Dec 30, 2009
Masjid .
Dec 13, 2009
Happy Belated Birthday my sweetheart Muna & Anne .
Wanita-wanita SGEDT yang berjaya !
Let's picture talk .. (haha aku malas nak menaip panjang-panjang , so aku hidangkan gambar-gambar sebagai hidangan)
Nov 16, 2009
Review Movie - 2012
Nov 15, 2009
Hantu , please don't disturb me ok?
Mesti korang (kata ganti diri untuk pembaca) tertanya-tanya kenapa aku sensorang plak kat umah kan? Ke korang tak nak tahu langsung? Ahh lantak laa . Aku nak cite jugak . Untuk pengetahuan semua , Kak Enyza a.k.a Kak N was admitted at Al Islam Speacialist sejak 9 Nov 09 and now she's in JB until 2 Dec 09 . See , aku sensorang laa hoi kat umah ni . Rasa nak nanges je kan . Mana pernah duduk umah sensorang woi . Masa hari pertama aku sensorang , aku masih boleh tidur dengan nyenyaknya tapi masuk hari kedua , ooo mak aii bunyi bunyian datang secara tiba-tiba . Aku tak tahu nak buat apa masa tu , actually aku dah tidur awal , dalam pukul 9 dah tidur tapi pukul 12 aku boleh pulak terjaga . Ishh damn . Terus call Muaz tapi dia dah tidur . Urghhh apa lagi , aku pun nangis ahh kan sampai penat then aku tidur balik . Haha . Gila kan? So jalan penyelesaian aku dah jumpa , nak tahu apa? Aku ajak Faezah teman aku sampai Kak N balik sini . Huhh , selesai sudah masalah .
Jom tengok gambar Kak N yang sakit tu . Sian dia ~
Nov 10, 2009
I'm so stupid !!
Nov 5, 2009
Mana perginya value of friendship?
5470
Buat En Haikal , terima kasih kerana memberi si Puteh dengan sungguh sempurna sekali . Si Puteh sungguh rasa riang bersama saya . Terima kasih juga kerana merealisasikan impian saya . Huhu . Impian ke? Saya cintakan si Puteh dan juga si Hitam (aikkk ada kena mengena ke? ) . Rasa gundah gulana akan menjelma bila nak bayar si Puteh . Boleh ke kalo tak nak bayar si Puteh? Ke boleh ? Ke xboleh ?
Oct 24, 2009
Dia dah tua
17 Oct - Happy Belated Deepavali to all Indian . Especially kontraktor SGEDT ,IRCON International Berhad yang mana , hampir kesemua staff India mari . *takde wat open house ke?
Sempena cuti Deepavali , saya pun baliklaa JB . Lagipun memang kena balik jugak sebab ada sesuatu yang penting yang perlu dibuat . Nak tau apa dia , jeng jeng jeng ... Happy Birthday Muaz . Harap je tinggi semacam tapi saya lagi tua dari dia . Tapi tua bulan je laaa bukan tua tahun ye kawan-kawan .
Seperti yang dijanjikan , kitorang pergi laaa dating sampai ke Tebrau City . Tujuan : tengok papadom (best gila sey cite ni !) dan belikan hadiah untuk si dia . Kalo tahun-tahun sebelumnya tak payah bawak birthday boy beli hadiah tapi tahun ni punya konsep lain sikit . Sebab nak belikan dia seluar . Yela kang kalo salah size susah jugak kan .
*Agenda:
1. Papadom
2. Makan kat Kenny Rogers
3. Tawaf satu Tebrau City (masa tu saya dah nak mengamuk jugak laaa sebab kaki sakit sangat and at last dia pilih baju kemeja Topman sebagai hadiah hari jadi dia tahun ni)
4. Tengok bola kat SS (jumpa classmate , Syue)
(kemeja Topman yang Muaz tengah test , Size M)
and also..
(Happy birthday to Aunty Raziah . May Allah bless u always)
Oct 1, 2009
Oktober sudah menjelma .
Dalam sepanjang saya xberblog ni , banyak jugak hari-hari yang best aku lalui . Saya dah konvo . Wahh ada degree beb! Cam xcaye je kan . Rasa macam baru semalam pergi sekolah , balik sekolah buat kerja sekolah , pastu ada big exam cam SPM tu kan . Wakaka . Tapi itu dah 6 tahun berlalu . Dah tua dah saya ni . Dah patut berumah tangga kot (iskkk gatal pulak , masak pun xpandai tapi ada hati nak kawen plak . uiii xmungkin laa kan).
I'm graduated from UTHM
+ B. Hons of Real Estate Management
*perbualan telefon :
Saya : Hello , syg ngah buat apa tu?
Muaz : Rumah org terbakar syg .
Saya : Haaa? Sumpah?
Muaz : *&?!@#$%$6@!! (perkataan yang terkeluar dari mulut Muaz amat memeranjatkan . tidak sesuai menjadi tontotonan khalayak ramai) . SYG INGAT BENDA-BENDA MACAMNI ORG NAK MAIN-MAIN KE? (haaa amek kau . kene sebijik ). Ok laa syg , nanti org call balik .
Saya : OK.
May 26, 2009
Hijrah?
Skang aku dah bekerjaya!Haha . Keje pun memaen je kan . Kerjaya laa sangat . Tapi at least keje laa gak kan , dah xde dialog berbunyi begini sejak beberapa bulan yang lalu "makkkkkk , nak duit!!" . Haaa dialog tu yang mahal sepanjang idup aku . Haha . Sekarang semuanye duit sendiri . Cuma , isi minyak kete memang ayah aku laa yang baik hati nak isi kann . Aku xmintak pun . Setakat ni , aku enjoy je ngan gaji-gaji yang diberikan oleh boss!! Almaklumlah kan masih lom rase tanggungjawab nak bagi kat parents aku . Haha . Buruk oooo perangai . Gaji aku seciput je pun then kalo dah shopping tinggal bape sen laa sangat , pastu aku rase cam mak dah banyak duit je . Kehkehekeh .
Uhuuuuu . I m moving to KL start from today ! For the first time kua jugak dari johor tercinta . Tapi xpelaa , best jugak . Before ni , asek kat jb je pun bosan gak . Haha . Actually mak ayah aku xbagi pun nak gi sane . Tapi disebabkan kerja , diorang pun redha kan je laa . Lagipun aku dah 23 tahun kot . Xkan nak duk ngan mak je kan (tapi aku bukan anak manja eh) .
Eh alamak xleh nak tulis panjang-panjang laa . Ade keje nak kene settle ni . So next time tulis lagi laaa . Kepade kawan-kawan aku yang kat KL tu , bentang karpet merah eh . This week kite partay! Haha .
Apr 25, 2009
Shopping Supreee~
Sepanjang keje JB Consult ni , memang boros sangat-sangat sebab , officemate aku suka makan tempat mahal-mahal . Hoho . Tapi best , semua jenis makanan kat semua shopping complex kitaorang dah katam kan . Haha . Kalo setakat McD tu celah gigi je laa . Sebab tu dah biase sangat dah . Wah maha belagak aku ni . Tapikan McD kan murah time lunch hour kan ? So xdelaa mahal sangat pun . Rasenya sekarang ni , semua fast food restaurant berlawan-lawan nak murah kan harga . Ok stop . Memandangkan gaji aku dah masuk ni , aku dah berjanji ngan officemate nak belanja makan . Tapi mula-mula nak belanja pizza je tapi semalam orang lain dah belanja makan pizza kan . So , Chaa sibuk nak TGIfri plak . Aku pun lom penah makan lagi kan . So , aku rase layan kan je laa Chaa . So plan next jumaat kot pegi jotic . Sebab jumaat kan rehat lama . Huhu .
Ahhh dah penat pulak type . Itu je citenye . Aritu banyak cite nak type tapi mase tu penat . So sekarang pulak dah lupa apa citenye .
Apr 11, 2009
Sunyi sepi~
Kerja baru, kawan baru , persekitaran baru .
Dan gaji pun baru .
Itu laa yang dinamakan kehidupan .
Tapi bila ada yang baru , jangan dilupakan yang lama .
Kerana yang lama memberi kenangan .
Kerana yang lama memberi pengalaman .
Kerana yang lama memberi pengajaran .
Jadi , walau apa pun dan walau dimana pun .
Kita jangan laa lupakan yang lama .
*Wahh aku berpuisi ke ni? Kebosanan dikala keseorangan di ofis
Apr 7, 2009
6 April
Pengalaman? Sangat banyak dan menarik . Sebab lepas ni , memang confirm anak murid aku masih kenal aku dan menegur dengan panggilan "Hye cikgu!" . Wah memang seronok tapi nampaknya aku kena laa berpakaian sopan ye . Haha . Almaklumlah aku kan cikgu rawks kat sekolah tu . Kebanyakan dari anak murid aku yang form 3 panggil aku sister . Aku bahasa kan diri aku ngan diorang pun "gua-lu" je . Saja nak bagi diorang happy dalam kelas . Dan hasilnya amat berkesan . Diorang suka aku mengajar . Betul ni , aku xtipuu .
Aku ingat lagi , ada rombakan jadual baru . Jadi , aku xmengajar lagi kelas form 3 dan aku mengajar hanya form 1 dan form 2 saja . Bila terserempak ngan budak form 3 semua tanya aku "Cikgu , kenapa dah xajar kelas kitaorang lagi?" dan aku hanya mampu menjawab "Sebab awak degil laa saya mintak tukar kelas lain" . Bila diorang dengar jawapan aku macam tu , diorang membalas balik "Alaa cikgu , lepas ni xdegil lagi dah" . Humm aku sebenarnya xberniat nak kecewakan diorang tapi apakan daya , itu semua sekolah yang tentukan . Aku doakan mereka berjaya dalam peperiksaan PMR nanti .
Sebelum meninggalkan sekolah semalam , aku xsangka pulak aku akan collapse buat kali kedua . Rasa kelakar pulak . Dah laa hari terakhir mengajar boleh pulak collapse lagi . Sebenarnya , aku memang xsangka pun nak jadi macam tu . So , segala perancangan nak berjumpa ngan anak murid dan cikgu lain tergendala sebab aku balik awal semalam . Pengetua suruh aku balik rumah berehat memandangkan aku memang kelihatan sangat puca dan xbermaya . So , aku pun tanpa berlengah lagi , kemas semua barang-barang dan memulangkan buku-buku rujukan dan buku teks yang dipinjam . Sebelum pulang juga , aku berjumpa dengan En.Husaini (penyelia petang) untuk memulangkan buku rekod mengajar aku . Ahhh sedih juga masa tu . Sebab En. Husaini banyak memberi tunjuk ajar dalam aku mengajar . Sempatla juga aku bebual dan bercerita tentang pengalaman aku disini . Walaupun aku xpernah bercita-cita menjadi guru tapi inilaa pekerjaan yang sangat berat untuk aku sebab nak mengajar anak orang lain bukan perkara yang mudah .
Akhir sekali , aku panjatkan doa buat anak muridku di 3SPE1 , Allahyarham Zakaria bin Zaki yang telah pulang kerahmatullah pada hari Sabtu bersamaan 4 April 2009 . Allahyarham meninggalkan kita disebabkan lemas di Sungai Skudai ketika mencari kepah . Semoga rohnya dicucuri rahmat . Amin .
Apr 6, 2009
Supermodel UTHM
Untuk entry kali ni , aku nak say thanks a lot kat UTHM kerana akhirnya , wajah-wajah graduan yang belum officially bergrad sudah di masukkan di website . Terharu sungguh . Sebenarnye , sesi fotografi kami sebagai model sudah lama berlalu . Xsilap aku masa Sem 1 2008 . Muka-muka yang terpilih ni memang bertuah . Haha . Ni sume si Ikin punye keje . Seingat aku laa . Dia tulis nama budak-budak degil kot . Then , rupa-rupanya kami menjadi model untuk bunting konvo , banner konvo dan website UTHM .
Siapa xbangga kan? Muka kelihatan sungguh happy memakai baju jubah walaupun sebenarnya lambat bergrad tapi aku puas dengan pencapaian aku di UTHM suatu ketika dulu . Daripada mendapat pointer yang seciput dan tidak memberangsangkan akhirnya dapat jugak DL walaupun hanya 3kali . Huhu . Bukan menunjuk atau berbangga . At least , orang lain xpandang rendah pada aku . Ya , memang aku selalu ponteng kuliah , bercinta , berjoli dan sebagainya ! Tapi , aku xlaa bodoh sangat kan? So , jangan pandang aku sebelah mata . Haha .
Ok laa meh aku tunjuk sket muka-muka model yang xberbayar di website UTHM . Sape xsuke dan rase jijik , plz xyah tengok ok . Manusia sentiasa mempunyai perasaan hasat dengki pada orang lain . Itu memang tidak dinafikan lagi . Ehh stop . Xnak membebel lagi dah . Mari menjamu mata .
Mar 31, 2009
Ending of March
Junaidah Md. Salleh dilahirkan pada 30March1986 . Dia dilahirkan dalam keadaan yang normal tanpa cacat cela . Terima kasih ALLAh kerana menjadikan ciptaanMU yang sungguh cantik dan bijak ini . Dan terima kasih juga kerana aku menjadi salah seorang sahabatnya .
Aku dan June berkawan sejak tahun 2002 masa di TIJB . Dikelas Awam 1 , aku duduk disebelahnya . Dia ni kuat tidur dalam kelas . Lagi-lagi time Kimia , Cikgu Phang mesti ketuk meja dia untuk bangunkan dia . Aku memang dah paham sangat dengan June ni . Dia xpenah cukup tidur sepanjang hari persekolahannya di TIJB . Almaklumlah orang duduk hostel kan . Banyak aktiviti kot kat hostel tu .
Tapi satu perkara yang aku xboleh nafikan , June mempunyai IQ yang sangat bijak walaupun sentiasa tidur dalam kelas . Dia memang pandai . Aku masih ingat lagi masa kat JMC . Aku ngan dia satu bilik , kami memang selalu ponteng kelas xpernah pergi ke kuliah . Tapi macamane dia boleh dapat pointer yang tinggi ye? Ye memang dia pandai . Tidak dinafikan lagi .
Untuk birthday yang ke-23 ni , Haen plan untuk surprise kan dia . Alhamdullilah semuanya terlaksana dengan bantuan aku yang hebat ni . Majlis kami dimeriahkan oleh Dolphin atau nama sebenar Darwin , Haen , Farah , Aku dan penyambut birthday June . X lupa juga pada crew PH yang membantu mensuprisekan June . Ceh terharu dia .
Happy Birthday June!
Mar 29, 2009
Earth Hour
Oklaa untuk entry kali ni , aku nak cite pasal Earth Hour . Aku bukan laa pencinta alam tapi memang patut pun buat macamni sebab bumi kita dah semakin uzur . So apa salahnnye kalo kita menyokong kempen Earth Hour ni . Bukan lama pun , sejam je . Tapi aku tengok kat bandar JB terang benderang je . Macam disiang hari . Lampu-lampu menyala . Jadi , secara kesimpulannya , masyarakat kita masih lagi tidak menyedari tentang perkara-perkara camni . Mungkin bagi mereka , ia satu bende yang melecehkan , menyusahkan atau membebankan untuk dilakukan . Apa sangat yang susah ye . Just turn off all the electricity for only one hour! Agaknya kalo dah kene bencana atau penyakit berjangkit baru nak sedar kot . Oklaa masing-masing ada pendapat tersendiri .
Aku sebagai rakyat Malaysia yang sangat baik menyokong Earth Hour ni . Aktiviti yang aku buat masa Earth Hour;
2. 8.30pm - on the way ke bandar JB , dengar radio tapi tiba-tiba Hot.fm senyap . oh diorang
pun support jugak
3. 8.45pm - sampai ke bandar JB memang sangat terang . sana sini ada lampu . lepak di Thats Cafe . waa bestnye diorang support jugak . sampai kat sane je , anak boss tengah light on the candle . so sweet .
4. 11.00pm - ke JJ tmn U plak . singgah kedai jap .
5. 11.50pm - sampai laa umah .
Mar 22, 2009
Uncomfortable !
Salah ke aku ambil tahu?
Salah ke aku bercerita?
Salah ke aku nak bermesra?
Teruk sangat ke aku?
Hina sangat ke aku?
Hodoh sangat ke aku?
Ye aku tau aku menyusahkan .
Ye aku tau aku menyaketkan .
Ye aku tau aku sungguh merimaskan .
Ye aku memang bersalah .
*Aku x sempurna . Aku manusia biasa .
Mar 19, 2009
My School Holidays !
14 Mac - Alamak cam dah lupa pulak aku buat apa kan . Owhh yeah , aku lepak JJ . Hantar cheque kat kedai . Tengah duduk-duduk borak ngan Cik Ita (makcik yang jaga kedai mak aku) , adik honeydew singgah ke kedai sebab nampak aku laa kan . Lama jugak laa bersembang-sembang dengan dia . Dia baru dapat result SPM aritu dengan result yang amat membanggakan . Aku pun x sebijak dia . Tapi , dia cakap kat aku semuanya rezeki masing-masing . Then yang paling bestnya untuk menyedapkan hati aku , "Ala time akak SPM dulu soalan susah-susahkan? Sebab tu laa susah nak score" . Ceh , pandai plak budak ni nak jaga hati aku kan . Menurut adik honeydew , dia teringin nak futher kat Japan . Dia tanya prosedur camne . Aku pun xberapa pasti sangat pasal ni . Bukan setakat itu je , banyak lagi yang kami perbualkan . Ok stop . Malam plak? Apa lagi tengok AF . Demam AF dah bermula . Ahh lantaklaa sape nak ckp AF tu All Fuckers ke apa kan . Dah ada Astro , so tengok je laa . AF kali ni memang lain sket dari yang sebelum ni . Transformasi . Sebelum tidur , aku packing baju-baju sket untuk ke somewhere dan baru teringat kat T70 aku . Omg , aku kene charge battery untuk esok! Tapi , charger battery aku xberfungsi . Aku rasa cam tuuttttt je . Sakit ati wooo .
15 Mac - Aku ke JJ lagi . Pergi kedai T70 aku . Aku nak tukar charger . Then kena tunggu beberapa hari baru boleh dapat . Disebabkan aku nak guna T70 tu , so dengan selambanya aku tumpang charge battery kat situ . Lantaklaa kan . Ok dalam pukul 5++ petang aku dah tunggu ahli rombongan ke CGK kat SS . Kami berempat je yang pergi . Pergi pun dengan tujuan nak cari barang butik . Kata pakcik aku , kitaorang pergi CGK macam balik kampung Pontian je . Yela mana xnya , pergi cuma 3hari dua malam je . Tapi memandangkan makcik aku ni dah selalu ke sana untuk cari barang butik , so semua benda jadi mudah . Flight aku pukul 920pm .
16 Mac - In CGK , bershopping supree~
17 Mac - Arrives di SIN pukul 1++pm tapi tunggu kat Changi almost 3hours sebab xde orang amik kitaorang . Sampai JB jam 5++pm kot . Lupelaa . Owhhh sangat penat memikul barang-barang .
18 Mac - Tiba-tiba kena pergi ke ofis my uncle . He got a lot of work to do . So memandangkan x lama lagi aku akan bekerja dengan dia , maka aku pun pergi ke ofis di Tampoi Utama . Kira macam training jugaklaa . Hihi . Balik kerja terus ke SS . My uncle belanja makan kat Senibong . Best wooo . Family aku dan family pakcik aku je yang ke situ . Sampai umah jam 10++pm . Exhausted .
19 Mac - Ke ofis lagi . Ingat boleh siapkan kerja cepat tapi pukul 6pm baru siap . Dan sepatutnya ke BP harini pun xjadi lagi . Honeydew dah xsabar nak barang dia . Hummm . Sabar ye~
20 Mac - Ke ofis lagi . Ahhhhh penat . (Ceh baru training dah penat)
21 Mac - Date bersama teman lama . Jumpe kawan sekolah TIJB . Ada discussion sket pasal reunion .
22 Mac - Ahhh kene bersiap sedia untuk hari persekolahan pada 23 Mac . Tapi xpe, tinggal 2minggu saja lagi mau menamatkan diri . Sedih tapi suka . Pelikkann .
Mar 18, 2009
Tag 4 .
-share 7 facts about yourself on your blog.
-tell 6 unspectacular quirks of yours.
-tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
-link the person who tagged you.
-leave a comment for each blogger.what is the purpose for tagging people this time, is only to
know exactly who are my frens.. hehe
7 facts about myself
"Name : Izatulazrin bt Radzuan (refer to my ic) . Xpenah terfikir nak ubah nama"
"I'm the older in my siblings . Akak yang sangat bertanggungjawab"
"BerBachelor's Degree in Real Estate Management . Jangan pandang sebelah mata haa~"
"Not marriage yet but in relationship with someone . =p"
"Anak tokey Meh Rasa Johor . Huhu . Beli laa bahulu panas mak saya"
"I'm so skinny like skinny jeans . Guess what my weight is only 40kg ok. Macam papan lapis kot. Ahh nevermind . Just love being myself"
"Tiba-tiba jadi teacher . Xcaya sudah !!"
6 unspectacular quirks
"Pandai masak pancake ! (Tp Muna lagi pandai)"
"Editing pictures . (Muna selalu puji)"
"Mengajar anak orang lain di sekolah tanpa mengeluarkan kata-kata kesat atau mencarut (Hebat kan??)"
"Pay internet bill for only one month . (Pastu mak yang bayar)"
"Wake up early in the morning for baca Yaasin and bertahan only for one month and masih nak
mencuba lagi ! (Ceh padahal orang len bangun awal hari-hari wat qiamulail tapi aku baru
beberapa kali dah kecoh kan??)"
"Driving . Manual ok! (Tp Muna xreti !)"
7 people yang akan di tag
"Akhmar"
"Amy"
"Angen"
"Yammus"
"ahhhh lagi 3 xtau r nak tag sapa . Sape-sape nak buat , silakan laaa"
"ahhhh lagi 3 xtau r nak tag sapa . Sape-sape nak buat , silakan laaa"
"ahhhh lagi 3 xtau r nak tag sapa . Sape-sape nak buat , silakan laaa"
Mar 12, 2009
Ya ALLAH
Entri sebelum ni aku ada cerita pasal ESQ kan? ESQ pada ku memang satu pendekatan yang baik dan fenomena baru bagi kita semua . Mungkin ada antara korang semua yang pernah dengar dan mungkin tidak pernah dengar . ESQ membuatkan aku sedikit sebanyak berubah . Aku dah baca buku Pak Ary . Agak susah pada mulanya nak baca sebab bahasa yang digunakan adalah bahasa indonesia . Banyak jugak perkataan yang aku xtau .
Setiap orang lain caranya untuk berubah menjadi orang yang dekat kepada ALLAH . Ada yang sejak dari kecil dapat didikan yang sempurna . Aku pun macam tu . Yelaa kalo x , xkanlaa aku pandai sembahyang kan? Itu adalah asas dalam kehidupan kita . Cuma bergantung kepada diri kita sendiri sama ada nak laksanakan ataupun tidak . Betulkan?
Last week , aku baca buku ESQ for teen . Mudah memahami dan sangat best . Xtaulaa kenapa . Tapi dari situ , aku boleh belajar sesuatu tentang EQ , IQ dan SQ . Oklaa secara ringkasnya , pernah x korang rasa xbahagia , walaupun korang dari family yang senang ? Walaupun selalu dapat markah yang tinggi dalam kelas ? Walaupun duit banyak dalam bank ? Walaupun pakai kereta yang best-best ? Walaupun kerja yang high class ? Walaupun dapat bf / gf yang baik ? Mesti pernah kan . Sebab aku pun macam tu . Lagi satu , pernah korang rasa x , kenapa aku belajar ? Kenapa aku hidup ? Kenapa aku kene kerja ? Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ? Jawapannya mudah je , kita kene perlu ada EQ , IQ dan SQ . Baru laa sempurna dan bahagia . Nak tau apa perbezaan ketiga-tiganya ? Sila tunggu entri seterusnya .
Pada 21/2/09 , aku pergi ke GEMAH - Gerakan Asma'ul Husna di Dewan Merdeka , Kg Melayu majidee . Belajar tentang Asma'ul Husna . Sangat best ! Dan aku berdoa supaya Asma'ul Husna itu sentiasa ada dalam diri .
Mar 7, 2009
Conference
Ahli-ahli senat yang berconference dipetang nan indah x laen x bukan , aku , Muna as Centre of Gossip , Amir , Hadi , Sue , Chuck dan Apai . Aku ada invite Faziraaa ngan Sue besar tapi no respon . Bz kot . Begitu juga Mr. Nazali kita . Xpelaa maybe next time boleh lagi kan .
Antara topik hangat diperbualkan;
"Cite pasal keje laa kan . Masing-masing dah berkerjaya dan hampir berkerjaya pada minggu depan . Tahniah ye untuk Muna yang jadi model celcom dan Sue yang akan bekerja dengan syarikat jepun"
"Aktiviti bergossip pasal kawan-kawan yang laen . Antara nama-nama hot yang diperbualkan Ekin , Ijam , Aiman , Anne , dan ada laa beberapa nama lagi . Tapi bukanla bergossip apa pun . Cume nak tahu mereka-mereka ni buat apa sekarang . (Kami tidak suka mengumpat tapi bergossip xpe)"
"Perbualan mengutuk Chuck berdahi luas terbentang yang kaki pompuan dan sekarang nak jadi bapok. Opsss sori Chuck . Chuck memang camni . Desperate nak pompuan je"
"Aktiviti carut mencarut &^$^%*?!@?// . Hadi kata xpe , Cikgu Sains benarkan kami cakap b**i . Dan aku pun turut bersama-sama berbuat begitu . Tapi beristighfar pas mencarut . Hihi"
"Cite pasal program reality . Mula-mula cite Raja Lawak 3 . Semuanya cakap xbest laa itu laa ini laa . Si Hadi sokong si Amir I'm Sorry tu . No comment laa kan . Tapi die xlayak kot masuk final . Lawak hentam semberono je . Cakap tergagap plak tu . Hadi sokong sebab die orang Kelate! Pastu pasal AF . Aku sorang je suke AF . Yang lain cakap AF= All Fuckers . Damn it . Haha . And last skali kutuk Tomok masuk OIAM . Diorang ni memang suka mengutuk orang"
"Cikgu! Aku ngan Hadi jadi cikgu . Yang xbleh blaa nyer , Hadi cakap anak murid dia panggil Teacher Hadi . Yelaa cikgu sains kan . Tapi aku nak report PPD sebab die isap rokok dalam kawasan larangan . Siap penolong kanan leh join kan . Iskkk teruk betul . Aku jugak laa cikgu yang baik . Pastu cite kutuk aku kan . Suruh aku jadi cikgu PJ biar badan up sket . Kuang asam korang . Aku dah gemuk laa wei . Dah naek 100g ni haa"
"Cite pasal konvo . Yeay nak konvo . Best sangat . Tapi tarikh konvo pun xtau bile . Muna cakap Dr. Wan pesan suruh tempah baju lawa-lawa untuk konvo"
"Rindu makanan kat parit raja . Haa topik ni Hadi ngan Chuck memang laa suke . Sebab diorang partner makan . Kedai yang paling dirindui mestilaa mamak KMS tu . Mana xnye , situ laa tempat paling terdekat ngan kampus kan . Asal ada break mesti kita breakfast kat situ . Lagi satu tempat , warung Mak Jah . Haa mula laa rindu tempoyak laa itu laa ini laa . Iskkk"
"Lone ranger! Ni topik kunun-kunun masing-masing single laa kan . Tapi betul Chuck cakap , lone ranger lagi baik !"
"Closingnyaa , masing-masing nak mandi nak semayang"
Masa : Lewat malam Aktiviti : Assigment last minit punye!
Mar 6, 2009
I love Mac!
2 Mac = My sexiest body .
3 Mac = My dear Sally 23 birthday .
5 Mac = My dear Suehaida got a job !
6 Mac = My dear Muna got a job !
11 Mac = I'm waiting for this moment !
15 Mac = Off to jakarta .
14 to 22 Mac = School holidays . Yippieee !
30 Mac = My dear Jun 23 birthday .
*Menunggu 11 Mac dengan penuh tawaduk .
Mar 5, 2009
Gusar dan gersang .
Mak dan ayah pergi ke KL malam tadi . Ada urusan bisnes laa kan . Tapi x telefon pun bila dah sampai sana . So , aku rasa kegusaran . Aku tidur pun x lena . Yela anak mana yang x risau kan? Sebab , sebelum ke KL , mereka baru saja pulang dari Singapore . Kan penat tu . Risau sungguh risau . Aku tinggal bersama hero-hero yang penakut dirumah . Termasuk aku jugak laa kan. Hero-hero tu tidur awal . Sebab hari ni dorg sekolah . Sebelum mak pergi , mak cakap macam ni kat aku ;
Mak : Azrin , nanti tolong bangun pukul 6 , kejut adik dan pastikan dorg sembahyang subuh .
Azrin : Ok mak .
Mak : Pastu , sebelum pergi sekolah nanti tolong iron kan baju sekolah agama adik . Mak x sempat nak iron kan.
Azrin : Ok mak .
Mak : Nah amik duit ni .
Azrin : OKKKKK MAK !!
Gersang
Aku kegersangan duit . Duit oo duit , bila nak ada duit ni . Nak shopping !! Minggu ni aku belum lagi ke Jusco . Tapi macam mana duit leh x de ni ? Ishhh pelik .
I miss someone .
Tiada lagi hubungan .
Aku masih disini .
Menunggu jawapan yang tidak pasti .
Aku masih berusaha dan terus berusaha .
Usaha yang tanpa henti kepadamu ya ALLAH .
Semakin hari semakin aku kenal erti kehidupan .
Tidak semua yang aku miliki terus menjadi milikku .
Adakah masih ada peluang untukku?
Jika ada , ALLAH memakbulkan doaku .
Jika tidak , ALLAH telah mengaturkan sesuatu yang terbaik untukku .
Mar 4, 2009
Tag 3 .
Q1: Apekah yg sedang anda lakukan?
Tengah jawab tag ni laa .
Q2: Ape yg bermain di fikiran anda?
Fikir hari ni gi sekolah nak pakai baju warna apa ek .
Q3: Siapa yang sedang bercakap dengan anda?
No one . Sorang-sorang kat umah ni . Semua orang x de .
Q4: Siapakah yang ada kedua dalam active5 anda?
If i'm not mistaken laa kan , my bff Muna !
Q5: Apakah yang sedang anda pakai?
T-shirt dan short .
Q6: Apakah yang anda lakukan sebaik bangun tido?
Pergi dapur , tengok apa yang ada atas meja !
Q7: Siapa lelaki yang selalu bersyg2 dengan anda?
Honeydew saya . Who else laa kan?
Q8: Apakah coklat kegemaran anda?
Too many to list down . Tapi biasanya cadbury laa .
Q9: Aktor plg HOT yang anda xgemari?
Semua x suke kot .
Q10: Org yang paling last anda bersame?
Ni soalan ni kurang faham laa . Last bersama maksudnya? Ahh x faham .
Feb 28, 2009
Sayang , ingat dan hargai .
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.
Setiap wanita itu cantik !
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
Feb 27, 2009
Tag 2 .
1. How old are you?
2009=23
2. Are you single?
I'm not single but it's complicated rite now . Life is getting so hard !
3. At what age do you think you’ll get married?
Maybe after I've got a BMW series car , a penthouse , a small business and a lots of money. So tolonglah suggest when I'll get married . Before 30 laa kot .
4. Do you think you’ll marrying the person you are with now?
Absolutely!!!
5. If not, who do you want to marry?
Nobody .
6. Who will be your bridesmaid & bestman?
I don't know . Xfikir lg kot . Mak ngan ayah leh ke?
7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Maybe traditional coz I'm malay .
8. Where do you plan to go on honeymoon?
Kalau ade orang nak sponsor terima je . Haha .
9. How many guests do you think you’ll invite?
3500++ kot . Frens , relatives all over the world . Buat majlis sekali je .
10. Will that include your exes?
For sure laa . Haha . But i don't know laa . If i remember , I'll invite himssss .
11. How many layers of cake do you want?
Maybe 5 .
12. When do you want to get married, morning or evening?
Morning . Tggu malam lama sangat pulak . X sabar dah . =)
13. Name the song/tune you’d like to play at your wedding?
Our favorite song laa kot .
14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
My hands .
15. Champagne or red wine?
Haram !!
16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Depends pada money money money !
17. Money or household items?
Money always no 1 .
18. How many kids would you like to have?
Two . Girl and boy .
19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
Maybe . Tapi bukan yang terlampau laa . Haha .
20. Whose wedding plan would you like to know next?
Yeah . I tag my fren .
Muaz, Muna , Anne , Aina , Sally , Shark , Jaja , Ana , Fizz , Jiha , And YOU!
Feb 24, 2009
Who i want to meet ?
Muna
Aku rindu sangat-sangat kat kau . Kalau boleh , aku nak ada kau dengan aku sekarang ni . Aku sedih dengan kehidupan yang macam ni . Even aku nangis pun , kau boleh buat aku gelak kan . Muna , muna , muna . Dengan blog ni laa aku meluahkan rasa yang terpendam . Memendam rindu pada kau . Muna ~ bilalah kita nak gosip sesama lagi kan . Pastu , tengok cite hantu dua-dua takut . Bila ingat balik , how sweet kan kita ni . Dan yang paling aku ingat , bila kau cuba masakkan nasi goreng untuk aku masa Anne x de . Sampai aku pun pelik kenapa nasi kau warne die cmtu kan? Nasibaik Anne x tau . Kalau x , kita gelak-gelak sampai nangis dan mulut sakit . Pastu kita suka nyanyi melalak dari pc kau ke dalam bilik aku . Sebab kau ade speaker yang cam best tu . Ahhh bestnya time tu . Pastu kita gila berkaraoke plak kan . Favourite song aku "Lagu Untukmu" , kau pulak suka nyanyi lagu yang suara nak cover-cover , macam lagu "Cobalah Untuk Setia" . Lagu duet kita x laen x bukan "Baldu Biru" dan kali terakhir kita nyanyi sama-sama masa malam Graduation Dinner kan kan kan . Aduii nak nangis aku type ni . Ada lagi perangai kita yang pelik-pelik sampai Sue selalu cakap kita ni macam budak-budak kan . Kita selalu gi kelas pakai selekeh gila kan (X macam budak umah Zana , gi kelas macam nak gi BP , haha). Kita pakai slipper jepun , suar jeans lusuh , tudung itam (favourite colour) , baju-baju jusco brand tized, arcadia , chic avenue ngan scarlet (ni favourite place mak kita suke shopping kan Muna kan? jadi brand ni jela yang kita pakai) . Kalau cuti sem pulak , kau kemas baju macam dah x nak balik BP lagi . Sebab berlaguage-laguage kau bawak . Then balik BP semula lagi laa banyak kau bawak . Pastu aku kene bukak kan pintu untuk kau sebab x cukup tangan nak bukak pintu . Muna , kalau aku ade mesin doraemon aku nak die putar balik masa aku jadi student kat U . Banyak sebabnya , sebab banyak kenangan . Waktu sekolah dengan U laen sangat-sangat . Ahhh i miss all the time we've been together . Muna , aku nangis dah ni ...
Aku cuba untuk call kau tapi masa mencemburui kita . Aku rindu kat kau . Sama macam aku rindukan Muna . Kau laa kakak aku ngan Muna even aku paling tua kat umah kondo kita tu kan . Kita gaduh ngan pakcik nyamuk aedes . Melayang rm50 , tu pun nasibaik kau ada , kalau x , melayang laa rm100 . Dah laa mase tu kita tengah exam kan . Bongok betol pakcik nyamuk aedes tu . Duet haram laa yang die bagi anak-anak die kan . Astargfirullahalazim . Adengan gaduh memang serah kat kau sebagai ketua gangster . Kita gaduh ngan jiran tetangga sebab ada orang buang sampah kat tangga pastu letak depan umah kita . Kita mengamuk kat tingkat atas tu . Tapi ngamuk-ngamuk pun kita bertungkus-lumus basuh tangga tu kan Anne ? Pastu kau pandai masak . Untung abg polis dapat kau . Rugi laa sape dapat aku kan Anne . Tapi sekarang aku dah belajar masak sikit-sikit . Nanti kita jumpe , aku masakkan untuk kau . Seingat aku sepanjang kita berumah tangga x penah aku masakkan untuk kau kan . Buat air penah laa kot . Kan Anne kan? Suka main masak-masak kat umah . Part potong-potong jela aku wat , xpun kacau-kacau je . Sian kau , Jangan serik sudah laa Anne . Lagi 1, aku x puas hati masa birthday kau . Hampeh x takut langsung . Yang takutnye , orang yang jadi hantu . Kau memang kebal . Pastu kau suka takutkan aku ngan Muna bila tengok "Kekasihku Seru" . Kau memang budak yang degil .
Aina
Banyak kenangan ngan ko kan . Macam-macam . Kita penah gaduh kan . Tapi hanya kita-kita je yang tahu pasal ni . Haha . Tapi gaduh tu merapatkan relationship kita kan Aina . Kau umpama makcik yang kuat bebel . Pedih telinga ni kalau kau dah start membebel . Tapi x pe, kalau x , x meriah umah kitaorang . Kau banyak tolong kitaorang mase study dulu . Semua benda asyik tanya kau . Macam laa kitaorang ni x gi kelas kan . Sebab dalam kelas kitaorang main je . Bebual , makan dan macam-macam lagi . Rindunya semua tu . Dari kau duduk kat Venus sampaila kau pindah depan umah kitaorang . Macam-macam kenangan . Suka duka kan Aina . Kau garang~~ Semua orang pun takut . Hihi .
Sally, Fizz , Shark , Ana , Jaja , Ruby
Ohhh satu lagi nama aku x dapat nak list kan . Cuma kita je yang tahu kan apa sebabnya . Dia pun dah buang kita . Kan kan? Aku rindu korang semua . Sangat-sangat . Tapi yang setakat ni aku dah jumpe , Sally , Ana ngan Jaja . Sebab diorang ngah buat thesis kat BP . Aku masih ingat masa mula-mula masuk UTHM . Miss all the time together . Kita sentiasa sama-sama even aku bukan dari fakulti yang sama ngan korang . Korang jaga aku bagai menatang minyak yang penuh . Minyak cap ape ek? Minyak cap buruh kot . Kita gi Genting sama-sama pastu hujan gi turun KL pulak main kat Cosmo World . What a happy day time tu . Sedangkan BP tengah banjir masa tu . Kita boleh plak berseronok kan? Apa yang menarik friendship kita ni , setiap birthday kita akan sambut ngan pelbagai versi dan tema . Lawakkan? Aku masih simpan semua gambar birthday kita semua . Dan yang paling aku x lupa , masa celebrate birthday aku yang pertama kat UTHM . Damn aku tertipu . Jahat laa korang ni . Sampai nangis-nangis aku dibuatnya . Siap gi jumpe Muna malam tu . Rindunyerr . Susah nak dapat kawan gila macam korang . Dengan semua orang kita nak bergaduh . Ketua gaduh sape lagi kalau bukan si Shark ngan Sally . Memang teruk budak dua orang ni . Macam belum baligh jek . Xkira sape pun boleh jadi kawan gaduh . Tanpa mengira peringkat umur apatah lagi jantina . Yang terbaru ni , Ana ngan Jaja anti Kedai Zamita . Haha . Lawak sungguh .
Jun , Haen , Mayana
Kawan yang rapat dengan aku since kat TIJB . Pastu kitaorang masuk JMC sama-sama dan duduk dalam bilik yang sama sebab aku laa kot . Aku diberi keistimewaan . Aku rindu korang . Cuma Jun ngan Haen je dapat jumpe . Kita baru je hang out sesama kan . Seronok walaupun sekejap . Kalau xde kelas agama masa tu , maybe boleh laa kita berseronok sampai ke Pesta Layang-layang kan? . Anyway , thanks to Darwin jugak . Sian die Haen tinggalkan die jalan sorang-sorang . Kalau bf aku ni , memang x kan laa die nak macam tu . Huhu . Tapi Mayana menghilangkan diri . Aku call x penah nak dijawab . Apsal ngan kau ek? Huhu . Maybe kau ingat aku ni strangers kot . Tu yang kau x jawab phone aku . Tapi baru-baru ni kau ade msg aku , ajak gi umah kau ade kenduri kawin abang kau . Ni yang aku konfius . Kau kawin ke abang kau yang kawin ni? Dengar cite kau dah engage kan? Sampai hati x btau kitaorang . Tapi x pe , maybe kau ade reason kau sendiri kan . Kitaorang paham .
Myra , Akhmar , Zatie , Wanie , Tatiey
My matric's buddies . Dengan Akhmar sekejap je sebab pastu die gi UITM S.a . Die nak sambung kos yang die minat . And now , die dah smbung kat Melbourne . Lama sangat x jumpe die . Baru-baru ni ade plan nak jumpe tapi asyik x jadi je . Sori Akhmar . Masa x mengizinkan . Insyallah one day kita akan jumpe jugak . Nanti aku peluk cium kau . Myra pulak last aku jumpe , mase die still kat UTM . Tapi itu pun 2 last years kot . Biaselaa makin dekat makin x jumpe . Sebab masing-masing pun busy kan Myra . Camtu jugak dengan Wanie . Last jumpe pun mase die still kat UTM . Selalu jumpe Wanie kat JJ . Die selalu shopping sorang-sorang kat situ . Mana laa pegi kawan-kawan die kan? Hihi . Kepoh plak . Pastu Zatie , jumpe kat BP . Die belajar kat Maktab Perguruan Batu Pahat . Tapi 2 kali je kot jumpe die . Yelaa kan semua orang pun busy . Yang Tatiey pulak memang x jumpe langsung after matric . Ahhh aku rindu moment kat matric dulu . Selalu tiru tutor orang kan? Especially aku ngan Tatiey laa . Yang rajin of course laa Myra , Wanie ngan Zatie . Yang selalu ponteng kuliah pun aku ngan Tatiey jugak . Ishh iskk . Bila laa dapat jumpe korang nih?
Feb 22, 2009
ESQ .
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi
Demi matahari dan cahayanya di pagi hari.
Demi bulan apabila mengiringi,
Demi siang apabila menampakkan dirinya,
Demi malam apabila menutupinya,
Demi langit serta pembinaannya,
Demi bumi dan hamparannya,
Demi jiwa serta penyempurnaannya.
"Maka Alah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." Asy Syams 1-10
Training ESQ adalah sebuah fenomena. Menggugah dan mampu mengubah kehidupan seseorang. Training ESQ merupakan pelopor latihan yang mengasah sisi spiritual dengan mendalam, bersamaan dengan sisi emosi dan intelektual seseorang. ESQ adalah suatu inovasi mutakhir yang bertujuan untuk membangkitkan dimensi spiritual manusia. ESQ dengan saksama memandu seseorang dalam membangun prinsip hidup dan karaktor berdasarkan ESQ Way165. Angka 165 merupakan simbol dari 1 Hati pada Yang Maha Pencipta, 6 Prinsip Moral (rukun Iman), dan 5 Langkah sukses (Rukun Islam). ESQ hadir untuk siapa saja yang berkeinginan untuk membentuk karaktor manusia paripurna. ESQ juga merupakan upaya untuk menjabati rasional dunia usaha dengan spirit ketuhanan. Melengkapi makna sukses dengan nilai-nilai spiritual yang mendalam, menuju esensi bahagia yang sesungguhnya.