Oct 3, 2010

S.H.R.Aidilfitri : 9

Yeay hampir berjaya aku nak update cerita raya sampai hari kesepuluh . Go Erin ! Ada lagi sehari je nak update , lepas ni dah boleh relax dan tak payah nak rasa bersalah pada korang semua . Haha . Macam korang nak tahu sangat je cerita raya aku ni kan . Yela bukan senang nak tengok aku update bersungguh-sungguh ni . Setahun sekali je .

Raya kesembilan aku sambung beraya di Batu Pahat . Memang setiap tahun aku akan beraya di Batu Pahat , sebab ada rumah best friend aku Jun dan Sal . Tapi tahun ni Jun takde , beraya kat Subang pulak masa aku nak datang tu , so beraya rumah Sal je laa . Kenapa eh mesti nak beraya kat sana sedangkan Sal tak pernah nak sampai rumah aku ? Haha . Sebab nya mudah je , dulu masa belajar kat UTHM , family Sal banyak menjenguk-jenguk kitorang masa kat asrama , bukan setakat jenguk je , malah dihidangkan dengan macam-macam makanan . Sampai sekarang aku masih rasa terhutang budi dengan family dia . Jadi apa salahnya , bila hari raya aku datang menjenguk Sal . Huhu . Sedih pulak menaip dengan ayat macamni . Dan tak lupa juga , al-fatihah untuk arwah Abang Ngah .

Bergambar bersama Cik Sal .

Bf dan bff . Pfttttt :D

Oh ye , tak lupa jugak , kitorang beraya kat rumah Alosss . Ejaan mesti kena ada tiga S ok . Kalau tak , nanti tersalah orang pulak . Alosss ni kawan sekolah dan sedara si Sal , tapi sekarang dah jadi kawan aku jugak . Biasa laa tu kan , merapatkan hubungan silaturahim kan bagus . Rumah Aloss dekat jugak dengan rumah Sal , so sekali jalan laa kan . 


Cik Sal , Cik Aloss dan Cik Erin .

Ini bukan kereta baru i tapi Cik Sal yang punya .

Benci ooo tengok gigi kapak aku tu , bila entah nak pergi buat gigi .
Mmmm gigi Sal cantik kan?

Sebelum bertolak balik , singgah rumah Sal lagi dan bergambar .


Lepas tu kitorang bertolak balik JOHO dan sambung beraya di rumah Maryam .Yela haritu masa raya ketujuh , dia pun buat open house dan ada buat majlis tapi aku tak sempat nak ke sana , so walaupun dah terlambat dua hari aku kena pergi jugak . Ok , dah penat!




[Noted : Harga rokok naik lagi? Haha ]

No comments: