May 8, 2013

Vacation - Pulau Tioman (Part 1)

Hehehe memandangkan, air cond office ni dah sejuk, maka sejuk sikit hati ni nak update vacation iolls. Opsss sebenarnye ia lebih kepada honeymoon tapi takde laa honeymoon sangat pun sebab orang laen pergi honeymoon perghhh diorang punya plan dah berbulan-bulan sebelum kahwin tapi aku punya plan honeymoon haha seminggu sebelum kahwin baru decide nak pergi. Itu pun aku buat confirmation booking dengan agent Raha Holidays dalam hutan kat segamat. Wa pergi site doww seminggu sebelum kahwin tu, relax gila masuk hutan bagai jumpa orang asli. Hahahaha. Cerita kahwin aku memang paling tragik. Sebabnya, tarikh PRU13 punya pasal laa. Semua benda, decide last minute, nasibaek laaa husband tu memang dah aku dah decide nak yang tu. Hehe.

Memandangkan jugak gambar kahwin pun belum dapat dari official photog yang awesome gitu, maka kita cerita dulu pasal Tioman ni. Mu'az ialah suami aku dan seorang pekerja yang susah dapat cuti dan sangat komited pada kerja, jadi ngam-ngam semiggu sebelum kahwin dan kununya masa tu dah confirm tarikh PRU13 lambat lagi, baru laa kitorang berdua fikir nak cuti bila. Haha kau mampu buat gitu? Jadi untuk itu, kitorang decide untuk cuti lepas kahwin yang panjang. Jadi, hari Jumaat sebelum nikah & kahwin (Ahad) baru start cuti, dengan goodies yang 2800 packs tak siapnya. Ye, kitorang memang relax, tapi hari sabtu meroyan. Hahaha. Kau mampu buat gitu? Errr haha nanti laa ek cerita pasal kahwin.

Ok jump to honeymoon yang sangat yabedaaabeduuu. Everything on this trip aku yang arrange, almaklumlaa Mu'az bukan type yang suka pergi pulau ke gunung ke bukit ke. Dia sejenis manusia yang tak suka adventure gitu, dia suka yang free and easy dan kalau boleh tak nak kena gigit nyamuk kot. Hehe. Kalau ikut kan hati, aku nak bawak je pergi Pulau Redang ke Pulau Perhentian tapi nak travel ke sana sangatlaa jauh, dengan last minute nya decide kan boleh menyebabkan kos yang sangat tinggi. So aku decide ting ting ok jom kita pergi Pulau Tioman. Lagi pun dekat je kan. Jadi dengan huru haranya, aku terus cari FB Pakej Pulau Malaysia (hakmilik Raha Holidays). Dekat page tu, banyak pakej pulau yang ada, sangat mudah untuk korang decide nak duduk kat chalet/ resort mana. Mungkin antara korang memang nak lagi adventure akan pergi on the spot kan, tapi aku tak suka gitu sebab kadang-kadang boleh jadi banyak kos, sebab bila sampai sana takde tempat tidur camne, nak ke tidur tepi pantai ngan penyu? Hehe. So dengan experiences yang ada pergi pulau-pulau sebelum ni, dengan bangganya semua benda jadi smoothly. Nak tips camne nak pilih ke booking ?

1. Pergi bukak FB Page Pakej Pulau Malaysia

2. Pilih nak pergi pulau mana, Pulau Perhentian/ Pulau Tioman/ Pulau Redang/ etc.

3. Bila dah pilih pulau mana nak pergi, pilih pulak nak duduk mana, biasanya kalau kat pulau-pulau ni akan ada banyak kawasan (kampung) untuk stay, boleh pilih ikut bajet memasing. Tapi kalau pergi ngan kengkawan, mana nak heran kan pasal tempat tidur, jadi pilih je yang asal boleh je sudah. Jimat kos! 

4. Biasanya bila dah pilih nak stay mana, chalet/ resort tu akan sediakan pakej samaada nak pakej fullboard (snorkeling dalam beberapa trips dan diorang sediakan makan dari hari mula2 datang sampai lerr nak balik. Jadi senang tak payah nak fikir sangat kan pasal makan, lagi plak korang duduk tu kat pulau, bukan ada 7e pun) dan pakej free and easy (diorang sediakan makanan sama macam kat atas tapi takde laa nak ade snorkeling sangat sebab aktiviti tu nanti korang yang decide nak buat apa kat sana, ada jugak jungle trekking dan biasanya pakej yang ni akan murah dari fullboard). Oh ye biasanya pakej akan datang dengan pakej 3 Hari 2 Malam, itu memang standard laa.

5. Ok bila yang kat atas dah decide, haaa jangan lupa pasal bot nak pergi pulau tu plak. Hahaha. Tak kan nak terbang plak ye tak? Jadi, benda-benda gini, masukkan sekali dalam survey yang dah pilih tu. Kalau susah sangat nak paham, kat page tu ada terangkan semuanya. Haha.

6. Bila no.1 - 5 dah confirm, submit form kat website Pakej Pulau Malaysia dan tunggu sampai orang-orang Raha Holidays called. Pengalaman aku ngan diorang ni, sangat efficient sebab cepat je respond jadi senang kan? Tahap efficient diorang ni tahap hebat laa sebab sanggup tunggu handphone aku ada line untuk confirmation booking. Kan masa tu aku dalam hutan kannnn. Bagi sesiapa yang macam takut kena tipu ke ape, jangan risau ye, sebab sebelum ni pun aku pergi mana-mana pulau guna agent jugak.  Yang penting cari laa agent yang bebetul agent.

7. Bila semua dah confirm, ikut arahan agent bila nak bayar tu semua. Macam aku haritu, tempoh masa booking ngan masa nak pergi pulau tioman tu jaraknya cuma seminggu je. Haha, jadi once aku dah confirm booking je aku terus buat full payment

Jadi jeng jeng resort mana yang jadi pilihan? Memandangkan kali ni pergi pulau bawak suami yang disayangi, maka resort yang menawan dihati ialah Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort. Hamekkk kauuu, golf bagai kan. Haa resort ni terletak kat Tekek, jangan tanya kenapa Tekek ke ape, macam aku cakap tadi, mana-mana pulau pun, mesti ada perkampungan, so kat Pulau Tioman ni ada beberapa kampung. Jap aku google maps yang ada.



Nak honeymoon ni tak yah nak amek buat aktiviti adventure sangat, pastu tempat tidur kena laa pilih yang best. Katanyaaaa honeymoon kan. So aku pilih yang fullboard dan maknanya akan ade snorkeling trip kan. Tapi snorkeling trip ni cuma ada one slot je, tak macam pakej pulau-pulau lain yang aku pergi sebelum ni. Bagus jugak gini, pergi sini bukan nak tengok ikan sangat, saja bercuti lepas penat dan stress keje dan kahwin haritu kan. Harga plak? Malas nak cerita kat sini, korang google je ye. Memang island trip kali ni sengaja pilih yang mahal sikit sebab nak honeymoon kan. Nampak tak haaa nampak tak ayat tu. 




Ok cantek kan? Betul-betuk honeymoon sangat kan? Ok this part aku just cerita tips and steps je tau. Sebab bila dah type tadi, rasa macam panjang sangat plak. Haha mahu termuntah nak baca dalam satu entry ni. 

Ala lupa nak cerita, nak pergi Pulau Tioman ni kena naik feri kat Jeti Mersing. Dah redeem tiket yang beli kat Raha Holidays tu kat kaunter feri tu, then tunggu laa sampai feri datang. Macam aku haritu amek yang pukul 10.00 am, jadi aku gerak dari JB dalam pukul 7.30 am gitu. Sampai kat jeti mersing, terus cari parking, untuk 3 hari tu dia charge RM30.00. Harga tiket feri pergi balik ialah RM80.00 per head.



Feri yang kitorang naek tu memang besar, aku rasa ada dalam 200 persons jugak yang naek. Macam-macam jenis orang ada. Ingat kan tak ramai orang, almaklumlaa kitorang pergi hari Rabu kot. Aku rasa sepanjang dalam feri tu, aku ngan Mu'az bantai tidur sebab malam sebelum tu, kitorang mengangkut barang pindah umah baru kan. Mahu tak penat. Jadi ini saja, sajian cerita hari ini. Hehehe.

4 comments:

missy zetty said...

Awesomeeeeeee!!!

Erin said...

zati : hehehe thank you! mari nantikan part 2

Wan Pulau Tioman said...

Salam.. saya abang wan Guide kat Tioman.
kalau anda semua nak tiket feri boleh call / whatsapp abang ok..

www.wanpulautioman.com / www.percutianpulautioman.blogspot.com

Riko Adryansyah said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : PADANG dan BUKITTINGGI Tour, ACEH Tour, MEDAN Tour, JAKARTA dan BANDUNG Tour, JOGJAKARTA Tour ,BALI MUSLIM Tour dan LOMBOK.

Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )

Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

2. Riko Adryansyah ( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays
www.kitaholidays.cf
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.