Apr 13, 2010

Fuyoohhh Ahh Lang Tengah

Ok , dah seminggu dah aku balik dari Lang Tengah . Dan ini merupakan kali pertama aku bercuti-cuti di pulau dengan kebenaran mak ayah yang secara terpaksa . Kalau aku dah plan awal-awal nak pergi , memang aku yakin dan sungguh pasti sekali yang mak tak kan bagi kebenaran . Huhu . Biasalaa kan , mak mana yang tak sayangkan anak nya . Lagi pulak aku anak bongsu kan . Haha . Tipu je .

Mari sambung cerita . Sebenarnya trip ke Lang Tengah ni dari tahun lepas lagi dah plan . Cuma tempat je berubah . Sepatutnya ke Pulau Perhentian tapi entah laa tak tahu sebab apa bertukar . Project manager trip kali ini ialah Kak Fazi , ala jiran sebelah aku tu . Hihi . Oooo ye trip ni untuk teman sepejabat dan seprojek SGEDT sahaja . So yang tak terlibat SGEDT , tak dijemput sama sekali . Harap maaf .

Lang Tengah memang awesome gila . Teruja dan terus teruja kalau tengok the beach ! Omg ! Indah sungguh ciptaan tuhan . Korang patut pergi dan rasa semuanya . Dan apa yang perlu komen disini . Thumbs up to the organizer ! Terbaekkkkkk laaa !

Ooo ye memandangkan aku sangat teruja dengan Lang Tengah , maka aku kumpul gambar yang sangat banyak . Dan terima kasih kepada penyumbang gambar Kak Ill , Kak Fazi dan tak lupa juga Kak Marina . Hehe . Gambar yang terbaekkk saja yang akan aku kongsikan . Cehwaaahhhh . Nak bagi korang jeles je haaa . Sila laa perhatikan keceriaan muka kami . Woweeeeee ! I love Lang Tengah !!

Day 1 : Perjalanan ke Lang Tengah

Kak Ill tengah fikir nak makan apa kot .

Menu sarapan pagi : Nasi dagang .

Jetty Merang , tunggu speed boat .

Sementara tunggu speed boat sampai ,
haruslaa bergambar .

Yeay speed boat dah sampai .

En. Ali

Kak Marina

En. Ranee , my PM .
Erin , Kak N , Kak Azy .

Haruslaa gambar aku yang lebih kan . Hehe .

Ok gambar seterusnya , sila ke entry berikutnya .

Apr 7, 2010

Al-Fatihah Arwah Din Beramboi

Maaf kerana entry terlambat update . Aaaaaa sedihnya bila teringat Arwah Din Beramboi kat Riuh Pagi Era . Setiap pagi ke office , aku akan dengar Radio Era dan lebih spesifik lagi , aku akan dengar Sawancara Arwah Din Beramboi . Tersenyum dan tergelak jugak bila teringat balik . Tapi sekarang , Arwah dah takde . Aaaaaaaaa sedihnya . Semoga Arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan aku percaya , pemergiannya ini kerana ALLAH s.w.t amat menyayanginya . Al-Fatihah .......






[Noted : Tadi pergi Klinik Kita , doktor sah kan
aku demam Lang Tengah]

Apr 5, 2010

Terapung-apung .

Izatulazrin is currently super penat dan super happy !! Cerita Lang Tengah akan di-update bila gambar semua dah edit . Miahahaha . Ngantuk zzzzzzz ~

Mar 31, 2010

Cerita Kahwin - Abby & Ajib

Ok , mari kita ucapkan tahniah pada Abby yang dah berkahwin dan bersanding pada 28 Mac 2010 . Abby ni kawan aku masa internship kat IPC Island Property Consultancy tahun 2007 . Dan IPC ni jugak jiran bawah office aku kat JB tu . Alaa JB Consult tu haa . Bawah IPC , atas JB Consult . So , berjiran jugaklaaa kan .

Mula-mula rasa hampir tak jadi pergi . Mana tak nya , pukul 12.00pm baru terbangun . Terus sms Mu'az nak pergi ke tak . Yelaa malam sebelum tu kan kitorang balik pukul 5.00am . Aku memang rasa Mu'az tak boleh bangun punya . Lepas tu , Mu'az reply sms tanya aku dah siap ke? Haha . Terus kelam kabut laa kan bersiap . Nasib baik dah ada baju yang dah digosok . Kalau tak , memang tak bergosok laa baju aku tu . Setengah jam je aku bersiap bagai . Tengok jam pun dah pukul 12.45pm . Dan aku sempat pergi beli hadiah kat kedai hadiah Taman U . Belikan Abby coffee set . Hehe .

Sampai sana terus jumpa Abby kat dalam bilik pengantin dan tak sangka pulak si Cha ada jugak . Yelaa kami semua kan berjiran kat office . Haruslaa datang kan . So , jumpa Abby salam-salam , bual-bual jap , lepas tu keluar jumpa Mu'az ajak dia makan . Sian dia sensorang . Lepas makan , lepak-lepak jap tunggu Abby sanding dan Kak Yana pun sampai . So , teman diorang makan dan bual-bual sikit pasal kerja . Haha . Bukan bual sebenarnya , mengumpat laa jugak . Diorang habis makan , terus cari Abby nak bergambar . Dan lihat laa gambar di bawah ye kawan-kawan .



Kak Yana , Pengantin , Cha , Erin


Gelak besar sey ;)


Wan , Kak Yana , Pengantin , Erin , Mu'az , Fauzi (duduk)



"gambar perasan"


[Noted : Sakit perut dan rasa macam nak mati ]

Mar 29, 2010

JB Part IV

Yeay , akhirnya merasa jugak aku duit MMHE kau Dilla . Haha . Anyway , thanks a lot for the dinner . Kat Banafee Village gitu . ooo ye , tak lupa jugak kat Cikgu Yam yang superb garang yang belanja karoke malam tu . Peh , bila nak return balik ni ? Walaupun suara aku tak sesedap kau Dilla , tapi aku nak nyanyi lagi .

Ok , kitorang ber-karaoke kat Diva Seri Alam yang mana ni memang first time aku pergi . Dah ada dua Diva kat JB ni , satu lagi kat Taman Suria (kat extra) . Tempatnya pun ok dan yang paling best RM5 seorang sebelum pukul 9.00pm . Haa best kan . Bilik pun ok , sound system ok , layanan pun ok (semua mesra alam gitu , penat aku nak sengih balik bila diorang senyum).Kitorang ber-karoke berlima , aku , Mu'az , Dilla , Yam & Apis . Walaupun berlima , berebut-rebut jugak nak menyanyi . Macam-macam gaya nyanyi pun ada , gaya orang mati laki pun ada , gaya baring-baring sebab tak dapat nak tarik lagu kan . Apa-apa pun gayanya dua jam nyanyi rasa macam dua minit . Haha . Habis ber-karaoke pukul 10.15 pm . Cukup laa nyanyi dua jam . Kalau lama-lama kang boleh takde suara plak kang .

Dah nyanyi , melepak pulak . Masing-masing parking kereta kat McD Seri Alam . Plan melepak kat Banafee Village . Si Dilla ngan Yam tak pernah sampai lagi kat sini . Sian diorang . Haha . Ok , paling kelakar sekali , gerak ke sana naik Citra si Yam . Peh dah rasa macam family pulak gayanya . Dalam Citra , mulut si Dilla ni tak reti senyap , macam mulut murai sey . Hehe .

Masing-masing kebulur , tapi tak tahu nak order apa . Menu dia banyak sangat . Last sekali , aku order je Nasi Ayam Penyet (peh dah dua malam aku makan penyet ni) . Yang lain-lain punya order aku lupa laa . Haha . Lepas tu , shisha pulak . Shisha flavour Grape-mint . Peh dia salah letak arang kot , sampai Mu'az tak de suara . Haa , tengok status FB dia ni ;
Ok , berbalik cerita kita tadi ye kawan-kawan . Berbual punya bual , tak sedar dah pukul 4.00am dan aku pun dah terbaring jugaklaa kat atas meja . Tenaga dah habis laa kot . Tapi ok laa kan sebab Ahad tak kerja laa kata kan . Cuma cikgu Yam je yang kerja . Dia ada meeting PIBG . Haha . Sian kau Yam . Btw , bagus jugak kau ada meeting tu , kalau tak , mahu sampai breakfast kita duduk situ . Miahahaha .

Korang tengok je laa gambar kat bawah ni . Penat dah nak menaip . Ada cerita lain jugak ni nak di-update .

Jalinan Silaturahim Seisi Keluarga

Si mulut kepoh ;)

Apis , Mu'az , Maryam , Dilla , Erin

Huiii bila nak return lagi ni?

Orang-orang yang belanja malam tu ;)






[Noted : Nak pakai baju apa eh masa Zana & Mam tunang?]

Mar 27, 2010

Takde mood .

Peh , aku rasa nak maki hamun je ni . Kalau tak sakit kan hati aku boleh tak . Bab....iiiii !!! Pergi laa mampos . Kau tak reti kan nak jaga hati aku . Babi . Babi . Babi . Aku terasa sangat kali ni . Babi babi babi babi .







[Noted : Cepatlaa hari Ahad , nak balik KL . Saket hati ;( ]

Mar 24, 2010

Girang :)

"Rindu"
1 1/2 hari je lagi . Come on Erin !!








[Noted : Sabtu malam karoke kat Diva ;) ]

Mar 22, 2010

Sepang Gold Coast

Huh , letihnya badan , lenguh sana lenguh sini , penat ber-camping , ber-barbecue , ber-gossip tak hilang lagi . Lepas tu , melayan budak-budak ni lumba lari dalam air laut . wtf?? But , it was fun ok . Anyway , thanks a lot pada kawan-kawan enjoy aku kali ni (Chuck , Amer , Hadi , Muna , Anne , Nuar , Melly , Hadi , Fadhil , Raihan , Azim dan tak lupa jugak pada Paan serta kawannya) . Hehe . Orang kata SGC takde menda yang menarik laa itu laa ini laa . So what ? Haha . Jangan jeles ok . Kalau korang ada kawan macam kawan-kawan aku ni yang jenis sporting & cool , mandi dalam parit kat kampung pun boleh have fun jugak laa . Haha . Saja je nak bakar-bakar korang . So sesiapa nak pergi ke SGC senang je . Seperti biasa , aku akan bagi direction ikut signboard . Malaysia ni bagus , sebab signboard sana sini . Memang confirm korang tak kan sesat punya . Kalau salah jalan , boleh patah balik dan sambung jalan semula sampai laaa jumpa tempat yang nak dituju .

Ooo ye , thanks a lot to Aunty Norly and her maid's Lenny . Hehe . Senang sikit nak buat preparation barbecue . Mana tak nya , aku ngan Muna ni jenis yang reti sangat bab-bab masak laa kan . Kang , mahu terbakar dapur kalau aku ngan Muna ada . Agak rushing jugak laa nak sediakan semua-semuanya sampaikan Muna rasa takut dan tak yakin dengan makanan yang disediakan . Tapi berbekalkan semangat aku , peh semuanya meletup ok . Rempah barbecue kau memang sedap laa Muna . Terbaikkk!!

Mari tengok menu kitorang . Nanti kalau korang nak ber-barbecue boleh laa tiru menu . Hehe .
Menu ; barbecue (ayam , ikan , udang , sotong) , kentang bakar (rebus dulu kat rumah , pastu bawaklaa sour cream ke butter dan bakar) , salad buah dan sayur (request dari budak yang berbadan sihat yang kununnya nak diet) , tempura (goreng dirumah dan makan masa tengah tunggu barbecue masak) , makanan ringan (tengah gossip memang layan laa makan menda ni) dan tak lupa juga air pelbagai jenis .

Aktiviti pulak ; hidupkan api memang sangat adventure sampai Melly call Mu'az yang kat JB tu . Haha . Sumpah lawak . Tapi tahniah kat Amer yang berjaya hidupkan api tu . Nak harapkan si dahi tu , memang tak boleh pakai laa kan . Yelaa , asyik memekak nak mandi je , perangai macam budak-budak . Dapat mandi , bagi makan , terus senyap . Haihhh . Bila laa Chuck nak berubah . Bila makanan dah siap , semua pun makan laa kan . Ok , memang banyak pujian . Muna pun senyum meleret bukan main lagi . Lepas maghrib , kitorang pun mandi-manda kat situ . Pehhh air panas ok . Sekejap panas , sekejap sejuk . Penat mandi , naik atas darat makan pastu sambung mandi lagi pastu main tanam-tanam , main floating-floating sampai ke darat . Huh , it was awesome ! Balik rumah pukul 11.00pm . Yeayyy . Jom tengok gambar .



Pura-pura busy

Siap pasang khemah gitu .
(kejadian spender A.... hilang)
Raihan , Melly , Muna

Haruslaa berpossing juga .

Ber-babecue .

Dah senja .

Main tanam-tanam .

Dah siap tanam , posing laa kan .

Macam ada Lady Gaga pulak ;p

Nak balik dah ni .




[Noted : Tak sabar nak balik JB ]

Remove .

I dah remove U .
Cukuplaa sampai disini saja ok ?
I'm so sorry .
Kau siapa ?
Aku siapa ?







[Noted : Boss pun cakap aku lembap? Haih .]

Mar 19, 2010

Getting engagement & married :)

Kan best , kalau mak call dan mak cakap macam ni "Azrin , ada orang datang meminang ni ? Nak terima ke tak ? " Pastu aku pun jawab "Kaya ke mak? " (astarghfirullahalazim T_T) . Haha . Jangan berangan laa kau Erin , siapa laa nak kat aku ni kan ? Dah laa tak ..... , pastu tak ....... , haihh . Tapi berserah je pada qada' dan qadar . Jodoh tu semua ALLAH yang tentukan . Cuma kita kena berusaha jugak laa kan . Kalau dah sampai seru , ada laa jodohnya . Harap-harap jodoh tu sampai ke akhir hayat .

Untuk kawan-kawan yang asyik sibuk tanya aku bila nak kawen ngan Mu'az kan , aku kawen lama lagi laa wei . Tunggu laa Mu'az kumpul duit dulu . Korang ingat kawen ni senang ke wei?? Tak kan sehari kawen , esok nak cerai pulak kan ??? Huhu . Aku memang tak bersedia untuk komitmen macam ni lagi . Baru 24 tahun , banyak lagi benda yang aku nak kejarkan , balas budi mak ayah pun belum lagi , master pun belum ada lagi , jadi janganlaa tanya lagi . Penat nak jawab . Hehe .

Ooo ye , actually entry ni untuk kawan-kawan aku . Betullaa kata Puan Burhaida (my very best lecturer) , lepas setahun kerja , mesti akan dapat kad kawen dan bertunang . Memang tepat sekali jangkaan Puan . Dah sampai seru laa kata kan . Kadang-kadang susah nak percaya , tapi bila dah dapat kad , dapat sms dan dengar gossip-gossip terus percaya laa kan . Tapi sebelum percaya , aku akan call mana-mana kaki gossip untuk confirmkan benda ni betul .

Kepada kawan-kawan , i'm happy for you ! Tak sangkakan korang dah nak melangkah ke satu alam yang baru .
1. Radhiah - getting engagement end of this March (Location : Skudai , Johor)
2. Abby - getting married on 28-Mac-10 (Location : Pekan Nenas , Pontian)
3. Zana & Mam - getting engagement on 3-Apr-10 (Location : Ampang, KL)
4. Dayah - getting married on 6-Jun-10 (Location : Bukit Rambai, Melaka)
5. Kak Siti - getting married on 6-Jun-10 (Location : Branang , Negeri Sembilan)
6. Kak Etty - getting married on 12-Jun-10 (Location : Alor Star , Kedah)
7. Fizza - getting married on 12-Jun-10 (Location : Kuching, Sarawak)
8. Am & Dun - getting married on 12-Jun-10 (Location : Baling , Kedah)
9. Fahmi - getting married on 27-Jun-10 (Location : Kulai, Johor)

Ok , aku akan pergi ke majlis No.2 , No.3 , No.4 , No.7 & No.9 . Kepada Radh dan Am , tak lupa juga kawan se-office Kak Siti dan Kak Etty sorry tak dapat attend on your big days sebab dah ter-clash dengan program dan majlis lain . Anyway , congratulation !



[Noted : Amer , bila agaknya gang
kita nak tunang & kawen eh?]