May 31, 2010

Happy Family Gathering on 1st May !

Family gathering yang dah sebulan berlalu . Busy dowh lately ni , kalau ada 6 tangan best jugak . Hehehe . Harus bersyukur dengan tangan yang ada :) *Insaf*

Ok , berbalik kepada cerita family gathering ni memang sangat kelakar ok . Aku rasa macam dah lama gila tak gather reramai pastu makan-makan . Mungkin sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing . Yelaa masing-masing kan duduk jejauh kat oversea nun jauh gila . Hahaha . Gurau jek haaa . 

Aku nak ucapkan tahniah laa pada diri sendiri sebab menjayakan family gathering ni . Kalau tak kerana aku , mungkin takdenya laa nak jadi . Sumpah masuk bakul angkat sendiri . Ala sebenarnya , kitorang main menatang Facebook tu laa . Memandangkan memasing ada FB , aku tag laa gambar masa pergi Lang Tengah . Pastu memasing bukan main lagi sibuk nak pergi jugak . So komen kat gambar tu dah 100++ . Pastu aku saja je kasi test kat diorang , buat laa BBQ ke kan , kalau menjadi , maka peluang nak pergi bercuti cerah laa kan . Yelaa , kita kena laa test buat aktiviti yang senang dulu , kalau respond baik , maka untuk aktiviti yang lain pun kemungkinan boleh jalan jugak laa kan .

Lagi satu , aku ni kalau bab manage program memang master laa babe . Hehe . Suka gila merancang , tapi kalau no respond , suka give up jugak ! Haha . Contoh macam gathering ngan bebudak Awam tu laa . Saket hati aku , then aku terus malas nak arrange tapi baru-baru ni , jadi jugak gathering tu , tapi bukan aku laa yang arrange . Huhu . Nanti aku update pasal gathering tu ye . 

Ok , pasal BBQ ni , aku yang bagi cadangan dan semua orang macam superb semangat gila sebab rasa macam best gitu . Kebetulan tarikh yang aku pilih tu memang cuti kan , cuti hari buruh atau dengan erti kata lain Labour Day! So , semua orang pun setuju . Aku punya kepala sangat laa geliga ok , aku cakap kat diorang setiap family kena sediakan apa-apa menu , so takdelaa berkecah rumah nenek ngan atuk tu . Dan yang bestnya , nenek ngan atuk langsung tak tahu pasal rancangan ni . Kunun nak gotcha . Hahaha . Tapi mak aku dapat tahu je terus kasi tahu itu nenek . Adoiyaii . Hahaha . Apa-apa pun , malam tu sangat best ok . Makanan sangat banyak . Sampai semua jadi ular sawa kekenyangan . 



oooo sweet gila !
















[Noted : Terfikir nak beli iPhone ]

May 30, 2010

Makan-makan kat AL-RAWSHA


Hari ni tengah ada mood nak update semua cerita yang dah berbulan-bulan dan berlapuk . Makan memang menyeronokkan . Tapi kena beringat ye , makan jugak boleh membawa kepada penyakit kalau asyik makan benda yang mengandungi bahan-bahan yang boleh menggemukkan dan meng... ah tak tahu laa meng apa lagi .

Entry kali ni pulak , cerita makan-makan dengan teman sepejabat . Walaupun diorang ni semua masuk biggest looser tapi peduli apa laa kan , makan tetap makan . Fuh i loike ! Aku yang tak masuk pun sibuk hari-hari nak timbang berat tapi tu laa hari-hari kecewa berat badan asyik turun . Pelik laa . Kenapa eh asyik turun je berat ? Sebab banyak sangat buat kerja ke apa? Kalau sebab banyak buat kerja , aku akan kurangkan buat kerja kat office . Kehkehkeh .

Kawan-kawan kat office aku memang superb best . Sebab kaki makan , kaki gossip , kaki panjang , kaki cepat kuar lunch dan ooo yee kami bukan kaki kipas boss macam orang tu . Tu yang seronok duduk kat office tu walaupun boss garang macam harimau dan suka melenting . Mungkin boss pun lahir tahun harimau macam aku kot . 

Laa paragraph keempat baru nak masuk cerita makan-makan ke ? Haishhh tak boleh jadi ni . Ok , mari kita mulakan jalan-jalan cari makan . Rancangan kami ni boleh lawan Maria Tunku Sabri punya makan-makan laa jugak . Huhu . Sebab kitaorang makan ramai-ramai tapi dia makan sensorang . Iskk tak baik tau makan sensorang , nanti gemuk sensorang . Kehkehkeh . 

PM untuk jalan-jalan cari makan kitaorang yang pertama ialah Kak Azy . Pehh memang terbaik laa hidangan yang dipilih . Kak Azy booked tempat makan dalam bilik . Fuyohhh memang betul-betul Arab laa babe . Lepas makan boleh terus baring macam ular sawa kekenyangan . Bak kata Aril AF7 , terbaik wok ! Kehkehkeh . Cerita pasal makanan yang di-order pulak . Pehhhh memang sedap laaa ! Awesome ! Menangis wa cakap lu . Boleh kenyang seminggu kalau makan sorang . Tapi takleh nak kenyang seminggu sebab makan 20 orang . Kitorang makan lamb mandi , chicken mandi , grill chicken kebab , grill lamb kebab , humus , dan macam-macam rasa lagi . Aku pun lupa nama setiap menu . Tapi korang boleh je tengok entry sebelum ni . Ala yang pasal Al-Andalus tu . Menu sama cuma sedap ke tak sedap jek haa . Tapi bagi aku semua pun sedap .

Sesi makan kat sini memang seronok sampai tak nak balik rumah . Korang nak tahu tak , kitorang lepak dalam bilik yang siap ada bantal dan macam tilam gitu . Peh , tu kalau aku tidur , memang pagi esok laa baru nak bangun . Gila ke apa ? Oooo ye , sesi makan-makan kami juga tak ketinggalan dengan sesi gossip hangat . Hahaha . Tiba-tiba je teringat pasal Kak Ama . Tak pasal-pasal je dia yang lembut tu jadi agresif keesokkan harinya . Oppsssss ! Terlebih suda~

Apa-apa pun , meh sini aku kasi alamat Al-Rawsha . No. 71 , Jalan Damai , Off Jalan Ampang , KL . Baik kan aku ? Siap kasi alamat lagi . Ok , kengkawan selamat mencuba di sini ! Anda pasti berpuas hati .


The foods :)


Hehe . Ni laa boss kecik ngan boss besar .
Diorang bab-bab makan memang sporting !


Ok , pinggan masih kosong lagi .
Yelaa belum start makan lagi kan .


Haaa yummy yummy yummy kan??


Dari kiri : Yang duduk sangat sopan tu Kak Zura , 
Kak Azy , Azral , Kak N .


[Noted : Lagi sejam nak balik KL , 
sempat lagi aku update blog]

Makan-makan kat ANDALUS

Woweee sekarang aku rasa aku dah ada hobi baru . Hobi makan-makan kat tempat yang best dan menarik . Isk asyik makan je kan tapi fat aku tak pernah tambah . Asyik timbang 13.5% je fat kat badan aku ni . Ni kalau orang baca mesti sumpah jeles gila dengan kekurusan aku . Hopefully korang tak jeles . Ingat best sangat ke kurus ? Tak best wooo , orang selalu kutuk . Siut je yang kutuk . Kau ingat badan kau lawa sangat ke? Haa kan dah emo tak tentu pasal . Kehkehkeh .

Ok , mari aku review tempat makan yang aku dah pergi ni . Kali ni aku review makanan Arab ye kengkawan. Gambar ni pun dah 2 minggu yang lepas 15 Mei 2010. Tempat  makan ni nama dia AL-ANDALUS andalusia . Ceh , takde laa aku tipu jek ni . Al-Andalus je nama dia . Nak tahu kat mana tempat makan ni ? Meh sini aku bagi alamat No. 48, Jalan Damai , Off Jalan Ampang , KL . Kalau orang KL , aku yakin korang pun dah pernah pergi kan . Kalau tak pernah , sila laa pergi . ooo ye , ramai orang panggil Jalan Damai ni Arab Street sebab kat sini banyak kedai makan Arab sama cam Andalus . Kedai yang aku dah pernah cuba kat sepanjang Jalan Damai ni , Al-Rawsha , The Castle & sebelah dengan kedai Al-Rawsha (aku lupa laa nama dia) . Tapi aku selalu lepak Andalus . Tak tahu laa kenapa . Maybe sebab pengaruh kawan-kawan aku tu haaa . Aku dah lepak Andalus ni lebih dari 5 kali kot sepanjang menetap di KL ni . Selalu lepak ngan si Chuck , Amer , Muna dan lain-lain lagi .  

Al-Andalus ni sama jugak ngan kedai Arab yang lain . Semuanya makanan Arab . Cuma yang lain nya Al-Andalus ni , shisha dia sumpah murah gila ok . RM 6 wei ! Tak ke murah ? Peh terus Mu'az jeles dan meronta-ronta suruh bawak dia datang sini . Kehkehkeh . Aku ni takde laaa kaki shisha sangat tapi tu laa kalau dah lepak tempat ada shisha , mesti shisha punya . Perisa yang ada kat kedai-kedai Arab ni pun tak sama macam shisha kat kedai biasa macam kat Banafee Village ke Singgah Selalu ke Kedai Mamak ke . Banyak perisa dia yang best-best . Contohnya , perisa Sallum , Cantaloupe , Zaghloul . Haa amek kau , nak sebut pun terbelit lidah kan . Haa apa lagi try laa datang sini .

Makanan pulak . Dah tentu-tentu makanan Arab laa kan . Ada grills , seafood, tagines, shawerma, couscous , middle east dishes, salad , soups dan macam-macam lagi . Harga dia berpatutan dengan kesedapan dan kelazatan sehingga menjilat jari . Maknanya , takde laa mahal sangat . Tapi kalau terlupa bawak cash dan tak perasan duit dalam wallet dah takde, kat situ boleh pakai kad kredit ye . Macam cakap diri sendiri pulak .




Tak padan badan kecik , makan bukan main lagi .
Menu : Grill Chicken Kebab & barbican Raspberry 





Isk korang jangan salah anggap ye . Botol hijau tu barbican.
 Barbican ni sama ngan Sparkling laa jugak .




Mu'az kekenyangan dan smoke !


Tengah usha awek sebelah ni . Dia tengah maen kad . Kehkehkeh .
Datang sini bawak game card pun best jugak !


[Noted : Alaa kejap lagi dah nak balik KL :( ]

She's getting married !



Ok, hari ini hari yang sangat indah bagi aku sebab menulis blog di atas katil di rumah JB . Hahaha . Harus ke bagitahu wei? Hehehe . 

Entry kali ni khas untuk kawan baik aku masa kat UTHM dulu . Siti Rafizah Rambli nama penuh dia . Hehehe . Ingat sey nama penuh . Nama pun kawan baik kan , kenalaa ingat semua . Aku panggil dia , Fizza dan kenkadang tu panggil dia Fizz tak pun Pizza Hut. Ikut suka hati aku laaa nak panggil dia apa masa tu . Kehkehkeh . Ooo ye , dipendekkan cerita , aku dengan dia , teman serumah seasrama kat Taman Melewar dulu . Ala kalau budak UTHM tu , tahulaa Taman Melewar tu kan . Dan sekarang ni , aku rasa nama tu dah tukar dah . Tak tahulaa dah jadi apa . Malas nak ambil tahu .

Ok, pendekkan lagi cerita . Hahaha . Aku ni sangat perajin menaip blog pepagi buta ni . Jadi semua nak dipendekkan cerita . Memandangkan tajuk entry ni cakap dia nak kawen kan ? So , itulaa yang aku nak cerita ni . Fizz dah nak kawen wooooo , then aku bila pulak nak kawen? Mu'az sila laa pinang ! Dah lama jugak aku tahu dia nak kawen , dari awal tahun ni lagi dan dengan semangatnya aku pun kunun-kunun nak attend masa dia nikah dah sanding tapi apakan daya , kita hanya merancang , tuhan yang menentukan . Ecehh cehh cehh . Padahal diri sendiri yang salah kan . Siapa suruh booked tiket flight lambat sangat . Kan dah mahal . Padan muka diri sendiri yang lawa ni . Oooo ye , Fizz ni orang meoww meoww , ala Kuching , Sarawak laa . Kalau laa si puteh boleh meredah lautan , akan ku gagahi jua sampai kesana . Sob sob sob . Sedihnya bila tak jadi pergi . Fizz , aku janji lepas kau kawen je , aku akan sampai sana . Mana tahu boleh ikut kau pergi honeymoon kan . Hehehe .

Apa-apa pun Fizz , aku doakan yang terbaik untuk kau dan Sepul . Semoga kau bahagia sehingga akhir hayat . Jadilaa isteri yang baik dan juga ibu yang baik kepada bakal anak buah aku nanti . Amin .




[Noted : Yehaa beli lens baru lagi :) ]

May 18, 2010

Pembaharuan

Mmmmm aku rasa nak upload gambar dengan size yang paling besar . Korang rasa ok tak? Hehehe . Saje ngengade nak upload besar , biar orang lain nampak . Yelaaa sekarang kan dah pakai kamera besar , jadi haruslaaa gambar pun besar :)






[Noted : Oooo seronok weekend lepas sebab
pening lalat sampai muntah sampai MC ]

May 13, 2010

Fuyoohhh Ahh Lang Tengah Episod 5

Day 3 : Sangat sedih meninggalkan Lang Tengah


Last day sudah~


Kanak-kanak riang melompat .


Cubaan melompat tapi tak jadi :)


Urghhhh dah sampai jetty Kuala Merang :(


Kak Fazi , Kak Zura , Erin


Kak Zura with her beloved daddy .


Model bas Lang Tengah .


Pasar Payang for shopping supreee ~


My kakak gemmmmsss .


On the way back to Kuala Lumpur :)

Fuhhh akhirnya habis jugak aku meng-upload gambar Lang Tengah secara berperingkat tanpa rasa bersalah . Hahaha . Ada kena mengena ke? Apa-apa pun , aku sungguh gembira ke sana . Itu laa kali pertama dapat pergi ke pulau dengan kengkawan . Hummmm kalau tak , memang sampai bila laaa kan nak kena pergi dengan mak ayah T_T . Mak , i dah besar ok ?? Huhu .




[Noted : Harini birthday Kak N yang ke-34 tahun .
Dah tua dah dia ~]

May 5, 2010

Fuyoohhh Ahh Lang Tengah Episod 4

Day 2 : Sen-siang hari di lautan sahaja .

Pehhh macam baywatch .

Snorkeling yang membuatkan mabuk laut .

Port ikan jahat .

It's me ~

Super penat ~

Kunun terror laaa tu maen pool?

Fewiiiittt .

Siap sedia .

Yeeehaaaaa banana boat wooot woooot .

Di tengah lautan .