Feb 15, 2010

JB Part I

Kenapa JB Part 1 eh ? Sebab nak update cerita senang sikit . Korang yang sibuk baca ni pun senang faham . Hehe . Jangan marah babe ! Gurau saja .

JB Part 1 :

Aku saja apply cuti hari Jumaat 5 Feb 2010 . Dah lama kan tak balik JB , so mengada laa nak cuti . Lagipun dah lepas meeting panas tu kan , so tak jadi masalah laa kalau cuti . Aku cuti ni pun tak bagitahu si buah hati pengarang jantung tu . Saja nak kasi terkejut laa kununnya . Dan terkejut tu pun menjadi jugak laa . Sorry laa ye Mu'az . I tak kasi tahu u . Lagipun masa tu tengah tak ada mood nak bagitahu semua menda . Haha . Kunun merajuk laa tu .

Aktiviti balik JB kali ni memang menyeronokkan . Banyak tempat kat JB yang si Mu'az tahu , aku tak tahu . Eh faham ke? Camni , banyak tempat kat JB ni Mu'az tahu tapi aku tak tahu . Macam sama je bunyinya ?

Di mulakan dengan hari Jumaat ;
Pukul 6.35 pagi aku dah gerak balik JB dengan menaiki si Puteh yang disayangi . Macam orang pergi menoreh getah je kan pepagi dah keluar tapi korang jangan tak tahu , aku betul-betul masuk highway (Sungai Besi) pukul 7.50pagi tahu tak?? Lupa laa plak orang lain kerja haritu . Ingat aku sorang je kerja . Memandang kan hari Jumaat tu bukan cuti umum dan masih awal pagi , aku pun berlumba-lumba bawak kereta dan sampai JB pukul 10.30pagi .


Terus shortcut cerita malam pula . Memandangkan esoknya Mu'az kerja , maka dia yang dah rindu kan aku sangat-sangat tu plan jumpa kat Mcd Tebrau . Janji pukul 8pm jumpa kat situ , tapi kann aku salah tengok jam plak . Mula-mula ingat baru 6.30pm , tapi tiba-tiba je dah azan . So maknanya pukul 7.30pm dah . Apa lagi , kelam kabut laa aku mandi , sembahyang Maghrib dan bersiap . Pastu Mu'az pun dah sms dan call . Seperti biasa , aku pun bagi laa alasan yang sepatutnya . Maka dengan itu , kitorang pun melepak laa disitu . Makan pun disitu . Menu aku ; Prosperity beef burger dan menu Mu'az ; Ayam Goreng Mcd . Sambil-sambil makan , kitorang bual-bual sambil-sambil test telefon bimbit aku yang baru . Canggih gitu .

Pastu Mu'az kata nak jalan-jalan . Aku layan je laa sebab esok bukan aku kerja pun . Kitorang naek si Puteh dengan alasan si Puteh kan auto , senang sikit nak jalan . (padahal saja je kan nak habiskan minyak aku) Jalan punya jalan punya jalan sampai laa bandar JB . Singgah kat JB Bazaar . Tempat ni macam uptown ke downtown laa gayanya . Tapi lebih banyak barang-barang bundle yang dijual . Aku tak berniat nak beli pape pun kat situ tapi tiba-tiba ternampak handphone holder yang kat kereta tu , so aku pun beli laa . Bukan mahal pun , RM13 tapi aku dapat RM10 . Si Mu'az plak beli perfume yang 2ml dengan harga RM10. On the way balik tu , Mu'az ajak minum kat Taman Sentosa . Ok , tu first time aku lepak sini ... dan tempat ni popular ngan bubur nasi . Jadi , aku pun order laa . Peh layan babe ! Sedap . Apa yang peliknya kat sini , orang yang tukang ambil order akan jerit-jerit kuat-kuat macam nak gaduh plak . Tapi korang jangan salah faham plak , diorang jerit tu kat kedai-kedai yang menu sepatutnya pelanggan order . Huhu .

JB Bazaar


Di hari Sabtu pula ;
Mu'az kerja hari ni . So aku pun kena laa tunggu dia balik kerja . Hari ni dia nak ajak aku main archery kat Danga City Mall . Dalam lepas Maghrib , dia datang amek aku dan terus ke Danga City Mall . Aku memang jarang ke sini dan sejak tempat ni bukak balik , baru dua kali datang menjenguk . Masa pertama kali datang ada warehouse sale . Dan kali kedua ni haa nak main archery . Ok , permainan ni sangat simple dan murah . Harga dia camni ;
1.RM5=12 batang
2.RM23=36 batang
3. haa dah lupa plak ...
and free coaching ~

Sangat teruja main archery ni . Cuma lenguh-lenguh laa tangan tu . Korang tengoklaa gambar kat bawah tu siapa yang terror main . Of course laa bukan aku . Ngeee~

Cehhh , kunun terror laa tu ?

Hasil nukilan Mu'az

Hasil nukilan ..... :(


Ooo ye , kalau korang nak pergi main kat sini datang laa . Kat sini bukannya ada archery je , tapi ada tempat indoor paintball dan bowling . Menarik kan? Next time aku nak main paintball plak tapi confirm aku nangis punya sebab bullet dia sakit tuhh~ Ok , korang datang Danga City Mall , naik lif , tekan tingkat 4M dan terus sampai .

Lepas main archery , Mu'az ajak aku makan Nasi Lemak Ganja . Pehh bunyi pun dah pelik kan ? memang terus addicted kalau makan . Siyes ! Sedap gila . Lokasi nya , korang pergi Bandar Seri Alam , pastu korang pergi cari kedai tu sendiri . Hehe . Aku lupaa laa camne jalannya kalau nak taip . Kalau bawak kereta memang senang je nak tunjuk . Haa kedai ni pakai lori je pun . Harap korang mencuba . Rugi kalau tak cuba dan kalau dah cuba pasti nak lagi .

Muka dah teruja makan Nasi Lemak ganja


Di akhiri dengan hari Ahad;
Sila rujuk entry Lenguh sana lenguh sini .


Sekian sahaja dari saya yang melaporkan kejadian . Hehe .

No comments: