Wah bunyi tajuk pun nampak macam beria-ia sangat laa kan aku nak update . Padahal aku saja je ni . Tetiba je aku ada idea nak cerita pasal kengkawan baik aku . Yela kengkadang pembaca The Erin ni bukannya kengkawan aku je , ramai jugak orang luar yang baca . So , dikesempatan ini aku akan perkenalkan kengkawan gemuks aku . Yela korang pun selalu perasan kan kalau aku update cerita je mesti ada terselit gang gemuk ni . Oh actually diorang takde laa gemuk mana pun tapi kalau nak compare dengan berat badan aku ni , boleh laa aku kategorikan diorang ni gemuk . Tapi diorang baik gila ok , takde pulak nak marah kalau panggil diorang gemuk , yela sebab sedap-sedap mulut diorang je jugak panggil aku tulang kan?? Damn u! So kitorang mengamalkan konsep fair and square . Buat baik dibalas baik , buat jahat dibalas jahat laa . Hihi .
Amer - Sekarang ni aku macam dah lantik dia jadi driver aku jugak . Haha . Sejak aku kat KL ni , dia banyak tolong aku , nak makan takde kawan pun ajak dia . (Cesss ni kalau Mu'az tahu habis laa , eh tapi kitorang pergi makan ramai-ramai ok) .
Chuck - Nama pun nak cam omputih kan? Ini kawan aku yang paling kasanova sekali . So beware eh gadis-gadis yang baca The Erin ni sebab ayat manis dia memang boleh buat orang cair . Tapi dia baik tau sebab ada port makan best je kat KL mesti dia ajak aku pergi makan . Tu pasal laa diorang ni semua gemuk . Asal nak makan je mesti ajak aku . Tapi aku tak gemuk-gemuk jugak pun .
Hadi - Abang paling cool sekali . Kenapa abang? Sebab dia tua setahun dari kitorang semua . Kiranya kalau ada masalah kewangan ke kan boleh je rujuk dia . Cett ni aku tipu je . Dia ni pun kawan makan aku jugak . Rumah kitorang dekat je kat KL ni , so kalau aku bosan ke takde kawan makan , aku mesti roger dia jugak . Kalau bab makan , dia memang terus lincah je walaupun baru bangun tidur . Hihi .
Muna - Oh ini tak payah cakap laa kan , kawan paling rapat sekali . Kalau seminggu dia tak call aku , mahu meroyan wei . Cuma lately ni , dia sangat busy dengan kerja dia sampai balik umah pun pukul 2.00 am . Kesian gila kot . Muna , aku rasa aku nak sound Jude tu . Haha . Boleh ke?
Anne - Ni paling cun tapi dia banyak perangai pelik dan kategori budak sangat degil/ lasak . Dia suka mendengki aku dengan Muna dan tak takut hantu . Tetiba je aku teringat masa birthday dia yang ke-22 kot , gang gemuk kununnya nak takutkan dia tapi at last Aiman yang takut sendiri . Sumpah lawak ok . Oh ye , tak lupa jugak , dia chef kitorang . Kalau nak pergi picnic , kitorang memang suruh dia masak dan terbaek laa masakan dia .
Aina - Badan kecik je , tapi bila cakap ...hamek kauuuu macam petir . Semua orang panggil dia makcik sebab kuat juga membebel . Tapi dia baik dan sungguh sporting sebab walaupun kena jaga anak buah , dia tetap keluar dengan kitorang . Super cool kan? (siap bawak anak buah sekali)
Budin - Ni gang gemuk yang memang betul-betul gemuk . Haha . Jangan marah eh Budin . Dia sekarang pakai Mazda 2 . Dasyat kan ? Tak pasal-pasal je nak promote kereta dia kan . Yela kereta dia je yang lain dari yang lain . Sebab orang lain pakai kereta Malaysia je pun :p
Muslih - Ini imam kitorang . Jangan sangkakan gang kitorang ni semua teruk dan nakal ye , sembahyang tetap sembahyang tau . Sembahnyang tu tiang agama . Kalau tak sembahyang , makanya kitorang pun akan terumbang-ambing . Tak lama lagi dia akan transfer ke KL , jadinya mungkin lepas ni aku akan buat aktiviti ke arah keagamaan lebih sikit laa . Mungkin kita akan pergi kursus kahwin ramai-ramai ke kan? Hihi .
Aiman - Si jambu Encik Nazali . Dia kerja kat Ipoh mali ye kengkawan . Tapi ada hati nak join setiap kali aku buat event . Huh? Siap telefon Muna nak merajuk sebab tak ajak dia masa kitorang main layang-layang haritu . Ada ke patut? Haha . Tapi sangat terharu dengan semangat dia nak datang ke KL semata-mata nak memeriahkan majlis . Alhamdulillah , setakat ni dah dua event dia berjaya datang . Eh Aiman kalau kitorang lunch pun kau nak join jugak ke? Hihi .
Ijam - Hahaha . Ini laa dia paling gemuk sekali . Hoho . Actually dia sama je kurus dengan aku . Si Hadi memang suka panggil dia tulang dan kadang-kadang aku terasa wei . Yela , rupa bentuk kitorang kan sama . Hihi . Dia ni kalau ada event je mesti nak kena berambik dan berhantar . Menggedik je tau . Tapi nasib baik laa abang-abang dia nak melayan dia , kalau tak ...tak datang laa tu .

So , korang dah kenalkan gang gemuk aku ni kan? Yeah kitorang sangat rapat sebab semua pun kerja kat KL . Alhamdulillah pertemuan di UTHM sejak tahun 2005 menyebabkan kitorang rapat sampai sekarang . Aku yakin korang pun ada kawan yang rapat macamni kan? Kalau ada , hargailaa kawan korang ye . Tanpa kawan siapalaa aku . Kawan banyak mencorakkan aku . Apa yang jadi pada aku hari ni , semua dengan bantuan dan pertolongan kawan-kawan masa belajar dulu . Wuarghhh tetiba je rasa nak sedih kan ... Ok laa , ini je aku nak update .
[Noted : Lagi 3 hari je bekerja]
2 comments:
aaa best nye! aku takde kawan rapat. yang ramai ! eheh +__+ meh laa erin jadi kawan rapat aku! nnt aku bawak laa ko g MAKAN gak hahaa *umpan guna makanan *
Amy - Tu laa tanpa kawan , siapalaa kita . Diorang ni semua mmg best gila , sejak aku dah keje kat KL ni , kitorang jadi makin rapat . Oooo jom laa jadi kawan rapat aku . Ko roger je aku , aku mesti on punye .
Post a Comment