Feb 21, 2010

Melalak-lalak berbaju kurung .

Sila ambil perhatian ; JB Part II masih dalam draft . Panjang sangat nak cerita . So aku shortcut terus ke cerita ni ok . Harap peminat-peminat bersabar (huh ada ke peminat? Haha . Tapi aku tahu , bff aku suka baca blog aku ni . Ngee~) .

Melalak-lalak berbaju kurung? Cool kan . Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir aku berkelakuan begitu . Demi kawan , aku sanggup begitu . Haha . Mesti korang tak paham dengan apa yang aku maksudkan . Ok , korang tekan pergi baca kat bawah ni .

Aktiviti hujung minggu ni sangat menyeronokkan . Ok aku akan cerita mengikut hari dan seperti biasa di mulakan dengan hari Jumaat dan diakhiri hari Ahad .

Jumaat;
Balik kerja aku terus amek adik ipar aku . Haha . Gedik je bunyinya . Tapi peduli apa aku . Blog aku kan? Nama dia Asma' dan dia panggil aku Kak Erin (Haa kan aku akak ipar dia , sebab tu panggilan tu berbunyi sebegitu rupa) . Amek dia kat UM . Dia bukan budak UM tapi ada debate dan disebabkan dia kalah , maka dengan itu , dia pun suruhlaa amek dan lepak-lepak dirumah . Lagipun hari Sabtu (malam) ada kenduri doa selamat sepupu Mu'az yang baru kahwin minggu lepas , so biarlaa dia tidur kat umah aku ni . Kitorang pergi KLCC (Ahh seperti biasa laa kan , tempat yang paling senang aku nak bawak) . Aku ajak dia tengok movie , so dia pun browse laa movie apa yang nak ditengok dan siap booking lagi . Tapi sampai je kat KLCC , aku rasa macam nak tengok Valentines Day pulak . Asma' pun layan je nak tengok cerita tu . Huh , memang tak rugi laa tengok sebab best gila kot! Habis je movie , terus balik umah dan tidur . Ooo ye , sebelum sampai rumah , Mu'az bagitahu yang dia dah sampai Shah Alam . Dengan belagaknya dia sms "Org kt sampai Shah Alam da nh..9 td grk" . Tapi aku tengok jam masa tu baru pukul 11.37pm . Peh gila ke apa 2 jam lebih je dah sampai . Tahu laa kereta tu laju sangat . Iskk .

Sabtu;
Bangun pun dah tengahari kan , so makan tengahari pun lambat . Nasibaik si Asma' ni pun bangun lambat , so takde laa aku malu sangat (ye laaa kena jaga reputasi babe . Kalo tak , dia reject aku plak kang) . Aku bawak Asma' makan kat Ayam Kampung yang super sedap kat downtown . Masa tu jam dah pukul 3.30pm . Ingat kan dah tutup , tapi masih ramai jugak orang yang makan kat situ (aku rasa diorang ni pun macam aku jugak , bangun lambat . Hehe ) . Haa kalau biasanya aku datang makan pukul 12.00-1.00pm , lauk memang laa banyak tapi kalau dah datang lambat , lauk-pauk pun banyak dah habis . So , janganlaa mengamuk kat abang kedai tu ye . Makan je laa apa yang ada . Ok , lepas je makan , terus balik umah , siap-siap untuk kenduri kat rumah sepupu Mu'az . Disebabkan aku tak tahu jalan ke sana , aku pun berjanji dengan Mu'az tunggu kat Jalan Bangsar . Dia cakap "make sure pukul 6.00pm ada eh" . Dan seperti biasa , pukul hampir pukul 6.00pm aku baru nak bergerak . Fuhh nasibaik tak jammed . Ok , tunggu punya tunggu , dekat sejam baru sampai . Tension je . Dah laa ada motor besar yang bodoh langgar si Puteh . Macam nak memaki hamun je orang tu , tapi takut ... tapi calar ! Memang macam gam&#@?! betul laa mamat tu . Iskk . Ok abaikan si Puteh yang dah calar balar tu , mari ke Padang Balang , Gombak . Ada kenduri di situ . Datang kenduri , jumpa bibik dan paman (makcik dan pakcik) , salam-salam , borak-borak , baca-baca doa , makan-makan , minum-minum , peluh-peluh dan terus blaaa . Hehe . Handphone canggih aku dah bunyi-bunyi dan memanggil-manggil untuk berkaroke . Dengan begitu ayunya aku ke Supertar kat Wangsa Walk . Demi kawan yang disayangi laa kata kan . Hehe . Nak tengok betapa ayunya aku . Haa nanti dah habis type , aku upload ok . Ooo ye , kami berkarok secara berjemaah . Ada laa dalam 12 orang kot (Aku , Muna , Anne , Aina , Chuck , Aie , Nuar , Mu'az , Asma' , Apis , Najib & Zack) . Tapi sayangnya Aina ngan Chuck terpaksa balik dulu . Sebab Aina punya timing balik rumah dah melebihi had . Chuck ni plak , bawak si Aina . Maka dengan itu , dia pun hantar dan pulang bersekali . Hehe . So yang lagi 10 orang ni , sambung laa melalak-lalak sampai laa Superstar tu pun tutup . Lepas tu , kitorang pergi plak layan shisha kat Nz depan Wangsa Walk . Sampai lalok-lalok kepala aku daaa . Dan bila jam dah menunjukkan macam dah pagi sangat dan mata pun dah semakin layu , kitorang pun balik laa ke rumah masing-masing . Huh , rasa gembira sangat sebab dah lama gila tak jumpa bff aku ngan bf diorang sekali . Lama gila dah ak rasa moment begini .

Ahad ;
Hari ni , Asma' nak balik JB dah . Yelaa hari Isnin , dah start kelas balik . Huh kesian bebudak belajar ni kan ? Hehe . Semalam aku dah berjanji nak bawak dia pergi makan Nasi Kukus kat Jalan TAR dan dia pun nak cari tudung jugak , so dalam pukul 3.30pm , aku pun bawak laa dia . Oooo ye , Faezah pun ikut jugak . Sampai je kat Jalan TAR , aku macam super pelik plak sebab tak ramai orang dan pelik lagi sebab pasar kat Jalan TAR tu takde . Haha . Gila ke apa , hari Ahad diorang tutup . Huh . Sangat kecewa jugak laa sebab aku macam terliur ngan Nasi Kukus tu . So , jalan punya jalan sampailaa Masjid India . Aku yang kunun-kunun macam tak nak beli pape , tak pasal-pasal je jadi beli pape . Haha . Nak cari kain dalam laa sangat , tapi aku bantai beli tudung 4 helai , anak tudung ala-ala Syria 2 helai , brooch yang comel 3 ketul ngan slipper flip flop Roxy . Ala kalau dah namanya perempuan memang gitu laa gayanya . Lepas beli-beli habiskan duit , lepak minum kat Sogo . Nape kat Sogo? Haa ye laa aku kan parking si Puteh kat situ . Jauh tak jauh kan kitorang jalan kaki . Dalam pukul 6.15pm , kitorang pun gerak laa ke Puduraya . Hantar Asma' balik . Lepas turunkan dia kat situ , aku pun terus balik . Itu je laa ceritanya . Esok , hari Isnin dah kerja dah !



Berposing di Superstar

Muna , Aie , Nuar , Anne & Mu'az

Haa melalak-lalak laa korang ye .
Apis , Najib , Mu'az & Zack

Ooo my very best friend with her bf !

No comments: