Dec 31, 2012

This is the end of year 2012

Aku pasti dan yakin, harini ramai yang bercuti, memandangkan esok pun cuti, jadi apa laa salahnya semua orang pun larung amek cuti sampai selasa kan tak pun sampai rabu sebab nak hantar anak sekolah. Begitu laa dengan officemates aku sekarang ni. Jadi eh banyak betul jadi, tinggal laa 8 orang je kat office ni dengan 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Tapi itu tak termasuk hantu kat office ni. Hehehe. Yang tu malas nak kira ;)

Eh jadi harini adalah hari terakhir aku attached kat projek SGEDT ni, jadi eh jadi lagi, esok sepatutnya kena masuk office kat JB tapi rasanya memang tak boleh sebab boss kat KL masih bercuti dan terpaksa tunggu diorang dan semua officemates naek 3 Jan nanti. Yela takkan nak maen tinggal macam tu je, nak kena hand over bebetul dan salam peluk cium dengan semua orang.

Kalau nak diikutkan hampir 4 tahun jugak aku dengan projek ni. Banyak pengalaman dan ilmu yang aku timba. Kalau setakat term engineer yang entah pape aku tak pernah belajar pun aku boleh tahu. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. Dan sesungguhnya, resume akan jadi cantik sebab involved dalam mega projek. Hikhik. Lagi satu, environment keje kat office ni sangatlaa best walaupun project manager garang gilo macam singa. Perkataan bloody hell tu dah biasa dengar, kena marah dengan boss depan orang ramai pun aku pernah kena. This is the best moment kot. Singa bertemu singa jadi, menjawab je laa aku ni tapi menjawab benda yang betul. Officemates plak , perghhh terbaek didunia, sebab? Aku berjaya gain weight dengan jayanya. Hari-hari ada je makanan free dapat. Hikhik. Haishhh tengah type air mata bergenang plak sedih haaaa.

Aku sebenarnya sedih nak tinggalkan kehidupan KL ni. Hahaha sebab banyak shopping mall dan tempat makan yang best. Tak sedar diri kan? Mana taknya, 4 tahun laa aku duk kaya kan KLCC, jalan TAR, sogo, wangsa walk and many more. And lepas ni susah laa nak ke KL melainkan kengkawan beranak ke kawen. Hihi.

Jadi rugi rasanya kalau dah update blog tak letak gambar kan. Ni semua geng SGEDT aku. Wuarghhhh 3 Jan ni baru jumpa semua orang dan confirm akan menangis. Anyway, thanks a lot SGEDT!























[Note :  Sedih ! ]

Dec 27, 2012

Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa aku untuk sesuatu. Semoga untuk yang seterusnya akan dipermudahkan. Hehehe. Maka lepas ni takdelaa aku meroyan duduk rumah sensorang, lepas ni hari-hari  dah boleh bergado dengan adik, berebut remote astro dan sudah pastinya dapat tengok Lulu membesar bagaikan gajah (haha walaupun begitu dia sebenarnya seekor arnab yang hidup keboringan).

Jadi untuk kehidupan yang seterusnya, aku berdoa untuk terus dipermurahkan rezeki dapat kerja yang sememangnya di JB. Bukannya apa, senang nak selesaikan masalah kehidupan. Mak ayah pun dekat senang nak tumpang makan, Kihkihkih.

Tapi sedih jugak nak tinggalkan KL yang penuh pancaroba ni, banyak aku habiskan duit kat sini, bukan tu je, disebabkan duduk kat KL ni jugak laa, macam-macam benda pelik jadi. Tapi semua tu kan takdir, siapa laa kita nak salahkan dan menidakkan takdir. Thank you Allah for this kind of life that u given to me :)

Jadi marila doakan semoga semuanya dipermudahkan. Insyallah Amin. Thank you Kuala Lumpur for almost 4 years !!




[Note : Lepas ni setiap hari boleh tumpang kete mak pergi keje !]

Dec 18, 2012

Setiap hari berangan

Assalammualaikum and happy tuesday. Maka dengan itu secara tak langsung memang laa aku tengah tak buat kerja. Ada ke office hour update blog? Boss relax je duk belakang aku ni. Hehe. Tahu je laa kan, akhir tahun macam ni, semua orang bercuti main snow kat Zurich (sengaja nak perli Rehan), Korea, Beijing dan banyak tempat lagi. Aku je laa yang main snow dengan aircond office yang bersuhu 16 darjah celcius. 

Sebenarnye setiap hari aku berangan nak share tempat-tempat makan yang baru and of course vacation trip yang aku pergi tapi tu laa, kekangan masa dan tahap kesungguhan nak update cerita amat tipis (tipis ke nipis? confused mak). Maka yang diangan-angan kan semuanya hancur berkecai begitu sahaja. Kiranya aku sekarang ni lebih suka balik kerja, lepak dalam bilik dan mata pun layu terus tidur. Boring kan life macamni. Hidup aku jauh dengan family dan aku tinggal sorang je kot kat umah Cheras tu. Lulu pun dah hantar balik JB sebab kesian kat dia yang keboringan duduk umah tu. At least kat JB tu die boleh memaen cak cak baa dengan kucing adik yang pondan tu. Aku takut jugak Lulu akan mengalami masalah kecelaruan identiti berkawan dengan kucing pondan tu. Maaf Lulu, kakak tak sempurna untuk Lulu :((

Lepas tu plak hari-hari jugak aku berangan nak pegi makan wondermilk laa, nak pegi makan cupcakes bijoux laa tapi last sekali lepak rumah paling win sekali. Jiwa aku mungkin dah tak macam dulu, plus badan aku lemah jadi lembik dan cepat penat. Aku baru je lepas berurut sebab sakit pinggang mengangkut almari mak yang besar tu (yelaa mak beli almari baru kan, haruslaa kena tukar position almari yang lama. ada adik lelaki tapi 24/7 pergi maen Dota, stress mak!). Makcik urut yang berjiran dengan kedai mak tu kata, aku ni lemah kat bahagian jantung sebab tu cepat penat. Seram aku dengar. Jadi minggu depan ni aku nak pergi check up semua benda yang patut. Sebab lately ni memang dada pun rasa sakit. 

Lepas tu lagi, setiap hari berangan jugak nak bisness something. Apa yang something tu pun tak tahu laa. Tengok trend sekarang, apa pun barang yang dijual kat online confirm laa laku sebab aku laa salah sorang penyumbang terbesarnya pun. Kiranya lepas dah fikir punya fikir, end up nya aku pun bukak instagram, tengok gambar sana sini lepas tu mata pun layu dan terus tidur.

Jadi kesimpulannya, memang betul laa setiap hari aku berangan. Bosan kan hidup aku ni. Rutin setiap hari yang sama. Tapi takpe , lagi beberapa bulan Insyallah hari-hari tu akan dipenuhi dengan rutin-rutin yang baru. Hehe. 

Hehe ok, boss dah ajak sembang plak. Bye :)

Nov 8, 2012

My life according Le Instagram

Hye. Assalammualaikum. Sorry, i've been gone quite long time to get here. Since banyak benda nak kena ingat balik, baik update hari ini jugak. Tapi kita update secara random from now sehingga previous 2 or 3 months ago.

So dalam banyak-banyak social networking sekarang ni, aku cuma sangat teruja dengan Instagram, the place where you only can upload le picture. Bagus sangat Instagram ni, jadi takde laa aku rasa annoying dengan sesetengah application game ke apa yang asyik duk invite orang, contohnya macam kat FB. And for most reason is i do love photography, thru Instagram, semua orang pun boleh jadi part-time Instagrapher. Sebab semua orang pun share gambar yang menarik. Nasibaekla Instagram dah ada kat android, kalau tak, mahu ku beli iphone. Hehe.

And sooooo, this is my life according le instagram for few months ago. Dalam banyak-banyak kamera yang ada, kamera telefon jugak jadi kegemaran sebab ada Instagram, u don't have to worry gambar cantik ke tidak, yang penting boleh berangan jadi photographer.

So its gonna be my very very very long random update here and the pictures pun terabur sana sini.

21 Ogos 2012 - Memandangkan hari raya, dengan bangganya nak show off kat sedara mara yang aku ni boleh memasak, so buat laa bread butter pudding, eh eh this was my first trial and the result was fantastic.

22 Ogos 2012 - This picture was taken on my way to renew passport, sebab passport dah expired, dah tu macam mana nak pegi beraya kat singapore? So motif gambar ni? 

20 Ogos 2012 - Picture on second day of raya, met them at kampung Pontian. Ni kengkawan yang dah 10 tahun tak jumpa, dulu aku kene sekolah kat kampung, jadi ini laa kengkawan kampung iolls. Haha.

31 Ogos 2012 - Eh dah sampai sini gambar ni plak, ini gambar malam merdeka yang dihabiskan menunggu turn to serve by the doctor. Masa ni kena gastrik sebab salah makan, hambooih muntah non-stop. Kat Klebang coconut shake yang popular tu pun aku dah muntahkan. Haha. Cannot go. Oh this time, i was in Melaka ada family gathering.

 1 Sept 2012 - Post berangan macam ni pun ada orang like kat IG. 

1 Sept 2012 - Family gathering at Melaka. I nearly cry when everyone can gather here.

31 Ogos 2012 - Afif, my favorite cousin yang gebu die bukan maen lagi. 

1 Sept 2012 - Amar Hafi, my sweet gigi renggang. He's tooooo cute and i wanna eat him! Aku laa kakak sedara favorite dia sebab dari baby sampai sekarang ni memang rapat dengan aku.



9 Sept 2012 - Ok, 3 pictures above were taken at the curve. It was called girls day out. Just spending time with karaoke, eating and gossip. 

12 Sept 2012 - Oh time ni final prepation for Aina's big day. Teman dia cari barang-barang yang masih tak cukup and dinner together last as single lady! 

14 Sept 2012 - I'm a food lover especially on ice cream or any dessert. Yeah Yogen Fruz is in town! Sedap sampai nak nanges. Semalam baru makan lagi ;) Its different from other yogurt, u must try this. 

15 Sept 2012 - And sooooo this is the day. Aina got stolen! i'm happy for her, happy ending with her man. It has been written since we're in our mom's womb.

16 Sept 2012 - Aina's reception at Gombak. Oh someone is missing in this picture. Siapa lagi kalau bukan Muna. Tengah dalam pantang. Haha. How time flies kan , sorang dapat suami, sorang dapat baby. Dah tu lagi Anne ngan aku dapat apa? Dapat tangisan demi tangisan.


16 Sept 2012 - Ok 2 pictures above shown that i drove like crazy to reach Senggarang, BP for my very best friend wedding, Juneda. What to do, dedua kawan baik, jadi terpaksa manage time hari tu rushing from Gombak to Senggarang, BP. Alhamdulillah sempat jumpa pengantin. By the way, Juneda is my very closed friend since TIJB. Ni kira kawan duduk sebelah laa. Kaki tidur minah ni tapi result power.

16 Sept 2012 - Haha since i got soooo many invitation on that day, terpaksa laa jugak upload semua yang berkaitan. Lepas dari Senggarang, BP, rushing balik JB pulak, ada tahlil for someone mother's to go Hajj. Oh camewore dengan adik paling bongsu.

Ini gambar lama yang di IG kan sebab rasa nak pergi vacation sekarang jugak. Oh please bring me here!

27 Sept 2012 - Bila balik kerja dah hampir senja, jem like hell laa yang akan jadi peneman. Jadi, tanpa buang masa, snap gambar yang superawesome ni.

1 Okt 2012 - Stayed alone at home and doing nothing.

3 Okt 2012 - Tetiba boss suruh pindah duduk dalam bilik yang semuanya adalah HOD. Hahaha nanges dan memberontak dalam hati. 

5 Okt 2012 - Ini adalah preparation yang kununnya nak tunjuk skill masak yang entah pape ni kat kengkawan. Tapi finally, bukan aku yang masak. Hahaha. saja jumpa kengkawan untuk sembang-sembang dan santai. 

9 Okt 2012 - Oh this is my fav cereal. Dah tua pun still makan honeystar? Biasanya memang bawak letak dalam kereta untuk ad-hoc breakfast.



17 Okt 2012 - Lunch dengan cendol warna warni yang sedap!

21 Okt 2012 - Ok kucing ni nama dia Tommy, kebetulan balik rumah JB, eh tetiba die berdiri sebelah langsir mak. Rasa macam oh sungguh seni kan?



20 Ogos 2012 - All picture above taken during hari raya. Kan aku dah kata semua terbalik-balik kan. Tadi rasa macam dah habis dah raya, tetiba je datang raya balik.

29 Ogos 2012 - Raya with project team. Hidup SGEDT!

5 Sept 2012 - Bila keadaan menjadi bosan, aku pun akan cari benda yang rasa macam awesome nak snap gambar. Some of my collections. Hahaha some? Ye, sebab on the way beli sesuatu. 

2 Sept 2012 - Tak berapa nak sure sangat kenapa baju ni jugak yang selalu pakai pergi raya, padahal ada lagi 6 helai kot. Hehe.

8 Sept 2012 - Walaupun Lulu duduk dalam cage, tetapi Lulu tak kisah sebab dia ada kakak yang baik, yang kununnya rajin sangat bawak dia morning walk time weekend. Haha. 
12 Sept 2012 - Sepanjang hidup 26 tahun, ini laa kali pertama yang betul-betul takde duit sampai terpaksa makan meggi. Haha. Tapi sekarang dah kaya sikit. Lol.

13 Sep 2012 - I drove straight from office Bangi to the Pusrawi. The jammed was like hell yeah. Tapi sebab baby Rifqi Imtiyaz punya pasal, ku gagahi jua. Now baby Rifqi dah almost 2 months, Muna pun dah habis pantang makan. Haha.

21 Sept 2012 - Yeah finally i met her and lunch together. Padahal office dekat je kan. Bangi- Putrajaya.

25 Sept 2012 - Scope of work aku ialah review drawing. Kekadang tu memang aku terpaksa pinjam magnifier boss sebab tak nampak line yang halus tu.

9 Okt 2012 - My favourite shopping online Vanity Mask!

9 Okt 2012 - Kekadang chocotop ni memang rasa melting sangat, so terpaksa beli dan upload kat IG.

11 Okt 2012 - Moustache ring! Disebabkan die cute, so terbeli laa.

11 Okt 2012 - Baru aku yakin yang Lulu memang sah seekor arnab sebab ini first time dia makan carrot. Thanks GOD. Tapi die macam baby, kene tolong suapkan, die arnab yang pelik, tak reti pegang sendiri.

15 Okt 2012 - Bila pagi yang hujan, jadi mestila jem, jadi snap picture and IG!

15 Okt 2012 - Awesome sangat ciptaan Allah kan? Tiada tolok bandingannya. Gambar langit macamni laa paling favourite!


Ok aku pun dah rasa muak nak upload bebanyak. Ni je laa yang dapat update sepanjang beberapa bulan punya cerita. So kesimpulannya, pls sign up Instagram! Sebab dah boleh menceritakan sesuatu dalam kehidupan seharian. Dengan IG, korang takde laa rasa macam annoying dengan status macam kat FB. Just gambar je pun. Hehe. Sekian, terima kasih.