Jan 17, 2011

Eleh korang ada kawan sehidup semati camni?


Erin , Anne , Muna . 
Sila abaikan yang belakang tu eh !


Hai korang . Selamat hari isnin , sekejap je dah hari isnin kan? Begitu jugak dengan hari jumaat . Masa begitu cepat berlalu . Bila masa semakin cepat berlalu , maka semakin cepat laa kita tua kan kan kan? Hihi . Aku sebenarnya rindu gila kat dedua orang perempuan gorgeous kat atas tu haa . Yang lelaki tu abaikan , malas nak cerita sebab suka rosakkan gambar . Haha . Aku rasa korang pun tahu kan siapa dedua orang kat atas tu , best friend forever aku kot . Susah gila kitorang nak jumpa bertiga . Memasing busy bah! Sumpah aku rindu gila kot . Dapat jumpa diorang semalam masa kat wedding Sue (eh nanti aku update cerita eh!) dah boleh senyum meleret sepanjang minggu . Hehe . Hummm tak lama lagi Muna dah nak tunang dah , aku dah mula rasa terabai :( Gedik gila kan? Yela , lama dah tak gayut sampai battery kong tau . Dia tengah busy dengan preparation tunang yang lagi 2 minggu ni . Arghhh apa yang aku cuba sampaikan kat sini , hargai laa kawan-kawan korang eh . Biar takde bf/gf , jangan takde kawan bhai!




[Noted : Best gila weekend kali ni sebab dah macam reunion BPD sey]

No comments: