Aug 30, 2010

Persiapan raya .

Hai selamat pagi Malaysia . Wah wah wah , pukul 2.00 pm ucapkan selamat pagi? Pagi Isnin pulak tu . Tak kerja ke? Oh actually , aku baru bangun tidur setelah dapat tidur selama satu jam di surau office . Hebat bukan , berbekalkan bantal bintang dan selimut menggunakan kain telekung . Omg? Dah macam kain kapan menutup badan . Hihi . Hari ni tidur secara berjemaah ber-empat saja . Sebabnya tidur secara bergelimpangan dan tak de petak parking untuk baring dengan betul . So , first come first serve . Ni aku bangun-bangun je terus cari botol air Kak Fazi . Haus sey ~ Opsss sorry ye , i cuti puasa .  Eh , ni kalau Kak Fazi tahu ni aku curi botol air dia , sure punya laa partition aku ni runtuh kena tumbuk . Haha . Tapi nasib baik dia cuti hari ni . 

Nak tanya korang semua , macam mana dengan persiapan hari raya? Sedar tak sedar , hari ni dah puasa yang ke-20 kan dan sudah sampai ke malam 10 yang terakhir kan? Cepatnya masa berlalu . Sedih bila Ramadhan dah sampai ke penghujungnya . Masih banyak lagi amalan yang kunun-kununnya berangan nak buat masa bulan Ramadhan . Itu laa Erin . Angan dan terus berangan . Aku mengharapkan segala amalan diterima oleh Allah S.W.T . 

Bila cerita pasal bulan Ramadhan , pasti cerita bulan Syawal akan menyusul pulak . Biasanya , sambutan bulan Syawal memang sangat meriah kerana menandakan kemenangan semua umat Islam menahan segala lapar dan dahaga . Eh tapi bukan setakat tu je , menahan segala nafsu jugak ye . Tak kira laa nafsu tuttt ke tetttt . Hihi . Nafsu bershopping pun kena control jugak ok? Jangan membazir walaupun setahun raya hanya sekali . Sambutlaa dengan penuh rasa kesyukuran dan ingatlaa pada mereka yang susah dan yang kurang berkemampuan . Ceh wahhh bukan main lagi aku ber-blog hari ni . 

So , persiapan korang macam mana? Semua dah settle? Tapi sebelum habiskan duit bershopping tu , dah bayar zakat ke belum? Utamakan yang wajib dulu ye kengkawan :) Alhamdulillah , setakat ni persiapan hari raya sudah hampir selesai . Mana tak nya , aku dah berulang-alik kat Jalan TAR tiga kali ok! Gila kan? Almaklumlaa kan office aku ni dekat dengan Jalan TAR , haruslaa berulang-alik ke sana . Hahaha . 

Tetiba je aku nak buat checklist untuk apa yang aku dah buat dan yang belum buat ;
Done ;
1. Baju kurung raya .
2. Tudung raya .
3. Kasut raya .
4. Handbag raya .
5. Baju jenjalan raya .
6. Tukar duit raya .
7. Beli kain untuk ayah dan atuk .
8. Beli baju untuk Fahmi .
9. Beli kuih raya 5 bekas + kerepek pisang 1kg walaupun mak jual kuih raya .
10.Zakat fitrah , ni aku rasa ayah dah settle kan . Hihi .
11.Bayar duit kereta si putih Lancer sampai 2 bulan . Yela alang-alang dapat bonus , bayar je banyak      banyak bulan .
12.Duit minyak dan tol untuk balik beraya . Mahu aku tak beraya kalau semua duit dah habis shopping .


Not done ;
1. Beli kasut converse raya untuk adik .
2. Tak tahu nak beli apa untuk mak , handbag kot .
3. Tudung untuk nenek .

Wow , banyaknya yang dah done . Yeay , sekarang dah boleh berhenti berblog . I mean untuk entry ni je laa . Haus laa , nak minum bawah meja jap :)

Aug 25, 2010

Rasa macam entah laaa .

Kadang-kadang , jadi tension bila kita terpaksa memendam rasa pada orang yang sangat annoying! Susah kan kalau berdepan dengan orang yang macamni . Hahaha . Aku cuba pendam lagi dan lagi sampai laa aku tak nak tengok muka dia . Boleh kan?? Patutlaa life dia macam boring gila je . Pity u!

Aug 23, 2010

Happy Birthday Fahmi!

Happy birthday Fahmi!
Ok ini adek kedua aku dan anak ketiga mak . Hahaha .
Hari ni genaplaa dia berusia 18 tahun . Tak sangka dia dah masuk universiti . Kalau tengok dari gaya memang pemalas nak belajar tapi dia ni atlet sekolah . Tu pasal laa susah nak tengok dia pegang buku tapi alhamdulillah dapat jugak masuk universiti ok . I'm proud to be kakak sulong kerana setakat ni semua pun masuk universiti . Hoho bangga! Oh actually nak bagi ucapan je kat dia , mana laa tahu dia usha blog aku dalam diam . So , Fahmi ....May ALLAH bless you always . Semoga wish birthday tahun ni tercapai ye . Memandangkan nak raya ni , hadiah birthday tahun ni kasut raya ok :)

Aug 22, 2010

Puasa dan malas angkut kamera .

Apsal eh , sejak dua menjak ni kan , rasa nak berblog tapi takde idea nak tulis pasal apa . Mungkin sebab takut dapat dosa kot . Hihi . Isk memaen pulak aku ni kan . Yela takut jugak segala perkataan boleh menyakitkan hati  orang yang membaca . Cettt padahal memang tengah takde idea nak tulis apa kan . Oh actually kan , lately ni keluar jarang bawak kamera , so macam tak best pulak nak cerita pasal buka puasa ke shopping ke tapi takde gambar nak di-attach kan . Sebab bulan puasa ni tak larat nak angkut kamera yang sama berat dengan aku tu . Tapi mari laa lihat gambar-gambar sempena bulan ramadhan yang ada dalam kamera handphone ye :)


Puasa - day 1 ; Memandangkan bulan Ramadhan , aku buat keputusan drastik ambil bantal bintang dalam si putih untuk dijadikan teman ketika waktu lunch kat office . Faham-faham je la uolls~ Dengan bantal bintang ni laa , aku tidur nyenyak dalam surau dan dapat menghilangkan rasa haus mahupun lapar :)


Puasa - day 2 ; Dah berjanji dengan si mok Amer (nama samaran baru) nak berbuka sama tapi tak tahu nak buka puasa kat mana . Tetiba je dapat idea buka puasa dengan mok lagi sorang (Chuck). Maka dengan itu , pukul 7.00pm masih dalam kereta dan stuck dalam jammed . Memang heaven gila sebab dalam si puteh takde makanan mahupun air ok! Ada 2 biji eclipse je kot . 


Puasa - day 3 ; Scary oh tengok accident ni . Masa ni aku drive alone balik JB . Hujan lebat sangat dan jalan licin . Bila tengok accident ni , terus bawak slow . Takut sangat . Yelaa sensorang pulak tu . Oh ye , accident ni berlaku dekat Melaka (highway menuju ke JB) .



Puasa - day 4 ; Dua gambar di atas di hari yang sama . Aku teringin nak makan Nando's , so berbuka puasa laa dengan Nando's . Yeahh ini dah sebulan lebih tak balik JB tau !



Puasa - day 6 ; Dua gambar di atas pula , haaa nampak tak Mu'az pakai baju kerja? Hahaha . Masa ni dia yang paksa aku tau! Paksa ambil gambar dengan dia pakai baju kerja . Sebelum balik ke KL hari esoknya , Mu'az bawak aku buka puasa makan ayam penyet yang sedap dekat Kg. Pasir , Pasir Gudang . (Sila abaikan muka yang berminyak dan mata lebam ye~)

Puasa - day 6 ; Haa lepas balik berbuka dengan Mu'az dekat Pasir Gudang , aku singgah kedai kat SS untuk packing kuih raya yang kengkawan order . Hehe sorry laa tak update kat blog pasal jual kuih raya sebab dah upload dekat facebook je .


Puasa - day 10 ; Oh yeah dua gambar di atas ialah shopping di Jalan TAR waktu lunch . Wah best gila ok , murah-murah pulak tu . Tapi dah penat shopping rasa haus sesangat . Macam nak buka je tapi tak boleh buka sebab umur dah 24 tahun kena belajar bertahan :)


Puasa - day 11 ; Ini juadah berbuka puasa kami . Siapa kami ? Erin , Muna , Anne dan Aina . Rasa seronok sangat dapat berbuka puasa sesama . Teringat zaman masa kat UTHM . Dan yang paling kelakar , memasing pakai baju yang sama colour . Chemistry memang kuat!


Ok , itu saja gambar yang ada dalam handphone . Sekian , terima kasih :)


[Noted : Tengah merajuk! ]

Aug 20, 2010

Kurus meleding .


Kalau bulan puasa , orang yang gemuk , mungkin akan kurus sikit tapi kalau orang kurus , semakin kurus laa jadinya . Hummmmm . Macam mana eh nak gemuk? Nak tips gemuk please .

Dah 10 hari puasa .

Hai selamat hari Jumaat . Alhamdulillah syukur kehadrat illahi dengan limpah kurniaNya , kita diberikan kesihatan yang baik dan dapat mengerjakan ibadah puasa dengan sempurnanya . Hari ni bersamaan 10 ramadhan . Sekejap je dah 10 hari berpuasa , kalau dulu masa kecik-kecik kan , rasa lama gila je nak habiskan puasa tapi bila dah besar panjang ni , rasa puasa tu sekejap sangat . Pejam celik pejam celik dah nak kena shopping raya . Huhu . Ada ke situ pulak ye .

Ok laa , actually tak tahu nak update apa sebab bulan puasa ni memang malas nak berblogging . Aku cuma singgah page blogger-blogger lain . Kebanyakan dari blogger-blogger semuanya cerita pasal juadah berbuka mereka . Hummmm . Aku tengok memasing punya makanan bukan main lagi wei . Buatkan aku terliur je . Sekarang ni pun aku tengah haus gila kot . Tak tahu laa apsal , padahal semalam sahur je . Cuma mungkin sebab aku demam kus kus kot . Berjangkit dengan mok laa ni . Hihi .

So memandangkan dah 10 berpuasa , macam mana persiapan raya korang semua? Dah berapa pasang baju raya? Hehehe . Itu je entry kali ni .



[Noted : Macam demam je ni]

Aug 14, 2010

Berpuasa di home sweet home .

Hai selamat hari Sabtu . Semoga Sabtu korang penuh makna . Ceh wahhhh , yela ada orang tengah super happy sebab hari Sabtu , dia dekat JB ok . Diulangi lagi sekali , JB . Hahahaha . Aku update blog ni dekat rumah JB . Yahuuuuuuu ! Gembira tak terkata . Alhamdulillah setelah sebulan lebih jugak tak balik rumah , akhirnya aku selamat sampai . Perjalanan semalam dari KL-JB penuh dengan cabaran . Kenapa cabaran ? Sebab sebelum aku gerak balik JB , aku kena siapkan semua kerja sebelum aku bercuti panjang . Eh actually takde laa panjang sangat , cuma dua hari je . Aku memang tak boleh cuti panjang sebab nanti kang huru hara laa office tu . Cettt , macam orang penting je kan . Tapi memang betul pun .

Semalam , aku gerak balik JB dalam 4.30 pm jugak laa . Huh , dah start jammed wei tapi alhamdulillah jammed tu tak berpanjangan sebab lepas je tol Sungai Besi dah ok dah . Mungkin jammed tu disebabkan orang bekerja dah balik rumah . Musim bulan puasa ni kebanyakan company bagi balik awal , tu pasal laa pukul 4.00 pm pun dah start jammed . Sampai R&R Seremban , aku berhenti nak beli air dan roti . Yelaa memandangkan memang sure punya aku akan berbuka dalam kereta , so kena laa beli . Kang ada jugak yang pengsan dalam kereta . Hihi .

Sampai je dekat km180 kot , tiba-tiba je jammed . Oh jalan punya jalan , subhanallah ada accident rupanya . Uuuu makkkk aiiii terkejut wei , lori tu terbalik dan tersangkut kat divider lepas tu pulak (klik sini untuk tengok gambar tu , ni aku sempat ber-FB masa accident tu , so terus je upload) , tengok belah kiri jalan , banyak gila kereta-kereta lain yang terlibat sama . Almaklumlah , hari hujan dan jalan pun licin . Mungkin diorang dah break pun still tak dapat control lagi kan . Bila tengok accident tu , hati aku mula berdebar-debar dan resah . Takut sangat . Terus berdoa semoga perjalanan aku dilindungi Allah S.W.T . Kejadian-kejadian macam ni kita boleh elakkan dengan memandu berhati-hati . Thank you Allah for safety journey :)))



[Noted : Hari ni nak buka makan Nando's]

Aug 12, 2010

Puasa ; Day 1

Assalammualaikum para sahabat . Hihi . Sungguh sopan kan? Sebenarnya tak tahu nak tulis apa , cuma nak ucapkan "Selamat Berpuasa" . Actually , entry ni sepatutnya di publish kan semalam , yela kan tengok tajuk pun dah tahu . Sebab hari ni kan dah 2 Ramadhan . Semalam , tengah kunun nak update blog tetiba je banyak kerja sampai tak sempat nak tidur waktu lunch . 

So , kepada semua pembaca The Erin , semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua . Banyak kan laa beramal daripada mengumpat . Hihi . Ni macam cakap diri sendiri je kan?



[Noted : Baju raya korang dah berapa pasang?]

Aug 9, 2010

Wallpaper laptop hari Monday blues .

Tengah tengok anak bulan ni wei :)

Kenapa perlu ada perkataan hina?

Hai selamat hari "Monday blues" kepada korang semua yang bekerja . Haha . Kepada yang masih belajar , korang tak kan pernah mengerti apa itu Monday blues . Saje je kasi korang panas ! Yelaa korang ingat kerja tu best ke ? Tak best wei . Hihi . Tapi saat paling best bila dapat gaji tiap-tiap bulan . :))

Oh , sorry laa ye kengkawan kalau The Erin semakin kurang menarik . Maksud menarik di sini ialah takde cerita menarik bukannya tuan The Erin tak menarik ye uolls . Seperti biasa alasan yang sama , i busy laa uolls . Banyak kerja di office . Tension mak ! Lagipun dah nak puasa ni , jadi kena laa siapkan kerja secepat mungkin sebabnya kalau buat masa bulan puasa mungkin kerja tu macam lambat nak siap sebabnya jugak emosi terganggu dan mungkin jugak ada scene merungut dan sekaligus pahala puasa pun berkurang . Panjang bukan penerangan aku ni ? 

Sebelum aku ucapkan selamat berpuasa pada korang semua , aku nak kongsi cerita yang agak boleh tahan panas laa jugak . Lagi pulak , tentang Johor .  Haha confirm laa aku akan cerita , mana laa tahu kan , korang tak tahu pasal ni . Ok , memula sekali aku nak ingatkan pada korang semua , entry ni cuma nak mengingatkan sesama kita je dan bak kata orang telajak perahu boleh diundur , telajak kata haishhhhh masuk surat khabar laa jawabnya . Hihi . Mesti korang ni blurr kan ? Meh sini dengar aku cerita ye . 

Tapi sebelum tu klik sini . Dah habis baca ke belum ? Hehe . Aku ni penakut orangnya so , tak nak laa komen lebih-lebih , nanti kang tak pasal-pasal je The Erin kena blacklist . Tak sempat nak rasa duit nuffnang bagi kang . Hihi . Ok , teruslaa aku simpulkan ye . Kepada orang-orang di luar sana yang ada facebook , janganlaa anda mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan , sebab sekarang ni senang je nak tersebar diseluruh dunia . Lepas tu jugak , harus jugak diingatkan , ruangan "what's on your mind" tu bukan laa tempat nak melepaskan marah ye . Haha . Cettt padahal aku pun sama je kan tapi takdelaa nak tulis perkataan yang kurang sopan . Hihi . So , itu saja .

Selamat berpuasa :))) Jangan lupa tengok facebook i ok , i jual kuih raya !



[Noted : Next week nak cuti !]

Aug 5, 2010

Happy Birthday Jiran Sebelah !!

Ok , entry ni khas untuk jiran sebelah yang suka gaduh dengan aku dan nasib baiklaa partition masih kekal dalam keadaan yang baik . Eh , korang jangan salah sangka pulak ye , ni jiran sebelah kat office . Hihi .

Comel kan???  Ini dia Kak Fadzi :)