Feb 9, 2010

Chilling to Chamang ~

1 Feb 2010 , Hari Wilayah . So , warga KL cam aku ni wajib laa cuti . Kang kene saman pulak kalau tak cuti . Saja je kan . (Cukuplaa dah kumpul saman RM500.oo ngan DBKL. Zzzzzz . Tension) . Ini mungkin kali pertama dan kali terakhir aku dapat cuti hari Wilayah . Nak tahu sebab apa? Sebab aku tak nak dah duduk KL . Bulan Jun nak blaaa dah . Yeay . So , hari Wilayah aku tahun ni sangat best . Perjalanan yang memenatkan dan menyeronokkan .

KL-->Sungai Buloh-->Kuala Kubu Bharu-->Bentong (Chamang)-->Genting Highland-->KL



Niat asal mahu berchilling di Sungai Chilling , KKB . Tapi apakan daya , kita hanya merancang tuhan yang menentukan . Perjalanan kitorang penuh onak berduri-duri . Kenapa berduri? Sebelum sampai KKB , kami dah excident . Ooh lupa nak cerita , kami bertujuh dan berkereta dua ; Viva dan Saga . Milik siapa tak perlu tahu . Jalan punya jalan punya jalan dah nak sampai KKB , tetiba saja ada kereta depan Saga berhenti dan belok ke kiri . Bahalol punya kereta , dan si Viva terus membrek sampai bunyi etetetetetetetetetete~ dan kebabooommm langgar kereta Saga . Aiyoo si Viva dan si Saga dah excident rupanya . Ingat tak ada kemek tapi ada jugak . Penumpang-penumpang si Viva dan si Saga keluar dengan muka terkejut dan tergamam dan berbual dan meneruskan perjalanan . Si Viva rasa sungguh bersalah tapi tak pe kot sebab berlanggar dengan teman sendiri . Senang sikit kot nak settle .


Exit 121 : Kuala Kubu Bharu


Jadinya kami bergerak dan teruskan perjalanan dan oooo sampai Sungai Chilling je , signboard tu cakap Monday : Closed (except public holiday) . Bila baca signboard ni , aku mula laa nak marah-marah sebab kan 1 Feb 2010 tu hari Isnin dan public holiday! Ish rasa nak bakar je plak Sungai Chilling ni . Urghhh . Tapi tiba-tiba Kak Fazi bersuara dan bunyi nya macam ni kot "Kita kan kat Selangor , mana cuti daaa ~" Ooooo my God! Lupa laa plak . Aku ingat Selangor pun sambut Hari Wilayah jugak . Pastu semua rasa sedih tapi sempat jugak tinjau meninjau kat dalam tu dan kitorang dapat gigitan asmara si kerengga . Pehh sakit laa sey .


Ok . Monday ; Closed except public holiday


Perbualan Ketua Projek
Ketua Projek : Korang nak pergi mana?
Anak buah : Tak kisah pun .
Anak buah 1 : Kat sini dah dekat dengan Ulu Yam .
Anak buah 2 : Kalau nak pergi yang dekat-dekat pun ok gak . Kita pergi .......(alamak aku lupa nama waterfall tu laa)
Anak buah yang lain : Tak kisah.......
Masing-masing masuk kereta dan berhenti di Petronas dan ketua projek kata "Kita pergi Chamang , Bentong" . <--- woweee gila ke apa ? Tapi layan je . Best wooo . Trip secara tiba-tiba je ni . And the worse part is , baru je kot excident pastu boleh sambung sampai Bentong . Haha . Ketua projek kami ni gila kot . Haha .


Jalan punya jalan punya jalan , sampai Chamang pukul 12.45pm . Sampai je sana , terus menjerit kejakunan sebab tengok air terjun dia yang sangat best . Huh , tak sia-sia kitorang ke Chamang . Yehaaaaaa ~~ Tempat nya sangat ok , cuma kena berhati-hati laa sebab banyak tempat yang dalam . So, sesape yang tak reti berenang , jangan laa sesekali berani nak mandi tempat macam tu . Sebab nya kitorang pun dah mengalami pengalaman yang agak mencemaskan , salah seorang dari kitorang hampir ...................... takut nak cerita . Hehe .

Aku dah penat nak cerita ni , so korang tengok je laa gambar kat bawah tu . Ooo ye , on the way balik , kitorang singgah makan durian tapi aku tak makan laa , kang panas plak . So aku melantak makan duku langsat . Layan babe ! Itu pun uncle kedai tu bagi . Pastu dia bagi mineral water 3 botol free je . Baik gila orang Bentong ni . Susah nak jumpa ni . Mungkin , kitorang akan datang lagi . Lalalalala ~

Pukul 8.00pm , telefon canggih aku pun bunyi-bunyi .
Kak Fazi : Erin , kitorang nak pergi Genting ni . Saja nak amek gambar . Nak ikut ke tak?
Erin : Haa nak pergi Genting ? Jap eh , tanya Faezah dulu .
Kak Fazi : Ok , tanya laa .
Letak telefon dan telefon Kak Fazi balik .
Erin : Kak Fazi , kitorang ikut . Haha .
Kak Fazi : Gelak jugak .

Haaa gila kan kitorang ? Dah laa excident , pastu hampir ..... pastu boleh plak nak sambung pergi Genting Highland . Sampai Genting Highlands plak , semua kesejukan . Yelaa kan , mana plan nak ke sana , semua pakai baju tshirt lengan pendek , ada yang pakai seluar pendek je kot . Haa amek koooo . Haha . Eh dah laa penat dah ni . Tengok je laa gambar . Huhu .


On the way to Chamang Waterfall , Bentong


Tempat lepak kami


Sebelum balik , posing laa sikit-sikit ke kan


Penumpang-penumpang si Viva dan si Saga


Singgah makan durian di Pekan Bentong


Pose di Genting Highland pula



No comments: