Sep 24, 2010

S.H.Raya Aidilfitri : 1

Yeay akhirnya dah sampai dah cerita hari raya aku . Terima kasih kerana sabar menunggu . Kihkih . Sebelum apa-apa pun aku nak bagitahu korang ni , aku nak update cerita raya pertama sampai kesepuluh . Harap korang sudi tengok gambar , mana laa tahu ada muka korang dalam ni kan tak pun ada muka saudara-mara korang ke kan . 

Ok, hari raya pertama tahun ni , turn balik kampung sebelah ayah . Lokasi kampung tak laa jauh mana pun , kat Layang-layang tu haa . Tahu ke kat mana ? Hummm actually aku pun tak berapa nak pasti daerah mana , sebab sempadan Kulai dan dalam daerah Kluang . Kang aku tanya ayah aku laa eh . Hihi . 

Untuk pengetahuan korang , dah bertahun-tahun jugak kitorang balik kampung pagi raya . Tahun ni pun sama jugak . Lepas subuh baru terhegeh-hegeh nak balik kampung . Yela mak kan jual kuih , haruslaa pukul 1.00 am baru nampak jalan rumah . Seronok jugak balik kampung pagi raya , sebab sampai je kampung , dah boleh makan ketupat , rendang , kuah lodeh dan macam-macam lagi tanpa menolong-nolong nenek . Haha . Buruk gila bukan perangai cucu macamni . 

Tahun ni balik kampung dengan dua kereta je . Tak muat laa nak naik kereta ayah je , sebab semua pun gemuk-gemuk kan , mahu bergaduh pulak dalam kereta tu kang . Jom tengok tema baju raya tahun ni . Oh yeah , aku sorang je yang tak sama . Tahun ni punya tema lain sikit dari tahun yang sebelumnya . Tahun ni tema ikut jantina , jantina perempuan kena sama dengan sesama perempuan dan begitu jugak dengan lelaki . Hihi . Ni mak punya idea . Yela tiap-tiap tahun pun mak punya idea jugak . Huhu .

Ayah .

Mak .

Nenek . Duit raya warna kuning tu i yang bagi nenek ye .

Ready for family portrait .

Complete set!

Ok , lepas dah kecoh-kecoh snap gambar dengan sedara mara , ha malas nak upload kat blog sebab dah banyak sangat upload kat facebook . Hihi . Haa sambung ....... walaupun hujan rintik-rintik lepas snap-snap gambar tu kan , kitorang pun pergi jumpa atuk . Jumpa kat kubur atuk . Wah lama tak datang sini . Dah 12 tahun rupa-rupanya beraya tanpa atuk . Al-fatihah .

Jumpa atuk . Al-fatihah .

Oh lupakan nak cerita siapa je yang ada kat kampung . Untuk tahun ni , semua adik-beradik ayah beraya kat kampung termasuklaa Pak Uda yang duduk Pahang tu . So memang ramai laa kat rumah nenek . Adik-beradik ayah ada lapan orang , bila semua ada memang laa meriah dan super kecoh . Eh eh eh lupa pulak lagi sekali , Mak Long sampai kampung malam raya pertama . 



Ok laa , ini gambar raya pertama . Nantikan raya kedua pulak ye kengkawan semua . Same ke baju korang dengan baju aku?? Huhu .





[Noted : Sakit perut macam nak meletup! ]


No comments: