Woweee sekarang aku rasa aku dah ada hobi baru . Hobi makan-makan kat tempat yang best dan menarik . Isk asyik makan je kan tapi fat aku tak pernah tambah . Asyik timbang 13.5% je fat kat badan aku ni . Ni kalau orang baca mesti sumpah jeles gila dengan kekurusan aku . Hopefully korang tak jeles . Ingat best sangat ke kurus ? Tak best wooo , orang selalu kutuk . Siut je yang kutuk . Kau ingat badan kau lawa sangat ke? Haa kan dah emo tak tentu pasal . Kehkehkeh .
Ok , mari aku review tempat makan yang aku dah pergi ni . Kali ni aku review makanan Arab ye kengkawan. Gambar ni pun dah 2 minggu yang lepas 15 Mei 2010. Tempat makan ni nama dia AL-ANDALUS andalusia . Ceh , takde laa aku tipu jek ni . Al-Andalus je nama dia . Nak tahu kat mana tempat makan ni ? Meh sini aku bagi alamat No. 48, Jalan Damai , Off Jalan Ampang , KL . Kalau orang KL , aku yakin korang pun dah pernah pergi kan . Kalau tak pernah , sila laa pergi . ooo ye , ramai orang panggil Jalan Damai ni Arab Street sebab kat sini banyak kedai makan Arab sama cam Andalus . Kedai yang aku dah pernah cuba kat sepanjang Jalan Damai ni , Al-Rawsha , The Castle & sebelah dengan kedai Al-Rawsha (aku lupa laa nama dia) . Tapi aku selalu lepak Andalus . Tak tahu laa kenapa . Maybe sebab pengaruh kawan-kawan aku tu haaa . Aku dah lepak Andalus ni lebih dari 5 kali kot sepanjang menetap di KL ni . Selalu lepak ngan si Chuck , Amer , Muna dan lain-lain lagi .
Al-Andalus ni sama jugak ngan kedai Arab yang lain . Semuanya makanan Arab . Cuma yang lain nya Al-Andalus ni , shisha dia sumpah murah gila ok . RM 6 wei ! Tak ke murah ? Peh terus Mu'az jeles dan meronta-ronta suruh bawak dia datang sini . Kehkehkeh . Aku ni takde laaa kaki shisha sangat tapi tu laa kalau dah lepak tempat ada shisha , mesti shisha punya . Perisa yang ada kat kedai-kedai Arab ni pun tak sama macam shisha kat kedai biasa macam kat Banafee Village ke Singgah Selalu ke Kedai Mamak ke . Banyak perisa dia yang best-best . Contohnya , perisa Sallum , Cantaloupe , Zaghloul . Haa amek kau , nak sebut pun terbelit lidah kan . Haa apa lagi try laa datang sini .
Makanan pulak . Dah tentu-tentu makanan Arab laa kan . Ada grills , seafood, tagines, shawerma, couscous , middle east dishes, salad , soups dan macam-macam lagi . Harga dia berpatutan dengan kesedapan dan kelazatan sehingga menjilat jari . Maknanya , takde laa mahal sangat . Tapi kalau terlupa bawak cash dan tak perasan duit dalam wallet dah takde, kat situ boleh pakai kad kredit ye . Macam cakap diri sendiri pulak .
Tak padan badan kecik , makan bukan main lagi .
Menu : Grill Chicken Kebab & barbican Raspberry
Isk korang jangan salah anggap ye . Botol hijau tu barbican.
Barbican ni sama ngan Sparkling laa jugak .
Mu'az kekenyangan dan smoke !
Tengah usha awek sebelah ni . Dia tengah maen kad . Kehkehkeh .
Datang sini bawak game card pun best jugak !
[Noted : Alaa kejap lagi dah nak balik KL :( ]
No comments:
Post a Comment