Mar 31, 2010

Cerita Kahwin - Abby & Ajib

Ok , mari kita ucapkan tahniah pada Abby yang dah berkahwin dan bersanding pada 28 Mac 2010 . Abby ni kawan aku masa internship kat IPC Island Property Consultancy tahun 2007 . Dan IPC ni jugak jiran bawah office aku kat JB tu . Alaa JB Consult tu haa . Bawah IPC , atas JB Consult . So , berjiran jugaklaaa kan .

Mula-mula rasa hampir tak jadi pergi . Mana tak nya , pukul 12.00pm baru terbangun . Terus sms Mu'az nak pergi ke tak . Yelaa malam sebelum tu kan kitorang balik pukul 5.00am . Aku memang rasa Mu'az tak boleh bangun punya . Lepas tu , Mu'az reply sms tanya aku dah siap ke? Haha . Terus kelam kabut laa kan bersiap . Nasib baik dah ada baju yang dah digosok . Kalau tak , memang tak bergosok laa baju aku tu . Setengah jam je aku bersiap bagai . Tengok jam pun dah pukul 12.45pm . Dan aku sempat pergi beli hadiah kat kedai hadiah Taman U . Belikan Abby coffee set . Hehe .

Sampai sana terus jumpa Abby kat dalam bilik pengantin dan tak sangka pulak si Cha ada jugak . Yelaa kami semua kan berjiran kat office . Haruslaa datang kan . So , jumpa Abby salam-salam , bual-bual jap , lepas tu keluar jumpa Mu'az ajak dia makan . Sian dia sensorang . Lepas makan , lepak-lepak jap tunggu Abby sanding dan Kak Yana pun sampai . So , teman diorang makan dan bual-bual sikit pasal kerja . Haha . Bukan bual sebenarnya , mengumpat laa jugak . Diorang habis makan , terus cari Abby nak bergambar . Dan lihat laa gambar di bawah ye kawan-kawan .



Kak Yana , Pengantin , Cha , Erin


Gelak besar sey ;)


Wan , Kak Yana , Pengantin , Erin , Mu'az , Fauzi (duduk)



"gambar perasan"


[Noted : Sakit perut dan rasa macam nak mati ]

Mar 29, 2010

JB Part IV

Yeay , akhirnya merasa jugak aku duit MMHE kau Dilla . Haha . Anyway , thanks a lot for the dinner . Kat Banafee Village gitu . ooo ye , tak lupa jugak kat Cikgu Yam yang superb garang yang belanja karoke malam tu . Peh , bila nak return balik ni ? Walaupun suara aku tak sesedap kau Dilla , tapi aku nak nyanyi lagi .

Ok , kitorang ber-karaoke kat Diva Seri Alam yang mana ni memang first time aku pergi . Dah ada dua Diva kat JB ni , satu lagi kat Taman Suria (kat extra) . Tempatnya pun ok dan yang paling best RM5 seorang sebelum pukul 9.00pm . Haa best kan . Bilik pun ok , sound system ok , layanan pun ok (semua mesra alam gitu , penat aku nak sengih balik bila diorang senyum).Kitorang ber-karoke berlima , aku , Mu'az , Dilla , Yam & Apis . Walaupun berlima , berebut-rebut jugak nak menyanyi . Macam-macam gaya nyanyi pun ada , gaya orang mati laki pun ada , gaya baring-baring sebab tak dapat nak tarik lagu kan . Apa-apa pun gayanya dua jam nyanyi rasa macam dua minit . Haha . Habis ber-karaoke pukul 10.15 pm . Cukup laa nyanyi dua jam . Kalau lama-lama kang boleh takde suara plak kang .

Dah nyanyi , melepak pulak . Masing-masing parking kereta kat McD Seri Alam . Plan melepak kat Banafee Village . Si Dilla ngan Yam tak pernah sampai lagi kat sini . Sian diorang . Haha . Ok , paling kelakar sekali , gerak ke sana naik Citra si Yam . Peh dah rasa macam family pulak gayanya . Dalam Citra , mulut si Dilla ni tak reti senyap , macam mulut murai sey . Hehe .

Masing-masing kebulur , tapi tak tahu nak order apa . Menu dia banyak sangat . Last sekali , aku order je Nasi Ayam Penyet (peh dah dua malam aku makan penyet ni) . Yang lain-lain punya order aku lupa laa . Haha . Lepas tu , shisha pulak . Shisha flavour Grape-mint . Peh dia salah letak arang kot , sampai Mu'az tak de suara . Haa , tengok status FB dia ni ;
Ok , berbalik cerita kita tadi ye kawan-kawan . Berbual punya bual , tak sedar dah pukul 4.00am dan aku pun dah terbaring jugaklaa kat atas meja . Tenaga dah habis laa kot . Tapi ok laa kan sebab Ahad tak kerja laa kata kan . Cuma cikgu Yam je yang kerja . Dia ada meeting PIBG . Haha . Sian kau Yam . Btw , bagus jugak kau ada meeting tu , kalau tak , mahu sampai breakfast kita duduk situ . Miahahaha .

Korang tengok je laa gambar kat bawah ni . Penat dah nak menaip . Ada cerita lain jugak ni nak di-update .

Jalinan Silaturahim Seisi Keluarga

Si mulut kepoh ;)

Apis , Mu'az , Maryam , Dilla , Erin

Huiii bila nak return lagi ni?

Orang-orang yang belanja malam tu ;)






[Noted : Nak pakai baju apa eh masa Zana & Mam tunang?]

Mar 27, 2010

Takde mood .

Peh , aku rasa nak maki hamun je ni . Kalau tak sakit kan hati aku boleh tak . Bab....iiiii !!! Pergi laa mampos . Kau tak reti kan nak jaga hati aku . Babi . Babi . Babi . Aku terasa sangat kali ni . Babi babi babi babi .







[Noted : Cepatlaa hari Ahad , nak balik KL . Saket hati ;( ]

Mar 24, 2010

Girang :)

"Rindu"
1 1/2 hari je lagi . Come on Erin !!








[Noted : Sabtu malam karoke kat Diva ;) ]

Mar 22, 2010

Sepang Gold Coast

Huh , letihnya badan , lenguh sana lenguh sini , penat ber-camping , ber-barbecue , ber-gossip tak hilang lagi . Lepas tu , melayan budak-budak ni lumba lari dalam air laut . wtf?? But , it was fun ok . Anyway , thanks a lot pada kawan-kawan enjoy aku kali ni (Chuck , Amer , Hadi , Muna , Anne , Nuar , Melly , Hadi , Fadhil , Raihan , Azim dan tak lupa jugak pada Paan serta kawannya) . Hehe . Orang kata SGC takde menda yang menarik laa itu laa ini laa . So what ? Haha . Jangan jeles ok . Kalau korang ada kawan macam kawan-kawan aku ni yang jenis sporting & cool , mandi dalam parit kat kampung pun boleh have fun jugak laa . Haha . Saja je nak bakar-bakar korang . So sesiapa nak pergi ke SGC senang je . Seperti biasa , aku akan bagi direction ikut signboard . Malaysia ni bagus , sebab signboard sana sini . Memang confirm korang tak kan sesat punya . Kalau salah jalan , boleh patah balik dan sambung jalan semula sampai laaa jumpa tempat yang nak dituju .

Ooo ye , thanks a lot to Aunty Norly and her maid's Lenny . Hehe . Senang sikit nak buat preparation barbecue . Mana tak nya , aku ngan Muna ni jenis yang reti sangat bab-bab masak laa kan . Kang , mahu terbakar dapur kalau aku ngan Muna ada . Agak rushing jugak laa nak sediakan semua-semuanya sampaikan Muna rasa takut dan tak yakin dengan makanan yang disediakan . Tapi berbekalkan semangat aku , peh semuanya meletup ok . Rempah barbecue kau memang sedap laa Muna . Terbaikkk!!

Mari tengok menu kitorang . Nanti kalau korang nak ber-barbecue boleh laa tiru menu . Hehe .
Menu ; barbecue (ayam , ikan , udang , sotong) , kentang bakar (rebus dulu kat rumah , pastu bawaklaa sour cream ke butter dan bakar) , salad buah dan sayur (request dari budak yang berbadan sihat yang kununnya nak diet) , tempura (goreng dirumah dan makan masa tengah tunggu barbecue masak) , makanan ringan (tengah gossip memang layan laa makan menda ni) dan tak lupa juga air pelbagai jenis .

Aktiviti pulak ; hidupkan api memang sangat adventure sampai Melly call Mu'az yang kat JB tu . Haha . Sumpah lawak . Tapi tahniah kat Amer yang berjaya hidupkan api tu . Nak harapkan si dahi tu , memang tak boleh pakai laa kan . Yelaa , asyik memekak nak mandi je , perangai macam budak-budak . Dapat mandi , bagi makan , terus senyap . Haihhh . Bila laa Chuck nak berubah . Bila makanan dah siap , semua pun makan laa kan . Ok , memang banyak pujian . Muna pun senyum meleret bukan main lagi . Lepas maghrib , kitorang pun mandi-manda kat situ . Pehhh air panas ok . Sekejap panas , sekejap sejuk . Penat mandi , naik atas darat makan pastu sambung mandi lagi pastu main tanam-tanam , main floating-floating sampai ke darat . Huh , it was awesome ! Balik rumah pukul 11.00pm . Yeayyy . Jom tengok gambar .



Pura-pura busy

Siap pasang khemah gitu .
(kejadian spender A.... hilang)
Raihan , Melly , Muna

Haruslaa berpossing juga .

Ber-babecue .

Dah senja .

Main tanam-tanam .

Dah siap tanam , posing laa kan .

Macam ada Lady Gaga pulak ;p

Nak balik dah ni .




[Noted : Tak sabar nak balik JB ]

Remove .

I dah remove U .
Cukuplaa sampai disini saja ok ?
I'm so sorry .
Kau siapa ?
Aku siapa ?







[Noted : Boss pun cakap aku lembap? Haih .]

Mar 19, 2010

Getting engagement & married :)

Kan best , kalau mak call dan mak cakap macam ni "Azrin , ada orang datang meminang ni ? Nak terima ke tak ? " Pastu aku pun jawab "Kaya ke mak? " (astarghfirullahalazim T_T) . Haha . Jangan berangan laa kau Erin , siapa laa nak kat aku ni kan ? Dah laa tak ..... , pastu tak ....... , haihh . Tapi berserah je pada qada' dan qadar . Jodoh tu semua ALLAH yang tentukan . Cuma kita kena berusaha jugak laa kan . Kalau dah sampai seru , ada laa jodohnya . Harap-harap jodoh tu sampai ke akhir hayat .

Untuk kawan-kawan yang asyik sibuk tanya aku bila nak kawen ngan Mu'az kan , aku kawen lama lagi laa wei . Tunggu laa Mu'az kumpul duit dulu . Korang ingat kawen ni senang ke wei?? Tak kan sehari kawen , esok nak cerai pulak kan ??? Huhu . Aku memang tak bersedia untuk komitmen macam ni lagi . Baru 24 tahun , banyak lagi benda yang aku nak kejarkan , balas budi mak ayah pun belum lagi , master pun belum ada lagi , jadi janganlaa tanya lagi . Penat nak jawab . Hehe .

Ooo ye , actually entry ni untuk kawan-kawan aku . Betullaa kata Puan Burhaida (my very best lecturer) , lepas setahun kerja , mesti akan dapat kad kawen dan bertunang . Memang tepat sekali jangkaan Puan . Dah sampai seru laa kata kan . Kadang-kadang susah nak percaya , tapi bila dah dapat kad , dapat sms dan dengar gossip-gossip terus percaya laa kan . Tapi sebelum percaya , aku akan call mana-mana kaki gossip untuk confirmkan benda ni betul .

Kepada kawan-kawan , i'm happy for you ! Tak sangkakan korang dah nak melangkah ke satu alam yang baru .
1. Radhiah - getting engagement end of this March (Location : Skudai , Johor)
2. Abby - getting married on 28-Mac-10 (Location : Pekan Nenas , Pontian)
3. Zana & Mam - getting engagement on 3-Apr-10 (Location : Ampang, KL)
4. Dayah - getting married on 6-Jun-10 (Location : Bukit Rambai, Melaka)
5. Kak Siti - getting married on 6-Jun-10 (Location : Branang , Negeri Sembilan)
6. Kak Etty - getting married on 12-Jun-10 (Location : Alor Star , Kedah)
7. Fizza - getting married on 12-Jun-10 (Location : Kuching, Sarawak)
8. Am & Dun - getting married on 12-Jun-10 (Location : Baling , Kedah)
9. Fahmi - getting married on 27-Jun-10 (Location : Kulai, Johor)

Ok , aku akan pergi ke majlis No.2 , No.3 , No.4 , No.7 & No.9 . Kepada Radh dan Am , tak lupa juga kawan se-office Kak Siti dan Kak Etty sorry tak dapat attend on your big days sebab dah ter-clash dengan program dan majlis lain . Anyway , congratulation !



[Noted : Amer , bila agaknya gang
kita nak tunang & kawen eh?]

Mar 17, 2010

Kereta korang laju ke?

Ok , kepada sesiapa yang pakai Lancer macam aku ni kan , for sure kereta kita memang laju laa kan ? Fuhh riak betul bunyinya . Sedangkan jalan Cheras yang hari-hari jammed pun boleh pergi 120km/j , apatah lagi highway plus yang sememangnya tempat untuk menunjukkan bakat kereta masing-masing , memang dah tentu-tentu laa laju kan . Bila dah laju , mana laa perasan yang ada speed trapped kan ? Haa padan muka kan . Kata orang biar perlahan , asalkan selamat . Tapi bagi aku pulak , biar laju , asalkan cepat sampai . Miahaha .

Ok berbalik pasal speed trapped oleh Encik Polis yang handsome kat Malaysia ni kan ... Bila dah laju , mesti korang tak perasaan ada polis tengah dok amek gambar kereta korang yang mahal tu kan , pastu korang mula laa menggelabah semacam sebab tak tahu sebenarnya korang kena saman ke tak kan ?? Ecehhh dah laju , tanggung laa padan muka sendiri kan . Tapi tak apa , kita kena belajar dari kesilapan . Ayah pernah cakap , kalau bawak kereta kat highway atau mana-mana jalan , korang perlu berhati-hati kalau ada pokok besar , kawasan bukit dan bawah bridge .

Cara nak cek saman senang saja . Yang penting korang ada kredit dan takde bil telefon yang tertunggang untuk membolehkan korang cek saman guna sms yang berharga RM0.50 .

Caranya;

2. Type POLIS SAMAN (No plat kereta tanpa jarak) SEMUA ke 32728
ex: POLIS SAMAN JLV5470 SEMUA ke 32728


Ok , setakat 16 Mac 2010 , kereta Lancer aku masih belum ada apa-apa saman . Kiranya aku ni hebat laa kan . Ingat kan dah simpan 2 saman laju . Muahahaha . Tapi , aku dah kumpul RM600 saman parking DBKL . Terima kasih DBKL .

Mar 16, 2010

Maaf kan saya ok?

Semoga hari ini lebih baik dari semalam . Ok , maafkan aku kalau dah melampau sangat . Frankly speaking , i do love you but i'm quite shocked ok ! And now , i'm realized something new about life . Aku akan cuba berhati-hati dengan setiap apa yang aku cuba buat . I'm so sorry my dear ! Really sorry from deep of my heart . Bagi aku masa untuk aku bertenang . Please ! And once again , I'M SO SORRY ! :( :( :(

Mar 15, 2010

Makan-makan kat FULLHOUSE

Fullhouse Sunway Pyramid . Korang dah pernah pergi tak ? Kalau belum , cuba laa ke sana . Makanan sedap (western food) + tempat yang cantik + baju waiter & waitress yang comel + wifi percuma = hasil gambar yang cantik .

Begini laa hidup aku dihujung minggu . Berpeleseran di shopping mall dengan kawan-kawan yang super hot gitu . Ahh korang jangan laa jeles ok ? Aktiviti minggu lepas memang best (ecehhh asyik best je kan , kat JB best , kat KL pun best . Itu pun sebab keluar habiskan duit kan . Memang laa best ) .

Ok , aku keluar ngan Muna & Melly . It was really great day with them . Sebenarnya , kunun-kunun nak celebrate belated birthday Melly yang dah lewat seminggu (ehe .. kira ok laa kan lewat seminggu . Dulu masa bithday Muna , celebrate lewat sebulan tu) . So , memang kitorang dah plan untuk keluar sama-sama dan tempat yang dipilih Sunway Pyramid . Ok, kitorang tengok movie "Remember Me" . Rating dia 7/10 . Itu pun sebab Rob Pattinson yang berlakon kan . Tak macam close-up plak kan muka dia . Omg ! Terus fall in love . Hehe .

Ooo ye sebelum tengok Rob Pattinson selama 2jam secara close-up , kitorang pun pergi laa makan kat Fullhouse . Omg ! The foods were really awesome ! Makan sampai licin gitu . Harga dia pun reasonable laa kan . Sesuai laa ngan gaji aku yang tak seberapa ni . Haha .


Buku menu macam komik .


Muna .


Erin .


Melly .


Lemon + grape , peppermint + chocolate , cappuccino .

BFF since childhood .


They are so adorable !


She's soooo hot :)


Mar 14, 2010

Yeay ! Dah pergi !

Ok , aku dah sampai i-City park Shah Alam . Korang bila nak pergi sana? Haha . Superb happy gila sebab akhirnya dapat jugak aku ke sana . Padahal kat situ bukannya ada theme park ke tempat shopping ke tempat makan sedap ke kan , cuma i-City park ni tempat yang bercahaya dengan lampu-lampu yang cantik . Rasa macam kat Beijing gitu . Aku tengok , orang yang datang kat sini semuanya semata-mata nak bergambar dengan DSLR . Ok fine ! Urghhhh . T70 aku pun canggih jugak laa wei . Kalau tak percaya , tengoklaa hasilnya .

Kepada yang rasa teruja nak ke sini , meh aku bagi direction . Senang je haa . Dari highway pun dah nampak tempat ni . Ok , i-City park ni kawasan baru , dekat jugak laa dengan UITM Shah Alam . Macam mana korang nak pergi ? Ok , korang ikut je signboard i-City . Hehe . Sebab aku ke sana pun ikut signboard je . Dari jauh aku dah nampak pokok-pokok berlampu ni . Ok , selamat mencuba .







Happy Belated Birthday Melly !

"Happy belated birthday Melly ! 8386
I wish you much pleasure and joy ,
I hope your wishes come true ,
May each hour and minute be filled with delight ..."



Caramel Cake Coffee Bean .


Her present .


Love them much :)


Ok , dipendekkan cerita , Melly nak sangat makan kek birthday dia ngan aku dan Muna . Untuk merealisasikan impian dia , aku dan Muna pun merancang sesuatu yang agak ringkas . Hehe . Melly sangat mengharapkan kejutan dari kitorang tapi haha ... sian dia . Dia tak terkejut pun , kitorang beli kek sama-sama . The celebration was fun even though there only 3 of us . We love u Melly . (hari sabtu ni , kita celebrate lagi ok? )

Mar 11, 2010

Masyarakat Melayu Hari Ini (Khamis)

Ok , emosi agak terganggu sekejap . Korang pernah dengar perumpaan yang bunyi dia ala-ala camni laa kan "Orang berbudi , kita berbahasa , orang memberi , kita merasa " . Aku pasti dan yakin benar korang tahu kan ?? Kata SPM dapat A1 (jangan jadi macam adik aku BM dapat C! Hehe) .

Ok , sambung cerita aku tadi . Aku tak pasti laa perempuan ni jenis macam mana . Serius wei , dia ni kan sangat laa kurang ajar . Cakap nak tengking-tengking je kot . Padahal aku cakap sopan gila babi ngan dia . Mesti dia ni ramai yang tak suka . Keterlancangan mulut dia , huuu makkk aiii , orang atasan pun takut nak cakap lama-lama . Tapi ada aku kisah kau nak perangai macam tu ? Silap orang laaa wei . Ni Erin laa oi . Kau kurang ajar ngan aku , aku lagi super kurang ajar dengan kau . Sorry to say . Api dengan api = kebakaran . Haha . So , panggil laa bomba . Kau setakat kerja macam tu , tak payah laa nak belagak lebih-lebih ngan aku . Haih .

Ok , penat dah meluahkan perasaaan . Hamek ko!

Ha? Awak suka saya?

"So tonight I’m gonna find a way to make it without you

Tonight I’m gonna find a way to make it without you

I’m gonna hold onto the times that we had

Tonight I’m gonna find a way to make it without you"

Mar 10, 2010

JB Part III

Balik JB merupakan satu perkara yang membuatkan aku gembira sangat-sangat . Haha . Mungkin bagi orang lain , aku ni manja ke mengada ke kan . Tapi ada aku kisah korang nak cakap apa? (Sound so serious ~) . Aku apply cuti for 2 days . Sebab ada medical check-up dan takut pulak kalau laa aku kena duduk hospital kan . Iskk . Cukup laa wei dengan ulang-alik ke hospital . Penat wei :(

Aku balik ke JB hari Sabtu pagi tapi sebenarnya bukan laa pepagi buta pun sebab , aku anta si Puteh servis dulu . Memang dah kena servis laa kata kan . Dah janji dengan Service Centre tu pukul 8.50am tapi kalau korang nak tahu , aku bangun lambat hari tu dan orang yang kejutkan aku hari tu orang Perodua . Haha . Kelam kabut laa aku bangun dan bersiap . Nasib baik laa aku dah siap iron tudung dan kemas barang nak balik JB , kalau tak , haihhh entah pukul berapa aku nak pergi servis . Ok , sampai Perodua Service Centre Cheras almost 10.00am . Haha . Ok service kereta kali ni sungguh lama sebab banyak gila problem . Yang pintu bebunyi laa , tingkap longgar laa , stereng gegar laa , itu laa ini laaa dan aku terpaksa tunggu 2 jam . Huarghhhh mengantuk menuggu dan bil pulak RM 281.65 . (Mu'az marah sebab mahal sangat , yelaa aku mana laaa tahu kan , dah tu orang Perodua kata suruh pasang itu laa ini laa aku pun layan jek laa ).

Sebelum sampai ke JB , singgah Melaka kejap hantar orang dan ambil barang . Pung pang pung pang , almost 5.30pm gerak ke JB . Memandu dengan sangat laju . Haha . Si Puteh aku boleh pergi laju tu . Yelaa baru service kan , memang ahh sedap bawak laju . Oooo ye , aku terus ke Pasir Gudang , jumpa si Mu'az . Sampai situ lebih kurang 7.30+++ pm . Tunggu Mu'az bersiap , pastu pergi pekena Nasi Lemak versi Ganja punya . Dah kenyang , kitorang layan tengok cerita From Paris With Love . Ok , rating cerita ni , aku bagi 9/10 . Haha . Pelakon handsome kan?Of course laa bagi rating lebih . Habis tengok movie , kitorang lepak Singgah Selalu tengok bola plak . Layan lepak sampai pukul 2.30am . Pastu sampai Taman U pulak , Mu'az ajak basuh kereta . Haaa layan . Sampai rumah pukul 3.00++am . Hamek ko ! Ayah tengah tengok bola pulak masa tu , naseb tak kena bantai . Haha .


Cuci kereta .
Muka dah macam hantu sey .

Memandang kan hari Sabtu tidur lambat , maka secara automatiknya , terus bangun petang . Habis cerita . Bangun-bangun je , terus lapar tapi keluar bilik je , tengok adik-adik tengah sibuk main game . Bising semacam je , tahu laa pc baru . Isk isk isk . Petang tu , Mu'az ajak memisang kat Taman U . Peh lama laa sey tak memisang kat sini . Aku belasah air kelapa 2 cawan beb , al-maklumlaa kan musim panas . Dah puas memisang dan melekor , Mu'az ajak gerak . Gerak ke mana aku pun tak pasti . Dia bawak jalan sampai laa Danga City Mall . Seperti biasa , singgah main archery jap . Pastu Mu'az tetiba je pulak ajak tengok movie . So , layan je jugak . Tengok movie kat CS . Dah lama kan tak datang sini sampai kitorang pun dah tak tahu nak parking kat mana . Tapi pusing punya pusing , kitorang parking kat Merlin Tower yang agak horror tu (orang jaga parking tu mak nyah versi india !) . Ooo ye , kitorang tengok cerita Brothers! Layan ahh cerita ni . Pastu , balik singgah makan kat Agus . Dah kenyang , terus balik dan tidur .

Jenjalan di atas jalan Skudai

Untung laa dia ni sebab selalu jadi model aku .

Hari Isnin , hari perjumpaan bersama doktor . Oooo sungguh membosan kan ok . Dari pagi hingga ke petang ! Gilaa . Ahh malas nak cerita . Biarlaa rahsia . Kata orang , bila kita sakit maka terhapuslaa dosa-dosa kecil . Hehe . Balik dari hospital , mandi dan salin baju terus gerak ke McD Seri Alam . Nak tahu aku buat apa? Haa melepak laa kan . Lepak ngan Mu'az , Maryam dan Dilla . Kitorang lepak berbual , bergossip , berteka-teki dari pukul 9.00pm sampai laa pukul2.30am . Dan masa tu pulak semua orang kerja kot hari Selasa kecuali aku laa kan . Haha . Sian gila kat korang . Dah tu , bila nak balik je , ada je yang bukak cerita tu laa ni laa . So lepas ni , kita lepak karoke guna duit Dilla pulak eh . Kata Planning Engineer kan . Harus laa belanja . Hawau betul .

His smile :) , engineer .

Dilla , Planning Engineer .

Maryam , Teacher .

Kaki gossip !

Mar 7, 2010

Heart feeling .

:(
:(
:(
:(
:(
:(
:(
I don't know why its happened again . It's not your fault ! To "heart feeling" , please go away ! Please go . Please go . Please go . All i need is not U . Please , go away .

Mar 4, 2010

JB Part II

Akhirnya , muncul jugak entry ni . Haha . Ni pun aku malas nak type sangat . Aku upload je gambar . Sebab gambar menceritakan segalanya . Dan kamera memang sentiasa ada dalam handbag aku ni . Yeah . Mari jamu selera dengan gambar-gambar dibawah .

Ooo ye , JB Part II ni masa cuti panjang raya cina haritu . Seronok cecuti di JB walaupun aku ditinggalkan kat rumah keseorangan . Orang lain tak hilang passport macam aku kan ? So padan muka aku laa . Stupid! (marah dengan diri sendiri) . Ok mari menikmati keindahan percutian yang boleh tahan best laa . Haha .


Sabtu;



Menu : Ayam Penyet Banafee Village


Menu : Teh Ais & Bancau


Tengah makan pun muka garang ;-/


Ok , i'm preggy now .
Haha , ni kalau mak baca , sumpah xngaku anak .
Angin tu kuat sangat laa .


Seberang sana tu Singapore ok .


Ahad;


Deng's Wedding !


Daiman Bowl .
Kalau nak main kat sini kena queue .


Mu'az , Mayus & Ib


Aku laa juara ;(


Yang juara haruslaa posing disitu laa kan ;(

Isnin;


BBQ di rumah Mu'az .


Dah kemas-kemas baru bergambar .


Ok , itu saja ye . Haha . Sumpah malas gila nak type . Peminat-peminat jangan laa marah ok . Hehe .