Yeay , tahun ni aku dah 24 tahun . Happy sesangat . Mesti korang cakap aku ni pelik kan ? Memang pun , kalo orang lain rase tertekan bila tahun baru sebab umur semakin bertambah tapi aku tak pun !
Ada sebabnya , mak cakap "kalo dah umur 24 tahun baru boleh pergi mana-mana (jenjalan jejauh) tapi kena jaga diri" Haha . Itu yang aku happy gila kot . Ada kisah disebalik kata-kata mak ni . Tahun lepas 2009 (cett macam dah lama je bunyi nye , padahal baru dua hari tahun lepas berlalu) , officemates aku ajak pergi Langkawi , aku sangat-sangat laa teruja sebab tak penah pergi kot . Haa jangan nak gelak ok ? Ala bukan setakat Langkawi , malah segala pulau-pulau yang cantik kat Malaysia ni aku tak pernah pergi . Sedih wooo . Nak kata aku ni anak tunggal sampai susah dapat permission , tak jugak sebab aku ada 3 orang lagi adik . Mak aku sangat-sangat laa susah nak lepaskan kami adik beradik pergi jauh-jauh . Tak paham betul aku . Ni yang aku keje kat KL ni pun sama jugak . Dia tak bagi pun aku pergi KL tapi disebabkan aku keje ni ada kaitan ngan pakcik aku , dia percaya laa kot . Haha . (Padahal duduk kat KL ni aku macam duduk hostel sebab asyik nak balik JB je).
Eh eh eh tak habis lagi cerita tadi . To be continue ..... Bila officemates aku tanya , jadi ke tak nak join , aku bagitau laa kat diorang kene call mak dulu mintak permission , haha ! Nak tahu apa reaction diorang ? Ok , mestilaa gelak dan seterusnya tanya "kenapa kene mintak permission?" Dan kesudahannya memang dah dijangka mak aku tak kan bagi punya . Tapi sekurang-kurangnya aku mencuba walaupun dah tahu keputusannya . Aku merajuk jugak kot time tu , at last mak keluarkan statement "kalo dah umur 24 tahun baru boleh pergi mana-mana (jenjalan jejauh) tapi kena jaga diri" . Bila dengar macam tu , woweeee happy gila . Tak sabar nak tahun 2010 and now its 2010 ! Yeay . Banyak plan vacation telah di atur . Yehaaaaa . Tak perlu mintak permission tapi kena bagitau je !
So start Januari 2010 - Mac 2010 , jadual vacation aku penuh ! Terima kasih Mak . Tapi aku kena kumpul duit laa ni . Kalo dah takde duit , camne nye nak pergi bercuti plak . Adoiyai . Lemah longlai duit aku dengar .
Kepada semua , Selamat Tahun Baru 2010 . Jadilaa manusia yang berguna ! Jangan menyusahkan orang lain . Hidup di dunia ini hanya sementara , jadi beringatlaa kamu semua ! (ok , ini ditujukan untuk aku sebenarnya)
Sebelum terlupa , "Selamat Bertunang kepada Maziah & Ibtisham"
No comments:
Post a Comment