Apr 25, 2009

Shopping Supreee~

Mood kembali kehappian sebab arini nak bershopping dengan honeydew~ Yeay . Dah lama xbershopping kan? Yelaa kan xde duit camne nak shopping . Ni dah ade duit lg haruslaa bershopping . Actually semalam baru je dapat gaji jadi cikgu buat kali kedua . Lumayan jugaklaa . Berbaloi dengan peluh keringat aku . Huh xboleh bla betul ayat ni . Tapi dalam menunggu duit gaji masuk , memang suffer jugaklaa . Yelaa aku kan dah bekerja sekarang ni , so setiap hari pun memerlukan duit untuk makan , isi minyak dan berbagai-bagai lagi . Sampai tahap , aku ngan Chaa nak makan Mi Sedap di opis (tapi xjadi sebab rezeki kami murah, ade orang belanja) .

Sepanjang keje JB Consult ni , memang boros sangat-sangat sebab , officemate aku suka makan tempat mahal-mahal . Hoho . Tapi best , semua jenis makanan kat semua shopping complex kitaorang dah katam kan . Haha . Kalo setakat McD tu celah gigi je laa . Sebab tu dah biase sangat dah . Wah maha belagak aku ni . Tapikan McD kan murah time lunch hour kan ? So xdelaa mahal sangat pun . Rasenya sekarang ni , semua fast food restaurant berlawan-lawan nak murah kan harga . Ok stop . Memandangkan gaji aku dah masuk ni , aku dah berjanji ngan officemate nak belanja makan . Tapi mula-mula nak belanja pizza je tapi semalam orang lain dah belanja makan pizza kan . So , Chaa sibuk nak TGIfri plak . Aku pun lom penah makan lagi kan . So , aku rase layan kan je laa Chaa . So plan next jumaat kot pegi jotic . Sebab jumaat kan rehat lama . Huhu .

Ahhh dah penat pulak type . Itu je citenye . Aritu banyak cite nak type tapi mase tu penat . So sekarang pulak dah lupa apa citenye .



*Plan nak gi shopping di Bukit Indah , Sutera Mall , CS!

Apr 11, 2009

Sunyi sepi~

Kehidupan baru bermula semula .
Kerja baru, kawan baru , persekitaran baru .
Dan gaji pun baru .
Itu laa yang dinamakan kehidupan .
Tapi bila ada yang baru , jangan dilupakan yang lama .
Kerana yang lama memberi kenangan .
Kerana yang lama memberi pengalaman .
Kerana yang lama memberi pengajaran .
Jadi , walau apa pun dan walau dimana pun .
Kita jangan laa lupakan yang lama .


*Wahh aku berpuisi ke ni? Kebosanan dikala keseorangan di ofis

Apr 7, 2009

6 April

Semalam 6 April 2009 , tamatlaa aku menjadi seorang guru yang boleh dikatakan cemerlang , gemilang dan terbilang . Harap semua jangan terkejut ye dengan persaraan aku ni . Aku bukanlaa cikgu tetap tapi hanya sebagai guru ganti . Jangan silap penafsiran ye . Aku xmemiliki sebarang diploma mahupun degree dalam pendidikan . Aku hanya seorang guru ganti saja !

Pengalaman? Sangat banyak dan menarik . Sebab lepas ni , memang confirm anak murid aku masih kenal aku dan menegur dengan panggilan "Hye cikgu!" . Wah memang seronok tapi nampaknya aku kena laa berpakaian sopan ye . Haha . Almaklumlah aku kan cikgu rawks kat sekolah tu . Kebanyakan dari anak murid aku yang form 3 panggil aku sister . Aku bahasa kan diri aku ngan diorang pun "gua-lu" je . Saja nak bagi diorang happy dalam kelas . Dan hasilnya amat berkesan . Diorang suka aku mengajar . Betul ni , aku xtipuu .

Aku ingat lagi , ada rombakan jadual baru . Jadi , aku xmengajar lagi kelas form 3 dan aku mengajar hanya form 1 dan form 2 saja . Bila terserempak ngan budak form 3 semua tanya aku "Cikgu , kenapa dah xajar kelas kitaorang lagi?" dan aku hanya mampu menjawab "Sebab awak degil laa saya mintak tukar kelas lain" . Bila diorang dengar jawapan aku macam tu , diorang membalas balik "Alaa cikgu , lepas ni xdegil lagi dah" . Humm aku sebenarnya xberniat nak kecewakan diorang tapi apakan daya , itu semua sekolah yang tentukan . Aku doakan mereka berjaya dalam peperiksaan PMR nanti .

Sebelum meninggalkan sekolah semalam , aku xsangka pulak aku akan collapse buat kali kedua . Rasa kelakar pulak . Dah laa hari terakhir mengajar boleh pulak collapse lagi . Sebenarnya , aku memang xsangka pun nak jadi macam tu . So , segala perancangan nak berjumpa ngan anak murid dan cikgu lain tergendala sebab aku balik awal semalam . Pengetua suruh aku balik rumah berehat memandangkan aku memang kelihatan sangat puca dan xbermaya . So , aku pun tanpa berlengah lagi , kemas semua barang-barang dan memulangkan buku-buku rujukan dan buku teks yang dipinjam . Sebelum pulang juga , aku berjumpa dengan En.Husaini (penyelia petang) untuk memulangkan buku rekod mengajar aku . Ahhh sedih juga masa tu . Sebab En. Husaini banyak memberi tunjuk ajar dalam aku mengajar . Sempatla juga aku bebual dan bercerita tentang pengalaman aku disini . Walaupun aku xpernah bercita-cita menjadi guru tapi inilaa pekerjaan yang sangat berat untuk aku sebab nak mengajar anak orang lain bukan perkara yang mudah .

Akhir sekali , aku panjatkan doa buat anak muridku di 3SPE1 , Allahyarham Zakaria bin Zaki yang telah pulang kerahmatullah pada hari Sabtu bersamaan 4 April 2009 . Allahyarham meninggalkan kita disebabkan lemas di Sungai Skudai ketika mencari kepah . Semoga rohnya dicucuri rahmat . Amin .


*Khamis ni pulak aku akan melangkah ke alam pekerjaan yang baru

Apr 6, 2009

Supermodel UTHM

Lama aku x mengepost diblog kan? Banyak cerita sebenarnya tapi xberkesempatan untuk berblogging . Hari-hari aku dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang berunsurkan keseronokan yang membawa kepada kesan kehabisan wang ringgit . Adoii bila nak bergaji lagi ni .

Untuk entry kali ni , aku nak say thanks a lot kat UTHM kerana akhirnya , wajah-wajah graduan yang belum officially bergrad sudah di masukkan di website . Terharu sungguh . Sebenarnye , sesi fotografi kami sebagai model sudah lama berlalu . Xsilap aku masa Sem 1 2008 . Muka-muka yang terpilih ni memang bertuah . Haha . Ni sume si Ikin punye keje . Seingat aku laa . Dia tulis nama budak-budak degil kot . Then , rupa-rupanya kami menjadi model untuk bunting konvo , banner konvo dan website UTHM .

Siapa xbangga kan? Muka kelihatan sungguh happy memakai baju jubah walaupun sebenarnya lambat bergrad tapi aku puas dengan pencapaian aku di UTHM suatu ketika dulu . Daripada mendapat pointer yang seciput dan tidak memberangsangkan akhirnya dapat jugak DL walaupun hanya 3kali . Huhu . Bukan menunjuk atau berbangga . At least , orang lain xpandang rendah pada aku . Ya , memang aku selalu ponteng kuliah , bercinta , berjoli dan sebagainya ! Tapi , aku xlaa bodoh sangat kan? So , jangan pandang aku sebelah mata . Haha .

Ok laa meh aku tunjuk sket muka-muka model yang xberbayar di website UTHM . Sape xsuke dan rase jijik , plz xyah tengok ok . Manusia sentiasa mempunyai perasaan hasat dengki pada orang lain . Itu memang tidak dinafikan lagi . Ehh stop . Xnak membebel lagi dah . Mari menjamu mata .



Wajah kehappian



Yahhuuuuu


*Hari ni last berguru