May 25, 2012

Sepatutnya 3 bulan tapi takpe.....

Assalammualaikum dan selamat hari Jumaat. Hari ni takde benda nak cerita sangat. Sebab ada kerja sikit. Hehe. Lagipun boss macam berlegar-legar pulak. So sempena takde nak cerita ni, saje je post "Kalau ikutkan hari ni sepatutnya 3 bulan tapi takpe....." nanti lama-lama hilanglaa semua tu. Kita gagal harini, sebab Allah nak uji kita. Jangan bersangka buruk dengan Allah. Apa yang Allah bagi kat kita pasti yang baik untuk kita, yang kita perlukan atau yang layak kita dapat. Moga kita sentiasa redha.

Ok itu je , bye :)



[Note : Harini tempah 2 helai baju raya :) ]

May 24, 2012

I just love my work so much :)

Here we go, update blog lagi. Macam orang dah takde kerja kan? Memang pun :) Setakat baca surat complaint dari tuan tanah je, lepas tu aku letak je dalam tray tu haa. Aku bukan safety officer pun nak kena take action ada ular dalam stesen laa, retak sana sini laa. Haha nasib kau sana tapi kalau boss bising kang, nanti baru kelam kabut kihkihkih. Tapi sebenarnya dah siap dah pun.

Insyallah kalau dipanjangkan umur lagi, 28 Mei 2012 ni genap laa 3 tahun aku duduk kat KL ni dan berbangga jugak sebab dapat menjadi sebahagian dari ahli projek mega buat landasan keretapi ni. Hehe. Tapi sebenarnya aku start kerja dengan company sekarang 9 April 2009, pastu baru belajar tengok plan jalan untuk projek EDL kat JB, eh tetiba aku kena transfer kat projek sekarang ni. Alhamdulillah, aku beruntung dapat involve dalam project ni sebab banyak benda aku belajar, paling best bila kau boleh belajar tahan sabar dengan jayanya dengan kerenah makcik pakcik tuan tanah dan tak lupa jugak tahan sabar dengan kontraktor yang kadang-kadang bikin panas hati je. Eh eh tak lupa jugak, tahan sabar dengan orang-orang besar tuttt tuttt tuttt yang pernah sampai satu tahap tu aku mengamuk tension dalam meeting. Hamek kau, mentang-mentang aku paling muda dalam meeting tu, semua benda kau tak nampak laa tak jumpa laa. Hehe sebenarnya, aku dari zaman belajar lagi orang kenal aku ni orang yang garang. Haha nasib kau lerr.

Sebenarnya aku tak berapa nak sure sama ada aku dah pernah cite ke belum apa kerja aku kan. Dah type panjang-panjang camni eh tetiba macam rasa dah pernah cerita. Tapi aku nak cerita jugak. Kerja aku ni mencabar minda dan hati jugak sebab kerja aku ni dalam bahasa yang kasar "kerja amek tanah orang". Wuarghhh sedih kan? Aku memang buat pengambilan tanah untuk projek-projek tertentu. So far company aku memang buat full land acquisition untuk projek-projek kerajaan. Tak kira laa buat jalan dalam bandar, jalan federal, highway dan landasan keretapi.

Hehe serious aku suka kerja ni sebab aku banyak explore benda yang masa belajar kau pun tak pernah belajar. Contohnya, sekarang ni aku buat landasan keretapi dan jalan, so kau kena tahu dan pandai tengok details drawing. Hamek kau, aku bukan engineer nak kena tahu slope tu bape degree laa, culvert inlet or outlet, and many things dalam engineering terms. Itu memang bukan kerja aku, tapi as land consultant macam aku, kena tahu semua ni, sebab bila tuan tanah tanya "dik, sebonarnya kek tanah makcik ni nak buek apo? nanti makcik punyo jalan masuk kek mano?" haa itu dia, kau memang kena tahu. Bukan bodoh-bodoh je kau turun site semata-mata nak dapat allowance wei. Haha. Itu belum cite pasal kau kena maki hamun dengan tuan tanah yang tak puas hati dengan pampasan yang diorang dapat, kena maki tu alahai perkara biasa, kena baling dulang pun pernah, kena kejar dengan parang pun pernah eh tapi masa tu aku tak masuk kerja lagi. Aku pun terlibat jugak dalam merobohkan setinggan-setinggan ni. Haish tengok laa skop of work aku ni, semua macam tak berperikemanusiaan kan? Sedih tapi nak buat macam mana. Ini punca pendapatan aku. Ecehwahhh!

Dan akhir bulan 7 ni, kontrak kerja aku dengan projek ni pun habis. Sebab part team aku memang totally dah habis, so lepas ni kalau ada isu-isu tertentu mungkin akan dipanggil untuk settle kan laa. Tapi tapi aku akan stay kat KL lagi, ok kita sambung buat pengambilan tanah untuk projek jalan DUKE2. Hehe hello KL. Marilaa kita bekerja sekueknyooo. Tahun depan pergi Liverpool kan. Bye.





[Note : Allah itu Maha Adil, Dia bagi ujian besar, Dia gantikan nikmat/rahmat yang lain]








May 23, 2012

Bulan Rejab Bulan Allah

Alhamdulillah, semalam 22 Mei 2012 bersamaan 1 Rejab 1433, berjaya jugak puasa. Semoga Allah terima segala amalan yang dibuat semalam. Besar kelebihannya bila berpuasa pada 1 Rejab dan pendek kata setiap hari dalam bulan rejab ada pelbagai kelebihannya. Walaupun dah petang tu rasa macam wah nak pitam sangat kot. Semalam jugak, kemaen mengada tekak ni nak makan macam-macam padahal sebelum ni ada jugak puasa sunat tapi takde plak nak jadi macam semalam. Hehe yeay dapat makan satey kat Dato' Keramat. Bukan setakat satey je, nasi putih paprik ayam dengan air gelas buah yang besar pun berjaya di order :) apa ke teruk sangat ni? So, sesiapa nak makan satey kat situ, nak bagi direction tak reti tapi senang je, kedai tu dekat depan Masjid Kg. Dato' Keramat. Lepas buka puasa, boleh terus sembahyang maghrib dekat masjid tu.

Haa sebenarnya bukan nak promote pasal satey tu, tapi nak berkongsi tentang kelebihan bulan Rejab ni. Bila tiba je bulan Rejab ni, maknanya lagi sebulan kita akan masuk bulan Ramadhan. Sekejap je kan masa berlalu dan insyallah 1 Ramadhan tahun ni akan jatuh masa birthday aku yang ke-26. Rasa seronok sangat dan tak sabar nak tarawikh. Harap umur ini masih panjang dan dapat mengerjakan amal ibadah. Alhamdulillah sejak kebelakangan ini rasa tenang walaupun kadang-kadang rasa sedih. Terima kasih Allah sebab turunkan ujian macamni. Sekurang-kurangnya KAU laa tempat aku mengadu, meminta dan bergantung. Semoga aku terus mendapat rahmat dari-MU.

Jom tengok apa kelebihan bulan Rejab ni. Aku dapat pun dari website lain. Bila korang baca kelebihannya, aku rasa korang pun aku berlumba-lumba nak kejar pahala tu kan? Bukan susah pun nak buat, Islam itu agama yang mudah dan tiada paksaan :)


Seronokkan tengok kelebihan ni semua? So apa lagi, grab laa peluang yang ada sementara masih ada peluang. Mana laa tahu, bulan Rejab kali ni kali terakhir untuk kita kan? Selamat beramal :)




[Note :  Jangan tengok keburukan orang, kerana ada 1001 kebaikan dia yang perlu kita nilai]

May 22, 2012

Aku rasa diorang ni awesome gila kot!!!

My current ringtone is Somebody That I Used To Know. Haa macam sesuai gila lagu ni dengan aku kan. Dah lama jugak pakai lagu ni, bila flashback balik, aku dengan somebody tu berebut nak guna ringtone ni. Haha kenangan betul. Rupa-rupanya memang betul "Now, u're just somebody that i used to know" . Ok tak payah nak sedih sangat Erin , kau bukan mati laki pun kan? Chill, ada orang lain lagi teruk dari kau, nasib kau bukan pada dia. Ok self motivate sekejap. Aku bukan nak cite pasal emosi aku, tapi aku nak share video yang awesome ni. Nak menangis aku tengok video diorang ni, kalah Boyce Avenue! Aku rasa pasni Walk off the Earth akan jadi favourite cover. Meh laa tengok.



May 21, 2012

Me on instagram

I don't have FB account and i won't activate it due to some of reason. So if u want to know a little about my current activity and daily life, u guys can follow me on twitter! Other than that, if u want to see my awesome snap and what i called it as my-masterpiece, u also can follow me on instagram. These two account are not setting to private so u don't have to worry either i'll approve or not. 

Here, some of pictures from my instagram! Haha baru perasan yang aku ni suka snap gambar yang lebih kurang sama. Contohnya, makanan, kasut dan kaki, langit, tingkap bilik?


















 Ok, that's all for Monday morning :)


[Note : The time has not come yet]





May 17, 2012

Have faith in Allah :)

How Allah can create everything differently, so does Allah makes different people with different stories. Happiness comes after the pain. It comes at the moment when you never expected. Yes, i'm still keep praying and believe in Allah.

When the time has come, u'll know the person who's destined to be with you forever. Someone who deserves your love. Doesn't mean you love that person, they're the best for you, doesn't mean you hate that person, they're bad for you.

I believe in Allah, insyallah He will give me the best person who can conquer and value this heart. He knows better. I want to be a good moslem :)