nenek sedara kat sebelah kampung je haa .

Hihi . Malu tau makan tak pandang kiri kanan .

Ni tengah berebut nak minum air . Budak kecik tu boleh tahan wooo .

Candid shoot bebudak tengah mengumpat .

So , inilaa cerita raya kedua! Teruskan membaca cerita raya ketiga pulak .



[Noted : Rasa nak makan meatballs IKEA]










Sep 24, 2010

S.H.Raya Aidilfitri : 1

Yeay akhirnya dah sampai dah cerita hari raya aku . Terima kasih kerana sabar menunggu . Kihkih . Sebelum apa-apa pun aku nak bagitahu korang ni , aku nak update cerita raya pertama sampai kesepuluh . Harap korang sudi tengok gambar , mana laa tahu ada muka korang dalam ni kan tak pun ada muka saudara-mara korang ke kan . 

Ok, hari raya pertama tahun ni , turn balik kampung sebelah ayah . Lokasi kampung tak laa jauh mana pun , kat Layang-layang tu haa . Tahu ke kat mana ? Hummm actually aku pun tak berapa nak pasti daerah mana , sebab sempadan Kulai dan dalam daerah Kluang . Kang aku tanya ayah aku laa eh . Hihi . 

Untuk pengetahuan korang , dah bertahun-tahun jugak kitorang balik kampung pagi raya . Tahun ni pun sama jugak . Lepas subuh baru terhegeh-hegeh nak balik kampung . Yela mak kan jual kuih , haruslaa pukul 1.00 am baru nampak jalan rumah . Seronok jugak balik kampung pagi raya , sebab sampai je kampung , dah boleh makan ketupat , rendang , kuah lodeh dan macam-macam lagi tanpa menolong-nolong nenek . Haha . Buruk gila bukan perangai cucu macamni . 

Tahun ni balik kampung dengan dua kereta je . Tak muat laa nak naik kereta ayah je , sebab semua pun gemuk-gemuk kan , mahu bergaduh pulak dalam kereta tu kang . Jom tengok tema baju raya tahun ni . Oh yeah , aku sorang je yang tak sama . Tahun ni punya tema lain sikit dari tahun yang sebelumnya . Tahun ni tema ikut jantina , jantina perempuan kena sama dengan sesama perempuan dan begitu jugak dengan lelaki . Hihi . Ni mak punya idea . Yela tiap-tiap tahun pun mak punya idea jugak . Huhu .

Ayah .

Mak .

Nenek . Duit raya warna kuning tu i yang bagi nenek ye .

Ready for family portrait .

Complete set!

Ok , lepas dah kecoh-kecoh snap gambar dengan sedara mara , ha malas nak upload kat blog sebab dah banyak sangat upload kat facebook . Hihi . Haa sambung ....... walaupun hujan rintik-rintik lepas snap-snap gambar tu kan , kitorang pun pergi jumpa atuk . Jumpa kat kubur atuk . Wah lama tak datang sini . Dah 12 tahun rupa-rupanya beraya tanpa atuk . Al-fatihah .

Jumpa atuk . Al-fatihah .

Oh lupakan nak cerita siapa je yang ada kat kampung . Untuk tahun ni , semua adik-beradik ayah beraya kat kampung termasuklaa Pak Uda yang duduk Pahang tu . So memang ramai laa kat rumah nenek . Adik-beradik ayah ada lapan orang , bila semua ada memang laa meriah dan super kecoh . Eh eh eh lupa pulak lagi sekali , Mak Long sampai kampung malam raya pertama . 



Ok laa , ini gambar raya pertama . Nantikan raya kedua pulak ye kengkawan semua . Same ke baju korang dengan baju aku?? Huhu .





[Noted : Sakit perut macam nak meletup! ]


Syurgamu Ramadhan - Bodyguard!!

Ok episod kali ni , berbuka puasa yang ke-26 bersama bebudak yang hidup diperantauan macam aku ni haa . Ini semua idea Hadi yang kunun-kununnya nak buka puasa terakhir sebelum masing-masing balik ke kampung berhari raya . Aku berbuka puasa dengan Hadi , Chuck dan Amir . 

Mula-mula memang plan nak buka puasa kat William , PJ sebab Chuck kata buffet ramadhan dia memang best dan harganya pun reasonable . Lepas tu sedap !! Seperti yang dijanjikan , hari Ahad petang tu kitorang pun pergi laa berbuka puasa tapi rupa-rupanya dah tukar tempat . Nak tahu kat mana? Haaa kat Bora Ombak eh Bora Asmara eh alamak mana satu eh . Aku tiba-tiba jadi confused kejap . Yela dah lama kan cerita ni tapi baru nak update . Padan muka . Tapi yang penting tempat ni kat belakang sports planet Ampang dan dekat jugak dengan Ampang Point . Ini semua Hadi punya kerja laa ni , dia kata nak try makan kat sini .

So sesampainya kitorang kat sana , rasa risau jugak laa sebab takut takde tempat kosong tapi bila tengok jam masih awal lagi , dalam pukul 6.00pm . Biasalaaa kan kalau pergi dengan bebudak laki ni , diorang mengamalkan konsep "langgar" . Maksudnya , just walk in je . Kalau ada , ada laaa . Kalau takde , pergi tempat lain . Cesssss .Tapi alhamdulillah ada tempat kosong dan kitorang ditempatkan duduk di Bisik 5 (nama tempat kitorang duduk) . Memang relax gila kot siap ada bantal semua kan . Lepas makan , boleh baring . Wah terbaik laaa . 

Makan kat situ hummmmm agak kurang memberangsangkan laaa . Haha .Oh ye lupa nak bagitahu , harga buffet ramadhan untuk orang besar macam kitorang ni tak kira laa kurus ke gemuk harganya RM45++ . Sebab ++ ada service tax . Hihi . Cuma satu je nak komen , dessert dia sumpah banyak gila ok dan sedap . Hihi . 

Chuck , Erin , Hadi .

Si gemuk , si gemuks , si gemukss .



[Noted :  Yeay boss takde! ]