Apr 7, 2009

6 April

Semalam 6 April 2009 , tamatlaa aku menjadi seorang guru yang boleh dikatakan cemerlang , gemilang dan terbilang . Harap semua jangan terkejut ye dengan persaraan aku ni . Aku bukanlaa cikgu tetap tapi hanya sebagai guru ganti . Jangan silap penafsiran ye . Aku xmemiliki sebarang diploma mahupun degree dalam pendidikan . Aku hanya seorang guru ganti saja !

Pengalaman? Sangat banyak dan menarik . Sebab lepas ni , memang confirm anak murid aku masih kenal aku dan menegur dengan panggilan "Hye cikgu!" . Wah memang seronok tapi nampaknya aku kena laa berpakaian sopan ye . Haha . Almaklumlah aku kan cikgu rawks kat sekolah tu . Kebanyakan dari anak murid aku yang form 3 panggil aku sister . Aku bahasa kan diri aku ngan diorang pun "gua-lu" je . Saja nak bagi diorang happy dalam kelas . Dan hasilnya amat berkesan . Diorang suka aku mengajar . Betul ni , aku xtipuu .

Aku ingat lagi , ada rombakan jadual baru . Jadi , aku xmengajar lagi kelas form 3 dan aku mengajar hanya form 1 dan form 2 saja . Bila terserempak ngan budak form 3 semua tanya aku "Cikgu , kenapa dah xajar kelas kitaorang lagi?" dan aku hanya mampu menjawab "Sebab awak degil laa saya mintak tukar kelas lain" . Bila diorang dengar jawapan aku macam tu , diorang membalas balik "Alaa cikgu , lepas ni xdegil lagi dah" . Humm aku sebenarnya xberniat nak kecewakan diorang tapi apakan daya , itu semua sekolah yang tentukan . Aku doakan mereka berjaya dalam peperiksaan PMR nanti .

Sebelum meninggalkan sekolah semalam , aku xsangka pulak aku akan collapse buat kali kedua . Rasa kelakar pulak . Dah laa hari terakhir mengajar boleh pulak collapse lagi . Sebenarnya , aku memang xsangka pun nak jadi macam tu . So , segala perancangan nak berjumpa ngan anak murid dan cikgu lain tergendala sebab aku balik awal semalam . Pengetua suruh aku balik rumah berehat memandangkan aku memang kelihatan sangat puca dan xbermaya . So , aku pun tanpa berlengah lagi , kemas semua barang-barang dan memulangkan buku-buku rujukan dan buku teks yang dipinjam . Sebelum pulang juga , aku berjumpa dengan En.Husaini (penyelia petang) untuk memulangkan buku rekod mengajar aku . Ahhh sedih juga masa tu . Sebab En. Husaini banyak memberi tunjuk ajar dalam aku mengajar . Sempatla juga aku bebual dan bercerita tentang pengalaman aku disini . Walaupun aku xpernah bercita-cita menjadi guru tapi inilaa pekerjaan yang sangat berat untuk aku sebab nak mengajar anak orang lain bukan perkara yang mudah .

Akhir sekali , aku panjatkan doa buat anak muridku di 3SPE1 , Allahyarham Zakaria bin Zaki yang telah pulang kerahmatullah pada hari Sabtu bersamaan 4 April 2009 . Allahyarham meninggalkan kita disebabkan lemas di Sungai Skudai ketika mencari kepah . Semoga rohnya dicucuri rahmat . Amin .


*Khamis ni pulak aku akan melangkah ke alam pekerjaan yang baru

2 comments:

jiji najiy said...

collapse???
kes xmkn ker nih
awk kann skul ptg...
xkann xsempat mkn kot..

asbesstos said...

cikgu..kami janji dgr ckp cikgu..tolonglah balik ke sekolah kami.......pleeezzzz cikguuuukkkk