Hari ni , pagi-pagi lagi , bukak facebook dan baca notes yang di tag dari Mal . Haaaa bacalaaa kat bawah ni . Kalau nampak laaa ye . Sumpah saya terkejut !
Kesimpulannya , janganlaa anda mencuri . Terutamanya kawan-kawan punya duit ke barangan berharga or etc . Sebabnya kalo dah kantoi mencuri , semua orang tak mau kawan dah . Seriously . I dah tak nak kawan ngan U! Takut nanti U curi barang I plak .
Yeay! Saya dah ada si Puteh . Walaupun si Puteh tak sehebat kereta laen , tapi saya tetap berbangga dengan si Puteh saya . Sebab saya kena bayar sendiri . Haha . Sengal . Muaz pun dah ada jugak . Tapi dia punya si Hitam (uuuu buruknya nama si Hitam) . Tapi tu laaa si Hitam sempit tak macam si Puteh yang selesa sangat-sangat . Hehe .
Buat En Haikal , terima kasih kerana memberi si Puteh dengan sungguh sempurna sekali . Si Puteh sungguh rasa riang bersama saya . Terima kasih juga kerana merealisasikan impian saya . Huhu . Impian ke? Saya cintakan si Puteh dan juga si Hitam (aikkk ada kena mengena ke? ) . Rasa gundah gulana akan menjelma bila nak bayar si Puteh . Boleh ke kalo tak nak bayar si Puteh? Ke boleh ? Ke xboleh ?
Maaf . Entry ini sepatutnya dah lama publish . Tapi sekarang baru sempat nak menaip .
17 Oct - Happy Belated Deepavali to all Indian . Especially kontraktor SGEDT ,IRCON International Berhad yang mana , hampir kesemua staff India mari . *takde wat open house ke?
Sempena cuti Deepavali , saya pun baliklaa JB . Lagipun memang kena balik jugak sebab ada sesuatu yang penting yang perlu dibuat . Nak tau apa dia , jeng jeng jeng ... Happy Birthday Muaz . Harap je tinggi semacam tapi saya lagi tua dari dia . Tapi tua bulan je laaa bukan tua tahun ye kawan-kawan .
Seperti yang dijanjikan , kitorang pergi laaa dating sampai ke Tebrau City . Tujuan : tengok papadom(best gila sey cite ni !) dan belikan hadiah untuk si dia . Kalo tahun-tahun sebelumnya tak payah bawak birthday boy beli hadiah tapi tahun ni punya konsep lain sikit . Sebab nak belikan dia seluar . Yela kang kalo salah size susah jugak kan .
*Agenda: 1. Papadom 2. Makan kat Kenny Rogers 3. Tawaf satu Tebrau City (masa tu saya dah nak mengamuk jugak laaa sebab kaki sakit sangat and at last dia pilih baju kemeja Topman sebagai hadiah hari jadi dia tahun ni) 4. Tengok bola kat SS (jumpa classmate , Syue)
Fitting room Topman
Present for birthday boy (kemeja Topman yang Muaz tengah test , Size M)
and also.. (Happy birthday to Aunty Raziah . May Allah bless u always)
Hai . Lama dah saya xberblogging kan . Fuhhhhh almost 5 months kot . Betapa bz nye saya ni kan . Actually saya xleh nak surf internet sangat sejak kerja ni . Coz kat umah cheras mana ade streamyx cam umah JB , jadi keghairahan nak berinternet semakin kendur (betul ke penggunaan ayat saya ni) . *pssstttt perasan tak penggunaan kata ganti diri dah berubah . hehe . aku kepada saya .
Dalam sepanjang saya xberblog ni , banyak jugak hari-hari yang best aku lalui . Saya dah konvo . Wahh ada degree beb! Cam xcaye je kan . Rasa macam baru semalam pergi sekolah , balik sekolah buat kerja sekolah , pastu ada big exam cam SPM tu kan . Wakaka . Tapi itu dah 6 tahun berlalu . Dah tua dah saya ni . Dah patut berumah tangga kot (iskkk gatal pulak , masak pun xpandai tapi ada hati nak kawen plak . uiii xmungkin laa kan).
Cerita pasal konvo ni kan memang best laa kot . Konvo saya same date & day , same location , same U dan senang kata semuanye same ngan Muaz . Huhu . Happy kan?? Japp meh tengok gambar saya berkonvo. *psssttt lagi sekali . honeydew dah pun bertukar kepada nama Muaz .
I'm graduated from UTHM
B.Hons of Manufacturing and Mechanical Eng.
+ B. Hons of Real Estate Management
My very big family
Next story , cerita hari raya laa kan . Tu je yang boleh saya kongsikan dengan peminat-peminat diluar sana . Hehe . Ok , hari raya tahun ni memang agak sadis jugak laa . Sebab ape? Sebab nya rumah Muaz terbakar seminggu sebelum raya . Kesian sangat kat dia sekeluarga . Syukur sangat sebab semua ahli keluarga selamat daripada sebarang kecederaan . Cuma yang tak boleh diselamatkan , rumah yang No.9 Jalan Kemuliaan 33 , Tmn . Universiti Skudai . Rumah No.11 totally ok . Mesti korang pelik kan dengan No rumah dia? Meh sini dengar , rumah Muaz berkembar , so ada dua alamat laa kan . Paham kan . Masa kejadian tu , Muaz kat Pasir Gudang , saya pulak kat KL . Seingat saya masa tu saya berbuka puasa kat De'Templer , Tmn Melawati . Dapat tahu je dari Muaz , berderau darah saya . Saya tak percaya langsung . Masa tu saya call dia dengan niat nak tanya buka apa .
*perbualan telefon :
Saya : Hello , syg ngah buat apa tu?
Muaz : Rumah org terbakar syg .
Saya : Haaa? Sumpah?
Muaz : *&?!@#$%$6@!!(perkataan yang terkeluar dari mulut Muaz amat memeranjatkan . tidak sesuai menjadi tontotonan khalayak ramai) . SYG INGAT BENDA-BENDA MACAMNI ORG NAK MAIN-MAIN KE? (haaa amek kau . kene sebijik ). Ok laa syg , nanti org call balik .
Saya : OK.
Uuuu takut gila Muaz marah camtu . Yela , saya ingat dia maen-maen ke apa kan . Masa tu , saya otw balik ke rumah Cheras dari De'Templer . Sampai umah , terus telefon Zaid , tanya macamana dengan rumah . Then Zaid pun cerita . Memang terkejut sangat . Cuba korang bayangkan kalo musibah ni berlaku kat korang , mesti dah patah semangat kan? Kalo laa saya yang kene , saya tak tahu nak buat apa . Saya simpati atas apa yang berlaku kat Muaz dan keluarga . Mudah-mudahan kejadian ini memberi hikmah kepada mereka . Alhamdullilah Muaz dan keluarga banyak dapat bantuan dari banyak pihak . Mak Muaz adalah seorang pegawai tinggi jugak kot kat Pejabat Pendidikan Daerah JB , so banyak laa bantuan yang dihulurkan . Saya dapat datang rumah dia pun sebelum Hari Raya . Memang teruk sangat . Tapi tak apa ye syg , berSABARlaaa . *sempat tolong pasang langsir + tumbuk kacang
Ok jom tengok gambar raya tahun ni . Tema family : maroon
My siblings without ayah & emak (diaorang kat kedai , tengah buat kueh raya for MAS order)
Hj. Busno and Hajjah Patonah family's
Raya versi KLIA Holdings
Raya versi Jelajah KL
(destinasi : ampang , kajang , klang , kg baru , gombak , wangsa maju)
Wah lamenye aku menyepi dari The Erin kan? Yelaa dulu kunun-kunun kat umah xde keje , leh laa berblogging kan . Then dah keje ni , hummmm tidooo pun xcukup (cett padahal aku tidoo kul9pm kan??) . Aku memang sejak dari zaman sekolah xboleh tidooo lambat dan tidooo kene cukup 8jam . Haha . Macam budak sekolah kan .
Skang aku dah bekerjaya!Haha . Keje pun memaen je kan . Kerjaya laa sangat . Tapi at least keje laa gak kan , dah xde dialog berbunyi begini sejak beberapa bulan yang lalu "makkkkkk , nak duit!!" . Haaa dialog tu yang mahal sepanjang idup aku . Haha . Sekarang semuanye duit sendiri . Cuma , isi minyak kete memang ayah aku laa yang baik hati nak isi kann . Aku xmintak pun . Setakat ni , aku enjoy je ngan gaji-gaji yang diberikan oleh boss!! Almaklumlah kan masih lom rase tanggungjawab nak bagi kat parents aku . Haha . Buruk oooo perangai . Gaji aku seciput je pun then kalo dah shopping tinggal bape sen laa sangat , pastu aku rase cam mak dah banyak duit je . Kehkehekeh .
Uhuuuuu . I m moving to KL start from today ! For the first time kua jugak dari johor tercinta . Tapi xpelaa , best jugak . Before ni , asek kat jb je pun bosan gak . Haha . Actually mak ayah aku xbagi pun nak gi sane . Tapi disebabkan kerja , diorang pun redha kan je laa . Lagipun aku dah 23 tahun kot . Xkan nak duk ngan mak je kan (tapi aku bukan anak manja eh) .
Eh alamak xleh nak tulis panjang-panjang laa . Ade keje nak kene settle ni . So next time tulis lagi laaa . Kepade kawan-kawan aku yang kat KL tu , bentang karpet merah eh . This week kite partay! Haha .
Mood kembali kehappian sebab arini nak bershopping dengan honeydew~ Yeay . Dah lama xbershopping kan? Yelaa kan xde duit camne nak shopping . Ni dah ade duit lg haruslaa bershopping . Actually semalam baru je dapat gaji jadi cikgu buat kali kedua . Lumayan jugaklaa . Berbaloi dengan peluh keringat aku . Huh xboleh bla betul ayat ni . Tapi dalam menunggu duit gaji masuk , memang suffer jugaklaa . Yelaa aku kan dah bekerja sekarang ni , so setiap hari pun memerlukan duit untuk makan , isi minyak dan berbagai-bagai lagi . Sampai tahap , aku ngan Chaa nak makan Mi Sedap di opis (tapi xjadi sebab rezeki kami murah, ade orang belanja) .
Sepanjang keje JB Consult ni , memang boros sangat-sangat sebab , officemate aku suka makan tempat mahal-mahal . Hoho . Tapi best , semua jenis makanan kat semua shopping complex kitaorang dah katam kan . Haha . Kalo setakat McD tu celah gigi je laa . Sebab tu dah biase sangat dah . Wah maha belagak aku ni . Tapikan McD kan murah time lunch hour kan ? So xdelaa mahal sangat pun . Rasenya sekarang ni , semua fast food restaurant berlawan-lawan nak murah kan harga . Ok stop . Memandangkan gaji aku dah masuk ni , aku dah berjanji ngan officemate nak belanja makan . Tapi mula-mula nak belanja pizza je tapi semalam orang lain dah belanja makan pizza kan . So , Chaa sibuk nak TGIfri plak . Aku pun lom penah makan lagi kan . So , aku rase layan kan je laa Chaa . So plan next jumaat kot pegi jotic . Sebab jumaat kan rehat lama . Huhu .
Ahhh dah penat pulak type . Itu je citenye . Aritu banyak cite nak type tapi mase tu penat . So sekarang pulak dah lupa apa citenye .
*Plan nak gi shopping di Bukit Indah , Sutera Mall , CS!
Kehidupan baru bermula semula . Kerja baru, kawan baru , persekitaran baru . Dan gaji pun baru . Itu laa yang dinamakan kehidupan . Tapi bila ada yang baru , jangan dilupakan yang lama . Kerana yang lama memberi kenangan . Kerana yang lama memberi pengalaman . Kerana yang lama memberi pengajaran . Jadi , walau apa pun dan walau dimana pun . Kita jangan laa lupakan yang lama .
*Wahh aku berpuisi ke ni? Kebosanan dikala keseorangan di ofis
Semalam 6 April 2009 , tamatlaa aku menjadi seorang guru yang boleh dikatakan cemerlang , gemilang dan terbilang . Harap semua jangan terkejut ye dengan persaraan aku ni . Aku bukanlaa cikgu tetap tapi hanya sebagai guru ganti . Jangan silap penafsiran ye . Aku xmemiliki sebarang diploma mahupun degree dalam pendidikan . Aku hanya seorang guru ganti saja !
Pengalaman? Sangat banyak dan menarik . Sebab lepas ni , memang confirm anak murid aku masih kenal aku dan menegur dengan panggilan "Hye cikgu!" . Wah memang seronok tapi nampaknya aku kena laa berpakaian sopan ye . Haha . Almaklumlah aku kan cikgu rawks kat sekolah tu . Kebanyakan dari anak murid aku yang form 3 panggil aku sister . Aku bahasa kan diri aku ngan diorang pun "gua-lu" je . Saja nak bagi diorang happy dalam kelas . Dan hasilnya amat berkesan . Diorang suka aku mengajar . Betul ni , aku xtipuu .
Aku ingat lagi , ada rombakan jadual baru . Jadi , aku xmengajar lagi kelas form 3 dan aku mengajar hanya form 1 dan form 2 saja . Bila terserempak ngan budak form 3 semua tanya aku "Cikgu , kenapa dah xajar kelas kitaorang lagi?" dan aku hanya mampu menjawab "Sebab awak degil laa saya mintak tukar kelas lain" . Bila diorang dengar jawapan aku macam tu , diorang membalas balik "Alaa cikgu , lepas ni xdegil lagi dah" . Humm aku sebenarnya xberniat nak kecewakan diorang tapi apakan daya , itu semua sekolah yang tentukan . Aku doakan mereka berjaya dalam peperiksaan PMR nanti .
Sebelum meninggalkan sekolah semalam , aku xsangka pulak aku akan collapse buat kali kedua . Rasa kelakar pulak . Dah laa hari terakhir mengajar boleh pulak collapse lagi . Sebenarnya , aku memang xsangka pun nak jadi macam tu . So , segala perancangan nak berjumpa ngan anak murid dan cikgu lain tergendala sebab aku balik awal semalam . Pengetua suruh aku balik rumah berehat memandangkan aku memang kelihatan sangat puca dan xbermaya . So , aku pun tanpa berlengah lagi , kemas semua barang-barang dan memulangkan buku-buku rujukan dan buku teks yang dipinjam . Sebelum pulang juga , aku berjumpa dengan En.Husaini (penyelia petang) untuk memulangkan buku rekod mengajar aku . Ahhh sedih juga masa tu . Sebab En. Husaini banyak memberi tunjuk ajar dalam aku mengajar . Sempatla juga aku bebual dan bercerita tentang pengalaman aku disini . Walaupun aku xpernah bercita-cita menjadi guru tapi inilaa pekerjaan yang sangat berat untuk aku sebab nak mengajar anak orang lain bukan perkara yang mudah .
Akhir sekali , aku panjatkan doa buat anak muridku di 3SPE1 , Allahyarham Zakaria bin Zaki yang telah pulang kerahmatullah pada hari Sabtu bersamaan 4 April 2009 . Allahyarham meninggalkan kita disebabkan lemas di Sungai Skudai ketika mencari kepah . Semoga rohnya dicucuri rahmat . Amin .
*Khamis ni pulak aku akan melangkah ke alam pekerjaan yang baru
Lama aku x mengepost diblog kan? Banyak cerita sebenarnya tapi xberkesempatan untuk berblogging . Hari-hari aku dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang berunsurkan keseronokan yang membawa kepada kesan kehabisan wang ringgit . Adoii bila nak bergaji lagi ni .
Untuk entry kali ni , aku nak say thanks a lot kat UTHM kerana akhirnya , wajah-wajah graduan yang belum officially bergrad sudah di masukkan di website . Terharu sungguh . Sebenarnye , sesi fotografi kami sebagai model sudah lama berlalu . Xsilap aku masa Sem 1 2008 . Muka-muka yang terpilih ni memang bertuah . Haha . Ni sume si Ikin punye keje . Seingat aku laa . Dia tulis nama budak-budak degil kot . Then , rupa-rupanya kami menjadi model untuk bunting konvo , banner konvo dan website UTHM .
Siapa xbangga kan? Muka kelihatan sungguh happy memakai baju jubah walaupun sebenarnya lambat bergrad tapi aku puas dengan pencapaian aku di UTHM suatu ketika dulu . Daripada mendapat pointer yang seciput dan tidak memberangsangkan akhirnya dapat jugak DL walaupun hanya 3kali . Huhu . Bukan menunjuk atau berbangga . At least , orang lain xpandang rendah pada aku . Ya , memang aku selalu ponteng kuliah , bercinta , berjoli dan sebagainya ! Tapi , aku xlaa bodoh sangat kan? So , jangan pandang aku sebelah mata . Haha .
Ok laa meh aku tunjuk sket muka-muka model yang xberbayar di website UTHM . Sape xsuke dan rase jijik , plz xyah tengok ok . Manusia sentiasa mempunyai perasaan hasat dengki pada orang lain . Itu memang tidak dinafikan lagi . Ehh stop . Xnak membebel lagi dah . Mari menjamu mata .