Assalammualaikum dan Salam 25 Ramadhan. Hehe tetiba je update blog, tetiba jugak kisah Lulu yang muncul. Makanya harus aku jaja kan kisah Lulu pada korang. Aku baru membela seekor arnab yang comel. Dengan rasa gembiranya, aku bagi je nama dia Lulu. Haaa sampai harini aku tak sure jantina dia apa, girl ke boy? Hahaha. Sibuk nak membela tapi ilmu didada takde langsung ok. Kenapa nak membela? Sebab tetiba je aku rasa perlukan sesuatu hobi dan teman nak buat memaen. Hehe. Bunyi macam loser tapi seronok tau. Hari-hati kat office pun teringat Lulu tengah buat apa. Takut dia bosan je kat umah tu. Sebab aku bela Lulu seekor je, haruslaa dia bosan. Nak cari kan kawan tapi nanti laa settlekan raya dulu. Haha tuan Lulu yang kejam ;)
Setakat 2 minggu ni, antara perangai-perangai Lulu yang aku nampak ialah;
1. Kuat makan dan akan obesiti.
2. Kuat beyak dan kencing (tahi dia ok tak bau tapi kencing dia uuumakkk aiii busuk ok)
3. Suka kena usap kat bahagian telinga dan terus tertidur. Time ni memang comel sungguh.
4. Kalau balik kerja, bukak je pintu, Lulu akan dudu/berdiri depan pintu cage. Mintak dikeluarkan. Haha.
5. Kalau makanan habis, dia memang tak sabar kita nak masukkan makanan dalam bekas dia. Siap panjat kotak makanan dia.
Ini laa Lulu. Gebu bukan?
Selain makan, minum, beyak dan kencing, Lulu suka baring macamni.
Montot Lulu yang sexayyyyyy !
Haaa ini keadaan tengah kebulur.
Memandangkan aku ni bekerja, makanya Lulu memang melanguk je laa kat rumah tu sensorang. Makanya sebagai tuan Lulu yang baik, Ahad lepas, aku pun dengan baik hati bawak Lulu pergi taman kat bawah kondo tu. Ok dia memang penakut sebab tak nak keluar dari cage. Mungkin dia tak pernah duduk kat luar. Sampai aku yang terpaksa tolak-tolak dia. Aku bagi dia masa sejam je untuk maen. Tapi bila dah berani, dia melompat-lompat macam seekor arnab yang normal. Haha. Lebih kurang 45minit, Lulu dah penat, dia sendiri dah baring kat tepi aku. So ahad tu, aku tengok sehari dia tidur dan melepek kat dalam cage. Hahaha. Aku rase die penat jogging kat taman tu. Memang lawak. Ok sekian saja, kisah Lulu yang bermontot sexy ;)
No comments:
Post a Comment