Ok , mari kita sambung cerita open house walaupun dah habis raya . Hihi . Rugi rasanya kalau tak cerita semua , nanti kang macam takde kenangan pulak dalam hidup bila tak cerita . Boleh gitu? Ni open house dua minggu lepas , ingat tak entry open house Linda & Nazreena tu? Ha the next day kiranya hari ahad laa kan , aku sambung beropen house kat rumah kakak office aku yang gorgeous tu kat Kota Damansara . Alhamdulillah aku selamat sampai dan tak sesat pun masa pergi tu sebab pakai GPS . Aku rasa macam nak bagi anugerah je kat GPS ni sebab sangat berguna dan tak rugi bila anda memilikinya . Cehwahhhh ! Tapi kan masa nak balik tu , aku macam kunun hebat sangat tak guna GPS dan haishhhh hampir masuk ke Lebuhraya Guthrie . Muahahaha . Nasib baik tak ke JOHO wei . Terus laju-laju aku pasang GPS . Kalau laa GPS tu boleh cakap , mesti dia cakap "padan muka ! padan muka !" . Kan dah termalu .
Oh ye , aku gerak sorang je ke sana sebab kakak rumah aku , Kak N ada kenduri kahwin , i mean kawan dia yang kahwin , so dia macam tak sempat nak datang (memang tak datang pun :P) . Sampai je kat sana , eh ha aku dah janji dengan Kak Fazi untuk sampai kat sana sama-sama . Sebab nanti Kak Fazi malu datang sorang-sorang . So seperti yang dijanjikan dan seperti dijangkakan aku sampai lambat sebab beg duit tertinggal kat rumah lepas tu patah balik lepas tu bla bla bla . Sekian terima kasih . Muahahaha .
Nak tahu menu apa yang dihidangkan? Peh memang rugi laa kalau korang tak datang . Eh , korang bukan dijemput pun . Hihi . Menu yang ada , nasi arab (sumpah sedap!) , mee / nasi impit soto , sate sedap sampai makan banyak-banyak , lemang , rendang , kambing bergolek-golek tapi aku tak makan sebab nanti boleh pitam , kuih-muih , tapai pulut sedap , dan apa eh ....lupa sudah .
Erin , Kak Fazi & Kak Azy .
Perasan kah korang i pakai sepit comel di inner tudung? Muahaha .
Sebelum balik , posing dengan officemate :))
Alamak sebelum terlupa , gambar diatas dicuri dari kamera baru Kak Azy . So , meh tengok gambar apa yang ada dalam kamera aku pulak . Jeng jeng jeng .....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Fatin !
Sila abaikan muka baby boy dibelakang . Muahaha .
Imran !
Bibir dia sexy oooo .
Aku sangat frust dengan budak kecik dua orang ni , sebab aku nak tunjuk kat officemates aku yang budak-budak kecik suka dengan aku tapi hampeh wei , dedua budak kecik tak nak langsung kat aku . Tu pasal laa aku frust . Cissssss ! Lepas tu kena gelakkan dengan diorang lagi ada laaa . Wuarghhhh jatuh saham i tau . Siap eh bebudak kecik ni , dah besar sikit , nanti kakak nak kidnap . Opssss .... aku memang kena bahasakan diri kakak dengan diorang sebab aku muda lagi wei . Muahahaha . Ni kalau kak Fazi baca mesti sumpah seranah .
[Noted : Office blackout tadi , so balik awal !]
No comments:
Post a Comment