Oh yeah , dah dua bulan Padel jadi suami orang , baru teringat nak update kat blog . Entah-entah Padel dah nak jadi daddy kot . Yeay ! Dapat anak buah baru :))) Sukanya saya ! Nanti nak jodohkan anak aku dengan anak dia laa eh . Hopefully anak dia lelaki laa kan , so anak dia mesti laa tua 4 tahun dari anak aku nanti . Oh it's a planning , why so serius ?
Ok update laju-laju . Padel dengan Kak Zie merupakan orang yang agak rapat dengan aku . Diorang ni part of gemuk's gang laa . So , sebagai presiden gang ni aku laa arrange konvoi ke Batu Pahat . Eh lupa nak bagitahu , Padel dengan Kak Zie ni classmate aku kat UTHM dulu . Kiranya berebut jugak laa aku dengan Kak Zie nak dapatkan Padel ni tapi aku kecundang . Ceh wah ! Aku gurau je kot . Diorang memang bercinta tanpa ada halangan dari aku sebab Mu'az kan lagi charming dari Padel . Ok , gurau lagi sekali .
Ok jump terus cerita kahwin diorang . Tarikh nikah + sanding 20 November 2010 . Comel jugak 20112010 . So gang gemuk semuanya sporting gila berkonvoi dari KL dengan lebih kurang 7 kereta dan bergerak berasingan sebab ada yang ambil cuti hari sebelum nikah (ceh macam orang nak nikah pulak kan) . Dikesempatan ke Batu Pahat tu kan , eh yela kan UTHM kat sana , maka terubat laa rindu lalu depan universiti yang macam dah hebat dah sekarang ni . Tapi apakan daya , masa tak cukup jadi tak sempat nak masuk situ kunun-kunun nak ambil gambar ke apa kan .
Bila Padel dengan Kak Zie dah kahwin , maka dengan itu , kengkawan lain pun rasa berlumba-lumba nak kahwin T___T nantikan update siapa pulak nak kahwin lepas ni . Sumpah aku nak nangis bila dapat tahu one of bff aku nak kahwin . Sekarang pun dah terasa terabai , apakan pulak kalau dia dah kahwin nanti . Sobs sobs sobs . Eh korang tengok laa eh gambar kat bawah ni . Dah berkulat aku simpan , harap-harap tak keluar bau busuk . Miahaha . Ok lagi sekali nak bagitahu ni , Padel sah jadi suami Kak Zie dengan sekali lafaz je . Wuuu~ officially owned !
Gambar sanding tak banyak laa pulak , tunggu je laa kamera Muslih upload tapi hampeh kedekut nak upload , sebab dia busy main HON , main DOTA ! Yela rumah dah pasang streamyx kan . Eh jangan lupa kengkawan pergi kenduri Padel kat kajang pulak 13 Feb 2011 ni .
[Noted: Hummm Muslih ajak jadi photographer wedding tu nanti]
2 comments:
pic sume sumpah cantik...!!nnti kte kawen leh tlg x amekkan pic..?haha
Yuni Aisyah - hehe . takde laa cantik mana pun . haha nak kawen bile? nnt tunggu saya jadi photographer ehhh .
Post a Comment