May 30, 2010

She's getting married !



Ok, hari ini hari yang sangat indah bagi aku sebab menulis blog di atas katil di rumah JB . Hahaha . Harus ke bagitahu wei? Hehehe . 

Entry kali ni khas untuk kawan baik aku masa kat UTHM dulu . Siti Rafizah Rambli nama penuh dia . Hehehe . Ingat sey nama penuh . Nama pun kawan baik kan , kenalaa ingat semua . Aku panggil dia , Fizza dan kenkadang tu panggil dia Fizz tak pun Pizza Hut. Ikut suka hati aku laaa nak panggil dia apa masa tu . Kehkehkeh . Ooo ye , dipendekkan cerita , aku dengan dia , teman serumah seasrama kat Taman Melewar dulu . Ala kalau budak UTHM tu , tahulaa Taman Melewar tu kan . Dan sekarang ni , aku rasa nama tu dah tukar dah . Tak tahulaa dah jadi apa . Malas nak ambil tahu .

Ok, pendekkan lagi cerita . Hahaha . Aku ni sangat perajin menaip blog pepagi buta ni . Jadi semua nak dipendekkan cerita . Memandangkan tajuk entry ni cakap dia nak kawen kan ? So , itulaa yang aku nak cerita ni . Fizz dah nak kawen wooooo , then aku bila pulak nak kawen? Mu'az sila laa pinang ! Dah lama jugak aku tahu dia nak kawen , dari awal tahun ni lagi dan dengan semangatnya aku pun kunun-kunun nak attend masa dia nikah dah sanding tapi apakan daya , kita hanya merancang , tuhan yang menentukan . Ecehh cehh cehh . Padahal diri sendiri yang salah kan . Siapa suruh booked tiket flight lambat sangat . Kan dah mahal . Padan muka diri sendiri yang lawa ni . Oooo ye , Fizz ni orang meoww meoww , ala Kuching , Sarawak laa . Kalau laa si puteh boleh meredah lautan , akan ku gagahi jua sampai kesana . Sob sob sob . Sedihnya bila tak jadi pergi . Fizz , aku janji lepas kau kawen je , aku akan sampai sana . Mana tahu boleh ikut kau pergi honeymoon kan . Hehehe .

Apa-apa pun Fizz , aku doakan yang terbaik untuk kau dan Sepul . Semoga kau bahagia sehingga akhir hayat . Jadilaa isteri yang baik dan juga ibu yang baik kepada bakal anak buah aku nanti . Amin .




[Noted : Yehaa beli lens baru lagi :) ]

No comments: