Jul 8, 2010

Makan-makan kat FRAMES

Argghhhhh i'm craving for food right now! Hobi baru yang tak dapat dibendung lagi walaupun air berharga RM19.90 , aku akan tetap nak cuba . Damn . Esok kalau dah takde duit , boleh hello hello hello kat mak . Hahaha . Eh mak , i gurau je laa . Ni laa padahnya hidup di KL . Harap mak akan faham masalah anakandamu ni . 

Oooo ye kebetulan si Sally datang KL ada interview (entah laa interview yang kali ke berapa aku tak pasti :D) , maka dengan itu , kitorang mengedate laa hari sabtu tu . Tak tahu nak bawak dia ke mana dan last sekali aku ajak pergi main ice-skating . Cerita ice-skating nanti eh aku updates sebab tengah pilih gambar yang muka senonoh sikit sebab banyak gila kot gambar haritu . Ada 400 ++ . Macam pergi Penang pulak aku rasa. 

Sebelum ber-ice-skating , aku ajaklaa makan kat Frames (ok , Frames ni ada Facebook wei lepas tu kan dia add aku kat Facebook . Haha ) . Aku tahu pasal Frames ni pun sebab Amy dengan Intan dah pernah try foods kat sini dan diorang suggest aku ke sana . Aku dengan Amy suka share tempat makanan yang menarik . Bila aku dah pergi satu tempat baru ni , aku akan inform kat dia dan begitu laa sebaliknya . Panjang bukan penerangan aku disini ? LOL panjang . 

Mari-mari ke Frames . Sebab sedap ;)))) 

Frames 

Kat mana nak cari kedai ni ? Senang je . Sila laa ke Sunway Pyramid . Frames ni betul-betul dekat dengan Starbucks G Floor dan kat luar ye kengkawan . Kalau tak jumpa jugak kat mana , korang pergi laa kat entrance yang ada bentuk pyramid tu haa , kedai ni kat area situ laa . Yelaa aku faham Sunway Pyramid tu kan besar . Jadi sebagai seorang Erin yang baik , kena laa tunjuk jalan kat mana . Hihi .

Apa yang menarik tentang Frames ni sebab banyak frames kat dalam kedai . No wonder laa nama dia Frames kan kan kan ? Lepas tu menurut kata waiter dan waitress kat Frames , kitorang boleh letak gambar kitorang kat mana-mana Frames yang kosong . Fuyohhh glamour bukan ? Bukan senang wei , nak letak gambar kat kedai orang lain sesuka hati cuma kat Frames je boleh . Dasyat kan kan kan ? Tapi tu laa masa kitorang datang , memasing takde laa pulak bawak gambar , so maybe next time boleh laa letak .  (aku terfikir nak letak gambar passport je tapi malu laa kan sebab semua gambar kat situ lawa-lawa , kang tetiba ada muka hodoh pulak kat situ) .


Ni semua gambar orang yang datang kat Frames yang bagi .
(terabut gila ayat aku ni ;p)

Jom tengok apa yang kitorang makan hari tu . Haishhhh sedap betul makanan kat situ . Rugi kalau korang tak cuba . Harga makanan ? Bagi aku reasonable dengan kesedapan dan keterliuran makanan . Maksudnya , semakin sedap makanan , semakin mahal laa harganya . Betul tak ? Hihi . 

Manggo smoothies 
(sedap gila air ni , rasa nak minum sekarang)

G-Frost
(nama pelik dan rasa pun pelik tapi boleh tahan sedap tapi lagi 
sekali tak boleh lawan dengan air kat atas tu laa)

Ice Lemon Tea
(ni kat semua kedai pun ada . LOL)

Classic Carbornara 
(korang tengoklaa garfu Amer dah tak sabar nak makan carbornara i )

Pizza Rosso 
(semua dah tahap pelahap , tak menyabar betul , susah nak ambil gambar ni)

House Chicken

Alamak ! Terlupa laa nama makanan ni apa . Tapi macam kebab laa jugak .
Haa bunyi dia macam Skewed kot . Haha .

Muka si gemuk-gemuk yang dah kenyang .
Dari kiri ; Amer , Sally , Anne , Alos .

Ooopsss sorry laa kamera salah setting then tergelap 
(ni posing macam ni kunun nak ikut macam Shark posing laa tu)


Ni laa waiter Frames !



[Noted : i puasa hari ni . LOL ]

Jul 7, 2010

Happy Birthday Fuad ! Happy Birthday Ella !

Happy Birthday FUAD !
27 years old .



Happy Birthday ELLA!!
24 years old ;)))

Jul 5, 2010

Makan-makan kat MURTABAK KG. MELAYU MAJIDEE

Hadoi sedapnya bila teringat makan murtabak hari tu . Rasa nak balik JB sekarang jugak . Lapa ! Jeng jeng jeng , jenjalan makan-makan kali ni , aku nak bawak korang ke JB pulak . Asyik makan-makan kat KL je kan , merajuk pulak kang si JB . Cehwaahhh ~ (ingat JB tu orang ke apa nak merajuk pulak) . Aku rasa kalau orang JB dan Singapore memang confirm laa tahu murtabak Kg. Melayu Majidee ni . Nak tahu sebab apa semua orang boleh tahu , sebab sedap laa . 

Macam mana eh tetiba je pulak aku nak makan murtabak ? Jap eh , refresh jap ..... Ooo ye , sebab aku mengada nak dating lama-lama sikit dengan Mu'az , so ajaklaa makan . Cettt padahal memang kebulur kot masa tu . Haha . Tak boleh blah sebab aku ni . Ish , takde laa wei , sebenarnya aku bawak orang jauh dari KL makan kat sini . Saja nak tukar angin , bawak kengkawan makan kat kedai-kedai biasa yang makanannya sedap . Sebab selama ni asyik bawak tempat high class je yang ada air-cond , decoration cantik dan bla bla bla bla . Apa salahnya kan bawak diorang makan murtabak . Lagipun masa tu pun petang , so memang cantik laa tu kalau minum petang dengan makan murtabak . Perghh , meleler air liur !

Kedai murtabak ni 24 hours ! Super cool laa JB ;))

Ok , nak tahu kat mana lokasinya . Senang jek wei , lokasi kedai ni betul-betul depan masjid Kg. Melayu Majidee . Kalau sesat jugak , sila laa guna GPS . Tapi kalau takde GPS , nak call i pun boleh , i sedia membantu uolls semua . Nak tahu menu apa je yang ada ? Mari sini dengar makcik nak cakap ni , menu murtabak yang ada , murtabak ayam , murtabak daging , murtabak ayam special dan murtabak daging special . Harga pulak berpatutan dengan saiz murtabak . Sekeping murtabak dibahagi jadi lapan bahagian dan tebal ok . Kalau makan dua bahagian pun dah kenyang gila kot .  

Hari tu , aku dengan kawan yang datang dari jauh bersepakat nak makan murtabak ayam dan murtabak daging . So , maknanya ada enam belas bahagian yang kena makan oleh empat orang. Tapi serius wei , aku larat makan tiga  bahagian je . Kenyang gila ! Memang rugi bawak aku kalau makan tak habis tapi nasib baik laa ada kawan yang baik hati tolong habiskan . Haha .

Murtabak ayam .

Murtabak daging .

Hehe . Ini laa kawan aku yang datang dari jauh tu . Bila dah jumpa dia , jumpa berjam-jam pun tak sedar . Mana taknya , lepak makan murtabak pun boleh jadi 4 jam ! Korang bayang kan laa eh , dari pukul 6.30 pm sampai laa pukul 10.30 pm aku duduk kat kedai ni . Lepas tu siap boleh dengar ceramah kat masjid . Hihi . *insaf* Malu pun ada ni ;p

Che'ah .



[Noted : Yahuuuu ! Raya tahun ni dapat set bilik tidur baru ;p ]

Cawan dunia?


I love u Brazil .
Kita kalah bermaruah kan kan kan kan ?
Tak macam Argentina tu . Hahaha .



[Noted : Mak call tanya "best ke main ice-skating" . Cesss ]

Cerita Tunang - Akhmar & Ollie



Gambar ni Myra mms to me .
Sedih tak dapat datang .
Anyway , congrats Akhmar !

Hye Diana ;)

Siapakah saya ? Saya ialah gadis semasa yang gilakan kamera !!! What the what ? Hahaha . Uolls , i memang minat photography . Tapi tu laa , hobi ni sangat laa mahal . So , i sanggup tak beli baju baru , semata-mata nak beli itu dan ini untuk kamera . Setakat ni , i dah berjaya beli enam biji kamera dengan duit sendiri . (harus di-mention disini sebab pakai duit sendiri ye uollssss~) . Ok , mari sini tengok buah hari i yang baru . Nama dia Diana Mini adik-beradik Diana F dan bukan Princess Diana ok . 




[Noted : Lol ! Dah pukul 1.32 am tapi tak mengantuk lagi ni ]

Happy Birthday Encik Nazali & Frank !

Kelmarin 3 July 2010 ;

Happy Birthday Encik NAZALI !!!
38 years old ;)
welcome home sir!! 
can't wait to see you soon .


Semalam 4 July 2010 ;

Happy Birthday FRANK !!!
24 years old ;p



Jul 4, 2010

Cerita Kahwin - Fahmi & Wana

Wedding's bell again . Cewahhhhh , ayat orang putih pulak padahal kulit hitam . Jom tengok siapa pulak kawan aku yang bertuah dah kahwin . Jeng jeng jeng . Sila lihat gambar bawah .

Fahmi dan pasangannya , Nirwana .

Percaya atau tidak ? Kena laa percaya . Bak kata Fahmi kat aku masa chit chat sebelum dia jadi suami orang , "dah sampai seru dah Erin" . Betul jugak tu , selagi tak sampai seru Mu'az nak meminang aku , selagi tu laa status i kat FB in relationship with Mohd Mu'az . Hihi . Ok laa mari aku cerita sikit siapa Fahmi dan apa cerita yang menarik . 

Ok , Fahmi ni budak kelas aku masa kat UTHM dulu . Masa mula-mula dia bagitahu nak kahwin tu aku macam ishhhh betul ke ni ? Sejak bila pulak dia bercinta . Aku yang bercinta secara publish pun belum kahwin , ni yang takde angin , takde ribut , tiba-tiba dah nak kahwin . Rupa-rupanya kalau bercinta senyap-senyap akan kahwin dulu eh . Cessss menyesal aku bercinta heboh sana-sini . Hihi ;p 

Fahmi nikah masa 6 Jun 2010 sama dengan jugak kitorang pergi Melaka . Alaaa yang dalam entry ni haaa . So tak dapatlaa kitorang nak ke majlis di sebelah isteri Fahmi . Maka dengan itu jugak , kitorang memilih untuk pergi ke majlis di Kulai . Memanglaa jauh kalau dari KL tapi kawan kahwin , haruslaa pergi kan . Nanti esok kalau aku kahwin , takde pulak yang pergi kang . Ok , konvoi kahwin kali ni agak bercelaru sikit sebabnya organizer takde sebabnya lagi jugak organizer hantar adik masuk UiTM Jengka . Hehe . Aku laa organizer nya . Memasing mengharapkan ada orang arrange kan transport dan bla bla bla bla . Hangin jugak laa aku masa tu , padahal memasing ada kereta tapi semuanya entah laa . Lu pikir laa sendiri . Berdering-dering , memekak-mekak handphone i yang canggih-canggih tu bila memasing call tanya macam mana . Tapi alhamdullillah , mana-mana yang jenis sentiasa support kawan-kawan , semuanya tak banyak bunyi dan kitorang pun selamat laa sampai ke Felda Sungai Sibol , ala yang sebelah Felda Taib Andak tu haa .

Konvoi kali ni dari tempat yang berbeza , konvoi dari KL , konvoi dari BP dan konvoi dari JB . Yang dari JB haruslaa aku kan . Dan konvoi dari JB laa yang paling lambat sampai , haa sebabnya si Chuck yang lambat , berhenti minum kunun-kunun nak tunggu konvoi dari BP dan sesat sebab guna GPS . Kahkahkah . Last sekali aku yang jadi GPS untuk Mu'az (hehehe , senyum meleret bila Mu'az ada ;)) ) . Lepas tu korang tahu tak , disebabkan konvoi dari BP dah sampai , maka konvoi dari JB berlumba haram dowh . Memang aku dah mengucap dah masa tu . Nak terberanak pun ada , gila kauuuu 160km/j aku tengok meter kereta Mu'az . Memang pot pet pot pet je laa aku dalam kereta tu . Mu'az hanya mampu tergelak bangga sebab kereta dia memang boleh pergi~ kunun kalau tak laju , malu laa dengan kereta Chuck yang CPS tu . Damn laa korang ! 

Akhirnya , sampai laa jugak ke rumah Fahmi dengan baju yang renyuk seribu , tudung huru hara dan jalan terhuyung-hayang . Apa-apa pun , konvoi kali ni lagi best laa kot sebab Mu'az ada . Hahaha . Takde kene-mengena ;p . Mari-mari tengok gambar seterusnya . 



Alahai sweet gila laa korang ;p

Woweee silat .

Macam joget pun ada jugak ni ;p
Maaf ye pakcik , i gurau je .

Kami memang sporting ;p

Amboi Hadi ...pose rock ye . Bila mahu kahwin?

Semua makin membesar ni ;p

Muka kelihatan macam mak dan bapak orang dah korang semua ;)

Dari kiri ; Mu'az , Muna , Aie , Amir , Hadi , Dorn , Ijam 

Sambungan dari kiri ; Dorn lagi sekali , Ijam lagi sekali , Aiman , Star , Budin , Chuck .
Di mata mu , ada aku ;)))
(nak muntah type)



[Noted : Akhirnya abis jugak aku updates cerita bulan Jun ]

Jenjalan - Bukit Tinggi ye bukan Kg. Bukit Tinggi

"Eh , Amer masuk kiri laa" Anne bercakap . Tapi aku tengok signboard tu tulis Kampung Bukit Tinggi dan masa tu memang aku sangat confused sebab apsal exit nak ke Bukit Tinggi macam tu punya rupa jalan masuknya ? Sebab tengok signboard ke Bukit Tinggi exit 803 . Cessss macam dah sesat . So pot pet pot pet pot pet dalam kereta , oooo ok kitorang dah salah jalan . Apa daa , dah nak sampai Janda Baik dah wei . Tapi kan kat situ ada air terjun , peh kalau kitorang bawak baju masa tu , memang confirm laa good bye Bukit Tinggi and welcome to Janda Baik . Huhu . 

Cess tengok mukadimah je , korang dah tahu kan aku sesat ke Bukit Tinggi . Sila salahkan si Amer dengan Anne tu . Aku cakap tak mahu dengar . Kan dah salah jalan . So , kepada pembaca The Erin , kalau nak ke Bukit Tinggi , sila ambil exit 803 , Berjaya Hills , signboard colour coklat . Hamboi details gitu . Oooo lupa pulak nak bagitahu korang . Ni cerita 2 miggu lepas . Hehe . Tak sempat laa nak updates . Mak busy nyah . Lagipun Amer request kasi lambat sikit upload gambar ni sebabnya masa ke sana dia cabut kerja . Hahaha . Ini laa contoh pekerja yang sangat tak beretika . Sila jangan ikut perangai buruk dia ;p .

Kepada sesiapa yang bosan macam aku bila hujung minggu tak balik rumah mak kat JB , boleh laa menghabiskan masa jenjalan ke Bukit Tinggi . Lagipun kos ke sana sangat laa murah ye . Tiket masuk hanya RM12 , itupun Amer yang bayarkan . So , bagi aku , memanglaa murah kan kan kan ? Biasa laa kan , kalau dah nama Erin ni , kalau duit ada ke takde ke haruslaa jenjalan supaya tak nampak looser kalau duduk rumah sensorang dan meratap kesedihan tak dapat balik JB . Ni dah kira ayat merepek ni . Eh jap , lepas tu kan kalau dah kat KL ni , lebih baik jalan je semua tempat sebab nanti kalau dah balik JB , dah jauh dah . Ni dari KL-Bukit Tinggi 30minit je . Serius shit wei tak sempat aku nak tidur ;p .

Ni kiranya kali kedua jugak laa aku ke sana . Dulu zaman sekolah kot aku pergi , maknanya dah berbelas tahun ke belakang laa kan . Dah tua dah aku ni . Tapi kira ok laa kan , pernah jugak datang sana tapi si Amer baru first time nak pergi . Tu pasal dia teruja gila nak pergi . Hehe . Lepas tu kan , apsal eh kat sana dah tak sejuk macam dulu ? Berpeluh ketiak wei , beria-ia aku menutup segala bagai yang kununnya macam sejuk tu . Cessss betul laa . Tapi ok jugak boleh menutup aurat . *Insaf* (memainkan aku ? Kena panah petir baru tahu kang) .

Mari-mari tengok gambar aku . Aku sempat pergi Japanese Tea House , Botanical Garden & Colmar Tropicale . Rabbit park dengan house trails tak pergi pun haa sebab masa tu macam dah penat sangat pulak . Kat sana memang best ambil gambar sebab tempat dia ala-ala over the sea gitu . 

Tiket RM12 .

Ini ialah Anne .

Ini ialah Amer .
(buncit dowh perut kau!)

Penat mendaki bukit-bukau .
Siapa nak kurus digalakkan datang ;p

Rumah Teh Jepun .

Cuba cari mana kitorang ?

Jenjalan kat sini macam dalam zoo sebab bunyi beruk kot .

Apsal bibir terjuir?

Macam penyagak pulak korang ni posing ;p

Rumah jepun . Comel je .

Ok , sila tengok peta ni dengan betul .

Rasa macam pergi oversea laa pulak .

Jam tak bergerak .

Panas gila kot masa ni .

Ok , jom balik .



[Noted : Penat wei main ice-skating semalam]

Jul 1, 2010

Makan-makan kat HM SRI BAGAN

Hai kengkawan semua , rancangan makan-makan The Erin disambung semula . Maaf laa ye uolls , i busy body sikit . Ingat uolls je boleh busy body , i pun sama jugak . Ecehhhh korang ingat ni rancangan bual bicara yang sopan-sopan ke apa? Haha . Seperti biasa cerita makan-makan aku ni memang yang dah basi . Selagi tak basi , selagi tu laa aku tak updates . Yelaa , i kan orang penting projek landasan keretapi tutttt tutttt (ni bunyi keretapi ke eh?) . Ni cerita ni bulan Mei punya cerita wei . Hahaha . Gelak guling-guling .

Makan-makan kali ni , diketuai oleh Abang Azral . Siapa Abang Azral ? Alaaa yang paling handsome kat office tu laa ;p . Haaa sila abaikan ayat tadi . Weeeeeeee~ Kali ni , Azral bawak kawan-kawan office dia yang kuat makan tu kan , pergi makan seafood . Nak tahu kat mana dia bawak kitorang ? Haaaaaamekkkkk kau , kat Sepang Gold Coast sana tu . Korang bayangkan laa eh , dari KL nak ke situ berapa jam . Mahu berjam-jam . Lepas tu pulak , keluar office pukul 5.30 pm kan , haa sila bayangkan laa lagi jalan kat KL semua dah jammed . Ok , dah habis dah ke bayangkan semua tu ? Harap korang boleh rancang perjalanan dengan begitu baik sekali . Apa-apa pun , terima kasih laa kat Azral sebab sedap wei . Tak sia-sia perjalanan kitorang yang jauh berkilo-kilometer dan berjam-jam tu .

Nak tahu kat mana kitorang makan ? Lokasi ? Nama kedai ? Haaa nama kedai , HM Sri Bagan Sdn Bhd . Lokasinya pulak kat Bagan Lalang atau nama orang putihnya Sepang Gold Coast . Alaa kedai ni betul-betul tepi pantai tu haa . Senang gila nak cari . Kalau tak jumpa jugak , sila dail no kedai ni 03-31412895 tapi korang jangan laa asyik miss called je pulak nak kacau awek kedai tu . Hahaha tetiba kan nak usha awek . Tak pasal-pasal je kan . Ok , di malam kejadian tu , ecehhhhh kejadian laa sangat  kitorang sampai-sampai je kat sana , pekerja kedai dah bersedia untuk hidangkan makanan . Fuhhh lega rasanya sebab kitorang dah order awal-awal dari office . Kalau tak , mahu kebulur laa kakak-kakak dan abang-abang office aku tuh . Mahu jugak kang , diorang terbalikkan meja sebab lapar sangat . Eheeee . 

Menu yang kitorang order malam tu of course laa makan ketam , udang , sotong , pepahat , kerang , lalah dan  aaaaaa ahaaa aku dah lupa . Serius shitt wei memang sedap dan berbaloi-baloi bayar RM40 . Tak rugi datang dari jauh yang berkilo-kilometer tu . Oooo ye tak lupa jugak , kedai tu menyediakan makanan pencuci mulut iaitu kerepek ubi yang sedap dan buah-buahan yang yummmy yummmy . Hahaha . Ok laa korang , selamat mencuba makan di HM SRI BAGAN . Senang je nak ke sana dan aku pasti korang tak kan kecewa ;)

HM Sri Bagan .
Business hour 6.00 pm - 1.00 am .

Cantik kan view kat belakang tu . 
(Sila abaikan mereka yang sedang berebut tempat duduk)

Ini sotong .

Tomyam , pepahat , udang , sotong .

Ini udang .

Hamboi-hamboi boss bukan main lagi posing ye .



[Noted : Hangin satu badan harini ]