Jan 16, 2010

Mata bengkak sebab ...

wuarghhhhh . Nanges golek-golek sensorang kat KL . Sian kan ?

Jan 15, 2010

"Saya dah malas"

Sumpah sampah ayat ni . What the hell ? I'm young than u but why u can't take it as cabaran ? Why haa? Why ??

Jan 13, 2010

Bengang & Bangang

Ish , apahal laa bangang sangat diorang ni ? Damn ! Tak reti baca report ke apa ? Stupid !

Jan 12, 2010

Moment 2010 .

Yeay update blog kat office untuk kali kedua (sumpah bangga gila!) .

Ok , tahun baru aku 2010 dimulakan dengan sesi perhabis duit , enjoy and hangout . Misi tahun ni , habiskan duit tahun lepas (bunyi macam banyak sangat je duit ni) . Humm , malas nak type panjang-panjang , so apa kata lets picture talk (gambar bercakap) . Aku tak leh lama update ni sebab nak pergi MOT . Haha . Gila sey siap mention MOT . Perlu ke ? Haha . Lantak laa . Blog aku kan ? ;)

**mmm haaa , aku update blog secara dari belakang ke depan . Haha .

Moment 4 :

Last weekend bersamaan 10 Januari 2010 , plan nak pergi ke Las Vegas terpaksa dibatalkan di atas sebab-sebab tertentu . Harap maklum . Jadi , aku ngan Muna plan picnic since Mu'az pun memang nak datang KL kan . Perjalanan hidup aku last weekend sangat penat tapi gembira ;) . Kenapa ? Sebab dapat spent time together ngan bff and of course laa bff . Hehe . Pagi-pagi pergi main congkak pastu petang main ice skating plak . Great moment laa babe .

Muka excited nak main ice skating

Sebelum balik dan sebelum pergi ke
Sunway Pyramid

The foods ; 23 bungkus nasi lemak , spaghetti ,
roti & tuna , ayam barbeque & sosej

Me , Melly and Muna



Moment 3 :

I miss this two beautiful lady . Siyes ni . I miss Shakila Khan & Shaleha . Dah lama tak jumpa , gossiping and of course laa snapshot . Thanx a lot to Shaleha yang sanggup datang all the way from BP beb . Tapi quite sedih laa sebab Jaja , Ana , Fizz & Ruby tak de . Nak watcmne kan , ini jelaa yang dapat jumpa , yang laen-laen maybe tunggu Fizz kawen laa kot .



Amer , Shark , Halus , Sally

"Amer , amek gambar nampak KLCC tau "
dan inilaahh hasilnya

Ni pose kurang maut


Moment 2 :

This new year was the first time celebrate wei . Kat KL plak tu . Sumpah bangga gila . Tapi mak asyik duk call je , tanya kat mana . Haha . Sorry laa mak , tak sempat nak angkat phone . Tapi kali dua ratus lapan puluh enam baru terperasan nak angkat. Malam new year pergi kat BB , makan nasi ayam yang sedap , tengok fireworks dari celah bangunan , jalan ke Pavilion , tengok movie Did You Hear About Morgan? , balik umah Melly , tidur sampai pukul 12pm , bangun mandi terus pergi makan kat Pak Li kopitiam . Aku order Asam Laksa ngan air mango apa ntah nama dia . Lupa laa plak . Thumbs up laa Asam Laksa tu . Menu Ikhwan : Nasi goreng Pineapple , Menu Melly : Chicken Chop (sorry air diorang aku lupa laaa , pastu gambar pun tak amek)

Me and Melly

Chennai , India . Haha .

Sorry laa Ikhwan muka hang tak nampak

Makan malam kat Nasi Ayam Hainan BB


Moment 1 :

This picture was taken the day before new year 2010 , opsss an evening before new year . Banyak lagi gambar tapi malas nak upload banyak-banyak . Mahal laa wei muka-muka kitaorang ni ;) . Amek gambar ni dekat Merdeka Square . Tahu ke ? Alaa yang Tunku Abdul Rahman cakap "Merdeka . Merdeka . Merdeka " . Hehe . Dapat tangkap and bayangkan tak ni ? Ishh kalau tak , iskk tak tahulaaa .

Wahh gebu gilaa wei

Suka gambar ni , sweet

Ni pun saya suka !

Jan 2, 2010

2010 = 24

Yeay , tahun ni aku dah 24 tahun . Happy sesangat . Mesti korang cakap aku ni pelik kan ? Memang pun , kalo orang lain rase tertekan bila tahun baru sebab umur semakin bertambah tapi aku tak pun !

Ada sebabnya , mak cakap "kalo dah umur 24 tahun baru boleh pergi mana-mana (jenjalan jejauh) tapi kena jaga diri" Haha . Itu yang aku happy gila kot . Ada kisah disebalik kata-kata mak ni . Tahun lepas 2009 (cett macam dah lama je bunyi nye , padahal baru dua hari tahun lepas berlalu) , officemates aku ajak pergi Langkawi , aku sangat-sangat laa teruja sebab tak penah pergi kot . Haa jangan nak gelak ok ? Ala bukan setakat Langkawi , malah segala pulau-pulau yang cantik kat Malaysia ni aku tak pernah pergi . Sedih wooo . Nak kata aku ni anak tunggal sampai susah dapat permission , tak jugak sebab aku ada 3 orang lagi adik . Mak aku sangat-sangat laa susah nak lepaskan kami adik beradik pergi jauh-jauh . Tak paham betul aku . Ni yang aku keje kat KL ni pun sama jugak . Dia tak bagi pun aku pergi KL tapi disebabkan aku keje ni ada kaitan ngan pakcik aku , dia percaya laa kot . Haha . (Padahal duduk kat KL ni aku macam duduk hostel sebab asyik nak balik JB je).

Eh eh eh tak habis lagi cerita tadi . To be continue ..... Bila officemates aku tanya , jadi ke tak nak join , aku bagitau laa kat diorang kene call mak dulu mintak permission , haha ! Nak tahu apa reaction diorang ? Ok , mestilaa gelak dan seterusnya tanya "kenapa kene mintak permission?" Dan kesudahannya memang dah dijangka mak aku tak kan bagi punya . Tapi sekurang-kurangnya aku mencuba walaupun dah tahu keputusannya . Aku merajuk jugak kot time tu , at last mak keluarkan statement "kalo dah umur 24 tahun baru boleh pergi mana-mana (jenjalan jejauh) tapi kena jaga diri" . Bila dengar macam tu , woweeee happy gila . Tak sabar nak tahun 2010 and now its 2010 ! Yeay . Banyak plan vacation telah di atur . Yehaaaaa . Tak perlu mintak permission tapi kena bagitau je !

So start Januari 2010 - Mac 2010 , jadual vacation aku penuh ! Terima kasih Mak . Tapi aku kena kumpul duit laa ni . Kalo dah takde duit , camne nye nak pergi bercuti plak . Adoiyai . Lemah longlai duit aku dengar .

Kepada semua , Selamat Tahun Baru 2010 . Jadilaa manusia yang berguna ! Jangan menyusahkan orang lain . Hidup di dunia ini hanya sementara , jadi beringatlaa kamu semua ! (ok , ini ditujukan untuk aku sebenarnya)

Sebelum terlupa , "Selamat Bertunang kepada Maziah & Ibtisham"