Dec 31, 2012

This is the end of year 2012

Aku pasti dan yakin, harini ramai yang bercuti, memandangkan esok pun cuti, jadi apa laa salahnya semua orang pun larung amek cuti sampai selasa kan tak pun sampai rabu sebab nak hantar anak sekolah. Begitu laa dengan officemates aku sekarang ni. Jadi eh banyak betul jadi, tinggal laa 8 orang je kat office ni dengan 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Tapi itu tak termasuk hantu kat office ni. Hehehe. Yang tu malas nak kira ;)

Eh jadi harini adalah hari terakhir aku attached kat projek SGEDT ni, jadi eh jadi lagi, esok sepatutnya kena masuk office kat JB tapi rasanya memang tak boleh sebab boss kat KL masih bercuti dan terpaksa tunggu diorang dan semua officemates naek 3 Jan nanti. Yela takkan nak maen tinggal macam tu je, nak kena hand over bebetul dan salam peluk cium dengan semua orang.

Kalau nak diikutkan hampir 4 tahun jugak aku dengan projek ni. Banyak pengalaman dan ilmu yang aku timba. Kalau setakat term engineer yang entah pape aku tak pernah belajar pun aku boleh tahu. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. Dan sesungguhnya, resume akan jadi cantik sebab involved dalam mega projek. Hikhik. Lagi satu, environment keje kat office ni sangatlaa best walaupun project manager garang gilo macam singa. Perkataan bloody hell tu dah biasa dengar, kena marah dengan boss depan orang ramai pun aku pernah kena. This is the best moment kot. Singa bertemu singa jadi, menjawab je laa aku ni tapi menjawab benda yang betul. Officemates plak , perghhh terbaek didunia, sebab? Aku berjaya gain weight dengan jayanya. Hari-hari ada je makanan free dapat. Hikhik. Haishhh tengah type air mata bergenang plak sedih haaaa.

Aku sebenarnya sedih nak tinggalkan kehidupan KL ni. Hahaha sebab banyak shopping mall dan tempat makan yang best. Tak sedar diri kan? Mana taknya, 4 tahun laa aku duk kaya kan KLCC, jalan TAR, sogo, wangsa walk and many more. And lepas ni susah laa nak ke KL melainkan kengkawan beranak ke kawen. Hihi.

Jadi rugi rasanya kalau dah update blog tak letak gambar kan. Ni semua geng SGEDT aku. Wuarghhhh 3 Jan ni baru jumpa semua orang dan confirm akan menangis. Anyway, thanks a lot SGEDT!























[Note :  Sedih ! ]

Dec 27, 2012

Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa aku untuk sesuatu. Semoga untuk yang seterusnya akan dipermudahkan. Hehehe. Maka lepas ni takdelaa aku meroyan duduk rumah sensorang, lepas ni hari-hari  dah boleh bergado dengan adik, berebut remote astro dan sudah pastinya dapat tengok Lulu membesar bagaikan gajah (haha walaupun begitu dia sebenarnya seekor arnab yang hidup keboringan).

Jadi untuk kehidupan yang seterusnya, aku berdoa untuk terus dipermurahkan rezeki dapat kerja yang sememangnya di JB. Bukannya apa, senang nak selesaikan masalah kehidupan. Mak ayah pun dekat senang nak tumpang makan, Kihkihkih.

Tapi sedih jugak nak tinggalkan KL yang penuh pancaroba ni, banyak aku habiskan duit kat sini, bukan tu je, disebabkan duduk kat KL ni jugak laa, macam-macam benda pelik jadi. Tapi semua tu kan takdir, siapa laa kita nak salahkan dan menidakkan takdir. Thank you Allah for this kind of life that u given to me :)

Jadi marila doakan semoga semuanya dipermudahkan. Insyallah Amin. Thank you Kuala Lumpur for almost 4 years !!




[Note : Lepas ni setiap hari boleh tumpang kete mak pergi keje !]

Dec 18, 2012

Setiap hari berangan

Assalammualaikum and happy tuesday. Maka dengan itu secara tak langsung memang laa aku tengah tak buat kerja. Ada ke office hour update blog? Boss relax je duk belakang aku ni. Hehe. Tahu je laa kan, akhir tahun macam ni, semua orang bercuti main snow kat Zurich (sengaja nak perli Rehan), Korea, Beijing dan banyak tempat lagi. Aku je laa yang main snow dengan aircond office yang bersuhu 16 darjah celcius. 

Sebenarnye setiap hari aku berangan nak share tempat-tempat makan yang baru and of course vacation trip yang aku pergi tapi tu laa, kekangan masa dan tahap kesungguhan nak update cerita amat tipis (tipis ke nipis? confused mak). Maka yang diangan-angan kan semuanya hancur berkecai begitu sahaja. Kiranya aku sekarang ni lebih suka balik kerja, lepak dalam bilik dan mata pun layu terus tidur. Boring kan life macamni. Hidup aku jauh dengan family dan aku tinggal sorang je kot kat umah Cheras tu. Lulu pun dah hantar balik JB sebab kesian kat dia yang keboringan duduk umah tu. At least kat JB tu die boleh memaen cak cak baa dengan kucing adik yang pondan tu. Aku takut jugak Lulu akan mengalami masalah kecelaruan identiti berkawan dengan kucing pondan tu. Maaf Lulu, kakak tak sempurna untuk Lulu :((

Lepas tu plak hari-hari jugak aku berangan nak pegi makan wondermilk laa, nak pegi makan cupcakes bijoux laa tapi last sekali lepak rumah paling win sekali. Jiwa aku mungkin dah tak macam dulu, plus badan aku lemah jadi lembik dan cepat penat. Aku baru je lepas berurut sebab sakit pinggang mengangkut almari mak yang besar tu (yelaa mak beli almari baru kan, haruslaa kena tukar position almari yang lama. ada adik lelaki tapi 24/7 pergi maen Dota, stress mak!). Makcik urut yang berjiran dengan kedai mak tu kata, aku ni lemah kat bahagian jantung sebab tu cepat penat. Seram aku dengar. Jadi minggu depan ni aku nak pergi check up semua benda yang patut. Sebab lately ni memang dada pun rasa sakit. 

Lepas tu lagi, setiap hari berangan jugak nak bisness something. Apa yang something tu pun tak tahu laa. Tengok trend sekarang, apa pun barang yang dijual kat online confirm laa laku sebab aku laa salah sorang penyumbang terbesarnya pun. Kiranya lepas dah fikir punya fikir, end up nya aku pun bukak instagram, tengok gambar sana sini lepas tu mata pun layu dan terus tidur.

Jadi kesimpulannya, memang betul laa setiap hari aku berangan. Bosan kan hidup aku ni. Rutin setiap hari yang sama. Tapi takpe , lagi beberapa bulan Insyallah hari-hari tu akan dipenuhi dengan rutin-rutin yang baru. Hehe. 

Hehe ok, boss dah ajak sembang plak. Bye :)