May 28, 2011

Nak update apa ek?

Wah tetiba macam tetiap hari pulak aku nak update blog kan . Pastu tengok gambar-gambar orang kawen ngan tunang eh macam semua pulak dah update . So ni nak update apa? Oh actually ramai lagi kengkawan aku yang dah tunang dan kawen tapi sebab aku tak attend , aku pun macam serba salah nak update sebab takde gambar . Errrrr tak suka nak ambil gambar orang lain , haha gedik kan? Tapi ni tadi aku baru je balik dari kenduri kawen Rehan . Tapi gambar belum transfer laa , cable Sony T70 (haa kena laa mention , kata banyak kamera kan , muahahahaha) ada kat Mu'az pulak . Hehe . Tunggu laa aku masuk office next week , kang aku transfer laa . Kehkehkeh . Ok laa korang , nak bagitahu tu je pun . Mmmm lagi satu nak bagitahu ni , start esok sampai lerrr rabu i will be not around . Tunggu gambar ek . Happy holiday uolls :))





[Noted : Peh malam ni Man U vs Barsa kot!!]

May 27, 2011

Just Engaged - Sally & Nasir

Bismillahirrahmanirrahim .. Alhamdulillah Allah masih panjangkan lagi umur aku hari ni dan masih dapat menikmati udara yang segar dan juga pagi ni hujan di KL . Wuwuwuwu kalau tidur sedap jugak kan? Itu kalau laa kan , tapi aku ni kerja kot . Hehe . Ok bertemu kita sekali ke majlis yang seterusnya . Ni aku update ikut tarikh laa kan , ni majlis tunang kawan baik aku masa kat UTHM jugak . Banyak betul kawan baik masa kat U ek? Kehkehkeh .

Straight to the point , Sally ni housemate aku masa memula masuk hostel dulu . Muahaha . Dalam ramai-ramai housemate aku , dia je laa orang Johor pastu orang Batu Pahat pulak tu , betul-betul Johor laa kan , yang lain semuanya orang luar . Yes , kitorang boleh jadi rapat sebab kepala dia yang senget tu , gelak besar , tak sopan , haaa semuanya aku belajar dengan dia . Tapi sekarang semua orang pun dah berubah . Semua dah jadi sopan sesangat . Hehe .

Ok laa aku pun sebenarnya nak cerita lebih-lebih takut membuka pekung di dada pulak , muahahaha . Banyak benda yang jadi antara kita berlapan , eh salah bertujuh sebab lagi sorang tu dah kena buang keluarga . Tetiba aku teringat part , fellow sebelah rumah kita tu datang memalam masa celebrate birthday Shark . Haha . Eh dah-dah aku tak nak cerita sebenarnya .

Ni haa aku terkejut bila Sal kata dia nak tunang , i was like eh siapa pulak yang pinang dia ni? Haha ! Dia ni banyak boyfriend dedulu , so aku macam confused laa kan yang mana satu . Tapi bak kata orang , kalau dah jodoh tak kemana ye tak , finally she met the right person to be part of her life's . Yeah , abang Nasir katanya . Aku tak boleh nak describe Nasir ni macam mana sebab masa tunang tu laa aku baru kenal . Oh apa-apa pun , congrats babe because u've made a right decision . And for your information , she is getting married on December this year . Peh lagi aku nak marah ni , semua dah nak kawen . Hehe . Can't wait to see both of u on the pelamin ! Mesti gorgeous gila kau kan?? Sobs sobs sobs . Ok there is some picture on her engagement day . So enjoy the show . Muahaha .






On the right is Nasir (yela tak kan belah kiri pulak ye tak?)




[Noted : Doakan jodoh aku panjang ye :))]

May 26, 2011

Just Married - Padel & Kak Zie

Memandangkan aku tengah rajin ni , seronok jugak update semua cerita kawen kengkawan walaupun hati ni sakit dowwww tengok korang ni semua dah kawen laa tunang laa , rasa LOOSER gila kot . Kenkadang aku rasa nak je pergi meminang Zahiril Adzim takpun Seth Tan tu ke . Muahaha . Ok sorry sayang , gurau je :)) 

Ok update kali ni lagi best , sebab Kak Zie dah 5 bulan mengandung . Hamek kau!!! Aku siap dah main perut Kak Zie say hello to the baby , and siap main badminton together lagi wei . High Five sikit Kak Zie!! Papppppp!! Tapi errrrrr diorang nikah last year in November 2010 , aku pun sebenarnya dah update dah kat blog ni yang version 1 , reception kat rumah Kak Zie . Kindly read the version 1 .

Alhamdulillah sekali lagi , majlis bertandang ke rumah Padel berjalan dengan baik sekali , cuaca masa tu pun cerah dan takde laa hujan , Allah merahmati majlis tu . Ramai kengkawan dari jauh yang datang , tu yang best tu bila jadi mini reunion , kalau tak kemaen susah nak jumpa kan . Contohnya , dapat lerrr jumpa Ihfasuziella , mek kelate yang super hot tu . Terubat laa jugak rindu ni . Hehe macam biasa laa , nama pun Erin kan so gambar je laa aku mampu hidangkan kat sini . Majlis ni tak silap aku pada 12 Februari 2011 . Kehkeh sumpah aku dah tak ingat tarikh . Kak Zie sila betulkan tarikh ek kalau tersalah :p

 Padel and Kak Zie , bebetul raja sehari ek . Colour kuning gitu !

 Ok fake gila senyum cenggitu 
pastu Chuck kata tudung aku macam langsir -.-

 Semua not available dowwww .

 Photographer yang baru je kawen bulan lepas , kehkehkeh .

Hehe mini reunion !! Yang kanan sekali depan tu laa awek kelate super hot !

Ok , kununnya gambar ni paling aku suka kot?





[Noted : Esok dah jumaat ! Yeayyyyy]

Just Engaged - Muna & Aie

Yeay finally terupdate jugak cerita tunang bestfren aku ni , Muna . Yeah among 3 of us (aku , Muna and Anne) , peh Muna yang tunang dulu . Wuwuwuwu . Takpelaa jodoh diorang kan , lagipun Aie dah tua , tak elok kalau nak perap lama-lama takut nanti berkulat . Muahaha . Ayat agak menyentuh perasaan ni . Bila Muna cakap Aie nak merisik je , aku yang excited lebih , yela kawan mana yang tak happy bila kawan baik sendiri nak dipinang kan . Lagi happy bila aku ni mengikuti kisah percintaan dari start diorang ni bercinta sampai laa dah nak kawen bulan 11 ni . Gaduh ke bertumbuk ke nangis ke apa ke , haa memang lerrr si Muna cerita sebab aku pun macam tu jugak kat dia . Kitorang berdua kuat nangis , tak sekuat Anne .

Alhamdulillah , Muna dan Aie dah selamat dah tempah Dewan Merak Kayangan untuk diorang kawen bulan 11 ni , muahaha tercerita pulak kat sini kan . Ok aku sesenyap eh :)) Nak tahu tak , aku pernah tanya Muna tau , kalau dia kawen boleh ke aku call dia selalu macam sekarang ni , lepas tu gayut berjam-jam? Tetiba aku touching gila part ni , yela orang dah kawen kan , mana sempat nak layan kengkawan call memalam pulak tu . Yes , we always talk thru the phone berjam-jam at night :)) Tapi Muna cakap , dia still sama je walaupun dah kawen . Kehkehkeh . Kang malam pertama aku call eh . Aie jangan aaa marah pulak . 

Ok laa nak cerita banyak pun rasa macam dah kekeringan idea , aku update ni pun kat office wei . Kerja ada banyak jugak tapi wa kan gamble gila , lantak laa . So , kat bawah ni gambar tunang diorang pada 5 Februari 2011 , majlis tunang tu meriah gila dah macam orang kawen dowww , ni kan pulak kalau diorang kawen , omg tak sabar sangat !!!


She always ternganga but i loike :) 

 Aie the hemsem boy who stole Muna's heart .

 Kengkawan ni je yang datang , yang lain busy :((
(masa tu raya cina)

 Sesi gambar sesaja 1.

 Sesi gambar sesaja 2 .

 Sesi gambar sesaja 3. 

Aunty Norly!!

Wooo nak update jugak ni , kitorang yang datang majlis Muna ni lepak sampai malam tau , sebab malam tu aktiviti BBQ lepas tu terjum kolam . Hamek kau tak pernah dibuat orang wei , majlis tunang diakhiri dengan mandi-manda kat swimming pool dia . Omg !! Awesome gila kot . Hehe tu je nak update . 





[Noted : Semua orang kat office ni macam tengah busy je?]

Just Married - Suhada & Mukhafiz

Hehe pecah perut aku nak update ni sebab dah setengah tahun diorang kawen baru nak upload kat sini . Oh ini semua memori , so kena jugak aku update kat blog . Sue ni ex-classmate masa kat UTHM dulu . So reception kat tempat Sue berlangsung pada 16 Januari 2011 kat Serendah . Korang tengok je laa gambar ek.

 Sue cantik gila , yela dia memang cantik kan?


Yang seronoknya kalau kengkawan kawen mesti akan jadi mini reunion !

 Memandangkan kitorang tak bawak pasangan , maka berangan laa kawen berdua :D

 Cer korang tengok , beza gila kan muka aku ngan Sue ni , asal dia nampak matang?

 Sebelum balik kita salam pengantin ambil berkat .

 Request by Chuck (on the right) . Sebelah kiri pulak Ame . Diorang ni BFF .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok last sekali , my favourite picture untuk entry kali ni ialah ........


May 25, 2011

Hello Kakak kakak kakak !

Seronok kan bila tengah sakit kepala , tetiba bunyi tepon , ada suara budak kecik cakap hello .. kakak kakak kakak .. pastu diiringi gelak comel . Haha . Actually aku tak suka sangat bebudak ni especially yang dah umur 5 ke 6 tahun , hamboi-hamboi dia punya degil lompat sana-sini buat aku rasa nak baling je kat bawah . Astaghfirullahalazim . Tapi kalau umur 1 tahun ke 4 tahun ni , aku suka sangat sebab bebudak ni comel , lagi-lagi pulak kalau budak tu jadi favourite aku . Then tetiba aku terfikir tak kan nanti kalau aku ada anak , start umur 5 tahun aku nak campak pulak? Muahaha . Ni kalau bakal suami ke mak mertua baca confirm kena cancel . Ok entry kali ni , nak upload gambar bebudak comel je . Huhu sebab aku tengah tension ni , jap lagi korek-korek gambar kat laptop ni , wah ada collection gambar bebudak comel . Hehe . 

 Ini laa budak kecik yang bibir sexay tu . Dia laa call semalam . Haha . 

Ok , ini pulak my favourite adik sedara , Ammar Hafi . Comel !!

Haaa ni lagi sorang favourite aku ni , Adam Nuqman , eeeee geram tau rasa nak makan .

Ok laa bebudak comel semua , kakak nak buat kerja , nanti jumpa korang tiga-tiga kakak nak makan korang boleh? Sebab comel sangat aaaa . Geram tau . Tapi jangan bagitahu mak ayah korang ek? Hihi . (ok hilang stress dah) .



[Noted : Rasa nak lempang orang lelaju je]

May 24, 2011

Vacation mode is ON !





Takde perkara yang paling menarik buat masa ni melainkan , pergi ke pulau dan menenangkan fikiran . Haha .

May 23, 2011

#20peopleilove

Sekarang ni suka sangat tweet , jadi suka jugak buat trend twitter tu . Memandangkan aku ni pemalas tak tahu nak type apa , so apa kata aku type trend kat sini . Muahaha . Good idea kan?

#20peopleilove mom is always number 1 .
#20peopleilove dad is always after mom . hihi .
#20peopleilove fahmi , adik yang kuat nangis .
#20peopleilove faid , adik paling bongsu yang paling suka cari pasal .
#20peopleilove kama , adik paling musuh tapi tetap sayang sbb darah yang mengalir adalah sama .
#20peopleilove atuk Bus , atuk yang garang tapi ajar aku agama , menutup aurat , mengaji :)
#20peopleilove nenek Patonah , my superlovely nenek .
#20peopleilove atuk Man , atuk dah lama takde since aku darjah 6 lagi .
#20peopleilove nenek Mai, walaupun x rapat sangat tapi bila balik kampung je mesti nak tidur sebelah.
#20peopleilove Mu'az , bakal suami lagi 2 tahun daripada sekarang , of course laa sayang !
#20peopleilove Cik Rin , pakcik yang paling banyak tolong aku sekeluarga dari kecik sampai ke besar.
#20peopleilove Muna , super bestfriend aku , tak boleh hidup tanpa dia .
#20peopleilove Anne , yang ni jugak , tak dapat cari Muna , i can find her .
#20peopleilove Ame , another one yang sekarang ni dah jadi sebahagian hidup aku .
#20peopleilove June , bestfriend since kat TIJB tapi sekarang ni lama sangat tak contact .
#20peopleilove Ammar Hafi , haha my favourite adik sedara !! kihkih .
#20peopleilove En Nazali , my favourite lecturer , pastu aku nak ngorat anak dia Adam :)) comel .
#20peopleilove Shark , kawan senget aku tapi suka dengar dia bagi opinion and advice .
#20peopleilove Sally , ni sama laa seangkatan dengan Shark , perangai sama je dowww .
#20peopleilove si putih , urghhhh ingatkan senang nak buat trend ni tapi susah jugak eh .


Oh actually banyak lagi yang aku sayang , cuma ni ranking yang tertinggi laa setakat ni . Hehe . Jangan laa korang kecik ati pulak .

May 19, 2011

Short update .

Ok , dah lama tak update cerita kat sini kan , sebab sekarang ni aku rajin menulis kat notebook je . So notebook tu akan sentiasa ada dalam handbag , rasa nak tulis aku terus je tulis . Haha Erin dah berubah . Oh actually pendekatan baru dalam kehidupan aku . Banyak laa jugak aku menulis . 

Kehidupan aku kebelakangan ni agak haru biru . Tapi aku suka take it easy and live to the fullest ! Makin korang fikir masalah makin serabut jadinya . Jadi tiru laa macam wa . Haha . Banyak benda yang jadi dalam hidup ni yang tak dijangkakan . Contohnya , berat aku naik 3kg :) tu memang satu perubahan yang paling ketara sekali . Mungkin happy sangat kot , pastu kuat makan .

Ok laa , aku pun macam blurghhh tak tahu nak tulis apa , saja nak menyinggah sebab aku tahu ada yang suka baca blog ni kan . Ekekeke . Nanti laa ada masa yang betul-betul free , wa update untuk lu orang . 







[Noted : I feel so bad today ! ]