Eh sorry laa kengkawan cerita raya keempat lambat sikit nak updates . I busy beraya kat KL pulak ni . Nanti i update ye . Harap bersabar !
Pagi raya keempat , aku drive balik ke JB dari kampung Pontian sensorang . Yela sebab yang lain-lain kan balik semula kampung Layang-layang . So , tinggal laa aku sensorang . Tapi sebenarnya , family aku dah balik JB malam raya ketiga . Masa aku on the way balik JB tu , tetiba je mak call bagitahu diorang dah on the way ke Muar . Isk kecik hati ok , dah kenal tinggal . Dah lama dah aku tak beraya kat kampung Muar . Oh actually Muar ni kampung atuk sedara dan nenek sedara sebelah ayah .
Memandangkan dah kena tinggal , terus call Mu'az mengadu . So , dia kata bila dah sampai bagitahu dan dia ambil aku kat rumah . Sampai je kat rumah terus campak beg , cari baju dan tukar baju . Yela aku pakai selekeh je kan masa tu , nak dating haruslaa tukar baju cantik sikit . Kunun nak nampak cantik depan boyfriend sendiri laa kan . Hihi .
So , ini laa hasilnya siap kelam kabut sangat tu kan .
Abaikan lelaki disebelah itu , dia bukan boyfriend i .
Dah jangan merepek lagi , mari teruskan sesi penceritaan . Mu'az kata nak pergi Pekan Rabu dulu . Eh korang jangan ingat Pekan Rabu kat Kedah tu ye , ni Pekan Rabu versi JB punya . Aku pun macam pelik laa kan bila dia kata dia tengah buat IC baru . Sebab setahu aku kat situ cuma ada Jabatan Imigresyen (ala aku tak reti eja dalam bahasa melayu laa , in english Immigration) . Aku pun percaya je laa yang dia pergi buat IC baru . Sampai je kat sana , aku tunggu dalam kereta je sebab dia nak tengok nombor giliran dah lepas ke belum . No giliran dia 429 . Tapi kan masa dia naik atas tu , baru 200++ . Omg ! Lama lagi sey nak tunggu . So , dia ajak aku duduk minum kat foodcourt yang ada . Tengah duduk tu aku pun tengoklaa borang yang dia pegang , eh eh eh ini borang isi passport . Cesss betul laa aku kena tipu . Jahat oooo dia nak tipu . Alasan dia , kalau bagitahu awal-awal nanti aku tak nak ikut tunggu kat situ . Damn ! Memang betul pun , dari pukul 11.00 sampai pukul 5.00 pm baru settled . Menci i !
Muka kena tipu T_T
Muka si penipu yang belagak .
Alhamdulillah syukur kehadrat illahi , walaupun berjam-jam tunggu passport Mu'az siap , aku masih tak buat perangai sebab biasanya kalau aku penat , macam-macam perangai yang aku buat . Mungkin agaknya bila dah 24 tahun ni , aku dah matang sikit kot . Yela takde merengek-rengek nak tu laa nak ni laa seperti sebelum-sebelum ni . Hihi . Kantoi . Sebenarnya , Mu'az dah sogok aku makan McD , minum air coke lagi pulak , lepas tu belanja makan ice-cream , minum air sejuk-sejuk , peh macam ni laa baru best . Baru laa cool dapat boyfriend macamni .
Kuruskan?? Ops tiada motif pun nak bagi korang jeles . :))
Jeng jeng jeng . Ini dia passport Mu'az .
Fuh , penat ok tunggu buat passport dia . Peluh-peluh ketiak ni tau . Nasib Mu'az sangat baik haritu , dapat tempat duduk je , dia terus suruh aku duduk , yela nanti kang tak pasal-pasal je ada budak nangis ke pitam ke kan . Hihi . Ok , meh sini aku review pasal passport ni . Korang haruslaa bersyukur sebab Kerajaan Malaysia dah turunkan harga passport yang mana semua orang mampu ada . Bagus jugak turunkan harga walaupun sebenarnya korang macam agak tertipu . Hihihi . (jeles sebenarnya sebab banyak kelebihan passport ni) .
Kelebihan ;
1. Harga passport hanya RM100 (2 tahun) , aku punya laa buat RM300 (5 tahun) .
2. Ada 48 muka surat jika nak dibandingkan dengan dulu hanya 32 muka surat .
3. Background muka surat cantik wei , siap ada gambar KLCC , muzium , tugu dan macam-macam lagi bangunan yang melambangkan Malaysia sedangkan passport dulu , cissss takde background apa pun . Menci tau !!
Kekurangan ;
1. Tarikh renew passport tak continous . Hahaha . Padan muka korang . Sebabnya , ok macamni , korang tahukan 6 bulan sebelum passport expired atau bahasa yang lebih mudah passport mati laa kan , tarikh passport yang baru untuk expired adalah tarikh korang renew passport . Adeh , faham tak ek . Ok , aku bagi contoh , passport expired 21 Julai 2011 , kena renew Januari 2011 , masa korang renew passport tu , date expired yang baru adalah jatuh pada Januari jugak . Faham kan? Eh tapi kan ini aku dengar kawan aku cerita je . Tak tahu betul ke tak . Haha .
Ok , laa sampai sini je cerita raya keempat .
[Noted : Kalau korang baru umur 24 tahun , korang rasa dah patut kahwin ke?]
2 comments:
mesti la... 24 tahun dah boleh kawen... i kawen umur 23 tahun... tp, byk kawan i yg dah kahwin umur 22 tahun... tp, skrg nih pon ramai berderet2 tgh berkahwin... hehehe.. i punye cerita lagi best.. xde kapel2, terus kahwin.. so, bercinta lepas kahwin la... ;)
Cik Anon - Hehe . Yeke? Best tak kahwin awal? Lepas tu macamane eh rasanya kalau bercinta lepas kahwin? Meh laa share story :)
Post a Comment