May 24, 2012

I just love my work so much :)

Here we go, update blog lagi. Macam orang dah takde kerja kan? Memang pun :) Setakat baca surat complaint dari tuan tanah je, lepas tu aku letak je dalam tray tu haa. Aku bukan safety officer pun nak kena take action ada ular dalam stesen laa, retak sana sini laa. Haha nasib kau sana tapi kalau boss bising kang, nanti baru kelam kabut kihkihkih. Tapi sebenarnya dah siap dah pun.

Insyallah kalau dipanjangkan umur lagi, 28 Mei 2012 ni genap laa 3 tahun aku duduk kat KL ni dan berbangga jugak sebab dapat menjadi sebahagian dari ahli projek mega buat landasan keretapi ni. Hehe. Tapi sebenarnya aku start kerja dengan company sekarang 9 April 2009, pastu baru belajar tengok plan jalan untuk projek EDL kat JB, eh tetiba aku kena transfer kat projek sekarang ni. Alhamdulillah, aku beruntung dapat involve dalam project ni sebab banyak benda aku belajar, paling best bila kau boleh belajar tahan sabar dengan jayanya dengan kerenah makcik pakcik tuan tanah dan tak lupa jugak tahan sabar dengan kontraktor yang kadang-kadang bikin panas hati je. Eh eh tak lupa jugak, tahan sabar dengan orang-orang besar tuttt tuttt tuttt yang pernah sampai satu tahap tu aku mengamuk tension dalam meeting. Hamek kau, mentang-mentang aku paling muda dalam meeting tu, semua benda kau tak nampak laa tak jumpa laa. Hehe sebenarnya, aku dari zaman belajar lagi orang kenal aku ni orang yang garang. Haha nasib kau lerr.

Sebenarnya aku tak berapa nak sure sama ada aku dah pernah cite ke belum apa kerja aku kan. Dah type panjang-panjang camni eh tetiba macam rasa dah pernah cerita. Tapi aku nak cerita jugak. Kerja aku ni mencabar minda dan hati jugak sebab kerja aku ni dalam bahasa yang kasar "kerja amek tanah orang". Wuarghhh sedih kan? Aku memang buat pengambilan tanah untuk projek-projek tertentu. So far company aku memang buat full land acquisition untuk projek-projek kerajaan. Tak kira laa buat jalan dalam bandar, jalan federal, highway dan landasan keretapi.

Hehe serious aku suka kerja ni sebab aku banyak explore benda yang masa belajar kau pun tak pernah belajar. Contohnya, sekarang ni aku buat landasan keretapi dan jalan, so kau kena tahu dan pandai tengok details drawing. Hamek kau, aku bukan engineer nak kena tahu slope tu bape degree laa, culvert inlet or outlet, and many things dalam engineering terms. Itu memang bukan kerja aku, tapi as land consultant macam aku, kena tahu semua ni, sebab bila tuan tanah tanya "dik, sebonarnya kek tanah makcik ni nak buek apo? nanti makcik punyo jalan masuk kek mano?" haa itu dia, kau memang kena tahu. Bukan bodoh-bodoh je kau turun site semata-mata nak dapat allowance wei. Haha. Itu belum cite pasal kau kena maki hamun dengan tuan tanah yang tak puas hati dengan pampasan yang diorang dapat, kena maki tu alahai perkara biasa, kena baling dulang pun pernah, kena kejar dengan parang pun pernah eh tapi masa tu aku tak masuk kerja lagi. Aku pun terlibat jugak dalam merobohkan setinggan-setinggan ni. Haish tengok laa skop of work aku ni, semua macam tak berperikemanusiaan kan? Sedih tapi nak buat macam mana. Ini punca pendapatan aku. Ecehwahhh!

Dan akhir bulan 7 ni, kontrak kerja aku dengan projek ni pun habis. Sebab part team aku memang totally dah habis, so lepas ni kalau ada isu-isu tertentu mungkin akan dipanggil untuk settle kan laa. Tapi tapi aku akan stay kat KL lagi, ok kita sambung buat pengambilan tanah untuk projek jalan DUKE2. Hehe hello KL. Marilaa kita bekerja sekueknyooo. Tahun depan pergi Liverpool kan. Bye.





[Note : Allah itu Maha Adil, Dia bagi ujian besar, Dia gantikan nikmat/rahmat yang lain]








4 comments:

Norliza Nordin said...

Waa.. sonoklah dah ade projek baru. ^_^

Unknown said...

u go girl! ewah xoxox ekeke

Erin said...

Liza : hehe thanks. kau dah cari keje baru lom? projek nak abes dah ni.

Amy : yeahhh go go go !

Norliza Nordin said...

Tulaa.. ade gak cari, tapi xde panggilan pape pun agi. hukhuk