Jan 31, 2011

RINDU

Ok nak update sikit  je ... I'm homed ! For a long holiday . So mood memang confirm laa happy sepanjang minggu tanpa ada rasa tension ke apa kan . Handphone office pun aku dah siap off semua bagai . Haha . Kejam gila kan ? Ala lama dah tak cuti , saja nak rasa duduk rumah , bangun lambat , makan sedap-sedap , gaduh sikit-sikit dengan adik , dating dengan Mu'az ke kan . Ha , baru laa namanya cuti . Oh itu je nak cerita kat korang . 



[Noted : pssttttt , rindu pulak kat KL ]

Jan 27, 2011

Update lelaju .

Aku nak update lelaju kat korang .
1. Jerawat kat muka ni tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan .
2. Tak cukup tidur , selalu tidur pukul 8.30pm/9.30pm tapi sekarang pukul 2.00am baru tidur .
3. Tetiap hari balik rumah lambat sebab melencong ke sana sini , bosan kot duduk rumah cheras tu .
4. Minggu ni macam tak banyak kerja . Kahkahkah . Sebab semua dah siap kerja , boleh?
5. Dapat banyak buah limau , rasa macam nak pergi jual kat bawah office .
6. Weekend ni balik JOHO !! Cuti seminggu bhai ! 
7. Weekend ni ada karaoke session yang dah macam mini reunion dengan budak kelas UTHM .
8. Ok laa , tu je nak bagitahu . Bye .




[Noted : Aku confused laa !!]

Jan 23, 2011

Blog pun kene blocked?

Haha nak bagitahu korang ni , sekarang kat office .....BLOG PUN DAH KENE BLOCKED jugak . Sobs sobs sobs . Sedih gila kan , facebook , youtube , and semua sosial network semua dah lama kene blocked . Wuarghhhh kenapa kejam sangat . Memang laa waktu kerja kena buat kerja tapi tak kan nak baca blog sikit pun tak boleh? Dunia hari ni semakin kejam (ceh kene blocked pun nak kata kejam) . So lepas ni , makin jarang laa aku berblog . Huh mana taknya , balik rumah dah penat dah , tak sempat nak online dowh . Lepas isyak je , memang confirm mata aku dah separuh tutup dan tak sampai 5 minit , terus hanyut dengan FT . Kahkahkah . Tapi takpe laa , korang blocked laa semua , aku boleh main foursquare pulak . Kahkahkah . Berlumba-lumba nak check-in plus nak kumpul badges . Eleh main foursquare guna handphone bhai , tak kacau line internet office pun . Elehhhhh kecoh !! Haha . Sekian , terima kasih boss sebab blocked semuanya . Tak sporting langsung .




[Noted : Nak cabut 3 gigi !!]

Jan 22, 2011

Baru cuci lepas tu mesti nak upload .

Saja nak upload . Aku baru je develop filem ni , actually bukan develop sendiri tapi hantar kat kedai dan melayang RM15 . Kihkih . Orang kata pakai lomo ni leceh dan banyak perhabis duit kan? Haha dah tu minat bende camni , terpaksa laa korban duit . Takkan nak tiru mak pulak yang hobinya kumpul setem . Haha . Mak pernah sey sound aku "hobi photography ni membazir , lebih baik kumpul setem macam mak" . LOL .



[Noted : I'm using fisheye2 with 35mm negative color ISO 400]

Jan 20, 2011

Kekadang aku menyampah dengan orang jenis bajet macam bagus .

Hamek kau panjang kan tajuk . Mesti ada sebab kenapa aku tulis tajuk macam tu . Haish adalah seorang hamba Allah ni , aku bukan apa ..... sebab dia suka kondem orang (maksudnya suka nak judge orang sesuka hati dan aku tak rasa dia baik sangat pun dan aku nak beristighfar supaya entry ni takde makian ke apa kan, astaghfirullahalazim) . 

Kenapa aku boleh cakap macam ni? Sebab kekadang aku rasa annoying gila dengan status dia yang suka mengkondem sana sini . Cukup baik kah kita nak kondem orang dan rasa macam entah pape je nak buat status macam tu . Ok yang terbaru ni aku ada terbaca status dia pasal dia menyampah dengan blog-blog yang ada sekarang ni sebab nya dia susah nak cari fakta ke apa yang di-google sebab bila google je mesti jumpa kat blog-blog orang then bila terbaca , dia rasa macam entah pape je orang yang ada blog cerita pasal personal . Ok fine , maybe aku salah sorang kot yang baca status tu dan akan terasa . Tapi ingat sikit , kau kawen dulu ada buat blog jugak kan? Haha . Malas nak cakap . Kau siapa nak banyak cakap sangat eh? Nak kata hebat? Biasa je aku tengok . Eh dah laa tak nak cakap lagi dah . Bye .





[Noted : Aku berblog bersebab :)) ]

Jan 18, 2011

Tak nak cakap banyak :|

What is pneumothorax? Haa aku malas nak explain pape , google sendiri . Takde mood nak cerita pape . 

Jan 17, 2011

He was admitted at Puteri Specialist Hospital

Please pray for him :(((

Aku benci kau ROKOK!!! 

Eleh korang ada kawan sehidup semati camni?


Erin , Anne , Muna . 
Sila abaikan yang belakang tu eh !


Hai korang . Selamat hari isnin , sekejap je dah hari isnin kan? Begitu jugak dengan hari jumaat . Masa begitu cepat berlalu . Bila masa semakin cepat berlalu , maka semakin cepat laa kita tua kan kan kan? Hihi . Aku sebenarnya rindu gila kat dedua orang perempuan gorgeous kat atas tu haa . Yang lelaki tu abaikan , malas nak cerita sebab suka rosakkan gambar . Haha . Aku rasa korang pun tahu kan siapa dedua orang kat atas tu , best friend forever aku kot . Susah gila kitorang nak jumpa bertiga . Memasing busy bah! Sumpah aku rindu gila kot . Dapat jumpa diorang semalam masa kat wedding Sue (eh nanti aku update cerita eh!) dah boleh senyum meleret sepanjang minggu . Hehe . Hummm tak lama lagi Muna dah nak tunang dah , aku dah mula rasa terabai :( Gedik gila kan? Yela , lama dah tak gayut sampai battery kong tau . Dia tengah busy dengan preparation tunang yang lagi 2 minggu ni . Arghhh apa yang aku cuba sampaikan kat sini , hargai laa kawan-kawan korang eh . Biar takde bf/gf , jangan takde kawan bhai!




[Noted : Best gila weekend kali ni sebab dah macam reunion BPD sey]

Jan 10, 2011

Hari ni punya post adalah post yang sepatutnya di-post pada bulan Oktober tahun lepas .

Ok-ok panjangkan tajuk dia? Mood tengah baik ni , haha . Jadi update je laa semuanya . Suka nak share dengan korang semua , at least aku tak menipu dengan segala aktiviti harian aku kat KL ni . Yela kenkadang mak risau jugak bila dia call suruh balik , then aku cakap ada aktiviti lain (padahal takde duit nak balik rumah , RM200 kot pergi balik JB , hehe) . Bukan mengungkit ke berkira tapi kena laa bijak menggunakan duit dengan gaji yang tak seberapa ni , kalau anak orang kaya mungkin boleh laa sponsor balik JB naik flight ke apa kan , eh nampak macam tak bersyukur pulak kan ? Hihi . I love u mak ! 

Straight to the point , ni aku nak update pasal farewell kitorang untuk kakak officemate aku . Dia habis kontrak dengan projek SGEDT (ala projek buat landasan keretapi tu laa kan) bulan Oktober tahun lepas . Hihi . Camne eh nak cerita , oh actually kakak ni pun satu company dengan aku kat JB tapi dia dapat balik ke JB dari awal -.- Insyallah bulan depan , aku pulak dapat balik ke JB . Kerja macam aku ni memang agak susah sikit sebab kena pindah-pindah tempat kerja bergantung pada kat mana projek tu . Kesian bukan? Tu laa siapa suruh tulis willing to travelling kat resume kan kan kan? Padan muka laa . Oh at least gua dapat bertahan duduk kat KL almost 2 years wei . Boleh bagi anugerah tau :) Semua jalan gua dah hafal , peh cakap je laa jalan apa . Haha . Thanks GPS sebab banyak membantu .

Ok-ok sambung balik , memandangkan kakak tu dah habis kontrak dengan KLIAH , kitorang plan farewell tapi bawak makanan sendiri-sendiri kiranya macam potluck farewell laa jugak . Siap bertema bagai . It was fun sebab memasing pun bawak anak , semua pun panggil aku "Kakak" walaupun mak diorang suruh panggil aunty (ni macam kejam sikit laaa kan sebab adik sedara aku pun sama umur jugak laa dengan anak-anak kakak office aku ni haa) . Selain makan-makan , ada sesi main game jugak , memang kelakar sebab bebudak tu pun join sekali main , rasa macam hari keluarga wooo~ Dah habis sesi gaduh-gaduh menang kalah main game , kitaorang sambung dengan sesi tukar-tukar hadiah . Comel kan? Ni idea aku tau , ye aku tahu aku memang comel . Pfffftttt :p 

Ni memang gua confirm kalau dia usha blog gua , dia mesti suruh remove 
gambar ni . Haha . Nasib laa badan . Ok ni laa kakak 
office aku tu haa , Kak N .

Korang layan jelaa tengok gambar kat bawah ni eh , aku tak susun pun , pemalas kan , entry ni patutnya semalam (hari Ahad 9.1.11 dah publish tapi adeh aku pergi ikea semalam , lupa nak publish . So here we go . Kalau nak tahu nama orang-orang dalam gambar , sila laa hantar komen . Haha . Tak boleh ngurat eh sebab semua dah berpunya :)))

















Korang jangan rasa nak muntah pulak tengok gambar Kak N banyak sangat sebab kan farewell dia ni . Haha  



[Noted : Mmmm kenapa entah malas semacam :( ]

Jan 8, 2011

Cerita Kahwin - Apis & Fatimah

Yeah sengaja nak update kat blog sebab pengapit pengantin lelaki sumpah handsome tau :)) Beruntunglaa girlfriend pengapit tu kan . Dah laa tinggi , handsome pulak tu . Hehe . Ooo ok fine , sengaja puji Mu'az dalam blog . Muahaha . Ok straight to the point . Apis ni cousin Mu'az , mak diorang adik beradik . Hehe . Sengaja nak mention mak diorang adik-beradik sebab nak buktikan yang diorang memang cousin yang sah . 

Majlis akad nikah dan sanding kat belah pengantin perempuan berlangsung pada 30.10.10 kat Bandar Baru Bangi , ha sama tarikh dengan Rehan tunang . So , aku memang tak pergi laa kat majlis sebelah perempuan . Selang seminggu lepas tu 6.11.10 , majlis belah lelaki pulak kat Klang . Ha yang kat Klang ni aku memang pergi laa kan , aku ajak Anne sekali pergi sebab dia pun kenal dengan Apis . Oh yeah Mu'az sekali lagi jadi pengapit pengantin . Kesian tengok dia kena panas terik . Haha . Tapi handsome woo ~ Tak tengok pun pengantin tapi duk usha pengapit . Hehe . 







Ok kalau korang rasa macam pelik je gambar yang bulat-bulat tu kan , haa itu laa hasil dari fisheye 2 . Ala lomo punya kamera laa kan . Muka memasing lonjong dan bulat-bulat jadinya tapi aku rasa awesome kot gambar-gambar tu . So itu saja update cerita last year . Hihi . Tengah rajin ni :))



[Noted : Nak mandi pun malas sebab kat KL macam ada snow sejuk semacam ]


Jan 7, 2011

Cerita Tunang - Rehan si renek & pasangannya .

Ok fine aku mengaku memang lambat gila update sebab si Rehan yang super renek ni bertunang 30.10.10 . Patutnya update cerita si renek ni dulu dari semua-semua cerita tapi apakan daya gambar baru je terjumpa ni . Sorry Rehan :D

Apa yang aku nak cerita eh ? Ok camni , Rehan ni classmate aku jugak masa kat UTHM . Oh seperti biase part of gemuk's gang tapi dia ni kurang aktif sikit keahlian kat gang ni sebab faktor-faktor ketinggian kot . Eh aku gurau :)) Aku dengan dia tak boleh jumpa sebab nanti rasa nak bertikam lidah je , oh i mean bertekak bukan cium mulut yang macam video cium mulut "pilih KLCC ke pilih i?" (what the f punye bebudak sekarang ni) . Mulut dia ooo makk aiii kepoh gila , kalau ketawa tak reti nak sopan , pastu kalau pergi beraya rumah orang , dari turun kereta lagi dia dah cakap "kami datang nak makan!" Adeh , itu laa dia , Nur Izyanie Raihan (peh nama punya laa sedapkan) . Tapi dengan perangai selamba dia ni laa yang Senja Di Perlabuhan (nama FB tunang Rehan ni entah pape je kan?) tak ragu-ragu nak jadikan dia isteri bulan Mei nanti . Hehe .

Ok-ok jangan nak kutuk Rehan lelebih pulak kat sini , nanti kalau jumpa dia habis laa binasa badan aku sebab tangan dia pun boleh tahan suka menjalar mencubit memukul . Hihi . So korang , hargai laa kengkawan eh . Sama-sama laa raikan hari bersejarah kengkawan korang . Mungkin ada sesetengah orang akan rasa ala baru tunang tak payah laa nak jemput bagai tapi tak salah kan kongsi kegembiraan . Lupa nak cakap , aku sesat tak jumpa rumah dia kat mana . Cettt bongok punya GPS . Sesampai je ingatkan belum start majlis tapi eh eh eh rupanya memang tinggal kitorang je tak sampai lagi . Tengok je laa gambar kat bawah ni eh .




Haha selamba je letak gambar blur , ah yang penting aku tak blur dalam gambar ni!

Ok for more pictures please pergi usha Adib punya website ok? Oh lupa pulak nak bagitahu , Adib ni mmm kawan kepada Aie then dah jadi kawan kitorang then tetiba Rehan sambung master boleh pulak diorang ni satu kelas . Oh betul laa orang kata what a small world . Sesiapa yang berminat dan rasa oh dasyatnye hasil kerja Adib , boleh laa hire dia sebagai photographer korang :)) 


[Noted : Adib , bagi komisyen please!]

Jan 5, 2011

Cerita Kahwin - Padel & Kak Zie

Oh yeah , dah dua bulan Padel jadi suami orang , baru teringat nak update kat blog . Entah-entah Padel dah nak jadi daddy kot . Yeay ! Dapat anak buah baru :))) Sukanya saya ! Nanti nak jodohkan anak aku dengan anak dia laa eh . Hopefully anak dia lelaki laa kan , so anak dia mesti laa tua 4 tahun dari anak aku nanti . Oh it's a planning , why so serius ?

Ok update laju-laju . Padel dengan Kak Zie merupakan orang yang agak rapat dengan aku . Diorang ni part of gemuk's gang laa . So , sebagai presiden gang ni aku laa arrange konvoi ke Batu Pahat . Eh lupa nak bagitahu , Padel dengan Kak Zie ni classmate aku kat UTHM dulu . Kiranya berebut jugak laa aku dengan Kak Zie nak dapatkan Padel ni tapi aku kecundang . Ceh wah ! Aku gurau je kot . Diorang memang bercinta tanpa ada halangan dari aku sebab Mu'az kan lagi charming dari Padel . Ok , gurau lagi sekali . 

Ok jump terus cerita kahwin diorang . Tarikh nikah + sanding 20 November 2010 . Comel jugak 20112010 . So gang gemuk semuanya sporting gila berkonvoi dari KL dengan lebih kurang 7 kereta dan bergerak berasingan sebab ada yang ambil cuti hari sebelum nikah (ceh macam orang nak nikah pulak kan) . Dikesempatan ke Batu Pahat tu kan , eh yela kan UTHM kat sana , maka terubat laa rindu lalu depan universiti yang macam dah hebat dah sekarang ni . Tapi apakan daya , masa tak cukup jadi tak sempat nak masuk situ kunun-kunun nak ambil gambar ke apa kan .

Bila Padel dengan Kak Zie dah kahwin , maka dengan itu , kengkawan lain pun rasa berlumba-lumba nak kahwin T___T nantikan update siapa pulak nak kahwin lepas ni . Sumpah aku nak nangis bila dapat tahu one of bff aku nak kahwin . Sekarang pun dah terasa terabai , apakan pulak kalau dia dah kahwin nanti . Sobs sobs sobs . Eh korang tengok laa eh gambar kat bawah ni . Dah berkulat aku simpan , harap-harap tak keluar bau busuk . Miahaha . Ok lagi sekali nak bagitahu ni , Padel sah jadi suami Kak Zie dengan sekali lafaz je . Wuuu~ officially owned !










Gambar sanding tak banyak laa pulak , tunggu je laa kamera Muslih upload tapi hampeh kedekut nak upload , sebab dia busy main HON , main DOTA ! Yela rumah dah pasang streamyx kan . Eh jangan lupa kengkawan pergi kenduri Padel kat kajang pulak 13 Feb 2011 ni . 




[Noted: Hummm Muslih ajak jadi photographer wedding tu nanti]

Jan 4, 2011

2011

Ha ha ha ! Cara ketawa baru sempena tahun baru . Happy new year korang . Aku rasa berdosa gila dengan blog ni sebab menipu nak update blog tapi tak update jugak (ceh tinggal sembahyang kau tak rasa dosa pulak eh Erin? oh shame!) .

Ok-ok kita buang yang keruh ambil yang jernih . Nanti laa eh bila aku free aku update cerita dari bulan Oktober last year until this year . Muahaha . Sumpah aku malas nak type . Lepas tu , tabiat mem-blog aku semakin menipis bila aku dah ada aktiviti baru . Aktiviti apa? Aktiviti tidur sepanjang hari . Aku boleh tidur selama berjam-jam tanpa rasa bersalah terhadap perut yang lapar . Aku sanggup berlapar daripada tak cukup tidur . Woahhh apakah?

Eh aku nak kene update laju-laju ni , jap lagi nak pergi Rembau dan Seremban . So aku tahu korang pun macam nak tahu apa azam aku tahun ni kan . Itu pun kalau korang nak tahu laa kan . Tak nak tahu takpe laa . Aku tak kisah :D

Ok azam aku tahun ni seperti di bawah :))


Ok laa bye , boss dah ajak gerak ke Rembau . Happy new year korang ! Erin loves u !